Thursday, March 17, 2016

Seoul City semasa Autumn_Part 1



Aku rasa aku buat keputusan yang betul dengan memilih Autumn untuk berkenalan dengan Seoul. Untuk yang kenal aku memang korang pun tahu aku gila dengan Autumn.  Bila mana aku berjaya travel masa autum, hati aku akan berbunga-bunga hinggalah musim luruh yang akan datang.  Saiko.

Sesampai kitaorang di Icheon Airport, kesejukan mula mengigit kulit. Dalam tak mandi (tapi dah gosok gigi dalam flight) terus sarung baju tebal sikit.  Lepas ambik light breakfast & beli T-Money di 7-11 Airport, kitaorang naik AREX ke city centre.  Aku terpaksa berlari tercunggap-cunggap sebab kaunter tiket AREX dengan platform jauh sikit & bila tengok tiket cuma ada 2 minit sebelum train berlepas- Berjaya masuk train sejurus sebelum pintu train tutup.  Perasan tak aku selalu kena macam ni.  Sebelum ni aku kena kat Germany, last-last tertinggal train.  Depa ni macam tahu-tahu yang aku ni stamina kurang, ditambah lagi pakej ada budak kecik. 

Perjalanan ke Seoul ambik masa sekitar 45-50 minit dan kitaorang turun di Seoul station.  Dari situ ambik train Line 6 untuk ke Myeongdong station. 


Metro Seoul Map;  Nampak komplicated tapi tak komplicated pun sebenarnya.  
Map segini ada di semua station, boleh refer anytime 


Sampai di Myeondong, terbangak-banggaklah jugak cari hotel.  Kitaorang jadi konfius dengan lorong sana sini.  Sampai last2 jumpa Tourist Information Centre masuk tanya.  Rupanya dah terlepas.  Tak susah manapun cuma fikiran cepat bercelaru kalau tak mandi pagi.  

Selesai check-in, kitaorang cari makanan sebab bilik belum ready. Encik D pilih kedai makanan halal Nepal.  Rasa not bad tapi slightly pricey.  Damage sekitar 30,000 KWon utk 2 orang (Baby SJ tumpang pinggan aku je).  

Petang sikit sesi berkenalan dengan Seoul bermula.  So chapter ni aku akan cuba cover apa yang ada & apa yang aku sempat terjah di dalam city masa kat Seoul.  Tak banyak yang aku berjaya terjah sebenarnya.  Tambah pulak ada satu hari ni kitaorang kurang berjaya ke mana-mana sebab hujan.


1.  Myeondong

Since kitaorang tinggal di Myeondong, maka aku mulakan dengan Myeondong.

Bagi aku Myeondong adalah kawasan prime di Seoul.  Aku yang selalu tak suka hiruk pikuk tersuka pulak pada Myeondong.  Yang paling penting dia kawasan paling bersih di Seoul yang aku pernah pergi atau lalu.  

Keadaan di Myeondong serupa kawasan yang tak tidur.  Sentiasa di penuhi dengan orang dan budak-budak sekolah yang berpusu-pusu.  Bagi yang suka barang make up, Myeondong boleh di katakan syurga Make up. Di ceruk mana pun ada kedai barang kecantikan dan salesgirl atau salesman yang memangil2 korang untuk masuk.   Aku yang tak pakai make up ni pun terjebak beli barang2 kecantikan semasa tolong shopping barang kiriman CK.  Tapi akhirnya aku tak guna (aku memang tak ada disiplin nak spend masa depan cermin).  Rugi duit RM300.

 Myeondong di waktu siang

 Myeondong di waktu malam.  Meriah dengan peniaga.  
Serupa Jalan TAR masa nak raya

 Antara yang di jual.  Sesetengahnya aku sempat cuba


Shopping Mall di area Myeondong.  Salah satunya, the famous Lotte World.  
Aku tak masuk pun sebab tak ada dalam agenda untuk membeli belah




2.  Namsan Park 

Namsan menurut kata encik Google:

Mt. Namsan (265m above sea level) is a symbolic mountain located at the center of Seoul. Although not so high, Mt. Namsan is a very popular as a resting site. At the top of Mt. Namsan, there are various facilities such as Palgakjeong (octagonal hall), Seoul Tower, Maritime Aquarium, fountains, botanical gardens and Namsan Library. You may take a cable car to the top or walk up the stairway path. Other than this path, there are many other walkways to Namdaemun, Hoehyun-dong, Taegyero 3(sam)-ga, Jangchung Park, Itaewon, Huam-dong and much more. The driving courses here are also popular for couples.


