Tuesday, February 3, 2015

Sehari di Åre, Sweden



Åre (di sebut  O.re) adalah antara satu leading ski resort di Scandinavian country. Åre letak di bahagian tengah negara Sweden iaitu dalam 165km atau 2 jam 20 minit dengan keretapi dari Trondheim.  Bandar Åre sangat kecik dengan jumlah penduduk hanya sekitar 1500 orang (sumber wikipedia)

Di masa winter, Åre jadi tumpuan untuk ski dan resort macam cendawan kat sini.  Kitaorang berjaya ke sini semasa cuti krismas.  Since tak ada benda nak buat dan kawan-kawan ofis ramai cuti panjang, kitaorang decide untuk ambik train (www.nsb.no) ke Åre.  Tambang sehala NOK295 (+- RM140) sehala.

Sebenarnya cerita journey kitaorang ke Åre tak smooth macam yang sepatutnya.  Silap kitaorang jugak.  Sehari sebelum pergi, Norway di landa snow storm di hampir seluruh negara.  Ribut yang memang kuat sampaikan tak jauh dari Trondheim sendiri ada bandar yang banyak rumah rosak teruk.  Building apartment kitaorang pun setiap kali angin kencang datang memang bergoyang-goyang.  Memang takut jugak tengok pokok meliuk lintuk dan bunyi angin menderu gila kuat.   

Subuh besoknya bila bangun aku perhati ribut dah stop.  Kitaorang pun decide untuk ke Åre sebab itu plan asal. Yang kitaorang lupa nak fikir, kesan ribut pada landasan keretapi.  Sampai train station pulak tak ada notis apa pun, kitaorang terus beli tiket dan naik keretapi paling awal iaitu 7.50 pagi sebab plan asal hanyalah day trip jadi nak sampai seawal mungkin dan catch train paling last balik ke Trondheim (pukul 5.30 petang).

Baru gerak setengah jam, tiba-tiba ada annoucement (dalam bahasa Norway tapi kemudiannya officer datang jumpa kitaorang dan translate ke English) bagitau landasan di tutup di certain area dan kami akan di transfer naik bas ke Åre.  Aku redho aje sebab ingatkan mudah.  Bas datang tak lama kemudian.  Tukar dua bas barulah sampai ke Åre.  Aku dah cuak sebab kiri kanan tak nampak apa selain dari salji putih.  Kalau kat tempat kita kira hutan banat lah.  


 1st leg, keretapi

2nd leg, dalam bas. Baby seat mengadap kitaorang.  Seat partner baby 
SJ cool, siap pinjamkan headphone.  Haha

Dalam perjalanan, setengam jam sebelum sampai Åre.  Kalau perhati betul-betul, 
dah boleh nampak orang main ski turun slope tinggi tu



Patutnya sampai Åre pukul 10.30 pagi dan ada masa 7 jam untuk explore tapi dengan bas kitaorang sampai pukul 1.30 tengahari.  Perut dah start lapar, so makan dulu bekal yang kitaorang bawak.  Station Åre besar, lengkap dengan shopping complex.  

 Lepas makan kitaorang decide untuk start explore cepat-cepat sebelum balik ke station untuk dengar perkabaran samada landasan dah di buka belum.  Aku memang cuak sebab aku tak ada bawak bekal apa terutama untuk baby SJ.  Hotel mungkin ada kosong, mungkin penuh tapi yang penting susu baby SJ cuma cukup-cukup untuk 1 hari. Apa-apa pun, jalan-jalan dulu.  Susah hati macamana pun kena jugak tunggu 4 jam lagi.



 Train station merangkap shopping complex.  Hypermarket pun ada.


Bandar Åre tak besar.  Banyak kedai-kedai kecik yang kebanyakannya jual barangan ski dan segala macam brand barangan winter yang mahal-mahal.  Kitaorang masuk satu dua kedai cuci mata.  Selain tu ada banyak restoran dan bar.  Walaupun kecik tapi suasana kat sini cukup meriah.  Sana sini orang pikul ski set.  Kitaorang tak sempat nak jalan rata sebab masa yang ada memang ciput sangat.  Sempatlah tengok stesen eurocar dari jauh.  Terkilan gak sebab plan asal nak naik sampai puncak tapi tak apa, jamu mata ajelah.


Deretan kedai
 
Barisan resorts.  Harga accomodation kat sini memang sangat mahal, 
sementelah lagi masa cuti panjang.  Gelap sebab pukul 3 dah masuk malam.


Antara ski slopes. Ada lebih dari 10 slopes kat Åre dan setiap slopes ada nama sendiri.


Stesen eurocar (cable car untuk angkut orang naik atas).  Aku memang plan 
nak naik tapi since sampai dah lambat kitaorang terpaksa lupakan.

Åre dari tempat tinggi.  Antara jalan & gunung tu tasik beku.


Pukul 4 lebih, kitaorang bergegas balik ke train station.  Risik punya risik, katanya landasan belum di baiki dan kitaorang di suruh datang balik dalam masa sejam.  Masa tu snow start turun dan buat kali pertama aku wish snow tak turun sebab aku dah start risau storm datang balik.  Nak pujuk hati kitaorang masuk hypermarket survey baby formula untuk baby SJ in case kena bermalam.  Ada susu Nan.  Tarik nafas lega sikit walaupun baby SJ minum susu brand lain.  Sekurang-kurang ada back up.

Sejam aku rasa cukup lama.  Kitaorang kemudian minum di cafe tepi train station sambil melayan snow turun. Cantik.


Train Sweden yang terbengkalai di sebabkan snow storm


Snow yang lebat, seolah-olah nak ribut balik


Kalaulah zebra ni hidup, aku suruh dia bawak kitaorang balik


Dekat pukul 6 petang kitaorang dapat perkabaran yang ada bas yang akan datang bawak kitaorang balik ke Trondheim.  Ramai penumpang asal train  dah reschedule journey sebab bimbang nak travel dalam cuaca tapi kitaorang tak ada pilihan.  Naik bas dengan berdebar-debar.  Sepanjang perjalanan, snow turun dengan lebat.  Aku doa jangan bas tergelincir sudah sebab memang almost tak nampak apa.  

Selepas tukar bas sekali di border, akhirnya kitaorang selamat sampai di Trondheim pukul 11 malam.  Alhamdullillah.  Pengalaman yang cukup membuka mata. 

Is Åre worth to visit?  A big yes. Aku pasti pergi lagi kalau ada rezeki next time.  Ada banyak yang aku missed hari tu.  Aku nak tebus balik apa yang aku missed.







4 comments:

  1. alahai cun giler gmbr2nya...teringin nak p tapi apakan dayanya ongkosnya ndak ada huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita set tabung ayam Zilla. Aku pun nak buat tabung ayam ni. bajet 10 tahun dari sekarang :)

      Delete
    2. 10 tahun dari sekarang? japp nak bayangkan...ala2 dah bongkok 3 dah time tu BK hahaha

      Insyallah, satu hari nanti mmg teringin nak explore Europe pula..mungkin lepas tu dah boleh berhenti travel kot hehehe

      Delete
    3. Hehe.. Insyaallah termakbul nanti. Tapi ko dah champion NZ. Tu yang aku jeles

      Delete