Thursday, February 11, 2016

Akhirnya, Seoul aku datang - Pengenalan



Bagi yang perasan, aku menghilang dalam jangkamasa yang agak lama.  Aku MIA bukan sebab aku malas atau lupa pada blog ni tapi sebenarnya ada masalah kekangan masa buat masa ni. Aku akan umumkan project terbaru dalam masa terdekat.  Nak share sekarang pun macam tak best sebab productnya aku sendiri masih belum nampak.

 Ok.. mari kita lompat pada projet travel aku yang paling akhir.  Project Seoul di musim luruh.   Nak cerita pun segan sebenarnya sebab rasanya kat Malaysia ni aku antara orang paling last ke Korea.  Orang lain macam BibieErr, Zilla dan Azra, korea tu dah macam kampung halaman diaorang tapi aku terkial-kial lagi nak faham matawang Korean Won.

Aku beli tiket dah lama, masa sales AA tahun 2014.  Masa tu beli aje, minat tu aku pupuk perlahan-lahan selepas aku balik dari Europe.  Agak-agak minat nak buat iternary dah datang, aku pulak hilang kerja.  Walaupun dari awal aku dah buat keputusan nak teruskan plan ke Korea tapi jiwa yang tengah kacau memang tak mampu nak buat iternary.  


1.  Pengenalan 

Rasanya tak perlu sangat aku nak kenalkan South Korea sebab aku yakin semua orang dah expert tak macam aku yang terkial-kial sana sini.  Jomlah kita terus tengok map



Kedudukan geografi South Korea


Kedudukan bandar 

2.  Preparation

Preparation dari segi mengumpulkan maklumat; 80% adalah dari blog dan 20% dari google dan forum. 

Tak macam trip2 yang lepas, trip Korea sebenarnya trp yang preparation amat kurang.  Masa aku baru nak start prepare iternary, kerja di office bertimbun-timbun.  Nak buat di rumahpun tak sempat sebab masa tu almost everyday aku balik lambat.  Kemudian tiba-tiba aku dapat pulak surat termination, jadinya mood aku terus ke laut.  

Nasib baik beberapa minggu sebelum tu aku dah pergi menziarahi KTO; Korean Tourism Organisation in Malaysia yang letaknya dekat je dengan office aku.  Dari situ dapatlah aku pungut Korea maps dan info & juga T-money card (kad public transport).  Yang kelakarnya T-money card hilang sebelum aku pergi ke Korea lagi. 

Seminggu sebelum berlepas barulah aku bergelut nak siapkan iternary dan alhamdullillah since rujukan memang banyak.  Bukalah travel blog manapun, mesti ada orang share cerita Korea.   Kebetulan seorang kawan blogger jugak menetap di Korea sekarang, makanya aku menggunakan khidmat kepakaran dia dan rakan-rakan blogger sebagai bahan rujukan.  Tak menghampakan langsung, aku dapat travel dengan smooth dan dapatlah menghilangkan gundah gulana buat seketika,

Trip ke Korea adalah trip family- Encik D, Baby SJ dan aku untuk 6H5M.   Kenapa singkat sangat tak macam trip-trip biasa.  Sebab masa aku beli aku masih bekerja dan bagi yang pernah baca, aku memang ada masalah nak dapatkan cuti. Jadi masa aku beli aku consider cuti yang susah.  Kalaulah aku tahu aku akan hilang kerja,memang aku panjangkan beberapa hari lagi.

Aku ambik pendekatan baru dengan servis AA yang makin mahal.  Since peel aku biasanya beli luggage dan meal last minute, bila aku nak beli barulah aku perasan luggage AA sangat mahal.  Tak silap MYR89 untuk 20 kg dan MYR99 untuk 25kg.  Mahal ok nak bayar MYR200 sorang untuk luggage.  Aku decide beli backpack 32L yang harganya pun MYR200 dan boleh di jadikan hand luggage.  At least aku nampak barangnya dan boleh guna lagi di masa depan.  So sekarang kat rumah aku, bilangan bag lebih banyak dari jumlah baju yang aku ada.

Kitaorang endup bawak dua trolley bag dan 1 backpack yang semuanya check in sebagai hand luggage.  Kali ni memang travel light walaupun musim autumn perlukan banyak baju tebal.  Nasib baik trip ni pun trip yang singkat, so ok lah jugak walaupun hampir semua gambar aku pakai coat yang sama.  Sama dengan meal, bila tengok price meal AA sekarang dan memandangkan flight pun tengah malam, aku cuma beli satu meal masa pergi untuk Encik D.  Cuma untuk flight pulang aku beli meal untuk semua orang.


3. Matawang

Matawang Korea, Korean Won tengah mahal masa aku pergi.  RM3.85 untuk 1000 Kwon. Redah ajelah.  Kitaorang ambik pendekatan berbelanja dengan berjimat cermat.  