Also on the top of Mt. Namsan, there is the Palgakjeong Pavilion, which has a fantastic view. At Seoul Tower (479.7m), you can view the whole landscape of Seoul and the West Sea beyond Incheon. The rotating restaurant in the Seoul Tower has an excellent view of Seoul. With excellent night view, you should try having dinner at the tower.


Untuk ke Namsan ada banyak cara-  bas, subway mahupun teksi. Cerita public transport macam kat bawah 

N Seoul Tower is accessible by circular bus, cable car, and the Seoul City Tour bus. The yellow Namsan circulation bus makes stops at N Seoul Tower and other major tourist sites in the neighborhood. Bus 05: Myeongdong Station (Seoul Subway Line 4), Exit 3 or Chungmuro Station (Seoul Subway Lines 3 & 4), Exit 2 (in front of the Daehan Cinema).
(Operating hours: 07:30-23:30)

Kalau naik train, turun di Myeondong station dan kemudian ikut tatacara kat bawah (aku copy paste) - Dr Myeondong Station (Subway Line 4), keluar ikut exit 3 dan jalan ke arah Pacific Hotel terus naik ke atas yang mana korang akan jumpa lorong animasi.  Ada banyak street arts animasi.  Usahkan Baby SJ, mak dia pun suka.  Kemudian di hujung jalan korang akan nampak tangga,naik tangga dan belok ke kanan.  Jalan dalam 100m lagi dan korang akan sampai di Cable Car Station.  Boleh pilih untuk naik daki guna kaki ataupun kalau kesempitan masa dan tenaga macam kitaorang,ambik cable car.  Damage ticket cable car ke Namsan Tower  kwon 8000 return utk seorang (Adult).  Kanak2 tak silap KWon 6000.



Antara yang ada di laluan ke arah Namsan Park dr Myeondong.. 
Kalau aku tak salah,nama jalan ni Toegye-ro 20-gil

 Tangga ini korang kena panjat sebelum belok ke kanan 
unuk ke Namsan Tower

 Cable Car station
 Namsan Park & Namsan Tower dari Cable Car station.  Just before the sunset

Sampai-sampai kat atas, matahari baru dah start jatuh.  
Sempat jugak lah tengok warna tanah sekejap sebelum sunset.


Sunset yang bikin aku sedih kejap.  Memang tabiat aku kalau tengok sunset 
mesti rasa ngilu di dalam hati sikit.

Namsan Tower dari celah-celah lovelock trees.  

 Namsan Tower yang bertukar-tukar warna. 

Kitaorang decide untuk tak naik tower sebab mahal dan masa di spendkan dengan merayau sekitar tower.  Aku lebih berminat dengan daun-daun yang berwarna warni dan berazam untuk balik ke sini sebelum balik ke KL. Sejam dua kitaorang pun ambik cable car turun.
 Cable Car Station

Demi memenuhi impian, aku usahakan jugak untuk balik ke Namsan Park di hari terakhir.  Memandangkan masa tak banyak di hari last, aku susun strategi untuk ke Park di awal pagi & tinggallah Encik D menemankan Baby SJ yang belum bangun.  Memang lah awal,kabus pun tak berapa hilang lagi masa tu.  Tapi hati aku sangat puas hari tu dan itulah cara terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal pada Seoul.


Namsan Park.  Hasil terjahan di pagi buta


3. Namsangol Hanok Village

Namsangol Hanok Village ni adalah cultural village. Salah satu  tempat yang sesuai bagi pemburu culture. Lokasi Namsangol ni tak jauh dari Namsan Park dan sebab tu lah nama dia lebih kurang.  Kitaorang cuba berjalan dari Myeongdong, ambik masa dalam 10 minit kalau tak sesat. Kalau tersesat macam kitaorang ada lah setengah jam.  Haha.  Angkaranya tersalah ambik simpang, sedar2 dah tepi haghway dan kemudian kitaorang nampak kitaorang ada di belakang Hanok Village.  Teringin aku naklompat pagar masuk ke village tapi tak terlompat.  Silap gaya kena masuk lokap.  Makanya terpaksalah buat satu pusingan bulat untukke entrance yang betul. Nak terkucil aku pasal ni.  Moralnya kalau korang berjalan macam kami, silalah ikut main road sahaja, jangan nak stray dr main road.

Bagi yang nak naik subway, hendaklah berhenti di station Chungmuro tapi aku lua nak kena keluar dari exit mana.Senang cerita, korang ikut aje muka2 macam tourist.  Mesti jumpa sebab Hanok Village dalam 100-200m aje dari station.

Apa yang ada di Namsangol Hanok Village?

Also known as "A Village of Traditional Houses in the Namsan Valley", is a Korean village located in the area of Pil-dong neighborhood in Jung-gu, a central district of Seoul, South

Traditional Korean Village which is a village of 5 traditional Korean houses
Korea where hanok (한옥) or Korean traditional houses have been restored to preserve the original atmosphere of the area.
 

Terus terang aku tak spend masa yang lama kat sini.  Satu sebabnya hujan dan satu lagi minat tak berapa ada.  Aku tak rasa suasana dia 'hidup' macam sesetengah cultural village yang aku pernah sampai.  Kitaorang jenguk sana,jenguk sini kemudian keluar ke bahagian garden dia sebelum bergerak ke destinasi baru. 


 Rumah-rumah tradisi

Subjek yang berkenan di mata

Garden.  Aku tertanya-tanya,adakah setiap kampung di korea zaman dulu ada taman 
secantik ni? Hebatkan. Kita di KL terpaksa drive 10-20 minit baru jumpa satu taman 


Since post ni dah cukup panjang, aku akan sambung cerita Seoul city dalam Part 2.  Bagaimanapun aku harap sedikit sebanyak dapat membantu bagi yang ada plan nak ke Seoul satu hari.



 
 

Thursday, February 11, 2016

Akhirnya, Seoul aku datang - Pengenalan



Bagi yang perasan, aku menghilang dalam jangkamasa yang agak lama.  Aku MIA bukan sebab aku malas atau lupa pada blog ni tapi sebenarnya ada masalah kekangan masa buat masa ni. Aku akan umumkan project terbaru dalam masa terdekat.  Nak share sekarang pun macam tak best sebab productnya aku sendiri masih belum nampak.

 Ok.. mari kita lompat pada projet travel aku yang paling akhir.  Project Seoul di musim luruh.   Nak cerita pun segan sebenarnya sebab rasanya kat Malaysia ni aku antara orang paling last ke Korea.  Orang lain macam BibieErr, Zilla dan Azra, korea tu dah macam kampung halaman diaorang tapi aku terkial-kial lagi nak faham matawang Korean Won.

Aku beli tiket dah lama, masa sales AA tahun 2014.  Masa tu beli aje, minat tu aku pupuk perlahan-lahan selepas aku balik dari Europe.  Agak-agak minat nak buat iternary dah datang, aku pulak hilang kerja.  Walaupun dari awal aku dah buat keputusan nak teruskan plan ke Korea tapi jiwa yang tengah kacau memang tak mampu nak buat iternary.  


1.  Pengenalan 

Rasanya tak perlu sangat aku nak kenalkan South Korea sebab aku yakin semua orang dah expert tak macam aku yang terkial-kial sana sini.  Jomlah kita terus tengok map



Kedudukan geografi South Korea


Kedudukan bandar 

2.  Preparation

Preparation dari segi mengumpulkan maklumat; 80% adalah dari blog dan 20% dari google dan forum. 

