Wednesday, July 15, 2015

Spring 2015_Negara ke 3: Switzerland: Pengenalan - Part2


Sambungan dari post Switzerland - Intro Part1

Post-post lain yang sepakej untuk trip Spring 2015 
Western Europe 2015-Intro  Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 
Munich - Part2

 


5. Accomodations

Sepanjang 8  hari di Switzerland, kitaorang menginap di  4 tempat yang berbeza.  Dari budget hotel hinggalah airbnb apartment.  

Di Lucerne, kitaorang pilih budget hostel Lion Lodge Luzern untuk dijadikan tempat kitaorang melabuhkan badan selama 2 malam.  Aku book guna www.booking.com.  Reason utama aku pilih Lion Lodge sebab dia paling murah compare dengan tempat-tempat lain.  Klik Lion Lodge Luzern untuk virtual tour.

Kitaorang bayar RM686 untuk bilik twin (shared bathroom) bagi 2 malam untuk 3 orang (dengan 2 single bed).  Agak mahal bagi aku sementelah lagi baby SJ di cas tapi tak di sediakan hatta tilam kecik. Overall, hostel ni bukanlah teruk mana cuma bukanlah yang terbaik aku pernah tinggal.  Dan apa yang best dengan hostel ni ialah dia terletak di main road dan senang untuk bergerak ke mana-mana.  So kalau korang tanya aku adakah worth untuk stay di sini, susah nak jawab sebab Lucerne adalah satu bandar yang mahal dan memang struggle nak cari accomodation yang murah dan selesa. 


Bilik kitaorang.  2 single beds


Apapun kitaorang dapat attached balkoni yang super besar.  Lebih besar
dari bilik sendiri.  Macam best nak lepak.  Sayang tak ada cukup masa
nak lepak kat bilik lama-lama



Dan ada secenery ni dari balkoni.  Street arts (Photo credit; CK)


Di Grindelwald yang mana kitaorang stay selama 3 malam, kitaorang pilih Airbnb.com apartment.  Kitaorang di sajikan oleh penginapan yang sangat baik di Grindelwald dengan bayaran RM894 untuk 3 malam yang awesome.  Aku suka apartment kitaorang.  Cantik dan lengkap (the only drawback dia tak ada washing machine).  Yang paling best, buka tingkap dan pintu rumah, terus nampak Eiger Mountain.   Klik SINI untuk virtual tour. 

Pendapat peribadi aku, inilah penginapan yang terbaik sepanjang aku guna Airbnb.com. Hospitality dan service yang cukup mantap.  Host jemput kitaorang dari train station di hari pertama dan juga hantar kitaorang ke train station di hari last.  Sesampai kitaorang di apartment, kitaorang di sambut oleh wife dia.  Bila wife dia nampak Baby SJ, dia balik ke rumah dan ambik extra toys kepunyaan cucu diaorang dan pinjamkan pada Baby SJ.  Senyum sampai telinga Baby SJ sepanjang 3 hari di sana.  Insyaallah aku akan stay sini lagi kalau ada rezeki ke Switzerland lagi.  


Airbnb Apartment.  Apartment kitaorang tingat bawah (warna putih)  


Jiran sementara kitaorang


Kawasan rumah .  Rasa macam tak percaya dapat tinggal di tempat macam ni. Sepanjang 
masa di jamukan Alps. Sebetulnya keaddan sebenar jauh dari cantik dari gambar ini.  

Mainan pinjam.  Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal.


** Bagi yang first time nak guna Airbnb.com, kalau nak aku introduce dan dapat sedikit diskaun bila guna untuk kali pertama, boleh klik SINI.




Dari Grindelwald, berpindah ke Lauterbrunnen untuk menikmati kecantikan Lauterbrunnen.   Di Lauterbrunnen kitaorang pilih hostel untuk stay satu malam.  Sekali lagi bernasib baik.  Hostel yang dipilih melalui www.booking.comValley Hostel sangat cemerlang.  Kitaorang cuma bayar RM289 untuk Double Room with shared bathroom.  Kedudukan dia yang tak jauh dari train station (kira-kira 150m) juga satu bonus.

