Sunday, June 12, 2016

Seoul City Autumn - Part 3



Post yang seriously lambat..  mohon ampun

Aku tak buang masa tulis merepek-repek lagi.  Terus pada final part of attraction di dalam city


7.  Dongdaemon market

Sebetulnya sampai hari ni aku masih terkonfius mana satu Dongdaemon, mana satu Namdaemon.. Pada aku semua seakan-akan Doraemon.  Makanya untuk bikin cite ni aku google image compare dengan gambar yang aku amik tu hari.  Haha.. parah.  Kalu aku masih tersalah tolong jangan sumpah aku jadi ikan belukang. 

Senang cite, Dongdaemon ni famous dengan pasar barang2 keperluan household.  Aku nampak ada jual kain, butang baju & alat-alat jahit kat sini. Aku dengar ramai orang Malaysia datang beli kain kat sini.  Wallahualam betul ke sini atau aku ter mix-up dengan tempat lain.  Aku ke Dongdaemon di hari kedua terakhir kitaorang di Seoul untuk makan kat Warung Ikan Bakar yang di sebut-sebut di kebanyakan blog.

Nak ke sini tak susah, ambik Subway Line 4 ke Dongdaemon Station.  Keluar exit 8 station, jalan sikit nampaklah bangunan market.  Aku itu hari tersalah baca map, tah camana, kitaorang kena round satu bangunan market untuk sampai ke warung Ikan Bakar.

Memandangkan aku tak masuk market, so aku tak tahu nak cerita detail sangat. Yang aku nampak masa melilau, ada jual banyak butang dengan benang.  Mungkin inilah heaven tukang jahit.  Pastu aku nampak ada juga jual dan selimut tebal.  Kain rasa kat tingkat atas.  Kitaorang singgah tak sampai 5 minit.  Malas pulak nak masuk sampai dalam.

Aku nak share sikit pengalaman makan Ikan Bakar kat sini.  Kata kebanyakan blogger, warung Ikan Bakar sini sangat famous.  Ada yang kata tak sah kalau tak cuba.  Aku berialah jugak hari tu.  dari pagi dah set dalam kepala nak makan ikan bakar sebelum balik Mesia.

Kitaorang berjaya cari gerai yang dicadangkan.  Tak perlulah aku highlight kedai mana sebab rasanya kebanyakan orang Malaysia memang suka gi kedai ni.  Kitaorang dapat duduk di tingkat atas.  Sambil-sambil tunggu menu aku sempat ushar kedai.  Walaupun sempit sampai ke tahap korang boleh curi kimchi orang meja sebelah tapi kedai memang bersih.  Konsep makan adalah bersila, jadi sekali lagi lupakan hajat pakai skirt ketat kalau ke sini.

Kemudian menu pun sampai.  Menu dia dalam bahasa Korea tapi ada English translation. Aku memang dah kecur air liur masa tu, maklumlah dh pukul 3.  Kemudiannya kitaorang masing-masing pilih satu hidangan sebelum terpandang sesuatu yang tak best.  Kitaorang terpandang terpandang menu pork di page paling belakang. Ok..ni dah lari dari tajuk yang orang selalu cerita. Sayang aku betul2 terlupa nak snap gambar masa tu.  Terkejut punya pasal.

Encik D memang lebih cerewet dari aku soal macam ni so aku expect Encik D ajak aku blah.  Lama jugak dia pikir tapi last2 dia kata kita makan ajelah cuma pilihannya strict pada ikan bakar sahaja yang mana ikan bakar dibakar atas tempat bakas khas ikan sementara hidangan pork di masak macam lauk.  Aku rasa hairan sebenarnya macamana aku boleh dapat special menu book itu hari.    

Tak lama selepas kitaorang order, datang satu group muslim dari Brunei untuk makan dan di susuli oleh satu group dari Malaysia.  Budak2 Malaysia duduk di sebelah meja kitaorang dan sempat berborak. Kitaorang share pengalaman kitaorang dan budak2 ni sama terkejut.  Bila diaorang dapat menu, menunya adalah yang berbeza dengan yang kitaorang dapat tadi iaitu tanpa helaian yang ada hidangan pork. Pada firasat aku lah, since Korea memang famous untuk orang Islam Malaysia, maka terdapat dua menu.. satu menu semua hidangan dan lagi satu menu tanpa semua hidangan. 

Lesson learned on that day..  aku akan berhati2 next time untuk bagi review tentang makanan di luar negara.  Tersilap langkah kita dah seret orang lain sekali.  Cerita aku ni bukan nak manjatuhkan mana-mana kedai tapi berhati2lah bila makan kat luar sana kecuali owner kedai memang confirm muslim. 

Apapun ikan bakar dia memang osem.  dalam pada hati tak berapa girang tu hari, kitaorang makan sampai licin lah jugak.  Damage pun tak berapa tinggi.  Tak silap aku bawah 20,000 Kwon.


 Hidangan Ikan Bakar kitaorang.

