Monday, December 8, 2014
Brussels_Autumn 2012_A goodbye
Entry Brussels yang lepas
Belgium_Intro
Brussels #1
Brussels #2
Bruges #3
Brussels #4
26.11.2012
# Hari ke 5 dan terakhir di Brussels
# Hari pertama di Amsterdam
# Hari ke 21 overland Western Europe
Hari tiba untuk berangkat menuju ke destinasi terakhir iaitu Amsterdam. Sedih jugak nak tinggalkan Brussels. Satu bandaraya yang menarik di duduki, cuma kena belajar cakap French atau dutch. Terus terang aku rasakan masa kat sini tak rasa di pandang semacam. Maybe sebab masyarakat sini menerima muslim sebagai sebahagian dari mereka. Mungkin jugak sebab mengikut pengalaman aku, kawan Belgian aku begitu hormat ugama dan budaya kita. Aku harap aku berpeluang balik ke Belgium lagi satu hari nanti. Terlalu banyak list dalam otak; Bruges lagi, Tin Tin murals, Antwrep, Mini Europe, Gravensteen Gent, Halle Gate. Insyaallah kalau ada rezeki. Berangan sangat penting
Train pukul 2 p.m tapi kitaorang habiskan sepanjang pagi kemas barang. Malas nak rush. Check out pukul 11 pagi dan makan tengahari sebelum ambik train pergi ke Brussel Nord. Pukul 1 tengahari, kitaorang dah terpacak di Brussel Nord.
Sebab nak jimat & kurang pengetahuan sekalilah, aku beli tiket intercity ke Amsterdam tapi sebenarnya aku rasa menyesal sikit sebab journey dia tak smooth. Aku tak tahu ada speed train. Satunya Thallys yang datang dari Paris. Intercity asyik berenti-henti untuk ambik penumpang sampai aku rasa nak muntah. Tapi intercity train harga dia dalam €36, Thallys kalau beli awal boleh lah dapat €50 tapi kalu beli on the spot dalam €100. Patutnya aku ambik bas aje. Tapi intercity train ada setiap sejam sekali so tak payahlah risau takut termiss train.
Hari tu train delayed. Katanya ada kemalangan kecik kat satu tempat. Dekat pukul 3 barulah boleh jalan. Itupun jalan tak berapa full speed. Itu sebablah kut aku rasa nak muntah. Orang turun & orang naik di setiap perhentian.
Train warden (iye ke ada jawatan macam gini?, aku reka je nama post ni) buat annoucement mintak maaf sebab lambat. Susah nak faham sebab slang dutch pekat sangat tapi kalau fokus betul-betul bolehlah faham secara kasar. Aku cuba tidur sebab dengan harapan bila sampai Amsterdam kitaorang ada lagi tenaga nak terus keluar pusing-pusing. Aku cuma ada 2 hari di Amsterdam sebelum balik KL so kena bijak guna masa.
Kira-kira dua pertiga perjalanan warden membuat pengumuman lagi. Apa yang kitaorang dengar dia cakap yang train tak stop di station Schipol (airport) tetapi akan terus ke Amsterdam Central. Reasonnya sebab train dah lambat dan train nak kena patah balik ke Brussels. Kitaorang pun rileklah sebab memang nak pergi Amsterdam Central. Penumpang2 lain ada yang bercakap2 dan aku dengar satu couple dari Norway (agak berusia) bagitau yang diaorang nak catch flight untuk balik ke Norway dalam masa 2 jam lagi. Aku nampak diaorang macam panik. Mahu tidak, kalau aku pun panik.
Kemudian ada orang yang nampak macam biasa dengan Amsterdam suggest couple tadi turun kat Rotterdam dan naik keretapi lain dari Rotterdam ke Schipol. Aku yang memang buta geografi ni cuma pasangkan telinga ajelah. Sampai Rotterdam , couple ni turun. Aku doa supaya diaorang tak terlepas flight. Cuba lagi untuk tidur lepas annoucement tu.