Bilik kitaorang di tingkat 1 dan yang bestnya hostel ni ada beberapa pantry yang lengkap dan ini bermakna tak payah berebut nak masak dan makan.  Aku memang suka Valley Hostel dan aku seronok bila nampak diaorang pamerkan duit Malaysia di check in counter pemberian previous traveler.  Untuk yang berhajat nak ke Lauterbrunnen dan bajet kecik macam kitaorang, it's highly recomend untuk menginap di sini. 



 Entrance Valley Hostel


Bilik & balkoni kitaorang



Scenery dari balkoni bilik





Scenery dari tingkap belakang hostel. 




Penginapan terakhir kitaorang di Switzerland adalah di Geneva. Kitaorang cuma stay satu malam di Geneva dan memang jenuh nak cari hostel atau pun budget hotel yang betul-betul murah. Akhirnya kitaorang jumpa budget hotel Hotel St Gervais melalui Booking.com dengan rate RM449 satu malam (datang dengan free breakfast).  Nak tak nak itulah pilihan yang kitaorang ada sebab hostel fully book sejak 3 bulan sebelumnya lagi.  Walaupun basic; (shared bathroom) dan bilik sangat kecik tapi aku puas hati jugaklah.  Breakfast dia pun sedap.  Aku terlupa nak ambik gambar bilik tapi korang boleh virtual tour Hotel St Gervais.

Apa yang aku suka hotel ni mengingatkan aku pada apartment yang aku pernah stay di Paris pada 2012 sebab saiz lif dia yang super kecik.  Lif dia cuma muat 1 orang dewasa dan satu orang kanak-kanak at one time.  First time sampai, terpaksa berulang alik berkali-kali nak bawak beg-beg naik.  Sempoi sebab bukak & tutup lif pun secara manual.  So, kalau korang ke Geneva dan tak gayat dengan lif simple, maka bolehlah consider hotel ni.  Paling best hotel ni betul-betul di city centre dan kitaorang dapat free public transport card, makanya tak perlu keluarkan duit untuk naik public transport di Geneva.  Seperkara lagi, shopping mall betul-betul di tepi hotel.   

Memandangkan Geneva adalah bandar terakhir kitaorang di Switzerland, aku dari awal plan nak shopping Swiss chocolate di Geneva dan sebenarnya itu bukanlah keputusan yang teruk sebab harga coklat kat sini masih murah macam bandar-bandar Swistzerland yang lain.


 Hotel St Gervais


 Depan Hotel


6.  Makanan halal


Makanan halal di Switzerland juga tak susah mana nak dapat.  Kitaorang kurang makan luar di Switzerland sebab tinggal di hostel dan apartment.  Biasanya masak nasi, maggi atau spagetti untuk alas perut. Aku bawak serunding bilis, ayam & daging jadi makan bukanlah masalah besar untuk kitaorang.  

Di Switzerland, untuk dapatkan barangan mentah agak mudah.  Di mana-mana ada COOP (macam Giant kat tempat kita).  Harga barang kat sini agak berpatutan.  Ini kira aktiviti favourite aku di masa lapang.  Sementelah lah lagi baby SJ.  Cukup suka dia ajak ke COOP sebab dia suka makan satu aiskrim ada di jual di sini, aiskrim Rocket (selevel dengan Mat Cool bukan Haagen Dazs).  Ada satu kali baby SJ makan 3 batang aiskrim Rocket sekali gus.  Aku heran jugak tapi bila aku try memang sedap.  Untuk yang nak ke sana boleh cuba.  Opening hours sehingga pukul 7 p.m di hari biasa, pukul5 p.m pada Sabtu dan tutup pada Ahad.  Aku terkena sekali semasa weekend di Grindelwald yang mana kitaorang hampir kehabisan stock barang mentah dan nasib baik apartment kitaorang ada spagetti kering tinggalan previous tenant.  

 Siap ada jual nasi goreng instant di COOP.  Tapi sayang kita tak 
boleh makan sebab ada ayam (poulet)


Di Lucerne, kitaorang pernah makan nasi di restoran Lebanese (letak dia di depan hostel Lion Lodge).   Harga macam mahal sikit compare dengan negara-negara lain tapi mungkin juga ini isolated case bagi restoran tu.  Makanan dia sangat ok dan Baby SJ di hadiahkan smootie free.  Damaged CHF 20 satu orang.   Untuk ke restoran ni, dari city naik bas #1 atau #19 dan turun di Wesemlinrain bus stop (cuma 5 minit dari city centre) and kedai Lebanese tu betul-betul depan bus stop.