Proses membakar Ikan




8.  Namdaemun market

Senang cite, Namdaemun ni macam Petaling Street kita.  Aku cuma sempat singgah sekejap di hari kedua terakhir kitaorang di Seoul.

Favourite orang Malaysia rasa aku sebab aku nampak ramai orang Malaysia masa kitaorang ke sini dan ramai penjual kat sini tahu berbahasa Malaysia.  Aku cukup kagum sebab level bahasa dia orang sangat tinggi. Bila aku tanya kata diaorang dia belajar dari pembeli-pembeli Malaysia yang datang.  Barang kat sini lebih murah compare dengan tempat lain.  .  Hari tu aku sempat sambar T-shirt untuk anak-anak sedara dengan tudung untuk CK (siap ada jual tudung..haha).

Nak ke sini tak susah, ambik Subway Line 4 ke Hoehyeon.  Keluar je exit station, korang dah di dalam Namdaemon.  Bagi sesiapa yang tinggal di area Myeondong dan mempunyai daya tenaga yg kuat, boleh aje menapak ke Namdaemun.

Gerai buah yang memanggil-manggil

 
Persimmon yang cukup sinonim dengan Korea

 Macam petaling street kan
Segala ada.. mak ayah je tak de jual kat sini. Satu yang aku rasa tentang pasar/pasar 
malam di Korea.  Walaupun ada jual street food yang aku tak pasti apa dia tapi aku 
tak rasa geli macam kalau pergi ke tempat-tempat non muslim lain. Aku rasa faktor 
takde bau pelik yang menyumbang pada perasaan OK tu


9.  Itaewon

Aku ke Itaewon cuma untuk cari makanan halal.  Dua kali meredah tapi tak jumpa kedai milik Korean yang ada nama Malaysia tu.  Teringin nak cuba makanan situ tapi tak tercapai.  Kali pertama hujan di selangi dengan Baby SJ demam so bila cari tak jumpa kitaorang decide makan di sebuah kedai middle east kat situ.  Makanannya boleh tahan cuma kitaorang terkena bila mintak kari dhal untuk cicah dengan roti Nan, kena cas 10,000 KWon.  Gilos, semangkuk kecik kari dhal dekat nak RM40 kita.  Roti nannya cuma 4000Kwon.  Nasib sedap. 

Kali keduapun kitaorang terkena hujan, so atas permintaan baby SJ yang nak makan burger, kitaorang makan Turkish kebab.  Kawan aku yang tinggal sana siap-siap pesan suruh aku makan kebab yang betul2 di tepi exit Itaewon station.  Betullah kata kawan aku, berbaloi bayar tiket subway mahal2 sebab kebab dia memang sedap.  Malam tu siap rasa nak tapau sebijik sorang lagi bawak balik makan di hostel.  Itulah namanya nafsu.

Sorry takde gambar, kamera kitaorang tak kalis air hujan



10.  Cat Cafe Myeongdong

Aku lupa nak selitkan cerita cat cafe dalam post Myeondong tu hari.  Eloklah gak cerita Cat cafe ni last sebab tak semua orang suka kucing.  Yang tak suka korang boleh skip.  Kitaorang terjebak dengan Cat Cafe di satu hari yang hujan dari pagi hinggalah ke senja.  Cat Cafe memang masuk dalam iternary asal cuma sebagai pilihan sahaja. 

Nak cari cat Cafe ni tak payah, masa korang lalu celah2 lorong kalau korang nampak ada mascot pakai macam kucing tu korang tanya je diaorang.  Dia orang akan sentiasa berdiri kat celah lorrog berdekatan.  Aku selaku peminat haiwan berbulu ni memang macam semut di sorongkan gula.  Damage 8000 Kwon sekali dengan free drinks.  Kalau nak makan kuih, korang bayar extra. 

Apa yang aku boleh kata, Cat Cafe inilah yang mengapi-api lagi kan lagi idea Urban Cat Centre aku- klik SINI untuk cerita UCC.  Hari tu aku certain dengan apa yang aku nak buat selepas balik dari Seoul. 


 Tuan-tuan tanah

Cafe


11.  Chungmuro

Chungmuro ni adalah station yang korang kena berenti kalau nak ke Hanok Village.  Di hari last aku dengan Encik D berpecah dan aku ambik train ke Chungmuro.  Reasonnya agak tak masuk akal dan mesti ada yang kata aku gila.  Aku ke Chungmuro untuk beli makanan kucing untuk di bawa balik. 

Chungmuro terkenal dengan barisan petshop dan hari tu aku memburu makanan kucing yang dah tak ada jual di Malaysia untuk kucing senior CK (RIP Poi - Poi meninggalkan kitaorang pada 14 March 2016).  Misi berjaya dan hari tu aku memikul makanan kucing seberat 2 kilo balik.  

So kalau korang peminat kucing dan teringin nak cari barangan kucing di Seoul, Chungmuro ialah kawasan yang korang boleh terjah.




Dengan ini, versi Seoul city aku settle.  Next post aku akan share cerita yang aku travel keluar dari Seoul.  Aku akan cuba memperlajukan post-post di masa akan datang.







1 comment: