Sunday, December 21, 2014

Overland Separuh Thailand 2014 - Pengenalan




Sebelum cerita basi, aku rasa nak start cerita trip terbaru.  Sementara tengah excited tahap gajah.  Overland trip KL - Hatyai - Bangkok.  Okeh.. camana journey ni boleh start?  Trip ni bukanlah trip yang di rancang lama.  Start dalam sebulan dua sebelum journey. Masa tu aku tengah fikir mana nak bawak baby SJ yang akan cuti sekolah hujung tahun.  Since bajet ciput, plan asal nak ke Jepun kena tangguh dulu.  Terfikir Thailand tapi kali ni aku rasa nak cari kelainan yang mana aku nak focus pada journey bukannya destination. 

Teringat salah sorang bos pernah ke Bangkok naik train.  Aku mintak nasihat dia dan tarra, begitulah dia bermula.  Aku discuss dengan bos besar (Encik D) dan bila dia setuju, hantar email kepada immediate bos bagitau vacation plan & mula start plan untuk trip 
  
Setelah menimbal-nimbal kemampuan terutamannya tenaga baby SJ, kitaorang setuju untuk start dari KL dan stop di Bangkok.  Hajat hati sebenarnya lagi besar, iaitu terus sekurang-kurangnya ke Chiangmai atau cross border ke arah lebih utara tapi bila fikirkan baby SJ maka aku stop di Bangkok aje.  Di lain masa, insyaallah.   Perjalanan balik aku pilih naik flight untuk elak terlalu letih. 




1. Preparation

Mula-mula buat research.  Tanya kepada yang ahli, google search, baca forum dan sebagainya.  Bila dah dapat gambaran, aku mula contact agensi keretapi.  

Aku ada beberapa pilihan.  
1.  Pilihan pertama: Kuala Lumpur ke Butterworth dengan keretapi KTMB.  Kemudian sambung Butterworth ke Bangkok dengan Thailand Train.  Kuala Lumpur -Butterworth maybe ambik 8 jam tapi Butterworth - Bangkok akan ambik dalam 22 jam.
2.  Pilihan kedua:  Kuala Lumpur ke Hatyai dengan KTMB (12 jam).  Kemudian sambung Hatyai ke Bangkok dengan Thailand Train (16 jam). 

Pilihan kedua lebih baik dengan pit stop antaranya.  Aku di nasihatkan beli tiket awal-awal kalau nak confirm dapat katil (berth).  Aku jugak di nasihatkan try dapatkan lower berth kalau tak nak rasa bergoyang sangat.  

Aku cuma berjaya secure 3 upper berth untuk KTMB walaupun aku try beli hari yang mana tiket open untuk jualan  (Baby SJ di wajibkan ambik tiket sendiri).  Untuk tiket Hatyai - Bangkok aku berjaya dapat lower Berth tapi dengan condition yang agak payah.  Aku kena tempah tiket melalui agen di Bangkok dan atas kata setuju bersama, tiket di hantar ke hotel kitaorang di Hatyai.  Tapi yang jimatnya baby SJ tak perlu tiket dengan syarat dia share katil dengan kitaorang.  Memang itulah yang aku nak buat sebab aku tak nak tinggalkan dia tidur sorang-sorang di kawasan public.  Tapi walaupun kena contact berkali-kali agent, semuanya smooth.  Diaorang sangat membantu walaupun aku tak faham kenapa tak ada sistem e-ticket pada zaman sekarang ni.


 1st leg:  KL - Hatyai naik KTMB train


2nd leg:  Hatyai - Bangkok naik Thailand Train



2. Penginapan

Dalam pada tu, aku start cari hotel dan untuk hotel di Hatyai, aku guna Expedia.com, manakala untuk Bangkok aku guna Booking.com.  Kali ni kitaorang decide untuk stay hotel instead of apartment.  Tak perlu risau untuk accomodation sebab dua-dua tempat ada banyak pilihan walaupun pilihan di Hatyai tak sebanyak di Bangkok.  Harga hotel di Thailand agak berpatutan.  

Untuk Hatyai kitaorang pilih centarahatyaihotel sebab aku dah pernah tinggal sini dan service dia sangat ok.  Boleh pilih nak breakfast ataupun tidak dengan sikit perbezaan harga.  Yang penting makanan sini halal & boleh tahan sedap.  

Bilik di Centara hotel

Untuk Bangkok, atas suggestion forumers kitaorang pilih nasavegashotel.  Budget hotel dengan 3 star facilities.  Atas dasar ada banyak complain pasal kebersihan di basic room dia, makanya Encik D upgrade bilik. Harga masih sangat berpatutan dan telahan kitaorang betul.  Bilik upgraded tak ada masalah dengan kebersihan.  Aku sangat puas hati dengan Nasa Vegas.  Kalau ada komplain pun ialah dia orang tak ada free wifi dan bila kitaorang beli wifi dari hotel, rupa-rupanya wifi cuma allocated untuk 1 device sahaja.  Agak mahal sebab aku kena bayar BTH150 untuk 1 hari.  End up aku cuma beli untuk satu hari, selebihnya kitaorang beli simcard dan guna hotspot.  Cuma bayar BTH299 untuk penggunaan seminggu.  Satu lagi komplain lain kalau ada adalah hotel ambik deposit kunci terlalu banyak iaitu BTH1500.  Makanya aku endup dengan bawa balik lebih dari BTH1000. 

 Bilik di Nasa Vegas Hotel.  Budget hotel dengan package 3 star.  Aku tak merungut :)



3.  Matawang

Umum tahu yang Thai guna matawang Bath Thailand (BTH).  Semasa aku tulis dan semasa kami nak pergi , RM jatuh teruk makanya rugi sikit.  Masa tukar BTH1000 = RM108.  Aku jugak bawak RM spare sebab aku yakin senang nak tukar RM kepada BTH kalau terdesak.  Dan macam selalu aku aktifkan kad atm sebelum travel.  Semua preparation ni berguna kali ni. Semuanya di gunakan termasuklah credit card. Nak tak nak terpaksa guna credit card kali ni walaupun aku jarang sekali guna credit card bila travel kecuali untuk bayar accomodation.



4.  Bahasa

Orang Thai cakap Thailand.  Language barrier sangat ketara.  Kadang-kadang aku cuma guna kuasa sakti jari untuk tunjuk aje.  Jangan terkejut kalau kita tanya dalam English tapi dia orang jawab dalam bahasa Thai tanpa ada tanda-tanda rasa bersalah di muka.    Iyekan aje.  Aku selalu buat-buat faham.  Muka kena confident kalau nak bergaul dengan local.  

Di kebanyakan shopping complex, jurujual tahu bercakap basic English.  

Driver tuk-tuk dan teksi jugak tahu bercakap basic English.  Kadang-kadang dia orang guna jari nak beritahu tambang.

Menu makanan juga selalu beserta dengan gambar so tak yah risau sangat dengan jurang bahasa.



5.  Pengangkutan

Cerita pasal keretapi dari KL ke Hatyai dan hatyai ke Bangkok akan aku selitkan di entry akan datang. Kali ni more pada cerita public transport dalam bandar hatyai dan bandaraya Bangkok. Pengangkutan awam sangat mudah di kedua-dua tempat.  Angkat tangan & lambai, mesti ada yang stop tanya kita nak ke mana.  

Di Hatyai, aku guna tuk-tuk semata.  Since masa kitaorang pun terhad, kitaorang cuma sempat pergi 2 tempat aje.  Sampai Hatyai pun dah tengahari.  Lepas mandi, makan baru boleh start jalan. Encik D bargain dengan driver Tuk-Tuk untuk bawak kitaorang ke Museum 3D dan Cable car ride untuk harga BTH600. Tak sempat ke cable car sebab hari dah petang bila keluar dari 3D Museum maka kitaorang tukar ke floating martket.  Jadinya BTH600 untuk 3D museum dengan floating market.  

