Sunday, December 13, 2015
Western Europe Spring 2015 wrap up
Ringkasan untuk keseluruhan trip Western Europe 2015
Iternary
Keseluruhannya kitaorang travel selama 16 hari di 4 buah negara - Netherland (Amsterdam), Germany(Heildelberg & Munchen), Switzerland (Luzerne, Gridelwald, Lauterbrunnen, Interlaken & Geneva) dan menutup tirai di France (Paris). Kalau korang tanya cukup tak 16 hari. Memang tak cukup. Kalau boleh dapat lagi 4-7 hari aku akan rasa lebih tenang nak melangkah balik ke Malaysia.
Expenses
Secara kasar kitaorang spend apa yang kitaorang budget. Bagi yang nak ikut jejak, aku rasa RM10K (seorang) adalah lebih dari cukup. Untuk single traveller, tinggal di hostel, mungkin RM8K dah cukup. Kalau nak save lagi korang boleh try coachsurfing.
Untuk Netherland, Germany & France yang guna matawang Euros, aku serahkan €500 pada CK sebab dia bendahari. Aku tak pandai nak manage duit. CK combined duit aku dengan duit dia dan semua perbelanjaan dia yang settlekan. Since aku dan CK dah macam adik beradik jadi kira oklah sebab kitaorang memang tak kisah mana yang terlebih mahupun terkurang. Aku mungkin lebih sikit pada public transport sebab di Amsterdam & Paris Baby SJ kena bayar tiket. Manakala, CK mungkin spend lebih sikit pada souvenier. Di penghujung trip duit ada masih berbaki €200, makanya CK pulangkan balik kat aku €100.
Untuk Switzerland, kitaorang tukar CHF 700. Antara CHF 400-440 di gunakan untuk transportation sahaja dan selebihnya di gunakan untuk makan dan beli souvenier kecik-kecik sikit-sikit. Bagi yang ikut jejak macam kitaorang, belanja trasportation masih boleh jimat kalau tak naik gunung. Aku terpaksa spend dalam CHF150 untuk naik dua gunung. Itupun dengan tiket separuh harga sebab kitaorang ambik Swiss Half Fare Pass. Di penghujung Switzerland, duit masih berbaki CHF100++ sebelum kitaorang spend beli coklat untuk keluarga dan kawan-kawan di kampung.
Ringkasannya kiraan untuk seorang dewasa
Transportation
Long distance train*
Amsterdam - Heildeberg = RM156
Heildelberg - Munchen = RM 103
Munchen - Luzern (via Zurich) = RM 164
Geneva - Paris= RM 190
* Long distance train kitaorang beli se awal 2 bulan dari tarikh trip dan berjaya dapat murah
** Intercity and intracity train di Switzerland beli on the spot & kitaorang pilih Swiss Half Fare Pass untuk dapat separuh harga. Harga Swiss Half Fare Card ialah CHF120 dan valid untuk di gunakan selama sebulan. Refer SINI untuk panduan lanjut.
Keseluruhannya, termasuk return flight kitaorang spend sekitar RM5800 untuk pengangkutan bagi seorang dewasa.
Accomodation (on sharing basis)
Keseluruhannya aku spend sekitar RM2100 untuk penginapan di 8 bandaraya, so purata untuk sehari adalah RM131.25 untuk satu malam. Kekurangan aku ialah kitaorang tak boleh stay dorm sebab ada budak kecik tapi bagi yang bujang, korang boleh bajet €20 (dalam RM90) untuk satu malam kalau tak kisah nak stay dorm.
Tips yang penting
1. Beli tiket public transport awal-awal.
2. Pastikan banyak google dan baca forum sebelum travel. Tips dari normal traveller macam kita sangat membantu.
3. Bagi yang bekeluarga, lebih save ambik AirBNB apartment (entire apartment ataupun kalau nak jimat lagi ambik aje shared apartment). Kelebihan lain boleh masak & boleh cuci baju free.
4. Bagi yang bujang, lebih save ambik hostel yang ada dorm. Kelebihan boleh masak.
5. Di Amsterdam untuk transportation boleh ambik day ticket. Kiraannya dia 24 jam dari masa kita beli. Untuk lebih detail korang boleh refer entry lepas kat SINI.
6. Di Heidelberg, kalau korang spend lebih dari 24 jam, korang boleh consider untuk ambik day ticket. Tapi take note yang day ticket dia tamat tempoh pukul 12.00 malam, so esok paginya korang kena beli day pass yang lain pulak. Untuk lebih detail boleh refer entry SINI
7. Di Munchen, kitaorang ambik Partner 3day pass yang harganya €23 untuk group 2 orang. Sebenarnya partner ticket ni lagi untung kalau korang travel dalam group 5 orang sebab dia valid di gunakan untuk maximum 5 orang dalam satu group. Maknanya kosnya nanti cuma jadi €4.60 untuk naik public transport selama 3 hari ni Munchen.
