Sunday, December 7, 2014

Last day in Brussels - Day #4


Entry Brussels yang lepas   
Belgium_Intro   
Brussels #1
Brussels #2 
Bruges #3   

  

25.11.2012 
 # Hari ke 4 di Brussels
 # Hari ke 20 overland Western Europe



Rezeki dari Allah.  Hari ni matahari memancar.  Hari terakhir kitaorang di Brussels.

Kitaorang tak buang masa.  Bersiap, breakfast & cabut dari rumah.  Aim utama aku nak pergi ke Cinquantenaire Park dan Tin-Tin murals.  Satu berjaya cari satu lagi aku tak jumpa cari.  Bukan rezeki aku.

Kitaorang ambik metro pergi ke city centre.  Bandar sunyi sikit sebabkan hari ni hari minggu. Mula-mula jumpa bangunan parlimen Belgium dulu dan kemudian cross Park De Bruxelles ke arah Roral palace.  Park ni di apit oleh bangunan parlimen dan Royal Palace tapi sayang sikit tak terjaga walaupun duduk kat prime area.  Maybe sebab autumn kot.  Summer maybe cantik kot sebab bila aku check google image macam marvelous je.


 Bangunan parlimen. 

 Park De Bruxelles.  Aku xfaham apa motipnya kobis tu. 
Royal palace.  Well maintened dan yang bagusnya tak adapun pagar yang 
berlapis-lapis macam kat tempat kita.  Besar gila. Kalau setakat ada
anak 100 orang tak ada masalahlah nak duduk sini.


Kitaorang sebenarnya tak de concrete iternary,  konon-konon nak cari Tin Tin murals tapi tak jumpa.  Bila fikir-fikir balik rasanya sepatutnya pergi ke brussels yang belah lagi satu.  Kat sini semua bangunan-bangunan serius, mana lah logic nak ada Tin Tin murals.   So jalan aje lah, jumpa macam-macam jugaklah walaupun tak jumpa murals.  Tapi sesungguhnya jauh di sudut hati, aku pegang tisu sambil menyeka air mata.


 In the building of the Royal Museums for Fine Arts of Belgium, visitors will be 
able to discover the world's largest collection of RenĂ© Magritte's works 

 Place Royal


 Jardin du Mont des Arts


Dari situ kitaorang menapak ke Cinquantenaire Park.  Park terbesar & terfamous di Brussels. Tengok map macam dekat tapi berjalan punya jalan, ada la 3 km agaknya baru sampai.  Nak patah kaki rasanya.  Menyesal tak sudah tak ambik metro padahal kitaorang ambik day fare.


 Apa-apa makan ni dulu,  Dah jadi kemestian kena makan beberapa 
kali sehari.  Sebenarnya kitaorang tak jumpa makanan lain sebab 
kebanyakan kedai tutup so alas perut makanlah waffle dulu.


Sampai kat Cinquantenaire Park, kitaorang cari masjid yang letak dalam park ni.  Masjid ni lengkap & terbesar di Brussels.   Masa sampai, ada satu group sedang belajar kelas agama.  

 Entrance Cinquantenaire Park


Masjid Brussels

Lepas tu baru merayau di dalam Park.  Perasaan aku adalah perasaan dalam hati ada taman.  Aku suka sangat taman ni. Sangat-sangat.  Tak sia-sia kaki aku nak patah jalan ke sini.

Taman


 Bordiau Hall

 Arch.  Nampak simple tapi memang best.  Kadang-kadang kita tak perlukan 
structure yang besar untuk lengkapkan satu-satu tempat.  Bagi aku inilah pelengkap  
Cinquantenaire Park

 Triumpal arch bagi mengenangkan askar-askar Belgium  Sama macam Arc de Triompe di Paris. 
statues atas Triumpal arch

 Pondok jaga kutnya.. hehe



Locals

Kita decide nak patah balik ke Grand Place sebab tempat tu happening dan jugak sebab nak cari tempat makan.  So ambik metro ke Grand Place.  Sampai ke Grand Place, first thing makan dulu,  Lepas tu baru ronda.  Rupanya kat sini hari minggu orang tetap ramai.  Kedai kebanyakkannya pun buka. tak macam kat prime area tadi.

Hasil hari ni.

2,3 jam jugaklah ronda sekitar sebelum kitaorang balik  Bockstael.  Hari yang boleh tahan penat.  Walaupun aku tak jumpa Tin Tin mural tapi aku overall aku sangat puas hati dengan apa yang aku dapat dari Belgium.  Satu pengalaman yang cukup aku hargai.  Maybe satu hari aku akan datang balik ke Belgium sebab list aku untuk Belgium masih bertimbun termasuk nak tengok Bruges masa winter.

Tamat sudah misi Belgium 2012.  Esok aku akan travel ke destinasi terakhir overland Western Europe 2012.


2 comments:

  1. Gila lama kan trip ko ni. Tapi best ah macam2 pengalaman ko kutip. Dengan hujan lebatnye yang menguji sabar. Taman tu lawa, best ah lepak2 sambil layan buku. Xpun muhasabah diri. Benda aku suka buat kalau berjalan sendiri hahaha. Sebenarnya berangan. Insha Allah nak jejak Brussels juga one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sebab aku fikir sekali arung tiket flight. lagipun boss aku hutang annual cuti dengan aku 40 hari lebih. Lagipun ada nak payah nak gi sekejap-sekejap b. Speed tu tak sama dengan orang bujang. Aku pun teringin nak travel sendiri. cuma sekali je buat, masa aku kat Norway dulu. Kena tunggu baby SJ besar baru sampai hati kut nak tinggalkan dia

      Delete