Di Bangkok, pengangkutan utama adalah MRT & BTS (macam LRT dan MRT kita).  Depa ada beberapa jenis intracity train, kadang2 nak ke satu tempat kitaorang terpaksa ambik 3 jenis train.  Agak-agak time & money consuming.  Secara purata, aku kena spend antara BTH50-BTH70 seorang dan sehala untuk ke satu-satu tempat. Mungkin sebab hotel kitaorang tu jauh sikit dari city centre.



Route intracity train



Stesen BTS dan MRT dia biasanya sangat besar.  Sangat-sangat besar.  Aku rasa purposely dibina besar atas dasar nak menaikkan taraf bandaraya Bangkok.  Dan memang dia berkesan sebab bagi aku tanpa BTS dan MRT system, Bangkok masih jauh tertinggal berbanding negara asean lain.


 Dalam stesen

Pemandangan dari stesen

Kadang-kadang tergerak hati ak ambik tuk-tuk atau teksi aje tapi memandangkan cuaca kat sana cukup panas dan jalan selalu jam, takut jugak nak ambik risiko.  Kitaorang pernah sekali guna tuk-tuk dari Grand Palace ke Khaosan road untuk makan & solat, dia charge BTH80.  Driver tuk-tuk tu sangat baik, sanggup berenti tanya orang mana kedai makan halal beberapa kali so kitaorang bagi dia tips sikit di akhirnya.  Teksi diguna dua kali.  Kali pertama dari Stesen keretapi Hualampong (Main station untuk keretapi intercity) ke hotel dengan charge BTH250 termasuk tol.  Kali kedua dari hotel pergi airport yang mengambil masa setengah jam lebih dengan tambang BTH300. 

 
Tuk-tuk di Bangkok


Tuk-tuk di Bangkok  lain sikit dari tuk-tuk di Hatyai.  Tuk-tuk di Hatyai lebih menyerupai pick-up kecik manakala di Bangkok lebih menyerupai motosikal 3 roda.  Maybe untuk sesuaikan dengan traffic yang massive

Kitaorang jugak sempat try naik Chao Praya river boat.  Perjalanan sehala BTH40 (cruise boat dan ada guide).  Best jugak.  Kitaorang start dari Central Pier.  Untuk ke Central Pier naik BTS Silom line ke Sabhan Taksin dan jalan dalam 20m sampailah ke Pier.  Beli tiket dan tunggu boat sampai.  Perjalanan balik ke Central Pier, kitaorang tersalah ambik public boat.  Walaupun harga dia murah (BTH15) tapi dari segi keselamatan amat kurang.  Satu boat rasanya adalah 100 orang bersesak-sekak. Aku terpikir macam-macam sepanjang perjalananan, maklumlah aku ada anak dalam boat yang sama.  Sampai ke jeti aku sangat gembira.  No more public boat untuk baby SJ.

Cruise boat

Untuk Ayuthayya trip, kitaorang naik minivan.  Sangat selesa dan sangat murah.  Inilah pengangkutan paling awesome sepanjang di Bangkok.  Bangkok ke Ayutthaya makan masa sejam lebih dan tambang cumalah BTH60.  Untuk naik ke minivan ni, ambik BTS ke Victory Monument station.  Turun tangga station kita akan nampak banyak agen-agen minivan.  Tanya diaorang dan dia orang akan assist.  Jangan kecik hati kalau nada diaorang kasar sikit sebab sama di tempat kita, ada orang hospitality superb tapi ada orang hospitality kurang.   



6.  Makanan

Makanan halal senang nak dapat di Hatyai.  Jalan aje mesti nampak kedai atau gerai yang ada tanda Halal.  Hotel yang aku duduk pun serve makanan 100% halal. Harga makanan jalanan amat berpatutan.  Pulut ayam kegemaran aku cuma BTH50.  Buah mangga potong sebiji penuh cuma BTH20.  Nasi goreng di restoran Halal di tengah bandar dalam BTH70.  Kalau makan lauk ala carte & order yang mewah dalam kiraan aku kurang dari BTH1000 untuk makan 4 orang (aku tak pernah cuba sebab kitaorang cuma makan simple).  Buffet dinner di hotel aku duduk cuma BTH299.  