Restoran Lebanese.  Owner dia macam artis sikit-sikit,  Hehe

Kitaorang juga makan MCDonald di Lucerne.  Kedai dia bersebelahan dengan Lucerne Banhorf (station keretapi).  Harga MCDonald di Switzerland ternyata lebih mahal dr Germany.  Harga satu set meal Filet O Fish sekitar CHF12.   Filet O Fish Ala carte sekitar CHF 6.  Ini idea kalau nak kontrol bajet.

 

Di Grindelwald aku tak nampak sebabarang restoran halal.  Tapi since aku tinggal apartment, maka aku tak heran sangat.  Yang penting dia ada COOP untuk aku beli barang mentah.  Hari pertama sampai, turun aje dari train, aku pergi beli barang mentah dulu di COOP sebelum di jemput host.  Makanya malam tu dapatlah kitaorang makan yang proper.  Paling proper sejak kitaorang travel.  Tomyam sup dan ikan goreng.  Malam kedua ikan masak kicap dan telur dadar.  Malam ketiga cuma spagetti kicap dengan sambal ikan bilis sebab dah tak ada stock.

 Hidangan paling lengkap sepanjang travel; tomyam, ikan goreng dan telur dadar.  
Dan semestinya makan dengan nasi panas sama Nescafe 3 in 1
 

 Bangunan COOP yang oren tu.  Dalam 100m dari train station.


Di Interlaken, ada beberapa halal Restoran.  Kitaorang makan di Turkish Restaurant yang paling dekat dengan train station.  Lokasi dia, kira-kira 150m dari train station iaitu berdepan denagn youth hostel.  Damage sekitar CHF 9-13 untuk seorang dewasa.  Jika korang terhabis bekalan di hari minggu, di Interlaken station ada satu mini COOP (aku lupa dah dia orang panggil apa) yang buka sampai pukul 9 p.m di hari minggu.  Stock barang kat sini cukup makan aje tapi bolehlah untuk korang hidup satu malam lagi.  Di depan station ada juga COOP yang biasa tapinya operate with normal opening hours.


Restoran Turkish (?) di  depan Youth Hostel di Interlaken.   Makanan dia sangat sedap


Di Lauterbrunnen aku juga tak nampak sebabarang restoran halal.  Mungkin ada sebab aku pernah terbaca yang Lauterbrunnen ada muslim comunity.   Kitaorang masak di masa Lauterbrunnen  (hari pertama makan nasi goreng yang kitaorang dah sediakan siap-siap sebelum check out dari Grindelwald).  Disebelah malam masak nasi dan makan dengan fish nugget dan telur dadar.  Pagi esoknya makan nasi goreng untuk breakfast sebelum bertolak ke Geneva.


Di destinasi terakhir, Geneva, kitaorang makan kebab di jalan Rue Chantepoulet di hari pertama.  Untuk ke sini boleh jalan kaki dari Gare Carnavin (main train station) atau naik samada tram #6, #8, #9 atau #25 dan berenti di stop pertama (Chantepoulet).  

Breakfast di sediakan oleh hotel secara ala-carte tapi lengkap dan banyak so dapatlah makan yang proper.  Sangat sedap.  Even baby SJ pun dapat bahagian dia sendiri.  
 

 Breakfast


Tengahari hari kedua sebelum bertolak ke destinasi terakhir, sekali lagi kitaorang makan kebab.  Kali ni di kedai kebab di bahagian luar shopping Mall berdekatan hotel, Manor Genf ( address Rue de Cornavin 6, 1211 Genève).  Boleh jalan kaki dari Gare Carnavin (main train station) atau naik tram #14 atau #18 dan berenti di stop pertama (Countance).  Apa yang aku ingat kedai ni tak ada logo halal tapi aku ambik keputusan untuk bertanya, dan katanya halal.

