Sunday, April 3, 2016

Post mencelah



Kalau ada yang perasan, post aku sangat slow lately.  Aku pernah bagitau aku sekarang tengah buat satu project dan sebab itulah ada sedikit kesempitan masa.  

Beginilah ceritanya lebih kurang

Aku suka describe diri aku dengan 3 perkataan - Travel, Kucing & Kamera, so project aku & Encik D kali ni berkaitan dengan ketiga-tiga perkataan di atas.  Kami cuba untuk combine ketiga-tiga untuk perniagaan kami.  Maka dengan itu, tertubuhlah Urban Cats Centre sejak November 2015 & alhamdullilah pada 1 April 2016 aku & Encik D selamat merasmikan pernigaan kami selepas berbulan-bulan berhempas pulas menyiapkan segalanya.  

Apa kaitan kucing dengan travel?   Service yang kitaorang offer ialah Hotel Kucing untuk mereka-mereka yang nak nak travel dan mencari-cari hotel kucing yang sesuai dan cat sitter yang boleh percayai.  Aku sendiri pemilik kucing dan aku meletakkan diri aku di tempat traveler lain.  As simple as that. Travel dengan Kamera memang tak dapat di pisahkan tapi apa pulak kaitannya Kucing & Kamera?  Haha.. kitaorang suka ambik gambar termasuklah gambar kucing & plannya satu hari nak offer service cat photography.. berminat? 

Makanya, di kesempatan ni aku nak jemput korang datang ke kedai aku.  Tak payah nak tunggu minat kucing untuk datang. Minat travel pun dah cukup.  Boleh sembang-sembang pasal travel.  Boleh kenal-kenal.  Ada reader kata aku mistik, so inilah masanya nak kenal betul ke aku ni mistik.




Play & Cuddle area


Para VVIC

Cat rooms

Section produk kucing



Detail kedai & Operating Hours


TUE - SAT, 10:30–19:30
SUN, 10:30–15:00
MON by appointment only
PUBLIC HOLIDAY, open on selected holiday; 10.30 - 14:00.


Address:   
URBAN CATS CENTRE
1-39, Jalan Puteri 4/6
Bandar Puteri
47100 Puchong
(150m dari Station LRT Bandar Puteri; Ampang - Putra Height line) atau waze/google map Urban Cats Centre)

website:urbancatscentre.com
ig: urbancatscentre
fb:  urban cats centre

Aku harap sangat ada antara korang yang sudi datang..  Kalau datang, satu je aku nak mintak tolong.. tolong kenalkan diri korang pada aku yang korang baca post aku.  Aku mmg teringin nak kenal kawan2 travel dan bagi aku itu satu penghormatan jika ada rakan travel sudi datang ke kedai kitaorang








8 comments:

  1. Tak jauh dari rumah saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie.. moh lah datang. Boleh kenal-kenal. Lagi bagus kalau peminta kucing :)

      Delete
  2. BK, dekat sgt kita ne rupanya..blh singgah nanti ne InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla, Aku menharap sangat nak jumpa sifu travel macam awak. Datang tau, aku tunggu sangat-sangta. Jangan lupa kenalkan diri. Selama ni kita main sembunyi-sembunyi kan :)

      Delete
  3. all the best!
    Ade kucing yg boleh dibelai2 tak kat kedai tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Azra.. masih mengelabah sampai ke hari ni:)

      Kucing buat masa ni kadang ada, kadang tak ada. Tapi insyaallah tak lama lagi kitaorang bawak masuk residen cat

      Delete
  4. Aku kalau terjah kedai ko harus xyah nak kenalkan diri lagi dah kan. Insha Allah one day aku akan sampai kedai ko. Tungguuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie

      Datanglah. Akan ku sambut dengan deraian air mata terharu. Ko masuk mengundur pun pasti aku kenal lah ko. Aku tunggu kau & kawan2 lain dtg.

      Delete