Showing posts with label Australia - Adelaide - Exploring City Centre. Show all posts
Showing posts with label Australia - Adelaide - Exploring City Centre. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Adelaide 2013 - Last day di Adelaide



Kalu nak baca entry hari sebelum ni,  klik sini



HARI KE 14 (30.12.2013)

Hari ni konsider hari yang terakhir aku di Adelaide.  Esok pagi-pagi kitaorang akan bertolak balik ke KL.  Kitaorang cuma plan untuk free and easy hari ni, cuma Encik D ajak aku balik ke Vaele Garden lagi sekali sebab semalam tak puas.  So kitaorang ambik tram lagi sekali ke sana.  Berlegar-legar sejam dua.

xde banyak gambar hari ni.  More kepada family 
photos sebab susah nak ambik gambar bertiga ni.

Kitaorang kemudiannya pergi Central Market sekali lagi.  Kali ni untuk beli souveniers.  Aku memang fail bab-bab beli souvenier ni.  Cerita souvenier cerita sampai bila pun tak habis so aku ambik masa dalam sejam untuk pilih itu ini & bayar.  Harap-harap orang yang terima souvenier aku sukalah.  Kitaorang spend dalam AUD100 untuk souvenier.  

Teringat yang aku belum sampai ke Botanic Garden tapi tah kenapa aku tak pergi jugak, padahal bukan ada banyak benda nak buat pun.  Encik D ajak aku pergi ke Rundle street.  Beli sehelai dua baju untuk baby SJ dan adik-adik ipar.  Done. 

Lepas tu betul-betul free and easy.  Jalan sana sini xde arah tujuan sambil aku mencari lagi subjek favorite aku.  Alhamdulliah aku jumpa (sebenarnya ni bukan kali pertama aku nampak dia cuma selalunya orang ramai berdiri dekat dengan dia).  

Taadaa.. ni lah buah hati baru aku.  Cantik kan street art ni.  
Cakaplah cantik.  Lama aku tenung lukisan dinding ni tau.

Lewat petang kitaorang bawak baby SJ naik tram buat kali terakhir.  Kitaorang naik ke arah Adelaide Entertainment centre & stop kat last station iaitu Entertainment centre tu sendiri.  Anak aku ni memang kemaruk naik train ke mana-mana kitaorang travel.  Sampai ke tahap menangis bila nak turun.  Kat KL pun sama, bila bawak naik LRT nak turun mesti nangis.  Sampai sekarang lah.

 Sunset di Adelaide Entertainment centre



Last ride

Baby SJ menamatkan percutian dengan senyuman yang panjang lebar sebab berjaya naik tram berpuluh-puluh kali. 


HARI KE 15 (31.12.2013) 

Kami bertolak balik flight pagi.  So awal-awal pagi pekerja penyewa kereta dah datang ambik kitaorang & hantar pergi Airport.  Check-in dengan AirAsia berjalan lancar.  Selepas check in kitaorang cari tempat untuk breakfast.  Dan aku dah bajet kalau setakat breakfast setengah jam ok je tapi tak sangka pulak kita orang tersalah tuju ke pintu masuk.  Kita orang tuju to another end of gate tapi rupanya sebelah satu lagi.  Rupanya-rupanya orang yang sedang beratur cukup ramai.  Jangan ingat nak masuk Australia je susah.  Nak keluarpun sama susah jugak.  NAsib baik sempat masuk gate.

Flight balik ke KL lancar & cuma ada sikit2 turbulence lepas few hours berlepas.  Panik jugak tapi tak lama pun, dalam 10-20 minit je.  The rest lancar.  Kami selamat sampai ke KL pukul 4.30 petang.



Overall, aku love the trip.  Konsep redah jaya kitaorang berjalan lancar.   Adelaide is lovely and maybe satu hari kitaorang akan kembali to explore yang masih belum berjaya di explore.  Problem kecik2 biasalah.. hadapi dengan senyuman & we should expect the unexpected.   Sejujurnya aku masih miss Adelaide. Rindu pada 'retirement city'.  Rindu pada langit yang cerah tanpa awan & rindu pada udara yang segar. 

