Sunday, May 17, 2015

Amsterdam & nearby part 1



Memandangkan masa di Amsterdam cuma 2 hari dan kitaorang akan meninggalkan bandaraya ni di awal hari ke 3,  makanya kitaorang cuba pulun sebanyak mungkin dengan tenaga tahap orang tak pernah exercise.  

Masa prepare iternary aku prepare beberapa options supaya bila ada 'kejutan' samada dari diri sendiri ataupun dari travel partner, setidak-tidaknya taklah nganga frust.  Travel dengan kanak-kanak kena prepare surprise banyak-banyak.  

Aku consider lucky sebab baby SJ jenis yang bukan tantrum.  Masalah utama dengan baby SJ cumalah dia terlebih tenaga dan maknanya banyak tenaga aku habis berlari kejar dia.  Bila dia penat dia cuma stop bercakap & stop berjalan dan kemudian cari bangku untuk tidur.  Aku bawak stroller tapi di awal trip jarang guna sebab leceh bila nak naik public transport. Apapun aku dah warning CK siang-siang yang maybe ada iternary yang tak sempat nak habiskan.    

Hari pertama akibat dari kekangan masa dan terlajak lama di Keukenhof Garden, kitaorang miss 1 iternary. Malamnya pulak dah terlalu penat, hapa pun tak dapat buat.  Masing-masing tidur awal.  Apa yang tertinggal di hari pertama, kitaorang cuba selitkan di hari kedua dan mana yang bukan plan utama terpaksa di lupakan.  Trip akan datang lah pulak, Insyaallah.
 

Kali ni aku akan start dari luar city centre sebab sesampai aku di Amsterdam aku terus ambik bas ke Keukenhof Garden di Lisse yang letak di area South Holland.  Di hari kedua sebelum menutup tirai Amsterdam, kitaorang sempat pergi ke satu bandar di luar Amsterdam iaitu Haarlem. 


Kedudukan Keukenhof (bulatan merah) & Haarlem (bulatan biru)


1. Keukenhof Garden

Keukenhof garden letaknya di South Holland dan disohorkan sebagai spring garden tercantik di dunia.  Setiap tahun ada 7 juta  bunga setiap tahun (7 JUTA bukan ribu, aku pun macam tak percaya).  

Kitaorang bergerak ke Keukenhof Garden dari Schipol Airport.  Detail pengangkutan yang aku guna, boleh refer SINI.   Perjalanan dari Schipol ke Keukenhof ambik masa lebih sikit dari setengah jam dan tambang return termasuk entrance fee ialah €23.50.


Tulip farm. Ni kat pekan Lisse, dalam perjalanan ke Keukenhorf Garden


Masuk aje Kenkenhof, nampak beribu-ribu pengunjung di segenap pelusuk Keukenhof.  Pening kepala aku sekejap. Sudahlah aku tak mandi pagi tu sebab nak mengigihkan diri nak tengok tulip. Kat celah mana-manapun ada orang tapi nasib baik bunga lagi banyak dari manusia.  Kalu tidak mahu frust memandangkan ini hajat besar CK. Aku? Aku malu nak mengaku aku suka munge.  

Kitaorang ada jumpa beberapa group Malaysian.  Sempat berborak juga dengan sesetengahnya.  Rata-rata diaorang akan/telah ke beberapa negara.
 
Ada puppet show dan gadis Holland berdiri tercegat

Aku belanja gambar



  
 Tulips and the other spring flowers.  Katanya tulip di Keukenhof ni 
datangnya dari growers dari seluruh pelusuk Netherlands.

Ni bukan geng tulip tapi macam geng sakura.. erkk.. aku sakurapun tak pernah tengok

Bagi yang tak berapa minat bunga, contohnya bagi lelaki-lelaki yang kena teman isteri masing-masing, walaupun tak banyak, Keukenhof juga ada benda lain selain dari bunga.  Contohnya:


 Jumpa pakcik berantai kaki ni & kutip pengalaman beliau di penjara

 Windmill, jimat sebab tak payah pergi Zaanse Schans

Menikmati decoration tepi canal.  Unik gila


 Dan terus menikmati decoration sana sini

Main dengan haiwan ternakan yang mesra orang.  Perasan tak 
muka kambing tu senyum aje. Aku suka dia.

