Showing posts with label Western - Autumn - France - Paris - City. Show all posts
Showing posts with label Western - Autumn - France - Paris - City. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Paris - Autumn 2012 - A goodbye

Entry yang sebelum ni
Paris_Hari ke 7  
Paris_Hari ke 6  
Paris_Hari ke 5   
Paris_Hari ke 4 
Paris_Hari ke 3   
Paris_Hari ke 2
Paris_Introduction



13.11.2012 
 # Hari ke 8 dan terakhir di Paris 
 # Hari ke 8 overland Western Europe



Trip Paris aku dah sampai ke penghujung.  Entry ni serba ringkas aje.  Just untuk memaklumkan yang hari ni hari transit kitaorang.

Hari ni kitaorang bertolak ke London.  Siang-siang aku dah booked tiket Eurostar ke London.  Booked awal dapat harga murah.  Aku dapat tiket promosi, cuma €50 sorang.  Kalau beli on the spot hampir sekali ganda.  Aku ambik tiket non-flexible.  Maknanya tak boleh tukar dan no refund kalu tak jadi naik.  

Website official Eurostar klik SINI.

Train kitaorang pukul 4 petang dan kitaorang decide nak stay sekitar Marcadet Rue sahaja di sebelah paginya.  Aku try cari peti surat nak pos poskad pada kakak aku tapi sampai last aku tak jumpa. Setem aku dah beli hari sebelumnya tapi tak boleh nak pos masa tu sebab aku tertinggal address kat rumah. Sudahnya aku bawak balik kad ke Malaysia dan pos dari sini.  Kesian kakak aku.

Kitaorang keluar dari rumah kekununnya dah awal.  Dalam kul 1 lebih.  Station main, Gare Du Nord dengan rumah kitaorang dalam 10 minit je tapi nak mengangkat sekali lagi barang turun tangga station Marcadet macam nak pengsan.  Encik D lah, bukan aku.  Aku tukang tengok je sebab aku kena jaga baby SJ.  Susah gila process.  Dari satu tangga ke satu tangga.  

Dum dam dum dam sejam baru sampai Gare Du Nord.  Gare du nord besar, jenuh jugaklah ke hulu ke hilir cari mana International platform.  Finally jumpa.  Terlupa pulak yang ini International train makanya aku kena check in & isi immigration form bagai.  Lama rupanya.  Siap kena turunkan baby SJ yang tengah tidur dalam stroller sebab dia orang nak inspect body baby SJ.  Tak apalah, itu memang dah kerja dia orang.

Finally kitaorang berjaya boarding dan train berlepas on time.  Anak aku menyanyi-nyayi sepanjang journey okeh.  Sampaikan ada mat salih ketawa dan tegur keramahan baby SJ.  Takde gambar sebab aku tak jumpa kat mana aku simpan.  Tapi senang cite, 2nd class dia cukup selesa.  2 jam lebih aje pun.  An eye opening experience sebab ni first time kitaorang naik train untuk long distance.  Siap dengan Cafe kalau lapar.  

Berjaya sampai King Cross Station di London dalam pukul 7 p.m dan  Aku akan buka cerita London entry akan datang.

Sementara itu, nantikan entry 20 top interest in Paris dari aku.

merci & au revoir / Terima kasih & selamat tinggal






Sunday, October 19, 2014

Paris - Autumn 2012- Day 7

Entry yang sebelum ni
Paris_Hari ke 6
Paris_Hari ke 5 
Paris_Hari ke 4 
Paris_Hari ke 3 
Paris_Hari ke 2
Paris_Introduction




12.11.2012 
 # Hari ke 7 di Paris 
 # Hari ke 7 overland Western Europe



Technically hari ni hari kedua terakhir di Paris dan esok kitaorang akan naik train ke London.  Kemungkinan besar hari ni hari terakhir kita orang akan jalan-jalan di kota Paris.  So kena pergunakan hari ni sepenuhnya.

Encik D kekununnya ajak aku window shopping.  Maka keluar masuklah kami ke beberapa buah shopping complexs dan kedai-kedai kecik di sekitar shopping district.  Aku mengaku bab-bab shopping memang aku fail.  Minat & kemampuan tu kurang.  Kalau kat KL pun sama.  Bila masuk kedai macam Zara, Gap, Guess harga lepas convert sama macam kat Malaysia.   Lagipun koleksi dia pun koleksi untuk winter, manakan sesuai untuk kita beli pakai kat Malaysia. 