Kira-kira 20 minit selepas Rotterdam, ada satu lagi annoucement dari warden. Dia mintak semua passenger turun di station berikutnya & tunggu di platform yang sama untuk ke Amsterdam Central. Aik, tadi kata akan ke Amsterdam Central? Semua penumpang kelam kabut seba short notice. Pulaknya early winter, semua orang kena mengenakan baju yang berlapis sebelum turun termasuklah kitaorang. Aku kelam kabut pakaikan baju kat baby SJ dulu dan aku sendiri tak sempat nak pakai jaket masa train stop kat Schipol airport.
Train stop, semua orang rushing ambik barang sebab warden tadi dah bagitau siap-siap yang dia cuma bagi masa beberapa minit sebelum dia nak patah balik ke Brussels. Cepat-cepat kitaorang turunkan baby SJ dan stroller ke platform sebelum Encik D melompat masuk ke train balik untuk ambik luggage.
Aku memang tak mampu nak tolong Encik D ambik barang sebab aku tak akan tinggalkan baby SJ sorang-sorang. Nak tak nak Encik D kena buat sorang-sorang dan kena tunggu giliran nak ambik beg. Aku memang berdebar2 takut tak sempat. Dalam Encik D bertungkus lumus menurunkan 3 beg besar kami, datang hambaallah tolong Encik D. Nasib baik di Amsterdam, kalau di Paris memang masak. Tak sampai seminit Encik D turun, pintuk gerabak tutup dan train terus jalan. Aku harap orang2 dari gerabak lain tak ada lah yang tak sempat. Agak tak proper sebab warden tak ada turun check keadaan penumpang. Terus jalan je.
Lepas tu aku sambil pakai jaket sambil cari nama station yang kami berhenti. APA??? Kami di turunkan di station Schipol. Terus teringat old norwegian couple tadi. Kesian gila. Dalam masa yang sama memang kelakar gila.
Kami kemudiannya naik train ke Amsterdam Central yang letaknya cuma dalam 10 min dari Airport. Sesampai di Amsterdam Cental, orang sangat ramai & hujan pun tersangat lebat. Sepatutnya kitaorang sampai Amsterdam pukul 5 petang tapi sebab banyak halangan kitaorang sampai dekat pukul 7. Kitaorang tunggu dalam station dalam setengah jam tapi hujan tak reda dan orang makin ramai. Kalau ikut hotel booking confirmation aku, hotel cuma 200m dari station jadi kitaorang pun decide nak redah cari hotel. Payung yang beli kat Brussels dah hilang entah kemana so memang redah buta namanya. Pusing punya pusing tak jumpa. Berhenti bertanya orang untuk tanya arah tak jumpa jugak. Baby SJ dah basah kuyup & mengigil. Akhirnya kitaorang jumpa lepas setengah jam bermandi hujan. Kesian sungguh kat baby SJ. Kalau tahu macam tu gayanya, aku mesti tunggu sampai hujan stop.
Selepas check-in dan mandi kemudian rehat sementara nak tunggu hujan stop. Bilik hotel sangat sempit walaupun ini lah kiranya accomodation yang termahal sepanjang journey kali ni. Hujan stop baru kami keluar untuk dinner. Terjumpa satu restoran Indonesian restoran tapi bila check ada jual oink-oink. End up dengan kebab lagi. Selesai makan jalan2 sekejap sebelum berlabuh.
Hari yang panjang, penuh dengan drama & cukup letih. Tapi in general consider hari bertuah kitaorang sebab berjaya sampai jugak. Kitaorang kemudiannya dapat tahu dari berita TV ada tunjuk perasaan di Brussel sehari selepas kami berangkat ke Amsterdam.
Labels:
Western - Autumn - Belgium - Brussels - Penutup,
Western - Autumn - Netherlands - Amsterdam - Am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment