Entry Amsterdam yang sebelum
Journey to Amsterdam
Amsterdam_introduction
Amsterdam #2
28.11.2012
# Hari ke 3 dan terakhir di Amsterdam
# Hari ke 23 dan terakhir overland Western Europe
Hari terakhir di Amsterdam. Flight balik Malaysia pukul 8 malam jadi kitaorang ada masa sampai petang. Kitaorang pilih nak berlegar sekitar city centre aja untuk mengelakkan sebarang drama macam hari pertama hari tu.
Cuaca hari ni sangat baik. Lepas breakfast kitaorang check out tapi tinggalkan dulu luggage di concierge hotel.
Duit ada lebih lagi tapi aku tak jumpa apa yang menarik sangat nak beli. Kitaorang ada masuk shopping compleks di Dam square tapi tak ada apa yang aku berkenan. Sudahnya kami shopping beli souvenir nak bawak balik aje.
Salah satu lorong. Cukup ramai backpackers di Amsterdam
Dam Square
Dam Square. Aku suka gambar ni sebab tak nampak macam Amsterdam. Macam kat Texas aje.
Dam Square
Dam Square
Eggertstraat
Tram
canal lagi
Kitaorang kemudiaanya lunch di kedai Indonesian semalam. Dalam pukul 4 kitaorang decide untuk naik train ke Schipol Airport. Ada 4 jam lagi jadi tak ada rush. Train intercity pergi Schipol pack jugak sampai kan aku terpisah dengan Encik D. Bila sampai airport, orang berebut-rebut turun. Kitaorang terkial-kial nak turunkan barang. Nasib baik sempat turunkan semua beg sebelum train bergerak pergi. Tapi aku ternampak ada orang dah sampai depan pintu train nak turun, tiba-tiba pintu tutup dan train jalan. Kesian dia. Aku rasa sepatutnya di kawasan airport kena bagi masa berhenti lama sikit sebab kebanyakan orang memang bawak bag yang banyak ataupun berat.
Since masa ada banyak lagi, selepas check in, elok jugak berlegar-legar di luar kawasan airport dulu. Ini first time aku dapat berlegar di luar Schipol. Menarik jugak sebab macam-macam ada. Macam satu bandar kecik pulak. Dah puas baru kitaorang masuk gate. Kali ni proses cukup smooth. Aku sempat beli souvenier sikit. Schipol aitport memang antara airport yang paling best. Sebest KLIA. Boleh leka di buatnya.
Flight kitaorang on time. Baby SJ keletihan, tidur dari awal journey sampailah dah dekat nak landing. Aman damai aku boleh rehat. Kitaorang selamat sampai KL tengahari esoknya. Anak-anak bulu kegirangan yang melampau menyambut kitaorang balik. Home sweet home. Selepas tiga minggu aku memang rindukan dia orang. Syukur juga, strays yang aku feed pun masih ada semuanya. Semuanya atas jasa baik CK yang ambik alih tugas sepanjang aku tak ada. Walaupun mulut dia bising membebel setiap kali aku handover tanggung jawab kat dia tapi aku tahu jauh di sudut hati dia ikhlas*
* tulis dengan mode bergenang air mata
Makanya tamat sudah Western Europe 2012 trip kami. 23 hari travel secara free & easy tapi alhamdullilah semuanya lancar. Not 100% smooth and tons of fighting tapi kami meninggalkan Europe dengan 1001 memori. Aku harap pengalaman aku dapat membantu jika ada yang berniat untuk travel ke Europe suatu hari nanti. Tak ada apa yang mustahil. Kalau budak kampung dan budget ketat macam aku boleh redah, insyaallah semua orang pun boleh.
Rindu Amsterdam juga. Aku suka tengok tempat ni aman damai je. Suka tengok buildings sana kalau malam. Wah macam x caye dah habis entries Europe ko kan. Betul, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
ReplyDeleteBerjaya habiskan Bie. 2 bulan setengah aku berjaga malam nak tulis ni :). Thanks atas support semua.
DeleteBest baca yr blog......byk tips dan info berguna. Boleh share you stay kat hotel mana? Tq
ReplyDeleteSalam Kak Naan
DeleteTerima kasih. Harap tak jemu baca lagi :)
Di Paris, kitaorang sewa apartment dr airbnb.com - exact apartment https://www.airbnb.com/rooms/505442
London kitaorang sewa apartment jugak dari http://www.london-rooms.com/
Brussels kitaorang ambik airbnb jugak https://www.airbnb.com/rooms/502451
Di Amsterdam kitaorang sewa hotel je, booking dari booking.com tapi saya tak jumpa dah cari nama hotel tu