Tapi kalau korang tak lalu nak makan kebab, boleh masuk ke dalam Monor genf and turun ke LG level, bahagian makanan.  Ada berbagai kiosk dan mungkin boleh pilih vegetarian food.  Salah satu kiosk ialah Thailand selection.  Memang cair air liur hari tu bila nampak Thai Green Curry.  Even kalau tak ada apa nak beli memang worth spend masa sekejap kat sini.   Aku memang species cepat tertawan dengan food selection di mana-mana supermarket di negara mat salleh. Hari tu, memang terpanggil nak beli makanan kat sini tapi since kitaorang mood karnivor makanya kitaorang ambik keputusan untuk pilih kedai kebab.  Di sini jugalah kitaorang beli coklat untuk di bawa balik sebagai souvenier.  Ada banyak pilihan dan harga masih berpatutan.

Food department di Manor Genf

Rambang mata.  Nak nak masa tengah kebulur.

  7.  Lain-lain


Switzerland memang best.  Sangat-sangat best.  Dan memang betul kata orang, Swizterland adalah syurga dunia dari segi keindahan.  Favourite list aku dah berubah sejak aku ke sini.    Aku suka everything di sini and the top in the list ialah Alps.   

Apa yang aku boleh yakinkan korang kat sini, pemandang sebenar jauh lebih cantik dari apa yang dapat rakamkan sepanjang kat sana.  Selain dari taraf amatur dari segi mengambik gambar, aku juga terpaksa resize resolution gambar yang aku ambik untuk elakkan downloading time yang lama bila pembaca buka post.  Kualiti gambar dah banyak kurang berbanding gambar asal.

Ada masa aku memang terdiam memikirkan bertapa bertuahnya aku mendapat peluang melihat kebesaran Allah di muka bumi.  Jika inilah beginilah cantiknya di dunia yang ibarat cuma setitik dari air laut, bayangkan lah syurga Allah kelak.  

Sejak balik CK bersungguh-sungguh melobi aku untuk migrate ke Switzerland satu hari nanti dan buka restoran melayu.  Cadangan yang baik cuma perlukan perlaksanaan yang bersungguh termasuklah belajar maemasak secara profesional.  Hahaha. Tapi apa yang aku boleh janji pada diri aku dan baby SJ buat masa sekarang, Insyaallah kitaorang akan balik ke sana satu hari.  Bersama Encik D.  Insyaallah.  Kena penuhkan tabung buluh dulu.

 

Friday, July 10, 2015

Spring 2015_Negara ke 3: Switzerland: Pengenalan - Part1


 


Post sebelum ni yang sepakej untuk trip Spring 2015 
Western Europe 2015-Intro  Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 
Munich - Part2
 



Dari Munich kitaorang ambik bas ke Switzerland.  Bandar pertama yang di singgah ialah Zurich.  Zurich setakat transit aje.  Nak jeling bandar dia pun tak sempat.  Cuma sempat merasa traffic jam masa nak masuk bandar. Dari Zurich, kitaorang naik train ke Lucerne.  Dari Lucerne, kitaorang naik panoramic train ke Grindelwald (transit di Interlaken).   Selepas Grindelwald, gerak ke Lauterbrunnen.  Final leg ialah ke Geneva (transit di beberapa bandar- Interlaken, Spiez dan Montreux).  Keseluruhannya kitaorang spend 8 hari di Switzerland sebelum bergerak ke final destination.



1.  Preparation

Preparation dari segi mengumpulkan maklumat; 70% adalah dari google dan forum dan 30% dari blogs.  Dan juga aku ada berutus message dengan fellow bloggers yang berpengalaman meminta nasihat terutama kakiberangan .  Thanks John :).  

Sejujurnya aku memang bergantung pada info yang aku dapat dari semua-semua ni.  Tapi tak susah nak dapatkan info sebab Switzerland adalah negara favourite.  Yang susahnya nak pilih tempat sebab terlalu banyak pilihan.  

Akhirnya selepas berbulan-bulan menimbal berbagai faktor, akhirnya kitaorang ambik laluan yang kitaorang pilih hari tu.  Rasanya itu yang terbaik untuk beginners.


Kedudukan geografi Switzerland


Route map.  Sempat merasa masuk ke Austrai kejap tapi tak tahu pun bila.  
Sedar-sedar dah border Austria- Switzerland


2.  Introduction

Switzerland adalah sebuah negara yang unik.  

Schwyz, Schweiz, Suisse, Svizzera, Svizra, Switzerland, Suiza, Svizrija adalah panggilan lain utuk Switzerland. Itu belum lagi masuk nama latin lama dia yang mana sampai hari ni masih di gunakan dan masih tertera di stamp diaorang; Helvetia.   Dulu masa kecik-kecik hinggalah remaja, aku collect dan exchange stamps dengan collectors dari berbagai negara.  Masih teringat bila first time aku exchange dengan seorang pak cik dari Switzerland dan aku confuse bila dia hantar aku stamp bertulis Helvetia selain dari bertulis Switzerland.  Sekarang baru aku faham

Kita juga selalu dengar orang refer Switzerland sebagai Swiss tapi sebenarnya Swiss adalah panggilan bagi citizen of Switzerland bukannya panggilan untuk negara.

Secara amnya, Switzerland terdiri dari 26 canton (federal state) dengan jumlah penduduk sekitar 8 juta orang.   Dari segi bahasa, ada 4 jenis bahasa percakapan di Switzerland iaitu Germany, French, Italy dan Romansh tetapi English juga digunakan secara meluas di sini.  Contohnya, pengalaman aku  bila bertanya soalan kepada orang awam mahupun orang di kaunter di Germany, diaorang kebiasaannya jawab balik dalam bahasa Jerman.  Kadang-kadang walaupun soalan yang sama ditanya dua kali untuk bagi hint kitaorang tak faham Germany, masih di jawab dalam bahasa diaorang. Tetapi di Switzerland, semuanya lancar.   95% orang yang aku jumpa faham English.

Tapi  informasi geografi Switzerland lah yang paling menarik kerana itulah yang menarik berjuta-juta pelancong datang ke Switzerland setiap tahun.   Aku share sikit

Extending across the north and south side of the Alps in west-central Europe, Switzerland encompasses a great diversity of landscapes and climates on a limited area of 41,285 square kilometres. 

Switzerland contains three basic topographical areas: the Swiss Alps to the south, the Swiss Plateau or Central Plateau, and the Jura mountains on the west. The Alps are a high mountain range running across the central-south of the country, comprising about 60% of the country's total area. The majority of the Swiss population live in the Swiss Plateau. 

Among the high valleys of the Swiss Alps many glaciers are found, totaling an area of 1,063 square kilometers (410 sq mi). From these originate the headwaters of several major rivers, such as the Rhine, Inn, Ticino and Rhône, which flow in the four cardinal directions into the whole of Europe. The hydrographic network includes several of the largest bodies of freshwater in Central and Western Europe, among which are included Lake Geneva (also called le Lac Léman in French), Lake Constance (known as Bodensee in German) and Lake Maggiore. Switzerland has more than 1500 lakes, and contains 6% of Europe's stock of fresh water. Lakes and glaciers cover about 6% of the national territory. The largest lake is Lake Geneva, in western Switzerland shared with France.

48 of Switzerland's mountains are 4,000 meters (13,000 ft) above sea in altitude or higher. At 4,634 m (15,203 ft), Monte Rosa is the highest, although the Matterhorn (4,478 m or 14,692 ft) is often regarded as the most famous. Both are located within the Pennine Alps in the canton of Valais. The section of the Bernese Alps above the deep glacial Lauterbrunnen valley, containing 72 waterfalls, is well known for the Jungfrau (4,158 m or 13,642 ft) Eiger and Mönch, and the many picturesque valleys in the region. In the southeast the long Engadin Valley, encompassing the St. Moritz area in canton of Graubünden, is also well known; the highest peak in the neighbouring Bernina Alps is Piz Bernina (4,049 m or 13,284 ft).

The more populous northern part of the country, comprising about 30% of the country's total area, is called the Swiss Plateau. It has greater open and hilly landscapes, partly forested, partly open pastures, usually with grazing herds, or vegetables and fruit fields, but it is still hilly. There are large lakes found here and the biggest Swiss cities are in this area of the country

Sumber:   Wikipedia
 
Memandangkan kitaorang pergi lebih dari 5 bandar di Switzerland, aku akan share info mengenai setiap bandar bila aku mula tulis tentang bandar yang berkaitan.  