Friday, September 5, 2014

Adelaide 2013 - Boxing day di Adelaide

Kalau nak baca entry hari sebelumnya, klik sini


HARI KE 10 (26.12.2013)

Plan asal sepatutnya ke Adelaide Hills tapi since kitaorang dah cover Adelaide Hill beberapa hari lepas, Encik D ajak aku menikmati Boxing day di city.  Aku ikut ajelah.  Hari ni masih public holiday di Australia.  Nak pergi ke Botanic Garden pun tak boleh sebab dia tutup di hari cuti.  Itu satu-satu aim aku yang tak kesampaian yang aku sedikit terkilan.

Aku belum pernah merasa Boxing day.  Aku pun bukan kaki shopping.  Jadi tak tahu nak expect apa.  Lepas breakfast kak hotel kitaorang jalan keluar pergi Rundle street.   First time sejak aku kat Adelaide aku nampak orangyang seramai ni. Macam kalau kita pergi Indonesia.  Kat celah mana-mana pun ramai orang. 

Aku tengok harga barang tak adalah murah gila-gila tapi orang sini shopping bagai nak rak.  Kedai-kedai elektronik ada beratus-ratus orang beratur.  Aku ada lah try menyibuk masuk satu kedai,  capai beberapa helai baju untuk baby SJ.  Bila nak bayar tengok orang beratur dekat 100 orang.  Terus tak jadi beli.  Kesabaran aku memang kurang bab-bab shopping. 


 Nampak tak ada ramai lelaki yang nampak macam lost.  
Tu semua kes kena tinggal wife yang masuk kedai shopping :)

Kes aku terbalik, aku yang lost.  Kemudiannya aku ajak encik D balik hotel lepas lunch then dia keluar balik sorang-sorang sementara aku tidurkan baby SJ. Petang kitaorang keluar jalan-jalan sementara aku cari subjek kegemaran terbaru aku - street arts.  


Cantikkan street arts dia.

Puas hati.  Simple day.  Preparation untuk perjalanan esok.

Wednesday, September 3, 2014

Adelaide 2013 - Krismas di Adelaide

Untuk baca post yang sebelumnya, klik sini




HARI KE SEMBILAN (25.12.2013)

Kalau ikut plan asal hari ni kitaorang sepatutnya drive dalam 200km pergi ke Port Harbor.  Tapi Encik D nak kanselkan trip atas beberapa reason.  Satu, krismas bimbang semua kedai tutup termasuk petrol pump di tempat-tempat terpencil.  Dua, sebab hari ni kitaoarang akan pindah ke Ambassador Hotel so kena pack barang bagai.  Tiga sebab Encik D sebenarnya risau dia penat untuk drive 200km sebab kitaorang sepatutnya balik hari.  Aku license tu valid cuma lesen aku lesen lama (tak ada traslantion kat lesen, risau kalau kena tahan polis tak percaya itu lesen).  Aku cuba cari hotel murah sebelum pergi tapi yang ada semuanya mahal-mahal.  Di luar kemampuan.

Makanya hari ni kitaorang rilek aje.  Lepas check in di hotel, kitaorang biar baby SJ tidur sebelum keluar jalan-jalan sekitar bandar sebelah petangnya. Bandar selenggang lenggangnya.  Sama macam KL di hari raya.   Tak ada kedai yang bukak kecuali convenience store.  Untuk makan, nasib baik  aku masak sebelum check out dr accomodation di North Adelaide sebab bimbang tak ada restoran buka.  Kalau tak, makan megi cawanlah aku.

Redah punya redah terjumpa ini, Restoran Penang.  Milik Malaysian.


Terjumpa ini jugak. Minat baru aku.  Aku sedang mengumpul 
koleksi street arts.  Nanti satu hari aku akan compile

Since semua kedai tutup, kitaorang pun decide nak balik dan berehat. 


Sunday, August 31, 2014

Adelaide 2013 -Aktiviti Carca Merba

Entry hari sebelumnya; Hari ke 4


HARI KE 5 (21.12.2013)

Hari ni birthday ke 3 baby SJ.  Bila aku tanya dia apa dia nak untuk birthday dia, dia cakap dia nak naik train.  Plan asal nak bawak dia pergi botanic garden tapi sebab dia nak naik train aku kansel plan asal.  Kitaorang pun bawak dia naik tram pergi Adelaide Entertainment Centre.  Aku main redah aje & tak tahu apa yang ada kat situ.  Sampai sana aku nampak ada park berdekatan yang buat pameran miniature cerita-cerita fairytales sempena nak krismas.  Nasib baik. 

 Tak boleh pergi dekat tapi oklah boleh lah buat budak-budak enjoy 
sambil makan aiskrim.  Lagipun f.o.c je kalau nak tengok ni.