Cuma yang lebih menarik minat aku pakaian untuk kanak-kanak perempuan dan kedai barangan travel (in particular aku jatuh hati beg Jack Wolfskin tapi tak mampu).  Geram tengok baju budak perempuan tapi tak ada anak perempuan.  Bila aku suarakan maybe kitaorang patut beli spare untuk future pada Encik D, dia kencang-kencang geleng kepala.  Haha, itulah cara kami berkomunikasi selalunya, melalui body languange. 

Lepas late lunch (kita orang beli tapau dan makan di pangkin),  Encik D suggest kitaorang ke Eiffel Tower lagi sekali.  Tawaf selamat tinggal.  So kitaorang menyusuri kedai-kedai dan sesambil tu beli souvenier untuk family & friends.  Di penghujung kedai-kedai tetiba aku ternampak winter coat yang cantik pada mata aku,  Aku ajak Encik D masuk & since kedainya kedai kecik, owner kedai bagi aku diskaun yang handsome.  Terpaksalah beli sebab Encik D dah berkenan sangat.. haha.  Murah je, 80 untuk knee length wool winter coat.  Terus pakai dan dan tu.  Itulah the only thing yang aku beli di Paris sebenarnya.  Puas aku lenjan coat ni sepanjang trip selepas tu. 

On the way ke Eiffel Tower melalui Voei Georges Pompidou iaitu menyusuri Seine River







Sampai di Eiffel Tower sekali lagi aku ajak encik D naik tower.  Encik D gelak malu nak mengaku gayat.  Jumpa sekumpulan Malaysian terdiri dari makcik-makcik yang tengah tunggu anak-anak turun dari Tower.  Sakan jugaklah kitaorang berborak.  Kagum aku sebab walaupun tahap makcik-makcik, semangat untuk travel diaorang tinggi.  Kata salah sorang ni, setiap tahun dia akan travel Europe.  Lepas paris dia orang akan pergi satu lagi negara.  Mesti berkepuk-kepuk duit dia.  


Eiffel malam ni.  Rasanya lebih cantik dari first time hari tu
sebab hari ni langit lebih gelap (hujan kucing-anjing sikit-sikit)

 Eiffel semasa light show.  Cantik gila.  Ada kaler-kaler lip lap

 The Tower peak

Lama jugak kitaorang kat sini.  sempatlah dua atau tiga kali light show.  Penutupan Paris city dengan cun sekali. 

Kitaorang sekali lagi ambik train dai Bir Hakiem station untuk balik.    

 

Saturday, October 18, 2014

Paris - Autumn 2012- Day 6

Entry yang sebelum ni
Paris_Hari ke 5 
Paris_Hari ke 4 
Paris_Hari ke 3 
Paris_Hari ke 2
Paris_Introduction




11.11.2012 
 # Hari ke 6 di Paris 
 # Hari ke 6 overland Western Europe



Hari ni hari yang lemau sikit.  Paris dan kitaorang sendiri.  Hari Ahad dan kebanyakan tempat tutup.  Bila kitaorang ambik train ke downtown, bandar almost empty.  Kedai 90% tutup.  Yang buka kebanyakannya kedai makan.  Yang tinggal hanyalah homeless yang tidur kesejukan.  Aku betul-betul sedih tengok homeless kat sini.  

Target aku almost semua dah tercapai. Ada satu dua yang aku tak cover tapi tak apa lah.  Cuma satu yang aku ralat, aku betul-betul terlupa nak pergi ke flea market.  Entah macamana aku terlupa nak masukkan dalam iternary aku.  Balik Malaysia baru aku teringat.  Hoho.  There will be next time, insyaallah.  Kitaorang ambik keputusan merayau dan later singgah di Luxemborg Park.


 
Saint-Germain Auxerrois Church

Carree Court  (kalu aku translate betul dari google map)

The Louvre Pyramid

Carree Court and the Louvre Pyramid


Dari area The Louvre, kita orang berjalan ke Luxemborg Garden.  Jauh lah jugak sebab terambik jalan yang jauh.  Sekali lagi jumpa ramai homeless di sepanjang jalan.  Sedih sangat sebab homeless kat sini memang terbiar berbanding tempat-tempat lain yang aku pernah pergi.  Bila nampak homeless di temani anjing aku lagi sedih.  Bila bagi duit, aku jadi sebak bila tengok cara dia orang pandang kita. Pandangan yang penuh berterima kasih walaupun bagi cuma sikit.  Tak boleh bayangkan macamana dia orang menghadapi winter.

Luxemborg Garden adalah satu park yang besar dan ramai Parisians datang beriadah di hujung minggu.  Di Malaysia, bila hujung minggu shopping complex yang penuh.  Itu beza yang ketara.

