Tuesday, December 23, 2014

Overland separuh Thailand 2014 - Journey Hatyai ke Bangkok


Entry yang sebelum ni  
Overland separuh thailand - Introduction
Overland-separuh-thailand-first leg 


13.12.2014 - 14.12.2014
 # Hari ke 3-4 overland Thailand
 # Hatyai  ke Bangkok



Dari entry sebelum ni

Pukul 5 petang kitaorang ambik tuk-tuk pergi ke train station.  Kali ni tambang cuma BTH40 untuk sekeluarga.  Sah aku kena tipu masa sampai itu hari sebab masa sampai kitaorang kena cas BTH100 dari station ke hotel yang cuma 1km jarak dari station.  Aku halalkan.

First leg dah selesai.  Aku looking forward dalam gementar untuk second leg.  Tak tahu apa nak expect cuma dalam hati berdoa tak habis mintak di mudahkan semua.  



Sambungannya..


2nd leg

Sampai di Station Hatyai, kitaorang terus ke kaunter informasi cek samada train dah ada belum.  Guards yang jaga kaunter tunjuk satu gerabak.  


Keretapi Hatyai - Bangkok kitaorang.  Gerabak nombor 11 yang paling depan

Kitaorang berjalan ke gerabak yang di tunjuk, jenguk dalam nampak kerusi.  Aku bagitau Encik D, ni koc kerusi.  Then jalan di tepi gerabak selepasnya dan selepasnya.  Aik semuanya kerusi.  Encik D tanya pegawai yang cek orang naik.  Kitaorang tunjuk tiket.  Dia guna jari tunjuk tiket (tulis koc nombor 11) dan tunjuk pulak ke gerabak.  Fahaman aku itu gerabak yang first kitaorang cek tadi.  Aku sebut lower berth dan kasar dia jawab yes, lower berth.  Aku berkerut muka sebab sah tadi aku nampak kerusi.  Aku dah mula berdebar.  Mana boleh tahan aku nak duduk di kerusi 16 jam sebab aku ada masalah back pain.  Aku balik ke kaunter dan orang kaunter bagitau dengan nada tak berapa ceria yang gerabak aku kena naik ialah gerabak nombor 11.  


Aku tengok muka Encik, Encik D tengok muka aku.  Cuak memang tak usah cerita.  Dalam otak tengah ligat fikir agak-agak kalau beli tiket flight ada tak dari Hatyai ke Bangkok.  Encik D ajak aku pergi ke gerabak nombor 11 lagi sekali.  Kitaorang naik, sah memang kerusi.  Kerusi yang agak retro pulak tu.  Kemudian Encik D bagi buah fikiran, katanya maybe ni gerabak convertible bed.  Haa.. baru nampak cerah dunia.  Tadi langsung tak terpikir.  Aku nampak steward (aku tak tahu nama jawatan dia, so aku namakan dia steward dah lah) dalam gerabak sama.  Aku buat-buat tanya dia.. aku sebut Bed?  sambil tunjuk ke kerusi.  Dia pun jawab.. yes, I make bed.  Ok, aku faham & aku girang.   Aku ucap terima kasih dan mula cari seat dan mula menyelesakan diri.  Baby SJ tak habis-habis memuji train tu cantik. Haha.. simple je dia sedangkan makpak ni jenuh berkerut dahi.


 Logo train

Aku seat 22 & Encik D seat 24?  Persoalannya siapa seat 23 yang di depan aku?  Tunggu punya tunggu tak ada siapa datang duduk seat 23.  Akhirnya kitaorang pun faham yang seat 23 tu kepunyaan upper berth tapi since upper berth tak berisi maka aku tak payahlah nak mengadap dia sebelum katil di pasang.  Kalau tak aku kena mengadap dia sampailah katil di pasang.  Aku pandang kau, kau pandang aku gitu.


Inilah rupanya seat sebelum di convert jadi katil.  Sebelah kiri, seat no 22, sebelah kanan 
seat no 23. Curtain sebelah kiri tu tak ada sehinggalah katil di pasang.  Curtain tu milik jiran 
katil sebelah.  Yang bahagian atas nampak kotak bentuk bundar tu adalah upper berth.  
Bila kotak tu di tarik ke bawah, keluarlah katil atas.  Bagus gila enginnering keretapi diaorang


Train delayed setengah jam.  Aku turun beli air bawak bekal.  Makanan untuk makan malam aku dah tapau dari kedai halal siap-siap sebab risau tak ada orang jual makanan halal nanti.  Pukul 6.35 p.m train mula gerak ke arah belakang.  Dalam satu km, train stop dan mula bergerak ke arah bertentangan sampailah dia bersambung dengan gerabak seat. Rupanya lagu tu.  Sementara tu ada penjual  makanan naik.  Salah sorangnya muslim, jual nasi pulut ayam.  Aku beli sebab malam tadi tak sempat makan.   

Lepas connect dengan gerabak seat, train teruskan perjalanan.  Masa ni hujan lebat.  Aku perasan crew train asyik mop lantai, rupa-rupanya air hujan masuk dalam train ikut celah-celah mana tah.  Apa yang aku boleh kata, train dia walau buruk tapi sangat bersih.  Nak baring atas lantai pun tak geli.  Steward dia sangat rajin, sentiasa check penumpang ok atau tak.  Aku dah tak sabar nak tunggu katil di pasang, pukul 7 lebih steward datang tanya samada aku dah nak pasang katil atau belum.  Aku terus cakap nak.  Dia pun turunkan upper berth section.  Keluarkan tilam, cadar & sarung bantal dan tarra, tak sampai seminit katil siap.  Awesome, cekap macam service hotel, cadar pun setegang cadar hotel.