Lepas lebih sejam kitaorang biar Baby SJ enjoy, kitaorang pun gerak naik train ke City Centre balik.  Sebelum naik train aku sempat jengok park berdekatan.  Aku memang jatuh hati dengan park kat Adelaide.  Aku biasa dengan pokok dan hutan dari kecik.

Bonython Park.  The simple nature attract me most.

Kitaorang turun kat City West station, dekat dengan South Australian Health and Medical Research Institute.  Masa ni dah lewat petang.  Nak pergi ke Botanical Park dah tutup.  Botanical park buka dari 9.00 a.m - 5.00 p.m sahaja. Dari situ kami jalan kaki ke River Torrents Park yang mengadap ke goverment house. 

River Torrents

Tak ada banyak benda sangat boleh buat kat park ni sebab sesetengah dengan dalam proses improvement.  So kitaorang singgah sekejap aje.  


 Kitaorang kemudiannya berjalan menghala ke Adelaide North dan singgah ke Wellington Square park.  Aku suka park yang dekat dengan penginapan kitaorang ni sebab dia luas dan sangat bersih.  Dia sebenarnya macam roundabout sebab keliling dia ada jalan.  Sementara Encik D melayan baby SJ main boomerang yang baru beli pagi tadi, aku duduk atas rumput melayan burung. Masa-masa ni lah nak rasa dalam hati ada taman sebab sejak ada anak susah nak mengelamun :).



Kitaorang balik bila hari dah cukup gelap.  Rumah yang kitaorang duduk tu cuma dalam 200m dari situ.  Tak sampai 5 minit dah sampai.  Malam tu aku tak ingat apa yang kitaorang makan.  Maybe two of the packed foods yang dibawak dari KL.

Ringkasan untuk hari ni,

Adelaide 2013 - Adelaide Central Market dan Pasar Malam yang tak jumpa

Entry hari sebelumnya kat sini Hari ke 3


HARI KE 4 (20.12.2013)

Lepas Breakfast, kitaorang naik bas pergi Tourist Information Centre di King William Rd. Kitaorang cuba dapatkan information terutama pasal luar dari Adelaide.  Banyak jugaklah info yang dapat terutama pasal whether & kebakaran hutan.  Kitaorang di ingatkan berhati-hati incase ada kebakaran.  Kebakaran hutan agak kerap jadi di musim panas kat sini.  Sebab tu kena hati-hati.  Sebenarnya sepanjang aku kat Adelaide, ada beberapa kejadian kebakaran yang aku dengar.  Kat tempat yang aku pergi ada 2 tempat terbakar selepas beberapa hari aku tinggalkan tempat tu. 

Kemudian kitaorang ambik intercity sguttle bus pergi ke Central Market.  Bila sampai taklah sebesar yang aku ingat.  Kami spend sejam dua ronda-ronda.  Aku memang suka pasar sebab bagi aku pasar adalah tempat terbaik kalau nak mengenali locals.  Terus terang kali ni aku agak kecewa.  Tak yang macam aku expect.  Maybe sebab CM letaknya sebelah Chinatown & kat CM sendiri ramai peniaga Chinese so aku rasa macam pergi ke pasar biasa aje.  Maybe ada yang tak setuju dengan aku.  Tapi janganlah korang ambik serius sangat dengan komen aku sampai tak nak pergi langsung.  Kitaorang pun pergi 2 kali.  Kali kedua untuk beli souvenier. 

Aku seronok tengok harga buah kat pasar.  Summer adalah musim strawberries so strawberries boleh dapat dengan harga yang murah.  Aku beli dengan harga AUD3.99 sepeket.  Rasa strawberries sini memang fresh.  Maha sedap. Encik D & Baby SJ tak suka strawberry, so kejap je aku habiskan sepeket.  Aku jugak suka tengok gerai Cheese sebab diaorang susun cantik.  Kat dalam CM ada tempat makan & satu gerai makan yang halal (Arab). Kalu korang nak datang sini langsung dengan makan kira bolehlah.  Aku ada beli Lebanese bread.  Sedap gila sampaikan housemate tuan rumah pun kata sedap.  Kitaorang selalu share makanan.  Bila kali kedua aku pergi bila nak beli lagi, roti tu dah habis stok.  Terkilan gila aku.