Tak macam trip2 yang lepas, trip Korea sebenarnya trp yang preparation amat kurang.  Masa aku baru nak start prepare iternary, kerja di office bertimbun-timbun.  Nak buat di rumahpun tak sempat sebab masa tu almost everyday aku balik lambat.  Kemudian tiba-tiba aku dapat pulak surat termination, jadinya mood aku terus ke laut.  

Nasib baik beberapa minggu sebelum tu aku dah pergi menziarahi KTO; Korean Tourism Organisation in Malaysia yang letaknya dekat je dengan office aku.  Dari situ dapatlah aku pungut Korea maps dan info & juga T-money card (kad public transport).  Yang kelakarnya T-money card hilang sebelum aku pergi ke Korea lagi. 

Seminggu sebelum berlepas barulah aku bergelut nak siapkan iternary dan alhamdullillah since rujukan memang banyak.  Bukalah travel blog manapun, mesti ada orang share cerita Korea.   Kebetulan seorang kawan blogger jugak menetap di Korea sekarang, makanya aku menggunakan khidmat kepakaran dia dan rakan-rakan blogger sebagai bahan rujukan.  Tak menghampakan langsung, aku dapat travel dengan smooth dan dapatlah menghilangkan gundah gulana buat seketika,

Trip ke Korea adalah trip family- Encik D, Baby SJ dan aku untuk 6H5M.   Kenapa singkat sangat tak macam trip-trip biasa.  Sebab masa aku beli aku masih bekerja dan bagi yang pernah baca, aku memang ada masalah nak dapatkan cuti. Jadi masa aku beli aku consider cuti yang susah.  Kalaulah aku tahu aku akan hilang kerja,memang aku panjangkan beberapa hari lagi.

Aku ambik pendekatan baru dengan servis AA yang makin mahal.  Since peel aku biasanya beli luggage dan meal last minute, bila aku nak beli barulah aku perasan luggage AA sangat mahal.  Tak silap MYR89 untuk 20 kg dan MYR99 untuk 25kg.  Mahal ok nak bayar MYR200 sorang untuk luggage.  Aku decide beli backpack 32L yang harganya pun MYR200 dan boleh di jadikan hand luggage.  At least aku nampak barangnya dan boleh guna lagi di masa depan.  So sekarang kat rumah aku, bilangan bag lebih banyak dari jumlah baju yang aku ada.

Kitaorang endup bawak dua trolley bag dan 1 backpack yang semuanya check in sebagai hand luggage.  Kali ni memang travel light walaupun musim autumn perlukan banyak baju tebal.  Nasib baik trip ni pun trip yang singkat, so ok lah jugak walaupun hampir semua gambar aku pakai coat yang sama.  Sama dengan meal, bila tengok price meal AA sekarang dan memandangkan flight pun tengah malam, aku cuma beli satu meal masa pergi untuk Encik D.  Cuma untuk flight pulang aku beli meal untuk semua orang.


3. Matawang

Matawang Korea, Korean Won tengah mahal masa aku pergi.  RM3.85 untuk 1000 Kwon. Redah ajelah.  Kitaorang ambik pendekatan berbelanja dengan berjimat cermat.  

Aku cuma tukar RM2000 unuk belanja seharian dan bila kehabisan wang, kitaorang keluarkan duit dr ATM machine dan found out yang tukarannya lebih rendah dan lebih untung berbanding tukar di Malaysia.  Tak silap aku, aku dapat rate RM3.74 untuk 1000Kwon


4.  Transporatition

Kitaorang guna perkhidmatan AA dari KL-Seoul-KL.  Beli masa AA sales, dapat sekitar RM800 seorang untuk return ticket.  Sesampai di Incheon Airport, kitaorang beli T-Money dan since ada kopun dari KTO, dapat naik AREX Express Train free ke city centre.  Dapat jimat 9000KWon setiap orang.  Banyak tu.  

Bagi yang nak visit website KTO, klik SINI



Tiket AREX Express

    Tiket T-Money -  Konsep sama macam Touch and Go Kita.  Reload & Guna


Kitaorang guna khidmat Train/metro sepanjang di Seoul.  Kata kawan aku yang menetap di sana, naik bas lagi best dan lagi jimat tapi since aku tak boleh nak ingat nombor bas yang nak kena naik, jadi aku malas nak cuba.  