Autumn trees yang saujana mata memandang
  


Luxemborg pool.  Locals main wooden boat.. seronok jugak main tolak-tolak 
boat dengan batang kayu tengok boat siapa yang power.  Boat dan 
wooden stick boleh sewa dalam 4 untuk setengah jam. Last-last 
kitaorang join main sebab tak tahan tengok best.

Ini lah boat kayunya.  Ni kitaorang punya.  Itik tu rilex je main 
celah-celah boat. Kalau aku mesti takut terhantuk kepala dengan boat

Hasil tangkapan untuk hari ni
 
Parisians.  A city of love katakan.

Burung liar yang ramah.  Setengah jam jugak lah aku melayan burung-burung kat sini

Aku & Encik D di sapa oleh Parisian couple yang dah peluk islam.  Dia banyak tanya aku pasal Malaysia.  Aku anak Malaysia jati so aku gorenglah lah.  Kagum betul mat salih tu dengan Malaysia.  Dia banyak berbicara tentang kebebasan muslim di France.  Katanya apa yang kita nampak di luaran tak sama dengan apa yang berlaku sebenarnya.  Kebebasan adalah terhad di sana & dia bercadang untuk pindah ke islamic country satu hari.  Aku & Encik D cuma angguk-angguk.  Takut nak berkata lebih.  Manalah tahu dia ni agen perisik.  Terlebih kata aku kena tangkap nanti.  Huhu

Dah penat di Luxemborg Garden, kita orang menapak ke area St Michels.  St Micthel ni kiranya prime area untuk kita orang sebab senang nak cari makan.

Sempat menangkap belgian waffle.  A daily routine sebenarnya.  Harga satu 
dalam 2.50 - 4, bergantung sos apa yang kita ambik.  Nak jimat punya
pasal, satu waffle share satu family.  Haha.  Kadang-kadang habis satu 
waffle rasa tak cukup baru kitaorang beli yang kedua.

St Michels agak meriah sebab kat sini kebanyakannya kedai makan

Dari St Michel, we decided to call it a day.  Penat juga setiap hari keluar pagi balik malam.  Balik rumah tengok movie france yang lansung tak faham apa.  Hehe.


Sunday, October 12, 2014

Paris - Autumn 2012 - Day 4



09.11.2012 
 # Hari ke 4 di Paris 
 # Hari ke 4 overland Western Europe


 Pagi kitaorang pergi ke Sacre Coeur de Montmartre.  Sacre Coeur ni Church Roman Katholic yang masih di gunakan sampai sekarang yang letaknya di Bukit Montmartre, tak jauh dari tempat kitaorang duduk.  Kitaorang jalan kaki naik bukit aje ke sini.  Sacre Coeur ni terletak di peak paling tinggi di Paris dan di bina pada tahun 1875 bagi mengenangkan kekalahan France dalam perang Franco-Prussian pada tahun 1871. Cerita lanjut pasal Sacre Coeur klik link wikipedia.



Sacre Coeur dari kaki bukit Monmartre


 Dekat lagi

Dari sisi

 Statue King St Louis, raja France yang memerintah dari tahun 1226 - 1270 (kata wikepedia)

Dua jam lebih jugaklah kitaorang jalan sekitar situ.  Walaupun Sacre Coeur de Montmartre. ni letaknya jauh sikit dari tarikan Paris yang lain tapi aku suggest korang datang sini kalau ke Paris.  Sangat cantik.  Train station yang terdekat dengan Sacre Coeur adalah
  • Abbesses – Line 12 (green)
  • Anvers – Line 2 (blue)
  • Lamarck Caulaincourt – Line 12 (green)
Dia ada cable car dari bawah kalau malas nak menapak.  Tiket cable car dah termasuk dalam tiket Metro.  Kan jimat tu.


Kalau nak beli souvenier kat sini pun boleh sebab dia murah sikit dari yang dijual kat tengah-tengah city.  Kat sini lah mula-mula penjual souvenier offer aku €10 untuk 5 key chain.  Aku tolak.  Tolak punya tolak, last-last dia bagi aku berbelas key chain untuk price yang sama.  Haha.  Aku yang pemalas nak beli souvenier ni pun belilah.  Aku jugak ada beli poskard dengan harga yang cukup berpatutan - €2 untuk set 10 keping.  Aku teringat yang kakak aku mintak aku hantarkan dia poskad dari Paris. 


Perasan tak ada subjek putih kat tepi tangga tu.  First time aku nampak 
orang cat putih macam tu.  Selama ni banyak warne silver.  Aku ingatkan 
dia statue, tersentak aku bila aku lalu tiba-tiba dia bergerak. Haha.