3. Matawang


Mata wang yang di guna di Switzerland adalah Swiss Franc (CHF atay Sfr).  Nilai yang aku tengok untuk hari ni adalah CHF 1 = RM 4.02 iaitu lebih kurang sama dengan Euros (€).  Nilai yang lebih kurang sama yang aku tukar pada April 2015.  


Aku sebenarnya bernasib kurang baik sebab CHF start naik beberapa bulan sebelum aku travel.  Tahun lepas CHF jauh lebih murah, sekitar kat CHF 1 = RM 3.40.  Tapi itulah, bab-bab mata wang kita tak boleh predict.  Silap aku masa dia start naik aku tak tukar duit pelan-pelan.  Aku masa tu positif yang CHF akan turun selepas seketika tapi rupanya tak.  Aku tukar duit di Malaysia siap-siap.  Aku bawak CHF lebih sikit berbanding Euros sebab kitaorang akan beli tiket public transport based on point to point masa kat Switzerland.


4. Transporations

 

Munich - Zurich

Tiket dari Munich ke Switzerland, aku beli 2 bulan sebelum journey.  Ada 2 jenis transport yang aku guna untuk sampai di Lucerne dari Munich.  First leg adalah bas dari Munich ke Zurich dan 2nd leg adalah train dari Zurich ke Lucerne.  Tak complicated mana sebab www.thetrainline-europe.com dah tolong buatkan semua kat aku.  Aku cuma masukkan depart from Munich & going to Lucerne di website dia.  Dan sebab itu jugaklah aku tersalah faham mulanya.  Aku mati-mati ingat yang aku akan naik train dari Munich ke Zurich sehinggalah kitaorang tunjukkan tiket pada host kitaorang di Munich.  Nasib baik dia perasan yang sebenarnya kitaorang bukan naik train tapi akan naik bas.  

Bas dari Munich ke Zurich memang best dan aku tak ralatpun kena naik bas selain keretapi.  Keselesaannya sama dan yang bestnya dapat free WIFI (dalam train tak ada free WIFI).  Walaupun journey sedikit perlahan especially sebab tersangkut dalam traffic jam di Zurich tapi aku rasa ok lah.  Sementelah lagi bas sediakan toilet dan small vending machine jual makanan dan minuman ringan.  Harga makanan memang awesome; sama dengan kalau kita beli dekat grocery store.  


 Dari jendela bas.  Tak jauh dari border Austria-Suisse (Photo Credit; CK)

Aku jugak dapat merasa melepasi immigration check yang paling sempoi aku pernah rasa.  Tak ada kena berenti cuma bas ada buat annoucement yang kitaorang akan lalui immigration booth.  As simple as that.

Immigration check point.  Pemisah antara Suisse dan Switzerland


Dari Jendela Keretapi Zurich - Lucerne (Photo Credit; CK)

 Menghampiri Lucerne


Pengangkutan di bandar-bandar lain di Switzerland

Salah satu part yang menarik kerana di sinilah banyak duit akan di gunakan.  Aku terpaksa study sakan untuk save duit singgit dua.  

Kata seorang kawan, sewa kereta lagi jimat tapi memandangkan aku akan travel terus dari timur ke barat dan tak akan berpatah balik ke timur, pilihan kitaorang cumalah public transport.  Bas mungkin lebih murah tapi akan makan sedikit lebih masa.  Itu bukanlah faktor kritikal sebab aku memang nak save walaupun singgit tapi aku juga kena consider faktor-faktor lain.

Di akhirnya aku pilih train sebab aku teringin nak tengok valley dari tempat-tempat tinggi (tepi jurang) dan dengan naik train kita akan ada banyak peluang ni nak tengok valley dari spot-spot terbaik.  Lagipun kebanyakan forum akan cakap trainlah pengangkutan yang terbaik untuk enjoy Switzerland.

Jika memilih untuk travel menggunakan puclic transport di Switzerland, ada banyak pilihan untuk pilih discount card.  Tepuk dada tanya selera.  Bagi aku yang bajet ketat ni, aku study dengan berhati-hati dan compare harga yang aku harus spend berdasarkan iternary yang aku buat.  Di akhirnya kitaorang pilih untuk ambik Swiss Half Fare card.   Tiket boleh di beli dari national train company, SBB samada beli siap-siap online atau beli on the spot.  Aku pilih beli on the spot sebab memang mudah aje prosesnya dan kebanyakan train station memang ada kaunter yang sentiasa buka.