Khidmat Metro dia memang tepat dan cekap cuma yang aku kurang suka stesen dia besar sangat. Jauh kena jalan dalam kawasan station dan aku rasa sedikit sebanyak buang masa kat situ.  Itu belum lagi turun naik tangga. Patutlah ada kawan blogger yang sampai cramp kaki.  Tapi overall, service Metro di Seoul memang superb. 

Tambang Metro untuk satu perjalanan ialah 2,500 Kwon dan kalau transit tanpa keluar dari kawasan platform, tiket tak akan di cas extra tapi kalau korang dah keluar dan nak masuk balik, itu dah kira lain.  So kata kuncinya, rancang perjalanan anda dan jangan berangan masa naik Metro.  Jangan jadi macam aku, terlajak 2 station dan kena bayar tiket dua kali.  Mahal kan tu.


5.  Accommodation

Aku decide untuk duduk hotel kali ni.   Kitaorang pilih Philstay Myeondong yang letak dia betul-betul di tengah area Myeondong.  Beria aku book hotel sebab aku jumpa hotel yang tengah-tengah downtown dan ada washing machine dalam bilik.  Excited sebab belum pernah lagi ada pengalaman macam ni.  Dalam bilik ok dan tak payah share.

Philstay Myeongdong bagi aku boleh jugak consider hostel.  Memang sempoi dan staff pun ok.  Satu-satunya kekurangan adalah saiz bilik yang agak kecik.  Lain dari itu aku sangat suka.  Dari staff hinggalah facilities.  



Mini Washing Machine

Dalam pada excited sekali dengan serabut kepala aku sebenarnya ada buat satu mistake.  Aku mulanya ada booked hotel lain di booking.com dan tah camana aku lupa nak cancel.  Bila aku sedar dah terlambat iaitu 3 hari sebelum aku pergi Seoul.  Bila kansel booking, aku dah kena charge.  Melayang jugalah duit aku dekat-dekat RM300.  Sendu kejap tapi itulah namanya tak ada rezeki. Lesson learned.. lain kali jangan berangan.


6.  Lain-lain

Rasanya tak banyak yang aku nak komen buat masa ni.  Seoul seperti kebanyakan peminat tegar Korea berpendapat adalah sebuah city yang cantik dan bersih.  Aku pergi Seoul dengan minat yang sedikit dan tak yakin aku akan rindu Seoul satu hari tapi hari ni apa yang aku boleh kata.. aku dah start rindu bandaraya K-Pop ni.  One of the best city di serata sini.




 

Friday, January 1, 2016

Tahun Baru. Diri Baru



Bismillahirahmanirahim..

Happy New Year pada kawan-kawan seangkatan. 

2015 meninggalkan banyak kenangan manis buat aku.  Berjaya kembali ke Europe antara yang termanis.  First time menjejakkan kaki ke Korea juga kenangan yang agak manis.  Rasa aku semua orang ada kenangan manis masing-masing.  Bestkan bila dapat hilangkan life stress bila travel.  AKu bersyukur walaupun aku tak pernah dapat travel cara mewah tapi aku masih mampu dapat kenal bumi orang dengan cara aku.

2015 juga meninggalkan secalit kenangan tak berapa manis pada aku.  Aku kehilangan kerja yang aku sangat sayang dan taburkan hampir seluruh jiwa selama hampir 10 tahun.   Kemelesetan ekonomi memberi kesan yang besar pada company aku so here I am.. rebah di awalnya tapi bangkit untuk berjalan balik.  Allah menjanjikan yang lebih baik. 

Pada kawan-kawan, semoga 2016 menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.  Semoga 2016 menjanjikan semangat dan jiwa yang kuat pada semua.  Semoga kita semua mampu meneroka dunia yang kita hajatkan.  

Juga terima kasih sudi berkawan secara online dengan aku.  Terima kasih sudi baca tulisan caca-merba aku.



4 tahun lepas.. 01-01-2012.  Lokasi yang aku paling rindu and 
mimpi untuk balik ke sana satu hari