Belgium_Intro
Brussel #1
23.11.2012
# Hari ke 2 di Brussels
# Hari ke 18 overland Western Europe
Bangun-bangun, hujan. Lepas mandi aku sediakan breakfast. Kunun-kununnya elok habis breakfast mesti hujan dah stop. Lepas makan hujan tak stop jugak. Lebat pulak tu. Kitaorang tak ada payung. So Encik D kata, kita tunggulah dulu sebab dia rasa sejam dua mesti hujan stop.
Tengahari hujan masih tak stop jugak walau ada masa reda sikit. Encik D keluar beli makanan & kitaorang lunch kat rumah. Lepas lunch tak reda jugak. Encik D & baby SJ sampai tertidur. Aku yang ada perangai hyper terkebil-kebil sebab tak boleh tidur siang. Tengok TV tak ada cite best.
Bosan sangat inilah keje aku. Ambik gambar burung yang hinggap
di balkoni rumah. Masa ni hujan tapi tak nampak sgt dalam gambar.
Dari tingkap rumah. Ini ajelah yang mampu. Ambik gambar sambil menyeka air mata.
Lewat petang, hujan dah kurang lebat. Aku paksa Encik D untuk keluar jugak sebab iternary hari tu dah hampir hancur. Kitaorang berjaya berlari pergi ke metro station dan dari situ pergi ke Grand Place. Aku rasa Grand Place ni adalah spot terfamous di Brussels. Masa sampai hari dah gelap. Hujan rintik-rintik maka kitaorang beli payung. Aku menyesal sebab lupa bawak rain coat trip ni. Harga payung boleh tahan jugak dan aku berazam tak nak tertinggal payung tu. Haha, iye sangat lah tu. Tak sempat tinggalkan Brussels payung dah hilang.
Di Grand Place ni punyalah ramai traveller. Grand Place ni UNESCO site, so tak terkejutlah kenapa ramai orang datang sini. Hari hujan pun ramai. Agak aku kalau masa summer mesti nak melangkah pun payah. First thing, makan waffle dulu. Siap makan waffle baru ronda.
Presentation sahaja dah superb. Rasa tak terkira lah. Harga sekeping €3.80.
Saja nak zoom-in. Mahu kasi jantung kencang
Sebelum pergi ada blogger recommend kedai waffle ni. Kata dia ini yang paling
sedap di Brussels. Tapi kedainya dah tutup masa kitaorang sampai.
Grand Place memang happening. Ada bangunan City Hall yang cantik dan banyak kedai-kedai kecik sekitarnya. Kata Wikipedia, setiap dua tahun di bulan august ada event flower carpet kat sini. Aku tengok gambar memang cantik.
Location in Brussels
The most central place for tourists to meet is slightly off-centre on the Brussels city centre map. It is to the west of Brussels Park, a large green rectangle on the map. The Grand Place is surrounded by main streets: Rue du Midi, Rue Marche aux Herbes and Rue du Lombard but connected by alleys. Walk down one of the alleys such as Rue au Beurre or Rue des Chapeliers towards the Town Hall.
Metro stop: Centrale, Bourse (pre-metro) or De Broukere.
Sumber: www.brussels.info
Kalu aku betul, ni Museum Brussels. Nak masuk apa, hari dah malam.
Bangunan Brussel city hall.
Gambaran betapa basahnya hari tu.
Kedai coklat aje berpuluh-puluh agaknya. Rambang mata tengok. Macam-macam bentuk coklat. Bagi aku orang Belgium ni creative. Kalau tak creative manakan boleh sampai level antara coklat terfamous di dunia sedangkan bahan-bahan coklat semuanya di import dari luar (sumber Wikipedia. Hebatkan diaorang ni.
Antara kedai coklat. Nougat sebesar bantal peluk pun ada.
Coklat dan coklat. Yang paling aku suka carousel tu. Kreatif gila. Nasib baik
aku bukan peminat terlampau coklat. Kalu tidak mahu kopak Encik D malam tu.
Selain makanan, banyak lagi benda lain ada jual kat situ. Souvenier semua cantik-cantik.
Teringin nak beli cat figurine tu tapi kedai tu dah tutup
Lembu
Kucing lagi
Dan lagi. Heaven sungguh
Real paintings
Mr Bean dengan Manneken Pis (sumber commons.wikimedia.org)
Dari Grand Cathedral kitaorang ambik Metro pergi ke Atomium Brussels. Ambik Metro line 6 kearah utara bandaraya dan berhenti di last stop. Atomium ni tak jauh dari tempat kitaorang tinggal, Bockstael, cuma beberapa metro stop. Sebab itulah dia jadi destinasi terakhir hari tu. Masa tu malam dah lewat jugaklah, dalam pukul 9 lebih. Orang pun dah tak ramai. Bila kitaorang sampai hujan start turun balik. Mula-mula tak lebat tapi lama kelamaan lebat. Basah kitaorang. Tengok-tengok lebih kurang kitaorang cabut lari. Sebenarnya kawasan Atomiun ni sangat besar tapi sebab kekurangan masa dan hujan, kitaorang cuma sempat pergi ke main area aje.
By the time sampai ke Metro station nak balik rumah tu, ada lah berita yang Metro ada delay sebab ada kemalangan kecik train. So kena tunggu dalam basah kuyup. Fuhh, tahap mengigillah dengan suhu lebih kurang 5 degree.
Selepas berjaya naik & balik ke area rumah, kitaorang singgah makan kebab dulu sebelum balik .
Untuk aku, walaupun hari ni banyak iternary yang terpaksa di batalkan tapi kami enjoy mana yang boleh. Kita hanya merancang kan. Empat hari mana boleh cover semua.
Ni kalau aku singgah aritu, mau kopak kot. Dah lah hantu coklat, pastu banyak lak figurine kucing. Ughh.
ReplyDeleteHaha, Sib baik tak gi ye Bie. Aku agak bagi orang yang gila coklat memang akan kopak. Nasib baik aku tahap-tahap biasa je dengan coklat. Lagi bagus, baby SJ masa tu tak pandai lagi makan coklat. Kalau tak harus pensan mak paknya
Delete