Aku cuma tukar RM2000 unuk belanja seharian dan bila kehabisan wang, kitaorang keluarkan duit dr ATM machine dan found out yang tukarannya lebih rendah dan lebih untung berbanding tukar di Malaysia.  Tak silap aku, aku dapat rate RM3.74 untuk 1000Kwon


4.  Transporatition

Kitaorang guna perkhidmatan AA dari KL-Seoul-KL.  Beli masa AA sales, dapat sekitar RM800 seorang untuk return ticket.  Sesampai di Incheon Airport, kitaorang beli T-Money dan since ada kopun dari KTO, dapat naik AREX Express Train free ke city centre.  Dapat jimat 9000KWon setiap orang.  Banyak tu.  

Bagi yang nak visit website KTO, klik SINI



Tiket AREX Express

    Tiket T-Money -  Konsep sama macam Touch and Go Kita.  Reload & Guna


Kitaorang guna khidmat Train/metro sepanjang di Seoul.  Kata kawan aku yang menetap di sana, naik bas lagi best dan lagi jimat tapi since aku tak boleh nak ingat nombor bas yang nak kena naik, jadi aku malas nak cuba.  

Khidmat Metro dia memang tepat dan cekap cuma yang aku kurang suka stesen dia besar sangat. Jauh kena jalan dalam kawasan station dan aku rasa sedikit sebanyak buang masa kat situ.  Itu belum lagi turun naik tangga. Patutlah ada kawan blogger yang sampai cramp kaki.  Tapi overall, service Metro di Seoul memang superb. 

Tambang Metro untuk satu perjalanan ialah 2,500 Kwon dan kalau transit tanpa keluar dari kawasan platform, tiket tak akan di cas extra tapi kalau korang dah keluar dan nak masuk balik, itu dah kira lain.  So kata kuncinya, rancang perjalanan anda dan jangan berangan masa naik Metro.  Jangan jadi macam aku, terlajak 2 station dan kena bayar tiket dua kali.  Mahal kan tu.


5.  Accommodation

Aku decide untuk duduk hotel kali ni.   Kitaorang pilih Philstay Myeondong yang letak dia betul-betul di tengah area Myeondong.  Beria aku book hotel sebab aku jumpa hotel yang tengah-tengah downtown dan ada washing machine dalam bilik.  Excited sebab belum pernah lagi ada pengalaman macam ni.  Dalam bilik ok dan tak payah share.

Philstay Myeongdong bagi aku boleh jugak consider hostel.  Memang sempoi dan staff pun ok.  Satu-satunya kekurangan adalah saiz bilik yang agak kecik.  Lain dari itu aku sangat suka.  Dari staff hinggalah facilities.  



Mini Washing Machine

Dalam pada excited sekali dengan serabut kepala aku sebenarnya ada buat satu mistake.  Aku mulanya ada booked hotel lain di booking.com dan tah camana aku lupa nak cancel.  Bila aku sedar dah terlambat iaitu 3 hari sebelum aku pergi Seoul.  Bila kansel booking, aku dah kena charge.  Melayang jugalah duit aku dekat-dekat RM300.  Sendu kejap tapi itulah namanya tak ada rezeki. Lesson learned.. lain kali jangan berangan.


6.  Lain-lain

Rasanya tak banyak yang aku nak komen buat masa ni.  Seoul seperti kebanyakan peminat tegar Korea berpendapat adalah sebuah city yang cantik dan bersih.  Aku pergi Seoul dengan minat yang sedikit dan tak yakin aku akan rindu Seoul satu hari tapi hari ni apa yang aku boleh kata.. aku dah start rindu bandaraya K-Pop ni.  One of the best city di serata sini.




 

4 comments:

  1. BK..aku sama mcm ko, masa nak pergi cm tak berapa excited sangat..tapi bila dah smpai memang agak kena dengan jiwa. culture yg tinggi tapi bandaraya moden..gituuu
    mungkin kalau ada rezeki nak ripit, tapi pergi jeju or busan pulak kot hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dzuchan,
      Sama kan kita. Aku terkejut aku suka Seoul sebenarnya. Betullah kata kau, bandarayanya moden tapi culturenya tinggi. Yang aku kagum lagi, kebersihanan di mana-mana. Tingin gak nak ripit satu hari.
      ..

      Delete
  2. Tahniah sebab dah suka kat Seoul. Btw comel giler wei mini washing machine tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dah tahu ko mesti terharu dengan pengakuan aku. Comelkan washing machine tu. Aku sanggup spend lebih on hitel ni walaupun aku sbnrnya dah booked hostel lain. semuanya semata maching machine dan lokasi dia

      Delete