Antara gerai-gerai yang ada


Apa yang ada kat gerai buah.  Cuba compare harga strawberry dan harga 
rambutan.  Buat aku hargai rambutan bila balik kampung.  Kat lampung aku 
orang biar buruk atas pokok je kalu dah banyak sangat dan tak termakan.  
Kalau aku tinggal sini maybe lah sekali sekala mengagahkan diri beli sebab 
aku memang alah dengan rambutan.  Pantang nampak mesti nak.


Aku perasan harga pokok bunga tak murah compare kat negara kita. Tapi memang cantik.

Dari CM kitaorang decide untuk balik Ke Rundle Street & makan kat situ.  Aku rasa Rundle Street ni tempat yang sangat selesa untuk berlegar sebab tulah kita orang suka kat area ni.  Nak makan dan nak gi changing room sangat senang.  Kitaorang makan kat The Swingging Bowl.  Klik sini kalau nak tahu komen aku pasal kedai makan nama The Swingging Bowl ni;  Food.  Lepas makan lepak-lepak jap dan sempat lah enjoy beberapa busking performance.  Aku memang penggemar street performance.  Then petang sikit kitaorang berjalan meninggalkan Rundle street, kununnya nak pergi ke East End area sebab nak cari Summer Night Market.  Jalan punya jalan sampai ke hujung jalan tapi tak jumpa apa.  Aku tak sure aku dah salah ke apa.  Kaki dah sakit so aku ajak Encik D patah balik ke Rundle street.  

 Masa on the way nak gi East End

Kitaorang makan malam kat Rashan Corner di Adelaide Central Mall.  Klik link atas kalau nak tahu pasal Rashan Corner.  Lepas makan sambung tengok busking.  Then aku ajak Encik D cari bas untuk balik ke North Adelaide.  Kemudian barulah kitaorang sedar yang kitaorang sebenarnya tak tahu apa nombor bas dan kat mana nak naik kalau nak balik ke rumah.  Selama ni kitaorang cuma naik free shuttle dari rumah ke city centre dan shuttle service cuma sampai 5 petang aje.  Lanjut baca entry pasal transportation. Aku ajak Encik D slow-slow jalan dan naik bas kalau ada nampak tulis lalu kat North Adelaide tapi sampai last tak ada.  Lama-lama kitaorang pun sampai rumah.  Penat sikit lah tapi kurang-kurang sampai.  Taklah teruk sangat,sempatlah lah capture some good photos.

Clockwise dari kiri; St Peter Cathedral masa malam, Adelaide Oval 
(stadium Kriket yang femes kat Australia) & Cathedral dari side lain.

Sebab kepenatan, aku tidur macam kayu malam tu.

Ringkasan untuk hari ni


Sila abaikan timing, aku cuma nak tunjuk route.


Saturday, August 30, 2014

Adelaide 2013: Adelaide Art Gallery & Sekitar King William Rd.

Yang belum baca entry sebelum ni klik sini;  Entry Day#2


HARI KE 3 (19.12.2013)

Heatwave ada lagi.  Kitaorang dragged sangat nak keluar hari ni.  Kesan bahang semalam pun tak habis lagi.  Tengah berkira-kira nak keluar pukul berapa dari rumah, housemate tuan rumah dah balik dari kerja.  Dia ni student Adelaide University & tengah ambik break 1 tahun untuk kumpul duit.  Dia kerja buruh binaan & dia kata dia tak tahan duduk kat site & sebab tu dia balik awal. Aku tengok muka dia macam udang dalam minyak panas.  

Kitaorang keluar dah dekat nak tengahari, naik shuttle bas pergi ke Adelaide Railway station .  Kepuusan spontan je nak stop kat Railway station.  Jalan-jalan kejap & beli makanan ringan dan pastu kitaorang ambik inner city shuttle bas (free) pergi ke Adelaide's Art Gallery. Tak jauhpun, 2 stop bus aje


 Stesen keretapi dia tak sibuk.  Aku rasa keretapi bukan pilihan 
ramai sebab tu stesen keretaapi dia macam lenggang je.  