Selepas di convert jadi katil.  Siap ada curtain macam yang di sebelah kanan nun so tak
payahlah risau tidur di khalayak ramai.  Katil dia sangat empuk. Aku langsung tak ada
rasa sakit belakang malam tu.

Yang aku tak tahu, sebenarnya aku tak payahlah nak gopoh pasang katil sebabnya kita boleh request pasang meja di antara seat kalau nak makan.  Macam makan mengadap gitu.  Bayangkan makan mengadap dengan orang yang kau tak kenal, mahu terkiputlah kan lebih-lebih lagi Remy Ishak mengadap aku.  Berangan mesti ke laut punya.  Tapi akibat kegedikan kitaorang nak di pasangkan katil awal-awal, maka makanlah kitaorang di atas katil sambil mengintai di balik langsir orang lain makan mengadap.  Nasib baik takde Remy Ishak.  kalau tak mahu aku menghempas diri menyesal.
 

Puas main, akhirnya baby SJ sekali lagi mintak tidur dengan Encik D.  Aku untung lagi, dapat tidur dengan aman tenteram.  Lepas baby SJ tidur, nak hilangkan bosan sebelum tidur aku buka labtop sambil tengok Games of Thrones. Kemudian baru tidur.  Pukul 4 pagi aku terjaga.  Aku bangun untuk gosok gigi sambil bawak towel muka.  Sambil gosok gigi tiba-tiba datang idea untuk mandi sebab semua orang belum bangun.  Aku pun mandi lebih kurang.  Cukuplah untuk bawak bekal hingga check in kat hotel tengahari karang.  Lepas mandi, solat dan tunggu matahari keluar.  Encik D pun dah bangun masa ni, makanya kitaorang duduk tepi tingkap menunggu sunrise sambil makan roti bekal.  Sangat berbaloi dan sangat cantik.  10 minit jugaklah aku dan Encik D tak terkata apa.



 Inilah hasilnya yang di tunggu-tunggu.  Berbaloi kan.  Terdiam kitaorang dua-dua orang. 






Sesungguhnya aku rasa sangat bersyukur dapat menikmati ni semua. 



 Hari makin cerah.  Baby SJ sebelum di bangunkan


Antara pemandangan lain.  Salah satu station.  Menghampiri Bangkok, station semakin cantik

Setiap kali train berhenti mengambil atau menurunkan penumpang di station, orang yang menjual makanan akan naik berpusu-pusu.  Mula-mula aku enjoy tengok gelagat dia orang tapi lama-lama aku rasa sedih sebab tengok hasil jualan dia orang hampir tak terusik.  Maklumlah kebanyakan penumpang dah makan sejak tadi.  Kitaorang tak beli makanan sebab risau tak halal, cuma beli air panas.  Aku nampak diaorang sangat struggle dari segi ekonomi.   Kebanyakan rumah-rumah di sepanjang perjalanan sangat sederhana. Kita sebagai rakyat Malaysia memang jauh lebih bertuah di bumi kita. Peringatan untuk aku dan peringatan untuk semua.

Akhirnya pukul 12 tengahari, keretapi sampai ke bandaraya Bangkok.  Adik Steward datang bagitau yang kitaorang dah nak sampai.  Akhirnya selepas 18 jam perjalanan, kitaorang berjaya menjejakan kaki di bumi Bangkok.  Kali kedua untuk aku (first time business trip so agak tak layak) dan kali pertama buat Encik D dan baby SJ.

Stesen keretapi Bangkok besar tapi masih ketinggalan berbanding KL.  Kalau sesiapa yang pernah merasa naik train dari Kampar, Perak 10-15 tahun lepas, itulah rupanya station Bangkok. 

Selepas turun dari train.  Dalam perjalanan ke main area

Bangkok Station Hall


 Hall lagi satu

Encik D tanya kaunter macamana nak naik train pergi ke area hotel.  Kata orang kat kaunter train cuma pukul 3 karang.  Aku heran tapi rupanya yang dia maksudkan train yang macam kitaorang naik dari Hatyai tu.  Aku yang memang dah print map ni maksudkan BTS.  Since ada miscommunication kat situ, kitaorang decide ambik teksi ke hotel.  Teksi charge BTH250 termasuk tol untuk sampai ke hotel.  

Tak sampai 15 minit lepas tu kitaorang sampai hotel.  Hatyai-Bangkok journey sudah selesai.  Aku sangat happy dengan keputusan kitaorang.  Macam yang aku cakap sebelum ni, banyak yang aku belajar trip kali ni .  Aku sangat berterimaksih kepada yang memberi aku idea terutamanya bos sampingan aku dan blogger backpackerbusuk. 

Aku akan share cerita Bangkok di update kemudian.  

Bersambung..

6 comments:

  1. Salam kenal...mai kita tukar link...saya telah masuk anda dalam bloglist saya .Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Encik Khairuddin. Terima kasih kerana sudi baca,. saya budak baru belajar, ambik galah tolong jolokkan. Insyaalah saya akan share

      Delete
  2. Nak tanya, mcm mana nk beli tiket train dari hatyai ke bangkok ea? Beli kt hatyai station ke akak beli kt malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ameera,

      Saya email info@thailandtrainticket.com dan bagitau diaorang yang saya nak beli tiket train. Dioaorang akan ajar macamana nak beli tapi dengan syarat diaoang nak alamat hotel kita duduk kat hatyai. Kalau tak bermalam tu blh try beli dari train station. Murah banyak jugak kalau beli direct sebab thailandtrainticket ni sebenarnya agen je. Hari tu banyak je seat kosong. Cuma kenalah prepare dgn plan B

      Delete