8. Bagi yang nak shopping, negara yang terbaik untuk shopping bagi aku ialah Germany. Aku perasan barang-barang dia jauh lebih murah dari 3 negara lagi. Tapi jangan tanya aku pasal high end brand. Aku bukan kaki shopping. Yang aku tahu secara tak sengaja (sebab filter kamera aku rosak masa kat Switzerland), gadget kamera agak murah kalau beli di Germany (orang kedai kamera bagitau aku macam tu)
9. Di Switzerland korang kena study betul-betul nak guna pass jenis apa ataupun kalau korang cuma stay kat satu area maybe terbaik ambik point to point tiket. Makanya buatlah iternari betul-betul dan kemudian kira betul-betul plan mana yang paling jimat. Jangan lupa stick pada plan korang.
10. Aku tak beli apa-apa di Switzerland kecuali sepasang kasut Jackwolfskin. Since aku peminat brand Jackwofskin, pernah beberapa kali aku ushar harga Jackwolfskin di negara-negara lain so rasanya bargain yang aku dapat masa kat Switzerland agak bagus sebab masa tu sales dan aku cuma pilih kasut yang ada 50% diskaun. Barang-barang lain bagi aku semua mahal.
11. Di paris, beli tiket metro (public transport harian) secara package iaitu 1 carnet bersamaan 10 tiket. Kalau beli 1 carnet boleh jimat €5 untuk 10 tiket. 1 tiket boleh guna untuk 1 jam. Kalau nak guna untuk transit metro line lain atau bus, tak perlu guna tiket baru. Dengan syarat dalam jangkamasa 1 jam dari naik first kenderaan.
12. Tak perlu ambik Paris Pass unless betul-betul nak masuk 4,5 museum dalam sehari. Semua attractions tak jauh. Kalau mampu jalan baik jalan. Selain boleh jimat, boleh jugak attraction yang kecik-kecik secara tak langsung
13. Book penginapan awal-awal. Last minute & walk in akan mahal.
14. Makanan halal mudah je nak dapat di Amsterdam dan Paris. Cuma hati-hati dengan kedai kebab di Amsterdam sebab ada kedai kebab yang sebenarnya tak halal
15. Di Germany kurang pilihan tapi ada kedai fastfood Nordsea & MCDonald. Kalau korang was-was dengan MCDonald baik jangan sebab mungkin ada unsur-unsur Ham burger. Kitaorang cuma makan MCD kalau dah tak ada pilihan lain sangat. Nordsea selamat di makan sebab semua yang di jual adalah makanan laut. Selain itu, di Munchen ada banyak kedai kebab yang korang boleh dapat di station-station utama.
16. Di Switzerland ada masalah sikit nak cari makanan halal tapi bukan tak ada, mungkin aku patut berusaha lebih gigih cari. Sekurang-kurangnya bandar besar seperti Interlaken & Geneva, agak mudah nak dapat makanan halal.
Lain-lain
Trip Western Europe 2015 ni lain sikit dari trip-trip lain. Kali ni aku travel tanpa Encik D. Kali pertama travel bawak Baby J secara solo. Mencabar jugak sebab anak aku walaupun tak banyak ragam tapi lasaknya tahap pro. Pengalaman travel tanpa apaknya memang banyak tinggalkan kenangan manis dan jugak tak berapa manis. Kitaorang banyak spend quality time bersama. Kalau di rumah, Baby SJ lebih banyak belajar rutin Encik D tapi bila tinggal cuma aku, dia mula belajar rutin aku.
Pengalaman yang paling menakutkan semasa aku hampir terpisah dengan dia. Kali pertama di Dusseldorf, Germany dan kali kedua di Airport CDG, Paris. Semuanya semasa transit dan kedudukan aku yang sangat sarat dengan barang. Satu pengalaman yang buat aku kalau boleh tak ingat lagi. Aku rasa Baby SJ pun belajar sesuatu terutamanya pengalaman terakhir di Paris. Rasa aku dia belajar untuk tak stray too far dari aku. Tapi seriously, jantung aku rasa macam nak putus masa kejadian. Sampai ke hari ni bila terpikir kemungkinannya memang aku berdebar-debar.
Kalau korang tanya aku, worth ke bersusah payah bawak anak walaupun aku boleh enjoy tanpa anak, jawab aku.. sangat worth. Walaupun kitaorang bergaduh berguni-guni (mostly hal-hal nakal dia) tapi kepuasan yang dapat dari tengok dia enjoy melebihi segalanya. Aku sebenarnya dah mula plan, in few years aku nak travel berdua dengan dia sahaja. Mesti penat bergaduh tapi pasti seronok.
Maka, dengan ini segala intipati trip pada spring 2015 dah di sampaikan. Aku harap membantu bagi yang bertujuan nak visit tempat yang sama. Maafkan aku jika ada yang terkurang. Maafkan aku jugak sebab lately updatenya sangat slow. Aku dalam proses melangsungkan satu projek dan insyaallah akan share dalam masa terdekat.
Till next time
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hi saya tiara dari indonesia
ReplyDeleteboleh saya minta email nya ?
saya mau tanya
1. Jika di swiss saya beli swiss pass, untuk ke interlaken, murren, dan semua golden panaroma train tinggal ditunjukan saja kan ? tidak usah beli tiket2 lagi di konter?
2. Dari Geneva ke paris pakai Train, apakah ada reservation fee ?