Turun dari bas kitaorang lari cari entrance building.  Loh entrance kat belah belakang.  Sekali lagi kena lari.  Aku rasa kalu kat Malaysia kita takkan rasa sebahang ni kalaupun dengan suhu 44 degree sebab kita ada awan tapi kat sini awan memang sangat sikit.  Bright sidenya, langit dia memang bersih & tak puas tengok


Bangunan Art's Gallery. Letak betul-betul sebelah SA Museum

Nak masuk Art Gallery ni strict sikit.  Apapun tak boleh bawak tapi dia orang bagi bawak stroller.  Susu & bag semua kena tinggal luar.  Hall dia ada banyak tingkat tapi kitaorang tak jumpa lift jadi Encik D terpaksa mengusung stoller bawak naik tangga.  Interior dia sangat cantik.  Kitaorang ni sebenarnya tak pandai nak enjoy paintings tapi aku cuba-cubalah mencelah tour sebelum anak aku buat bising.  Art Gallery ni tempatnya sunyi, suara anak aku je dengar.  Lady security dia ikut je kami dari jauh.  Agaknya sebab muka kami bersawang lepas kena panas bahang 2 hari.  So kitaorang tengok sana sini sikit ajelah & ambik keputusan turun.


 Aku suka semua hall dia.  Combination color yang best.  
Ambik gambar di benarkan cuma tak boleh sentuh bahan pameran

Antara paintings kat dalam.  Ada juga painting modern tapi terlupa aku nak ambik

Keluar dari main hall kitaorang masuk ke children creativity section.  Kat situ budak-budak boleh pilih untuk color atau main play doh.  Bahan-bahan di sediakan & boleh bawak balik.  Aku tengok ada orang bawa balik.  Aku taklah,buat melekit back pack aku je.

Kitaorang makan tengahari di Rundle Place lagi.  Lepas makan, aku masuk hypermarket beli grocery.  Aku jumpa student Malaysia yang kebetulannya mak dia datang ke Adelaide untuk tengok dia convo.  Aku borak-borak & sementelah tu aku tanya lokasi The Swingging Bowl (restoran Melayu), rupanya dekat aje.  Adik perempuan tu siap bagi no telefon dia in case aku tak jumpa Swingging Bowl.  Aku dengan pantasnya ajak Encik D cari Swingging Bowl.  Jumpa.  Encik D dengan pantasnya order Teh tarik.  Padahal baru 3 hari sampai sini.  Kan aku dah cakap, tekak Encik D memang tekak melayu. Siap minum kitaorang tapau lauk untuk makan malam (beras dah beli hari pertama kitaorang sampai).

Nak pergi ke Central market macam dalam iternary dah terlambat sebab CM tutup selepas pukul 5.  So kitaorang slowly menyusur King William Rd dan stop kat parks untuk berehat dan bagi baby SJ berlari.  Tabiat budak aktif, kalau tak dapat berlari dia akan grumpy.  Pastu slowly berjalan balik. Hari ni aku rasa macam jauh pulak sebab kitaorang tak guna short cut.  Jalan baru kekonon.

Elder Park & River Torrens

Dari atas kiri clock wise - Cathedral, St Peter Cathedral
& Angelican Church di King Williams Road

Sampai rumah, masak nasi, mandi, makan malam dan lepak tengok TV sambil main arnab tuan rumah.   Hati aku berbunga-bunga sebab bila tengok ramalan cuaca, at least seminggu ke  depan temparature tak panas sangat.   Then berlabuh.  Hari yang simple.

Ringkasnya, bulat putih border hitam tempat yang aku pergi hari tu.  Dot biru tu route kitaorang.  Bukan semua kitaorang jalan kaki, ada yang naik bas.  Tapi bila tengok balik ada rasanya  4km  jalan hari tu.  Abaikan timing tu.  Aku print screen gambar ni dr Google map & ada benda tak boleh hide.


Wassalam



Thursday, August 28, 2014

Adelaide 2013: SA Museum --> South Glenelg Beach

Entry hari sebelum ni klik;  Entry hari pertama


HARI KEDUA (18.12.20313) 

Kitaorang dikejutkan dengan heatwave di hari kedua.  Aku memang tak pernah lagi pergi ketempat yang yang suhu lebih dari 40 degree.  Kat KL pun paling-paling 36-37 degree dan biasanya aku jarang keluar jauh-jauh kalau panas sangat.  Tapi suhu hari tu 43 degree.  Rasa macam terjatuh dalam toaster masa orang bakar roti. 

Dari penginapan di Adelaide North, kitaorang ambik free shuttle bus untuk ke bandar.  Best jugak sebab bas bawak keliling jauh-jauh dan dapatlah sekilas mark mana yang nak datang balik.  Lalu depan Adelaide University & Adelaide zoo.  Driver bus memang baik gila.  Naik bas jangan lupa cakap Hello kat driver sebab itu cara orang sini.  Nak turun pun jangan lupa cakap Thank you.  Driver bas agaknya nampak kitaorang muka confused tak tahu nak turun mana, dia tolong cari map laluan bas & bagi kita orang satu. 