 Tengok swan.

Main chess

Pendek kata, ada banyak benda yang boleh buat.  Tak silap aku ada sebuah castle kat dalam area tu tapi aku tak jumpa.  Aku memang tak dapat habiskan semua area sebab terlalu besar tempat tu.  Selain tu ada beberapa building yang kita orang tak sempat nak masuk.  So bagi yang nak ronda sepuas-puasnya memang kena spend sehari suntuk kat sini. Kami meninggalkan Keukenhof selepas 4-5 jam.  Puas hati walaupun penat gila.




2. Haarlem

Kitaorang ambik keputusan untuk pergi ke Haarlem pada petang kedua di Amsterdam.  Haarlem kiranya penutup tirai Netherlands untuk kitaorang.  Dari Amsterdam central ambik train direct ke Haarlem.  Tiket satu hala dalam €4.30 kalau tak silap.  Perjalanan ke Haarlem cuma 20 minit.  Baru tengah godek2 handphone yang katanya dapat free train wifi, dah sampai ke station Haarlem.  Tak sempat nak dapat free wifi pun. 

Haarlem letaknya di North Holland dan di kabarkan one of the most populated metropolitan areas in Europe.  Heran sebab masa sampai town dia lenggang aje kecuali di area-area banyak cafe.  Jenis tidur awal agaknya diaorang ni sebab kitaorang sampai dalam pukul 5.00 p.m.

Apa yang istemewa di Haarlem?  Dia dikatakan kaya dengan sejarah sehingga ke zaman pre-medieval dan letaknya dia atas paras laut (ini aku baru tahu). Kalau tertanya apa yang hebat sangat dengan kedudukannya di atas paras laut sedangkan semua tempat di dunia memang gitu, kita kena ingat yang Amsterdam adalah bandar di bawah paras laut (at least suatu ketika dulu.  La ni aku tak tahu lah).  Di zaman dulu-dulu, bandar Haarlem pernah beberapa kali di musnahkan dengan kebakaran tapi di bina balik dengan agak cepat berbanding bandar di Europe lain atas dasar kekayaan tempat ni.  Dan hari ni Haarlem lebih di kenali sebagai tourist attraction sebab kecantikan dia dan juga sebagai pusat perniagaan bunga tulips.

Bila sampai di Haarlem, kedai-kedai dan Grote Market (main attraction) baru aje tutup niaga.  Aku rasa ralat jugak tapi dengan masa 2 hari yang ada, aku tahu aku tak boleh ada banyak expectation.  Kitaorang decide untuk berjalan ikut kaki sebab tak ada map.  Tak susah nak keliling bandar Haarlem dan dalam masa 2 jam kat sana, banyak jugak yang kitaorang explore.  Satu-satu benda yang aku tak jumpa ialah windmill sedangkan windmill dia macam icon bandar Haarlem. Nasib baik semalamnya dah dapat tengok windmill di Keukenhof.  

Stesen keretapi Haarlem

 Kedai Cheese


 Grote market yang dah mula bersurai masa kitaorang sampai

Kedai SABON yang memang jual sabun.  Suratan atau kebetulan? 
Itu ayat fevourite Remy Ishak dalam cerita Cinta Jangan Pergi
(Photo credit to CK)

Sedikit sebanyak Haarlem mengingatkan aku pada Bruges, Belgium.  
Dah sepupu sepapan namanya

 Teylers museum; museum tertua di Netherlands.  Fokus utama adalah 
arts, sejarah & sains (Photo credit; CK)

 Ini gambar saja suka yang aku suka
  
Kitaorang meninggalkan Haarlem dengan hati yang berat.  Kalau diikutkan hati mahu di explore lagi sekurang-kurangnya sampai berjumpa dengan windmill icon.  Tapi kaki dah meronta-ronta nak balik ke rumah sebab dah penat.  A good place to end the visit to Amsterdam.




 

2 comments:

  1. Gambar last, aku pun suka! Sebab window kaler pink. Tapi!! Entry ni paling aku dislike hahaha. Jeles woooo tengok semua gambar tulips tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. silakan Bie. Rezeki kau akan sampai. Ko kan nak pergi tahun depan.. :)

      Delete