Lepastu kitaorang turun dan jalan-jalan sekitar shoplots di sekitarnya.  Since naik kut jalan lain, turun pulak kut jalan lain, meraba jugaklah. Rupa-rupanya turun sekitarnya 1 km dari rumah, so kitaorang ikut je jalan besar sampailah ke area rumah.  Balik rumah dulu, lunch kat rumah, tukar diapers baby SJ siap-siap baru lah keluar lagi sekali.


Kitaorang ambik metro tuju ke Charles de Gaulle Etoile station untuk ke Arc De Triomphe (transit di Les Halles station, kemudian baru sampai ke Charles de Gaulle Etoile station).  Macam yang aku tulis sebelumnya, transit pubic transport kalau dalam masa satu jam tak payah beli tiket lain, jadi dah boleh jimat kat situ.  Keluar dari station, nampak Arc De Triomphe.  Arc De Triomphe satu monument untuk mengenangkan askar-askar yang berjuang dan mati untuk France masa Perang Revolusi France dan Perang Napoleon.  Lanjut klik SINI.

Arc De Triomphe letak di tengah-tengah simpang jalan Place Charles de Gaulle tapi ada tunnel dari tepi jalan kalau nak ke sini.  Masa kitaorang sampai tu ada majlis penghormatan askar-askar terkorban.  Aku tak pasti ni aktiviti harian atau sempena event tertentu.  Pastu dia jugak ada macam small museum kat bahagian atas monument tapi kitaorang tak naik sebab kena bayar.


Nampak macam dekat tak tak sebenarnya.  Kena guna tunnel untuk sampai kat situ.


Ada 4 kumpulan sculpture utama kat sini kata wikepdia.  Yang ni nama dia Le Départ de 1792


 
Bila stay sampai malam, so dapatlah gambar yang lagi best.  
Gambar ni di ambik di saat akhir sebelum hujan lebat.  Sempat 
lari masuk ke satu shopping complex dekat-dekat situ.



Lepas hujan stop, Encik D ajak aku jalan kaki pergi Eiffel Tower.  Aku sedikit memberontak sebab aku ingatkan jauh. Rupanya dekat aje.  Dalam 1 km dari Arc de Triomphe tapi ikut jalan lorong lah.  Kalau ikut jalan besar jauh sikit.  Berdebar bila menghampiri Eiffel Tower.

Sikit info untuk yang nak datang ke Eiffel Tower dengan train; Closest train station untuk ke sini adalah Champ de Mars / Tour Eiffel untuk line RER C. Metro stations lain yang juga dekat dengan Tower termasuklah Ecole Militaire on Line 8, dan Bir-Hakeim on Line 6.


Eiffel from infamous side but somehow aku suka gambar ni


From the famous side
 

dari bawah

Kalau korang pergi Eiffel Tower jangan lupa tunggu light show setiap sejam sekali.  Sangat cantik dan berbaloi. Kitaorang dapat merasa 2 rounds tapi aku tak ada gambar sebab masa tu kitaorang guna kamera untuk record video.   

Info sikit pasal Eiffel Tower bagi yang berminat nak tahu tapi tak rajin nak gugel wikipedia.  Eiffel Tower di bina pada tahun 1889 & the most visited monument in the world.  Ketinggian Eiffel Tower adalah 324m. Sebenarnya dia lebih rendah dari KL tower.  Ketinggian KL tower adalah 421m.  Ketinggian maksimum yang visitor boleh naik adalah pada had 276m.  Kata architect yang design Eiffel Tower pada tahun 1885 - 

"Eiffel Tower is not only the art of the modern engineer, but also the century of Industry and Science in which we are living, and for which the way was prepared by the great scientific movement of the eighteenth century and by the Revolution of 1789, to which this monument will be built as an expression of France's gratitude." 

Pada tahun 2012 aku mengangguk setuju.

Aku yang mithali ni terpaksa melupakan hajat nak naik Tower sebab macam aku cakap kat entry lepas, Encik D gayat.  Heheh.  Walaupun dia suruh aku naik sorang-sorang aku rasa tak sampai hati pulak.  

Orang beratur panjang nak beli ticket dan kalau tak nak beratur korang boleh beli online sebelum pergi tapi rasanya bukan semua tiket di jual online.  Current harga untuk masuk cam gini; Access to 2nd floor €9, Lift to top €15 dan stairs to top €5.  So kalu rasa larat nak naik tangga dan nak jimat bolehlah naik tangga.  2012 tak silap aku murah €1 untuk setiap satu.