Kitaorang try ikut iternary iaitu pergi SA Museum.  Lagipun ni hari yang tak boleh buat aktiviti luar sebab memang bahang gile.  Sikit lagi aje nak pengsan.  Turun bas betul-betul depan Museum.  Kami berlari masuk museum.  Kebanyakan museum kat sini masuk free, tapi kalau korang nak donate untuk tabung maintenance museum bila keluar karang letak lah duit kat dalam tabung yang disediakan dekat dengan pintu museum.  Tapi jangan ingat sementelah free, museum dia cikai.  Keseluruhan  ada 4 tingkat.  

Tingkat bawah, hal-hal haiwan. Pastu tingkat 2 hal-hal sejarah Austalia . Pastu tingkat 3 hal-hal mining dan geologi.  Ni lah floor paling best sebab aku ni geologist.. sejam lebih lah aku duduk kat section ni.  Inilah museum bahan geologi yang terbaik pernah aku jumpa.  Tingkat sama jugak ada fosil, jadi memang lah rasa macam nak bergolek sebab suka.  Tingkat paling atas ada marine life.  Kitaorang memang leka. Alih-alih tengok jam dah pukul 3 petang.  Patutlah perut dah kempis dan baby SJ dah mintak susu.  

 Tingkat 1

Tingkat 2


Tingkat 2

Tingkat 3.


Tingkat 4.

Keluar dari SA museum, kitaorang jalan cepat2 cari tempat nak makan sebab selain dah lapar kitaorang nak cepat-cepat masuk ke building yang ada aircond.  Iternary no 2 postpone ke esoknya sebab dah lapar.  Kitaorang tuju ke Rundle Mall area yang letaknya cuma seberang jalan besar.  Kemudiannya, ambik keputusan nak makan kat Rundle Place (sebuah shopping complex) sebab Encik D nampak ada sebuah gerai Malaysian - namanya Warong (other half aku ni tekak melayu tulin, kena makan nasi setiap hari).  So kitaorang makan kat situ.  Macam aku tulis kat Adelaide-Mukadimah entry, food dia tu ok cuma aku tak boleh makan tak ada pedas, so aku struggle sikit.    Rundle place ni memang sangat selesa & kami habiskan masa dalam 2 jam kat situ.  Bilik salin diaper baby pun siap ada play area untuk kanak-kanak. Situpun ada hypermarket yang besar.  Kitaorang keluar bila Rundle Place tutup iaitu pukul 5.
 
Dari situ kitaorang naik tram pergi ke South Glenelg beach.  Stesen tram tak jauh pun dari Rundle Mall.  Jalan dalam 200-300 meter nampaklah station tram.  Tak usah takut sesat kat area sini sebab Rundle Mall ni senang je.  Tram agak kerap & cuma ada 2 hala.  Satu hala ke Glenelg, satu hala lagi ke arah Entertainment centre.

Sampai station aku ada nampak machine tiket cuma untuk beli tiket kena pakai card.  Tak silap dia ada agent somewhere situ yang jual card juga tapi aku malas nak lintas jalan dan cari.  Aku try bayar guna card credit aku tapi dia tak accept.  Kat machine tu tulis, dalam tram nanti ada machine yang accept duit.    

Makanya aku cuba membeli tiket di dalam tram tapi aku tak pandai nak guna machine. Manusia pulak agak ramai sebab time orang balik keje. Nak panggil Encik D dia jauh & susah untuk dia datang sebab kena tolak stroller celah-celah orang.  Aku pun try dapat bantuan dari local tapi tak ada sorang pun yang tahu.  Semua yang berdiri di tepi ticket machine suruh aku tak payah bayar tiket.  Ada sorang ni siap bagitau aku yang dah 30 tahun dia naik tram tapi tak pernah pun terserempak dengan ticket inspector. Aku memang rasa cuak sekali dengan rasa berdosa. Akhirnya kitaorang sampai dengan selamat di Glenelg beach. Perjalanan dari Rundel Mall sekitar setengah jam. 

Glenelg beach ni tempat yang wajib pergi kalau ke Adelaide.  Kawasan jajahan dia besar juga.  Siap ada hotel 5 star.  Kedai pun berderet-deret.  Memang happening gile.