Di Bangkok, sumber makanan halal agak terhad tapi kalau pergi dengan sedikit research, insyaallah tak kebulur.  Aku buat research sana-sini dan cuma hari pertama kitaorang makan maggi sebab kedai kebanyakan tutup hari ahad.  Hari-hari lain (kecuali 1 hari yang mana kitaorang travel ke Ayuthayya), kitaorang berjaya makan 3 kali sehari macam kat Malaysia.


Sikit info yang aku boleh share based pada experince aku.

1.  Kedai Kebab di Ramkhamhaeng station (Airport Rail Link).  Letak di Tingkat 3. Opening hours: 10 a.m - 10 p.m. Dekat dengan hotel Nasa Vegas.  Damage BTH60 - BTH250.

2.  Street Food di Ramkhamhaeng Rd.  50m dari Nasa Vegas hotel.  Kalau ambik Airport Rail link, turun di Ramkhamhaeng station, lintas jalan ke arah UM tower dan di sebelah UM Tower ada street food court.  Separuh dari gerai kat situ adalah halal.  Cuma kena pejam mata sikit sebab depan gerai halal ada orang jual makanan berasaskan pork.  Itu benda yang biasa untuk street food di Bangkok.  Damage bawah BTH80 untuk satu meal.  Opening hours: 8.00 a.m - 3.00 p.m.

3.  Kedai kebab di 5th floor food court di MBK Mall.  Untuk ke MBK mall naik BTS Silom Line ke National Stadium station.  MBK mall letak betul-betul di sebelah National Stadium Station. Bagi yang datang dengan BTS Sukhumvit Line, boleh berenti di Siam Station dan ambik connection train ke National Stadium Stadium atau jalan kaki ke MBK mall dari Siam Centre Mall  (boleh lalu ikut dalam Siam Centre ke Siam Tower dan cross guna sky bridge ke MBK mall.  Opening hours: 10.00 a.m to 10.00 pm tapi cuba datang tak lebih dari pukul 9 malam, takut-takut dia tutup awal. Damage antara BTH150- BTH250 per meal. 

 4.  Restoran Yana di luar 5th floor food court di MBK Mall.  Opening hours: 10.00 a.m to 10.00 pm Damage antara BTH150- BTH400 per meal. 

5.  Restoran Aesah Rotdee di Sip Sam Hang Road (Ada dalam google map, type nama restoran ni kat google map).  Aku naik tuk-tuk ke sini.  Dekat dengan roundabout.  Kedai dia agak tersorok, kecik aje kat depan dan besar di belakang.  Ada tanda halal dan ada gambar founder restoran yang pakai tudung.  Sebenarnya ada beberapa halal street food lagi  kat area ni tapi kitaorang sampai dah pukul 3 lebih, bisness dah tutup.  Ada satu masjid kat area sini - Chakkapong Mosque. Dalam 200m dari restoran Aesah.  Opening hours:  sampai malam.  Damage: Bawah BTH80 per meal.


Lain-lain info yang aku dapat sana-sini tapi aku tak berkesempatan nak try

 6.  Ada satu hotel di Sam Seng Road yang serve halal food. NW City Hotel. Kata security guard yang tolong kitaorang cari restoran Aesah, itulah satu-satunya hotel yang sediakan makanan halal di Bangkok. 

7.  Kata bos aku, di Stesen keretapi Hualampong ada foodcourt yang mana ada section untuk makanan halal. 

8.  Lain-lain yang aku baca di kawasan station BTS Ratchathewi ada jugak makanan halal.  Dalam beberapa ratus meter dari station.  

9.  Antara shopping mall lain yang ada halal food adalah macam Sukhuvit Soi 3 (Restoran Little Arabia), Siam Paragon (Restoran kebab Wrap-it) & Platinum mall (Food court level 5)

10.  Chathucak Market ada satu gerai halal.  Kitaorang nampak gerai ni tapi tak dapat masuk sebab seat dia penuh.  Ada orang cakap makanan kat sini cukup sedap.



7.  Cuaca

Cuaca Thai lebih kurang atau maybe sikit lebih dari cuaca kat KL.  

Masa di Hatyai, hari pertama cuaca cukup baik.  Oleh itu ;) kitaorang sempat sewa tuk-tuk jalan-jalan.  Hari kedua kitaorang kat sana, hujan selebat-lebatnya.  Plan asal nak naik cable car  sebab train ke Bangkok lewat petang tapi dengan hujan yang sangat lebat, aku lepak hotel & jalan kat shopping complex bawah hotel sementara Encik D ambik message service di hotel.

Di Bangkok cuaca panas dan berbahang.  Aku hari-hari prepare bawak panadol actifast dan air mineral.  Walaupun kat KL cuaca lebih kurang sama tapi rasanya jarang aku keluar jalan-jalan satu hari di tengah panas.  Masuk hari kedua, muka baby SJ dah merah.  Keinginan nak naik tuk-tuk memang ada tapi seriau sebab cuaca yang panas sangat.



8.  Lain-lain

Banyak yang aku belajar dari overland trip kali ni.  This time, more on  the journey and  less on destination.  

Train dari Hatyai ke Bangkok banyak buka mata tentang lifestyle rakyat Thailand.  Apa yang aku nampak rata-rata masih struggle secara ekonomi.  Setiap kali train stop, berpusu-pusu penjual makanan yang naik train untuk jual makanan.  Pakaian diaorang sangat sederhana.   Berth koc aku duduk separuhnya foreigner manakala rakyat tempatan rata-ratanya cuma di seat koc.  Agak aku kemampuan mereka kurang sebab 18  jam bukanlah satu jangkamasa yang semua orang mahu duduk di seat yang keras jika ada pilihan.  Kali ni aku belajar tentang kehidupan.  Kali ni aku belajar untuk lebih bersyukur. 

Aku akui aku bukan pengemar bandar besar dan orang ramai.  Usaha ke beberapa tourist spot gagal sebab orang terlalu ramai dan merimaskan.  Akhirnya hari ketiga kitaorang ambik keputusan keluar dari city dan alhamdullillah aku enjoy sangat-sangat trip ke Ayutthaya.
 
Bangkok yang dikenali luar sebagai city of food tapi bukan untuk kita.  Aku rasa kalau semua makanan dia halal aku mesti melompat.  Aku suka cuba makanan tapi itulah kekangan di Bangkok.

Will I come back?  Insyaallah.. maybe untuk menyambung overland ride ke utara Bangkok dan balik ke Ayutthaya. 

bersambung ..


The journey itself is home – Matsuo Basho (1644 – 1694)







4 comments:

  1. Semalam nak komen, tapi xmasuk lak. Benci. Anyway, aku sejak akhir2 ni duk baca trip overland orang. Rasa nak try giler2. Xpe masuk list tahun depan insha Allah.

    ReplyDelete
  2. Bie,
    Highly recommend. Aku akan sokong kau tahap kibar bendera punya. Eye opening experience. Tu belum try Indonesia lagi. Orang kata lagi eye opening.

    ReplyDelete
  3. eh...tiket hatyai-bangkok kena beli thru ejen? saya ada jumpe website diorang http://www.thailandtrainticket.com/ utk beli tiket. ke hanya boleh purchase, tapi kena collect sendiri ke cmne? sebab ada plan jugak nak overland ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzuchan
      Betul lah tu. Kena beli kat agent tu. email dia orang kat Thailandtrainticket . Dia orang sangat helpful tapi dia orang akan insist kita ada hotel di Hatyai. Good luck :)

      Delete