Monday, December 22, 2014

Overland Separuh Thailand 2014 - Dari KL ke Hatyai



Entry yang sebelum ni
Overland separuh thailand - Introduction



11.12.2014 - 13.12.2014
 # Hari ke 1-3 overland Thailand

 # Kuala Lumpur ke Hatyai


Journey bermula di station LRT Kelana Jaya.  Keretapi ke Hatyai di jadualkan pukul 10 malam dan aku masih bekerja sampai last minute.  Plan nak balik awal tersangkut, satu isu standard setiap kali aku nak ambik cuti.  Aku sepatutnya dah maklum dari awal dan at least ambik half day tapi aku cuai.  Aku assume semua orang macam aku.  Aku assume semua orang boleh menerima plan bercuti orang lain dengan baik :)

Aku berjaya meloloskan diri dari office hampir pukul 6 petang dan berjaya sampai rumah pukul 7 lebih.  Nasib baik barang semua dah ready.  Mandi dan siap-siap, CK datang ambik kitaorang pukul 8 malam.  Dari rumah, dia drop kitaorang di lrt station Kelana Jaya dan dari situ ambik LRT ke KL sentral.  Sampai solat dulu sebab tak sempat solat di rumah.  Dan tengok jam dah pukul 9.15 sedangkan kitaorang belum makan.  Aku ingatkan ok lah 45 minit untuk makan tapi rupanya barisan orang yang beratur cukup panjang di  KFC.  Pukul 9.40 p.m baru dapat makanan, baru sentuh makanan dah ada annoucement kena turun platform.  Aku panik tapi Encik D buat perangai cool dia (yang aku tak suka, haha) sampai betul-betul last minute.  5 minit sebelum pukul 10 p.m kitaorang berlari turun platform dan berjaya masuk train.  Train rupanya delay dalam 15 minute.  10.15 malam barulah train berlepas.  Penat aku stress.

Kitaorang beli 3 tiket upper berth.  Aim asal nak lower berth tapi nasib tak baik, masa nak beli tiket tiket dah abis.  Agak kecewa sebab kesilapannya dari pihak KTMB untuk update website dia on time. By the time aku dapat booked, tiket lower berth dah habis.  Tapi tak apa, semuanya ada hikmah kan.  Aku personally hope KTMB akan work on website diaorang.  Seriously, some overhaul needed on the website.

Perasaan cuak memang ada.  First time naik night train dan walaupun baby SJ ada katil sendiri, mana mungkin aku nak bagi dia tidur sendiri. Kut-kut bangun pagi dah hilang.  So katil yang lebih kitaorang letakkan beg sebab memang tak ada ruang untuk letak beg dalam sleeper koc.  Aku terpaksa berasak dengan baby SJ di katil atas.  Baby SJ memang sangat excited so lagilah payah nak relax. Seorang rakan pernah bagi warning yang kalau katil atas kemungkinan besar susah nak tidur sebab katil akan bergoyang teruk tapi aku rasa ok malam tu.  Dalam pukul 12 baby SJ yang dah mula letih melenjan aku mintak nak tidur bersama Encik D.  Makanya dapatlah aku tidur lena selepas tu.  Heheh

  katil upper berth kitaorang

 Pukul 1 a.m lebih.  Budak sebelah katil aku tak dapat tidur agaknya

Aku jaga dekat pukul 5 a.m, perasaan nak mandi begitu tebal tapi aku tahankan diri.  Aku masuk toilet bawa berus gigi dan towel kecik.  Selesai gosok gigi aku basahkan kepala cukup-cukup.  Kalau tak sah aku akan pening kepala sebab aku jenis bangun dan mandi awal pagi.  Orang mula beratur nak ke bilik air, maka aku kejutkan Encik D.  Rupanya Encik D tak dapat tidur di lenjan baby SJ.  Masuk waktu, aku solat atas katil.  Tak lama kemudian train stop di Butterworth dan ramai rasanya orang keluar solat di platform sebab diaorang dah maklum yang train memang akan stop lama.  Ada orang jual breakfast dan kitaorang beli dan breakfast di katil.  Baby SJ masih tidur.

Journey di teruskan dan aku dapat tengok sunrise dari train.  Memang awesome. Terjenguk-jenguklah kitaorang kat tingkap kecik dari katil atas.  

Menjelang sunrise


Dekat pukul 9.00 a.m keretapi sampai di Padang Besar dan kena turun train untuk ke kounter immigration nak cop pasport.  Barang boleh tinggal dalam train cuma perlu bawak dokumen penting sahaja.  Kata pegawai, akan ambik sejam untuk mulakan perjalanan balik.  Sementara kitaorang cop passport keretapi tukar kepala & kurangkan koc di yard.


 Station Padang Besar

Keretapi sampai balik pukul 10++ pagi tapi pukul 11 pagi barulah berjalan balik.  Dalam schedule sepatutnya keretapi sampai di Hatyai pukul 10.30 pagi. Katil bawah dah banyak kosong, maka kitaorang pindah ke katil bawah dan dapat menikmati scenery dalam perjalanan.  


Antara pemandangan normal selepas masuk border Thailand.  Cukup sederhana 
dan cukup menginsafkan



Keretapi sampai di station keretapi Hatyai (Hatyai Junction) dalam pukul 12.  Kitaorang ambik tuk-tuk ke hotel yang tak sampai 5 minit dari situ.  Kena tipu sikit sebab kena cas BTH100 sedangkan dekat sangat.


Inilah rupanya stesen keretapi Hatyai.  Kitaorang kena panjat satu train yang tak bergerak 
selepas turun train untuk sampai ke platform ni.  Rasa macam drama cerita tamil di era 80 an.


Sampai hotel terus mandi dan seterus keluar makan.  Then Encik D dapat sewa tuk-tuk nak pergi ke 2 tempat dengan harga BTH600.  Perjanjian asal dengan driver tuk-tuk 3D Museum dengan cable car.  Aku cuma gamble aje sebab aku dapat info dari forum.  Dua-dua tempat ni belum ada masa last time aku datang Hatyai.  

Entrance fee untuk 3D museum adalah BTH400 adult dan BTH300 untuk baby SJ.  Mulanya aku rasa agak mahal tapi selepas masuk aku rasa berbaloi jugaklah bayar sebanyak itu.  Siap ada complementary magic show yang Baby SJ agak terhibur.  Takde gambar masa magic show sebab tak di benarkan ambik gambar












Antara 3D yang ada.  Ada banyak lagi, aku cuma tunjuk sebahagian sebab sebahagiannya perlukan model untuk nampak betul-betul real.  Painting dia memang awesome dan aku pulak memang jakun.



Kerana terlalu leka kitaorang terlambat untuk cable car.  By the time kitaorang keluar, dah pukul 4 lebih dan driver tuk-tuk kata tempat cable car dah tutup.  Betul atau tidak aku tak tahu.  Makanya sebab dah janji nak bayar untuk 2 tempat kitaorang mintak di bawa ke floating market.  Driver mintak kitaorang tambah lagi BTH100, jadinya keseluruhannya tambang tu hari adalah BTH700.  Aku sebenarnya tak rasa sangat nak ke sini sebab dulu aku dah pernah pergi.  Bila sampai aku agak kecewa, floating market dah tak macam dulu.  Dah jadi terlalu commercial dan orang terlalu ramai sampaikan nak beli makanan pun payah.  Kitaorang cuma beli sejenis makanan dan sejenis minuman sebelum bergerak balik.


 Dari jauh.  Tengoklah betapa ramainya orang.  Rata-rata pengunjung dari Malaysia.



 Jualan dari sampan.  Semuanya boleh di makan sebab semuanya di jual oleh muslim.


Dari situ kitaorang mintak driver hantar balik ke hotel.  Malam tu kitaorang dinner di hotel je dan kemudiannya bergerak ke night market di kawasan betul-betul bawah hotel.  Sangat ramai orang tapi bestlah jugak sebab aku jumpa pulut ayam yang halal. Banyak makanan yang halal tapi aku sebenarnya tak boleh nak isi lagi perut lepas dinner.  Ikutkan nafsu belikan jugak pulut ayam tapi balik ke bilik terus tertidur sampai esok.  Esok paginya nak mengelakkan kempunan aku jamahkan sikit pulut tadi.   Lepas tu sakit perut.  Padan muka.


Antara pangilan-pangilan yang menyeru-yeru nafsu.  Atas seafood goreng, bawah pulut mangga.


Since keretapi kitaorang ke Bangkok sebelah petangnya, mulanya kitaorang plan nak ke cable car hari kedua tu.  Rupa-rupanya hujan dari pagi sampai ke petang tak berhenti.  Kansel plan, lepak kat hotel dan Encik D buat appointment untuk message dengan spa hotel.  Aku & Baby SJ jalan-jalan di shopping store di bawah hotel.  Baby SJ request nak main lego di children section, makanya aku temankan dia ajelah sampai terlelap-lelap aku di meja lego.

Selesai urusan Encik D kitaorang makan tengahari dan balik ke hotel untuk ambik barang (dah check out awal-awal dah).  Pukul 5 petang kitaorang ambik tuk-tuk pergi ke train station.  Kali ni tambang cuma BTH40 untuk sekeluarga.  Sah aku kena tipu masa sampai itu hari.

First leg dah selesai.  Aku looking forward dalam gementar untuk second leg.  Tak tahu apa nak expect cuma dalam hati berdoa tak habis mintak di mudahkan semua.  

Cerita pasal journey ke Bangkok aku akan sambung di entry next..  :)





 
 

4 comments:

  1. Ya Allah bertabah ok, bertabah naik train lama giler! Kalau aku xtau la buat apa. Kematu bontot. Nak membaca sah2 xleh sebab akan pening. Tapi view sunrise memang lawa wei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Best Bie, naik kejap dah tidur pun. Aku jenis boleh baca dalam kenderaan dan tak de masalah sangat pun dari KL to Hatyai sebab rail track kita memang awesome. Thai punya side memang goyang sampai ada masa hampir nak tumbang masa kalau berjalan. I love the ride.. try lah sekali Bie

      Delete
  2. aku pun tiap kali plan trip naik train ktmb ni, part yg paling tensen skali is part beli tiket ... dah la sleeper coach tak banyak... dah tu semua org berebut2 nak beli... dengan website tak berupdate pulak ... aku tak brape nak redho kalo dapat seat duduk utk 14 hours of journey

    *tengah usha2 tiket train ke hatyai*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra,

      Aku first time naik KTMB. memang kecewalah dengan website dia orang. memang ketinggalan sikit compare negara lain yang aku pernah naik. Rasa macam 3rd world country pun ada. Ops sorry KTMB

      Delete