Bangunan & monument yang letak betul-betul depan tram stop.  
Top left busker buat performance.


Seagul / camar
  
 Menjelang dan semasa sunset (lebih kurang pukul 8 p.m).  Perfect. 
Aku memang ada penyakit sayu setiap kali tengok sunset.  
Sindrom dalam hati ada taman kah?


Jangan lupa makan aiskrim kalau pergi Glenelg.  Ais krim Glenelg memang jadi sebutan kalau baca forum.  Aku tak makan sebab aku tak suka makanan manis tapi anak aku makan. Dia memang enjoy.  Kali kedua pergi dia sendiri pergi order kat kaunter.  So agaknya memang sedaplah tu.  Tapi harga boleh tahan sikit, sekitar AUD6. Terbeliak jugaklah biji mata masa nak bayar.  Tapi bukan selalu kan.

Overall, bagi aku, Glenelg is a beautiful beach. Aku seriously love this beach. 

Kami kemudiannya ambik tram balik.  Kali ni kitaorang beli tiket tram kat station.  Sampai di city centre Aku & Encik D decide untuk jalan kaki je balik ke North Adelaide.  Sesambil tu kitaorang singgah di Mekong Restaurant untuk tapau tom yam dengan nasi.  Sampai rumah makan, mandi, solat & berborak sekejap dengan housemate tuan rumah sebelum berlabuh.  Hari yang panjang & penat tapi best.

Perjalanan aku hari ni



Tuesday, August 26, 2014

Adelaide 2013 : North Adelaide --> Hindley Street

HARI PERTAMA (17.12.2013)

Flight AirAsia landing lebih kurang pukul 9.30 a.m.  Imegresen Australia seperti yang umum tahu memang cerewet & kitaorang terpaksa beratur sejam lebih baru dapat lepas.  Aku ada bawak makanan segera Brahim's dalam 6,7 kotak.  Maka aku declare aje.  Sekali dengan susu formula baby SJ.  Kena masuk line declare dan hampir semua orang yang declare kena buka beg.  Kitaorang tak terlepas.  Imegresen dia ok je, sempat lagi puji yang nasi beriani sedap (aku bawak nasi beriani segera).  Tak payah risau kalau tak ada buat salah & declare aje kalau tak sure.

Lepas aje dari imegresen kitaorang keluar dan di sapa oleh Zul, pekerja brother yang kitaorang sewa kereta darinya.  Zul hantar kitaorang ke penginapan.  Tuan rumah tak ada tapi awal-lagi dia dah message bagitau suruh aku ambik kunci dari mailbox.  Hebat betul dia orang ni.  Kalau kat Malaysia buat lagu ni mesti balik kerja rumah dah kosong kena rompak.    Encik D yang memang insomia setiap kali naik flight kejap je dah lebur.  Baby SJ pun sama lebur.  Tinggal aku je yang memang jenis susah nak tidur siang terkebil-kebil.  Lagipun aku tidur lena dalam flight.

Aku sempat jumpa housemate owner rumah yang balik dari kerja dan berborak sebelum ambik keputusan untuk keluar tinjau-tinjau bandar Adelaide.  Kitaorang decide untuk berjalan kaki je. Map ada di tangan, so redah ajelah.
 


Hari ni. Clockwise dari atas; Adelaide Oval (stadium kriket antarabangsa), 
Rundle Street, Hindley Street dan Light's Vision memorial.







Sekali imbas,yang berkenan di hati

Kedai-kedai termasuk  Rundle Mall (shopping district) pun dah almost tutup masa kitaorang sampai. Iternary untuk hari pertama lebur.  So kitaorang jenguk sana sini kejap, cari tempat makan, beli grocery dan jalan balik.  Sempat terserempak dengan beberapa Malaysian.  Ada yang macam datang bercuti, ada yang belajar.


Hari ni.  Adelaide waktu malam. 
Clockwise dari atas; Port Road semasa dan sebelum sunset dan   
South Australian Health and Medical Research Institute (SAHMRI) buiding.

Ringkasan untuk hari pertama.  Abaikan timing tu.  Kitaorang xde berlari, berenti sana-sini.  Ambik masa dalam sejam pergi dan maybe 40 minit masa balik.  Aku masih tak jumpa macamana nak hide timing dari google map.

 

Malam tu kitaorang berlabuh awal.  Menyiapkan diri untuk hari esoknya.