Saturday, December 27, 2014
Overland Separuh Thailand 2014 - Wrap up
Itinerary keseluruhan
Day 1 & 2: KL - Hatyai; KTMB Train - Masa: 10.00 pm - 12.00 pm (next day) - 1ST LEG
Day 3 : Hatyai to Bangkok; Thailand Train - Masa: 6.35 pm - 12.00 pm (next day) - 2ND LEG
Day 4 - 7 : Lokasi: Bangkok- THE CITY
Day 3 : Bangkok - KL; AirAsia - Masa: 7.10 a.m - 10.15 a.m
Expenses
Secara Kasar
1. KL - Hatyai; KTMB Train; Upper Berth ticket = RM54.00
2. Hatyai to Bangkok; Thailand Train, Lower Berth ticket + agent fee = approx. RM125
3. Bangkok to KL; AirAsia, AA sales ticket + meal + luggage + seat = approx. RM250
Secara keseluruhannya, tak termasuk shopping dan souvenier, expenses sekitar RM1000 - RM1200 seorang (adult) sudah mencukupi untuk 8D7N (2 malam tidur dalam train). Untuk Baby SJ, expenses cuma untuk tiket train dari KL ke Hatyai & tiket AirAsia balik ke KL.
Tips yang penting
1. Beli tiket Airasia masa sale :)
2. Tiket KTMB kena beli awal. Jualan start ngam-ngam sebulan sebelum tarikh perjalanan. Ingat, tak lebih dan tak kurang dari sebulan dari tarikh. Jangan tertipu macam aku, bila check website nampak belum jual. Akhirnya bila aku call KTMB pukul 11 pagi katanya tiket lower berth sold out. Pada aku yang terbaik, ngam-ngam pukul 8.30 pagi (office KTMB mula buka), korang call dan prebook tiket (aku belajar dari kesilapan). Then make sure pergi ambik tiket dan bayar dalam masa seminggu.
3. Tiket Thailand Train boleh di beli awal. Aku email agent dan arrange untuk tiket di hantar ke hotel di Hatyai. Tapi pada pengalaman aku kalau setakat upper berth tiket, kalau beli on the spot pun masih ada di hari perjalanan. But, it is about gamble. Kalau dah habis, nasib lah kena cari Plan B.
4. Better beli makanan bawak bekal dalam train dari Hatyai ke Bangkok sebab yang jual kat atas train tak sahih status halal. Aim untuk 2 kali makan. Maybe makanan berat untuk dinner & makanan ringan untuk breakfast. Dari KL ke Hatyai tak ada masalah sebab ada melayu jual makanan di atas train dan untuk breakfast boleh tunggu hingga sampai di Padang Besar. Boleh breakfast di kantin station.
5. Sediakan pen untuk isi borang immigration sebab pihak immigration padang besar tak bagi pinjam pen.
6. Barisan nak cop passport sangat panjang memandangkan semua orang dalam train nak cop. Makanya elok juga semasa orang lain beratur untuk cop, korang naik minum di kantin dulu dan bila semua orang sudah siap cop, korang barulah beratur. Anyway, train tak gerak so soon. Paling cepat pun sejam. Dalam kes kitaorang, dragged sehingga 2 jam.
7. Jangan sentap kalau immigration Thailand di Padang Besar garang. Hehe
8. Sediakan info yang cukup tentang mana nak dapat makanan halal. Nasihat aku, google atau print info dari travel blogger. Damage untuk street food antara BTH60 - BTH 80 dan damage untuk standard restaurant antara BTH150 - BTH400.
9. Kebanyakan BTS station cuma ada antara 2 hingga 4 ticket machines. Ada station yang boleh beli tiket di kaunter dan ada station yang cuma sediakan perkhidmatan tukar duit syiling di kaunter. Hendaklah bertabah beratur dan jangan aim nak beli tiket return sebab memang tak ada.
10. Bagi yang memerlukan internet line boleh beli simkad tempatan. Aku beli simcard nama Happy Tourist dari 7-Eleven dengan harga BTH299 bagi 1.5GB data dan penggunaan selama seminggu. Signal agak strong dan walaupun aku stay di tingkat 12, aku masih berjaya dapat line. Untuk penggunaan multi device, guna aje portable hotspot.
11. Jika berhajat bawa orang tua atau whell chair bound person ke Bangkok, hampir kesemua train station adalah disabled access friendly dan boleh dapat lift. Cuma maybe akan ada masalah untuk naik dari ground level ke lantai entrance BTS atau MRT atau Airport link sebab hanya escalator di sediakan. Tapi maybe aku terlepas pandang dalam kes ni.
12. Please expect sedikit ketidakselesaan dalam hospitality dari local. Sama macam tempat kita, ada orang yang mesra, ada orang yang sejuk. Bagi yang ada anak kecil, jangan sentap jika tiada siapa yang offer seat untuk anak korang bila naik train. Dalam kes aku, ada beberapa kali baby SJ terpaksa duduk atas lantai sebab terlalu letih tapi masih tak seorang pun orang offer seat sedangkan hampir semuanya muda belia. Cuma 2 kali orang tempatan offer seat dan ada beberapa kali mat salih yang offer seat.
13. Aim untuk melawat attractions di awal pagi sebab hampir kesemua tempat terlalu ramai manusia. Aku tersalah langkah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang kena aim lawat awal pagi. Nak lagi kalau gi musim summer. Duk lah gaduh ngan bahang matahari haritu haha. Aku xdapat bentang budget Thailand sebab list aku tulis dah hilang ntah ke mana. Jadi penangguh lagi kan.
ReplyDeleteHaha.. aku lembab. Sampai Grand Palace macam nak pengsan tengok orang dengan bahang. Padan muka aku kan
Delete