Thursday, December 4, 2014

Brussels_Autumn 2012_Introduction



Selepas 10 hari, kitaorang tinggalkan London untuk destinasi ke 3.  Brussels.  Aku akan share sikit sebanyak pengalaman manis dan tak manis aku di Brussels, ibu negara Begium ni.


 (Sumbangan dari bankingtech.com)

Aku pilih Brussels semata-mata sebab aku nak pergi ke Bruges, satu bandar di North West Brussels. 

Kita start dengan map


Kedudukan geografi (dari voyagesphotosmanu)


Political map (dari maphill.com)


Attractions (sumbangsih travelportal.info)



1. Bahasa

Aku mulanya ingat belgian ada 2 bahasa percakapan; French (untuk Southern Belgium) & Flemish/Dutch  (untuk Northern Belgium).  Rupanya ada 1 lagi bahasa tambahan; German bagi kawasan sempadan Germany.  Untuk Brussels, mixed antara Dutch & French.  Language gap agak ketara tapi setakat nak makan beli barang ok lah.  Habis-habis tunjuk dengan tangan je lah.  Aku tak peduli sangat language gap tu.





2. Matawang

Matawang utama Euros (€).  Aku tukar € kat Malaysia siap-siap sebab tak nak pening.  Ada orang bawak ATM card dan keluarkan kat sana.  Macam biasa, jangan lupa bagitau bank kalau nak travel oversea untuk mengelakkan kesulitan nak keluarkan duit. 


Gambar sumbangan ww.web-book.com



3.  Penginapan

Rumah, kitaorang sewa melalui www.airbnb.com.  Rumah yang sangat cantik tapi maybe kali ni aku terlupa nak tanya, rumahnya di tingkat 4, tanpa lif.  Tapi overall, aku sangat berpuas hati.  Klik SINI untuk explore apartment. Aku bayar RM897 (tambah RM106 untuk airbnb servis fee) utk 4 malam, so purata satu mlm RM250.75 termasuk service fee.  Sebenarnya untuk solo traveller korang boleh ambik hostel atau private room yang pastinya lagi murah.

 Tangga apartment yang curam.  Kena darab 4 kali kalau nak naik apartment kitaorang. 

Jarak antara rumah & stesen Metro cuma dalam 150m.  Kedai makan halal dalam 100 meter.  Ada 3 atau 4 kedai makan halal dalam radius 100m.  Farmasi ada dalam 100m.  Grocery store aku tak ingat sebab kitaorang tak de shopping grocery.



4. Pengangkutan

Dari London kitaorang ambik eurostar ke Brussels.  Since aku beli sebulan awal, maka aku bertuah dapat tiket murah.  Aku cuma bayar £40  untuk sorang. Eurostar service memang terbaik.  Tak ada apa aku nak komplen walaupun duduk di second class tapi rasa macam naik keretapi first class.
 
Pengangkutan utama kitaorg masa kat Brussels ialah Metro (setara dengan underground kalau kat London).  Public transport dia ok cuma dari segi kebersihan kurang sikit.  Tak terlalu teruk tapi tak sebersih di London. Ada satu kes, aku satu koc dengan lelaki yang bawak anjing.  Terjadi kisah anjing dia ter'lepas' bom besar di dalam koc.  Bau memang tak payah cerita.  Itu aku boleh terima sebab aku suka haiwan dan haiwan memang tak ada akal fikiran macam kita.  Yang aku tak boleh terima lelaki ni masa turun di station, tak ada inisiatif dan scoop 'bom' tadi. Di kebanyakan negara lain, biasanya dog owner akan bawak plastic bag untuk kes-kes kecemasan.  But overall, Metro Brussels adalah lebih baik dari Paris walaupun kadang-kadang ada delay 2,3 minit.

Harga tiket Metro kalau aku masih ingat elok, dalam €2 satu journey.  Aku jugak pernah ambik daily tiket (kalau aku tak tercampur aduk) tapi aku tak ingat dah harga dia.

 Metro (gambar dari www.flanderstoday.eu)

Selain Metro, Sesetengah tempat ada service Tram.  Aku tak berkesempatan nak naik tram tapi nampak macam ok je.   

 Brussel Tram (gambar dr www.skyscrapercity.com)



5.  Makanan halal

Makanan halal tak susah nak dapat di sesetengah tempat tapi ada tempat memang tak ada langsung.  Kena pandai-pandai.  Tapinya bagi aku bukan masalah, kat mana-mana ada jual belgian waffle.  Makan satu cukuplah nak tampung perut untuk 2 jam.  2 jam lagi makan lah lagi.  Kitaorang sehari makan berapa keping tah.  Rasanya?  Terbaik dari ladang.  Tak mustahil satu hari aku pergi ke Berussel lagi semata belgian waffle.  Sekarang ni ada satu belgian waffle kiosk di KLCC yang rasa sebijik dengan yang di Brussels (nama kiosk tu Wafflemeister) tapi manakah sama makan di Belgium.



Macam yang aku tulis kat atas, kat area aku tinggal ada banyak kedai makan halal (kedai kebab). Tak silap ada 4 buah tapi masa aku jalan-jalan dalam bandar tak ternampak satu pun.  Maybe aku terlepas pandang sebab aku cuma 2,3 hari aje kat Brussels.  Di kawasan Grand Place (antara tempat attraction terfamous di Brussels) ada beberapa kedai kebab.  Di Bruges pun aku tak jumpa kedai kebab tapi kitaorang makan vegetarian food (dan semestinya waffle) di salah satu kedai makan kat situ.

Satu lagi makanan famous di Belgium adalah coklat Belgian.  Bagi peminat  coklat, sediakan duit aje sebab macam-macam rupa coklat boleh di borong.  Aku tak beli sebab aku peminat coklat Norway dan tak terpanggil pulak nak beli sementelah lagi tengok rege dia.  Aku sayang duit so aku cuma jamu mata.  Cheapskate gila.  Macam ni lah travel bajet.






6.  Cuaca

Ini part yang aku paling sedih nak cerita.  4 hari aku kat Brussels (3 hari sahaja untuk berjalan), 2 darinya hujan.  Hujan yang bukan kucing-anjing.  Lebat jugaklah sampainya hari kedua aku kat sana kitaorang memang tak dapat keluar rumah sampailah malamnya. Pakai payung pun tak membantu.  Nasib baik rumah cantik.  kalau tak harus aku terjun bangunan sebab bosan.  Ini kes hujan paling teruk untuk trip autumn kali ni. Apapun itu dah tersurat, aku redha ajelah. Senyumkan aje.  


  7.  Lain-lain

Brussels sebenarnya bukan city yang sangat besar.  Tapi aku suka lifestyle kat sana.  Orang nampak more relax dari orang-orang di bandar besar.  Living cost pun aku rasa lebih murah compare bandar-bandar yang aku lawat sebelum ni.  Kat Brussels siap ada masjid dan muslim (keturunan arab).  Language barrier memang ada tapi bukanlah di tahap yang boleh buat aku stress.  

Bruges memang awesome.  Aku akan update pasal Bruges nanti.

Selain dari tu, enjoy the city dan jangan marah-marah kalau terkena hujan macam aku :)


4 comments:

  1. Yang bentuk macam rumah-rumah kecil tu pun coklat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah Siti. Diaorang ni creative. Kalu aku nak makan pun sayang sebab cantik. Aku mulanya ada plan nak beli sikit, nak rasa belgian chocolate kunun tapi tah camana boleh lupa.

      Delete
  2. Replies
    1. Heheh Azra. Kalu gi ko boronglah. Kalau belgian waffle tuang coklat lagi sedap.

      Delete