Saturday, December 6, 2014

Bruges (Brugge) - Day #3



Entry Brussels yang lepas   
Belgium_Intro 
Brussels #1
Brussels #2   
 

 24.11.2012 
 # Hari ke 3 di Brussels
 # Hari ke 19 overland Western Europe



 Hari yang aku amat nantikan.  Bangun pagi, hujan lagi.  Golek sana golek sini, aku buat special request kepada Encik D.  Untuk redah hujan sebab memang masa kitaorang sangat kurang.  Hari tu hari sabtu.  Kitaorang masih ada satu hari lagi untuk explore Brussels tapi aku tak nak ambik risiko pergi esoknya, ahad sebab takut semua benda tutup di Bruges.

Maka kitaorang bersiap, breakfast lebih kurang dan redah hujan pergi ke Bockstael station untuk ambik metro ke Brussels Du Nord.  Dari Du Nord, ambik inter city train ke Bruges.  Tiket train boleh beli dari kaunter tiket intercity.  Tak silap aku train dia ada setiap setengah jam so korang tak perlu risau terlepas train.  

Return ticket adalah  €27.00 untuk second class.  Perjalanan Brussels-Bruges ambik masa dalam sejam.  Intercity train adalah free seating tapi hati-hati jangan dalam pada mencari tempat duduk kosong termasuk koc first class.  Since dia tak de tulis di pintu gerabak so susah sikit nak beza sampailah dah masuk dalam.  First class seat dia lebar dan ruang dia besar sikit.  Satu row cuma 3 seats tapi second class ada 4 seats.  Kitaorang tersalah masuk sampailah dah separuh perjalanan.  Nasib baik takde orang datang check, maka kitaorang pun tukar masuk second class. Train dia sangat ok.  Lebih bersih dari metro yang aku naik hari-hari tu.  Perjalanan pergi dapat seat tapi perjalanan balik aku kena berdiri hampir separuh perjalanan.  Nasib baik baby SJ ada stroller dia.


Banyak lalu area kampung.  Best
   

Sedikit introduction kepada Bruges;

Bruges (Dutch: Brugge)is a town in Flanders, the northern part of Belgium. Relatively cosmopolitan and bourgeois given its compact size, it is one of the best preserved pre-motorised cities in Europe and offers the kind of charms rarely available elsewhere. Bruges is a postcard perfect stop on any tour of Europe.  

Sumber: wikitravel.org



kedudukan geografi Bruges (sumber vitamind.ucr.edu)


Masa on the way tu hujan dah berhenti.  Aku dah tarik nafas lega.  Sampai Bruges, cuaca mendung tapi tak hujan.  Aku senyum simpul sambil ikut orang ramai berjalan.  Bandar Bruges tak besar mana.  Semuanya dalam walking distance.  Bagi yang malas berjalan boleh naik teksi atau pun shuttle tapi nasihat aku baik berjalan, sebab dapat menikmati scenery. Hujan on off sepanjang hari tu.  Suhu bawah dari 10 degree.  


Masuk lorong keluar lorong.  Walaupun hujan, walaupun sejuk kitaorang betul-betul enjoy

Selesai masuk lorong keluar lorong kita sampai ke town centre.  Bandar kecik tapi banyak kedai high end kat sini.  Maybe sebab Bruges salah satu tempat tourist attractions di Belgium.  Jalan sekitar bandar sambil makan waffle dan kitaorang jugak bernasib baik sebab Christmas  market dah start, dapatlah  menyibuk sekali.


Town Centre


Jumpa kedai coklat kat town centre.  Coklat bentuk bear

Christmas market

Ada pameran patung oink-oink berhias.  Bukan oink-oink betul.  
 Aku tertarik tapi Encik D tak berapa suka.  Hehe
 

Dari situ kitaorang masuk lorong keluar lorong lagi.  Kali ni mencari attraction paling utama Bruges iaitu canal.  Bruges adalah `canal based town', juga di kenali sebagai Venice of the North. Kitaorang decide untuk ambik boat tour.  Pengalaman yang sungguh awesome.  Yang penting air kat sini tak ada bau busuk macam sesetengah famous canal lain.  Harga 20-30 min boat tour bawah dari €10.  Aku terkejut sebab aku bajet mesti €20 ke atas.  Maybe kalau summer lagi mahal.  Jom aku belanja gambar.


Masa nak turun jeti nak naik tour boat tu aku nampak homemade belgian chocolates ni.  
Aku beria plan nak beli bila habis tour nanti, tapi betul2 boleh lupa.  
Ralat sampai hari ni sebab betul2 memanggil.

 Dari sinilah Bruges dapat nama.  Datang dari perkataan Bridge. Ada berpuluh2 
old concrete bridges. Tak banyak boleh ambik dari dalam boat sebab kitaorang 
dapat duduk row kedua, jadi pemandangan di blok oleh orang depan.


Lepas tu baru perasan perut dah lapar.  Since tak jumpa kedai halal, kitaorang masuk satu kedai pork free dan order vegetarian food. Makanan bit pricey sikit.  Mungkin sebab area tourist.  Bajet dalam €10-15 sorang.   Then sambung masuk lorong keluar lorong.  Apa yang kitaorang jumpa dalam pusing-pusing second phase

 
Bazar lukisan.  Kebanyakannya lukisan scenery Bruges.  Aku tak check harga lukisan



 
Cafe yang ada pengaruh dutch.  Taklah surprise sebab Bruges tak jauh dari  
sempadan Belanda dan bahasa utama di Bruges adalah dutch

Tiba-tiba hujan turun balik.  Mula-mula rintik-rintik tapi lama-lama makin lebat.  Nasib baik kitaorang dah cover dalam 80% Bruges.  Aku ajak Encik D balik ke station dan kalau hujan stop bolehlah kitaorang patah balik.

 Yang ni ambik masa hujan start rintik-rintik. 
Inilah keadaannya bila hujan mula lebat.  Nasib baik ada payung ajaib.

Gambar last tu masa dah betul-betul lebat.  Lepas ambik tu aku berlari 
macam lipas kudung ke arah station

Kitaorang kemudiannya lepak di cafe dalam station sementara tunggu hujan stop.  Tiba-tiba aku teringat yang aku kena buat cancelation hotel yang aku booked thru booking.com.  Memang mulanya aku plan nak bermalam kat Bruges tapi since hari kedua di Brussels aku hilang banyak masa sebab hujan so aku fikir baik kitaorang focus pada Brussels on our last day.  Nasib baik belum pukul 6 petang (free cancelation before 6 p.m) dan hujan dah stop.  Kalau tak sempat nak kansel aku kena bayar dalam 60 hari tu.  Since tak ada internet connection jadi kitaorang pergi ke hotel tu sendiri (Hotel ibis budget) yang memang sebelah train station je.  Simple je cancelation process. 

Sempat jalan-jalan sekitar hotel sebelum kitaorang decide kitaorang dah puas hati (walaupun bukan 100% cover tapi since hari dah gelap makanya tak banyak benda sangat boleh tengok lagi kalau kitaorang masuk area town centre lagi sekali)

Depan hotel ibis budget

Dari situ kitaorang balik ke station dan ambik train balik ke Brussels.  Sampai Brussels dah malam, ambik train balik Bockstael dan balik makan dan rehat.

Overall,  walaupun hari tu 50%nya hujan, walaupun ada masanya kitaorang kebasahan tapi aku amat bersyukur yang Allah memberi peluang aku tengok dan nikmati keindahan ciptaanNya lagi sekali.  Another dream came true.

Seeing is believing.. nothing less.  Alhamdulillah. 



8 comments:

  1. Bruges sangat lawa. Aku suka building lama macam ni. Terus feeling hidup zaman lampau. Sibaik kan da cover banyak tempat siap join boat tour kan. Xdelah ralat sangat aku rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Bie. Sib baik dan. Tapi cuba kau gugel Bruges masa winter. Aku memang tak leh tahan tengok gambar winter dia. osem

      Delete
  2. Cantiknyyaaaa!!

    Khai akan ke sana Februari ni. Plan bermalam 2 malam kat Bruges dan Brussels cuma 1 malam. Sebab walaupun kecil tapi Bruges ni dah hujung2 trip jadi ingat nak rileks2 je.. Nak enjoy pemandangan malam. Harap2 cantik la hehehe - Khai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Khai,

      Keputusan yang tepat pada saya. Bruges walaupun kecik tapi sangat cantik. Brussel lebih kepada another european city. February rasanya masih berpeluang tengok winter. Cita-cita saya tu nak ke Bruges masa winter

      Delete
  3. Saya pun insya Allah akan stopover ke sana May 2017 ni. Harapnye suasana Spring cantik lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik?Encik

      Insyaallah cantik. Kirim salam kat Bruges :)

      Delete
  4. Cantik sangat bandar Bruges..saya akan ke sini bulan Mei 2017...thanks for sharing. Sangat memukau mata saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Encik Din.. sorry lambat respond. Baru balik berkelana. Alhamdullilah, Encik akan ke sana. Seronok sy bila dengar akan ada orang akan berjalan ke tempat yang saya suka. Insyaaalah Encik Din akan suka sangat Bruges

      Delete