Aku rasa aku buat keputusan yang betul dengan memilih Autumn untuk berkenalan dengan Seoul. Untuk yang kenal aku memang korang pun tahu aku gila dengan Autumn. Bila mana aku berjaya travel masa autum, hati aku akan berbunga-bunga hinggalah musim luruh yang akan datang. Saiko.
Sesampai kitaorang di Icheon Airport, kesejukan mula mengigit kulit. Dalam tak mandi (tapi dah gosok gigi dalam flight) terus sarung baju tebal sikit. Lepas ambik light breakfast & beli T-Money di 7-11 Airport, kitaorang naik AREX ke city centre. Aku terpaksa berlari tercunggap-cunggap sebab kaunter tiket AREX dengan platform jauh sikit & bila tengok tiket cuma ada 2 minit sebelum train berlepas- Berjaya masuk train sejurus sebelum pintu train tutup. Perasan tak aku selalu kena macam ni. Sebelum ni aku kena kat Germany, last-last tertinggal train. Depa ni macam tahu-tahu yang aku ni stamina kurang, ditambah lagi pakej ada budak kecik.
Perjalanan ke Seoul ambik masa sekitar 45-50 minit dan kitaorang turun di Seoul station. Dari situ ambik train Line 6 untuk ke Myeongdong station.
Metro Seoul Map; Nampak komplicated tapi tak komplicated pun sebenarnya.
Map segini ada di semua station, boleh refer anytime
Sampai di Myeondong, terbangak-banggaklah jugak cari hotel. Kitaorang jadi konfius dengan lorong sana sini. Sampai last2 jumpa Tourist Information Centre masuk tanya. Rupanya dah terlepas. Tak susah manapun cuma fikiran cepat bercelaru kalau tak mandi pagi.
Selesai check-in, kitaorang cari makanan sebab bilik belum ready. Encik D pilih kedai makanan halal Nepal. Rasa not bad tapi slightly pricey. Damage sekitar 30,000 KWon utk 2 orang (Baby SJ tumpang pinggan aku je).
Petang sikit sesi berkenalan dengan Seoul bermula. So chapter ni aku akan cuba cover apa yang ada & apa yang aku sempat terjah di dalam city masa kat Seoul. Tak banyak yang aku berjaya terjah sebenarnya. Tambah pulak ada satu hari ni kitaorang kurang berjaya ke mana-mana sebab hujan.
1. Myeondong
Since kitaorang tinggal di Myeondong, maka aku mulakan dengan Myeondong.
Bagi aku Myeondong adalah kawasan prime di Seoul. Aku yang selalu tak suka hiruk pikuk tersuka pulak pada Myeondong. Yang paling penting dia kawasan paling bersih di Seoul yang aku pernah pergi atau lalu.
Keadaan di Myeondong serupa kawasan yang tak tidur. Sentiasa di penuhi dengan orang dan budak-budak sekolah yang berpusu-pusu. Bagi yang suka barang make up, Myeondong boleh di katakan syurga Make up. Di ceruk mana pun ada kedai barang kecantikan dan salesgirl atau salesman yang memangil2 korang untuk masuk. Aku yang tak pakai make up ni pun terjebak beli barang2 kecantikan semasa tolong shopping barang kiriman CK. Tapi akhirnya aku tak guna (aku memang tak ada disiplin nak spend masa depan cermin). Rugi duit RM300.
Myeondong di waktu siang
Myeondong di waktu malam. Meriah dengan peniaga.
Serupa Jalan TAR masa nak raya
Antara yang di jual. Sesetengahnya aku sempat cuba
Shopping Mall di area Myeondong. Salah satunya, the famous Lotte World.
Aku tak masuk pun sebab tak ada dalam agenda untuk membeli belah
2. Namsan Park
Namsan menurut kata encik Google:
Also on the top of Mt. Namsan, there is the Palgakjeong Pavilion, which has a fantastic view. At Seoul Tower (479.7m), you can view the whole landscape of Seoul and the West Sea beyond Incheon. The rotating restaurant in the Seoul Tower has an excellent view of Seoul. With excellent night view, you should try having dinner at the tower.
Untuk ke Namsan ada banyak cara- bas, subway mahupun teksi. Cerita public transport macam kat bawah
N
Seoul Tower is accessible by circular bus, cable car, and the Seoul City Tour
bus. The yellow Namsan circulation bus makes stops at N Seoul Tower and other
major tourist sites in the neighborhood. Bus
05: Myeongdong Station (Seoul Subway Line 4), Exit 3 or Chungmuro Station
(Seoul Subway Lines 3 & 4), Exit 2 (in front of the Daehan Cinema).
(Operating
hours: 07:30-23:30)
Kalau naik train, turun di Myeondong station dan kemudian ikut tatacara kat bawah (aku copy paste) - Dr Myeondong Station (Subway Line 4), keluar ikut exit 3 dan jalan ke arah Pacific Hotel terus naik ke atas yang mana korang akan jumpa lorong animasi. Ada banyak street arts animasi. Usahkan Baby SJ, mak dia pun suka. Kemudian di hujung jalan korang akan nampak tangga,naik tangga dan belok ke kanan. Jalan dalam 100m lagi dan korang akan sampai di Cable Car Station. Boleh pilih untuk naik daki guna kaki ataupun kalau kesempitan masa dan tenaga macam kitaorang,ambik cable car. Damage ticket cable car ke Namsan Tower kwon 8000 return utk seorang (Adult). Kanak2 tak silap KWon 6000.
Antara yang ada di laluan ke arah Namsan Park dr Myeondong..
Kalau aku tak salah,nama jalan ni Toegye-ro 20-gil
Tangga ini korang kena panjat sebelum belok ke kanan
unuk ke Namsan Tower
Cable Car station
Namsan Park & Namsan Tower dari Cable Car station. Just before the sunset
Sempat jugak lah tengok warna tanah sekejap sebelum sunset.
Sunset yang bikin aku sedih kejap. Memang tabiat aku kalau tengok sunset
mesti rasa ngilu di dalam hati sikit.
Namsan Tower dari celah-celah lovelock trees.
Namsan Tower yang bertukar-tukar warna.
Kitaorang decide untuk tak naik tower sebab mahal dan masa di spendkan dengan merayau sekitar tower. Aku lebih berminat dengan daun-daun yang berwarna warni dan berazam untuk balik ke sini sebelum balik ke KL. Sejam dua kitaorang pun ambik cable car turun.
Cable Car Station
Demi memenuhi impian, aku usahakan jugak untuk balik ke Namsan Park di hari terakhir. Memandangkan masa tak banyak di hari last, aku susun strategi untuk ke Park di awal pagi & tinggallah Encik D menemankan Baby SJ yang belum bangun. Memang lah awal,kabus pun tak berapa hilang lagi masa tu. Tapi hati aku sangat puas hari tu dan itulah cara terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal pada Seoul.
Namsan Park. Hasil terjahan di pagi buta
3. Namsangol Hanok Village
Namsangol Hanok Village ni adalah cultural village. Salah satu tempat yang sesuai bagi pemburu culture. Lokasi Namsangol ni tak jauh dari Namsan Park dan sebab tu lah nama dia lebih kurang. Kitaorang cuba berjalan dari Myeongdong, ambik masa dalam 10 minit kalau tak sesat. Kalau tersesat macam kitaorang ada lah setengah jam. Haha. Angkaranya tersalah ambik simpang, sedar2 dah tepi haghway dan kemudian kitaorang nampak kitaorang ada di belakang Hanok Village. Teringin aku naklompat pagar masuk ke village tapi tak terlompat. Silap gaya kena masuk lokap. Makanya terpaksalah buat satu pusingan bulat untukke entrance yang betul. Nak terkucil aku pasal ni. Moralnya kalau korang berjalan macam kami, silalah ikut main road sahaja, jangan nak stray dr main road.
Bagi yang nak naik subway, hendaklah berhenti di station Chungmuro tapi aku lua nak kena keluar dari exit mana.Senang cerita, korang ikut aje muka2 macam tourist. Mesti jumpa sebab Hanok Village dalam 100-200m aje dari station.
Apa yang ada di Namsangol Hanok Village?
Also known as "A Village of
Traditional Houses in the Namsan Valley", is a Korean village located in
the area of Pil-dong neighborhood in Jung-gu, a central district of Seoul,
South
Traditional Korean Village which is a
village of 5 traditional Korean houses
Korea where hanok (한옥) or Korean traditional
houses have been restored to preserve the original atmosphere of the area.
Rumah-rumah tradisi
Subjek yang berkenan di mata
Garden. Aku tertanya-tanya,adakah setiap kampung di korea zaman dulu ada taman
secantik ni? Hebatkan. Kita di KL terpaksa drive 10-20 minit baru jumpa satu taman
Since post ni dah cukup panjang, aku akan sambung cerita Seoul city dalam Part 2. Bagaimanapun aku harap sedikit sebanyak dapat membantu bagi yang ada plan nak ke Seoul satu hari.
puas hati sgt dgn dedaun pelbagai warna tu BK..berbaloi bangun awal pagi...
ReplyDeleteAku niibarat rusa masuk kampung zila.. pantang tengok daun berkaler mulalah mata berpinar-pinar kegembiraan. It was a good start for South Korea
DeleteSo incredibly beautiful! Those views,
ReplyDeleteThank you sir
DeleteBole tahu tak akak pg berapa bulan berapa?
ReplyDeleteSalam dik,
DeleteKami pergi antara 5hb-10hb Nov. Kalau nak plan maybe boleh pilih hujung bln 10 dengan harapan hujan kurang sikit