Kebetulan jugak masa tu jugak ada united buddy bears exhibition.  Kalu korang ingat united teddy bears ni jugak ada datang ke Malaysia sebelum tu & di pamerkan di depan Pavilion.  Aku rasa bangga gila bila tengok teddy bear Malaysia. Sempat jugak jumpa beberapa keluarga Malaysian so sempat bertukar cerita. 




 Bangga tahap gaban tengok patung ni. Aku rasa ni lukisan LAT.

Kitaorang gerak balik dah pukul 10 lebih & penuh dengan rasa puas hati.  Encik D kata nak datang lagi sekali sebelum tinggalkan Paris.  Berjalan sikit dan ambik train dari Bir Hakiem station dan transit di Gare Montparnasse station untuk ke apartment.


Joinct Papeterie librairie yang letak setentang dengan Eiffel Tower


Sampai rumah baru makan tapi sebenarnya in between jalan-jalan tadi kitaorang makan waffle so tak adalah kebulur sangat.

What a great day to remember.  Alhamdullillah, satu lagi impian hidup tercapai.  Seeing is believing.  Besok ada satu lagi super impian aku yang perlu di selesaikan.


Bersambung..


Tuesday, October 7, 2014

Paris - Autumn 2012 - day 3



08.11.2012 
 # Hari ke 3 di Paris 
 # Hari ke 3 overland Western Europe



Pertamanya, terimalah sajian aku dengan favorite subject aku.


  Ini bukan Maple leaf kalu tak silap tapi asalkan daun kering
 yang rupa seakan-akan maple leaf kira ok lah kan


Antara yang aku jumpa
 

 

 
 Seine River lagi

Aku tak tahu building apa ni.  Mulanya aku ingatkan 
inilah Pantheon tapi bukan rupanya.
Orsay Museum kalu tak silap

Museum the Louvre

The Louvre.  

Kat dalam The Louvre ada potret Monalisa yang original.  Aku tak dapat nak masuk sebab mood baby SJ tak baik masa tu.  Tak apalah.  Orang kata kadang-kadang tak boleh nak tengok pun potret sebab orang ramai sangat & potret tu sebenarnya tak besar mana pun. Entrance fee €13-16 (single and combined ticket.  Dia ada dua sub division - permanent and exhibition halls).  So if korang decide nak masuk, kena bajet at least 2 jam lah kat dalam sebab museum dia super besar.






Sekitar The Louvre.  Statue, street artist & beca

Kitaorang tak jumpa kedai halal kat sekitar situ tapi bila masuk convenient store ada sandwich halal. Aku tak ingat harga, rasanya  sekitar €3-4.  So beli sandwich makan dekat bangku di dalam area Louvre yang besar.  Dapatlah baby SJ lepas dari baby stroller kejap.


Lepas lunch, lanjur ke Jardin de Tuileries, park yang famous kat sini & letak sebelah The Louvre. Orang tak ramai kat park, maybe sebab sejuk. Temperature sekitar 6-8 degree.
  
  Pintu gerbang ke Jardin De Tuileries













Sekitar Jardin de Tuileries

Keluar dari situ, dah petang.  Nasib baik jumpa private toilet untuk tukar diapers baby SJ.  Kitaorang jugak jumpa gerai jual Belgian waffle.  Fuhh.. nikmat dapat makan waffle panas masa tengah sejuk. 

Kitaorang dah dekat dengan Eiffel Tower dan Champs-Eleysees-Clemenceau tapi Encik D decide nak pergi next day.  Encik D memang jenis suka simpan yang best sedangkan aku jenis tak sempat-sempat.  Dah tergedik gila nak gi Eiffel Tower.

Kitaorang kemudiannya pergi high-end shopping area, Paris Vendome.  Aku tak ada aim apa pun, just nak tengok area dia aje.  Jangan kata nanti bila orang tanya, aku ternganga-nganga.  Nak masuk dalam kedai pun tak berani sebab rasa diri kerdil sangat.  Jengok sana sini kejap, then kitaorang bergerak balik ke main area. 



 Paris Vendome

 Musee Pierre-Marly

 

Jalan punya jalan, siang bertukar malam.  Aku masa tu dah seriusly penat, so lepas satu had kitaorang ambik train balik.


shopping districts


Hotel de Ville


Seine at night

Notre Dame

Hari ni hari yang aku banyak belajar tentang bandaraya ni.  Satu yang aku suka tentang Parisian ialah dia orang ni tahu berfashion. Semua orang pakai smart.  So kalau nampak orang yang tak berapa berfashion tu sahlah bukan orang sini.  

Aku jugak tak sabar tunggu esok sebab Encik D janji esok pergi Eiffel Tower.  Yess.

Akan bersambung..