Yang paling famous ialah Swiss Travel Pass.  Aku listkan di bawah option apa yang korang boleh pilih (as 2015)




1. Swiss Travel Pass


The Swiss Travel Pass entitles you to unlimited travel on consecutive days throughout the rail, bus and boat Swiss Travel System network. The Swiss Travel Pass is available for 3, 4, 8 or 15 days.
This pass also covers scenic routes and local trams and buses in 75 towns and cities and offers 50% reduction on most mountain railways and cable cars. The Swiss Travel Pass also includes the Swiss Museum Pass, allowing you free entrance to 480 museums and exhibitions.
This pass is only available to non-residents of Switzerland or the Principality of Liechtenstein. No photograph is required: simply present your passport or identity card.
Prices
1. Class 3 days 4 days 8 days 15 days
Adults CHF 336.00 CHF 402.00 CHF 581.00 CHF 704.00
Youth 16 - <26 CHF 286.00 CHF 342.00 CHF 494.00 CHF 598.00
Children 6 - <16 CHF 168.00 CHF 201.00 CHF 290.50 CHF 352.00
2. Class 3 days 4 days 8 days 15days
Adults CHF 210.00 CHF 251.00 CHF 363.00 CHF 440.00
Youth 16 - <26 CHF 179.00 CHF 213.00 CHF 309.00 CHF 374.00
children 6 - <16 CHF 105.00 CHF 125.50 CHF 181.50 CHF 220.00




2. Swiss Half Fare Card

The Half Fare Card allows unlimited purchase of train, bus, boat and some cable car tickets at half price* within the one month validity. The Swiss Half-Fare Card is especially beneficial to motorists.
This pass is only available to non-residents of Switzerland or the Principality of Liechtenstein.
* Over short distances (because of minimum fare), on urban public transport systems, on reduced tickets or for some combined offers with additional services, the discount with a Half-Fare travelcard may be less than 50%.
Prices
Swiss Half Fare Card CHF 120.00

































































3. Swiss Transfer Ticket

The Swiss Transfer Ticket is a return ticket from the Swiss border or one of Switzerland’s airports to your destination (ticket is valid for one month, but each journey must be completed in one day and on the most direct route). The Swiss Transfer Ticket is ideal for those spending holidays in one location.
This pass is only available to non-residents of Switzerland or the Principality of Liechtenstein. The Transfer Ticket cannot be purchased in Switzerland. Only available at foreign points of sales or online.

Prices

1. Class
Adults CHF 226.00
Children 6 - <16 CHF 113.00
2. Class
Adults CHF 141.00
Children 6 - <16 CHF 70.50

*** Untuk kanak-kanak bawah 6 tahun layak untuk dapat free ride di Switzerland.  

 Excel spread sheets

 **** SP = Swiss Pass, SPF = Swiss Pass Flexi



Contoh Swiss Half Fare card.  Kena tunjuk card ni setiap kali nak beli tiket 
dan setiap kali ticket attendant check tiket dalam train


 Tiket Train


 Tiket penyenang hati kanak-kanak.  Biasanya train attendant akan bagi free pada 
kanak-kanak masa dia orang check train tiket dewasa.  Kadang-kadang bila train 
attendant rajin, diaorang akan chop sekali travel date.  Ini akan buat kanak-kanak 
seperti baby SJ rasa cukup gembira dan terasa di hargai.  Smart :)


Kitaorang berpeluang naik pelbagai jenis train masa kat sana.  Ada yang modern dan ada jugak classic train.  Pengalaman yang cukup membuka mata.


 Panoramic train Lucerne ke Interlaken.  CHF 15 untuk Half fare Card holder
Train naik Ke Jungfraujoch.  CHF 62 untuk Half Fare Card holder
Di Grindelwald Station.  Train yang kiri normal train ke Interlaken (CHF 5.50 untuk 
Half Fare), manakala train sebelah kanan train ke Kleine Scheidegg untuk seterusnya 
ke Jungfraujoch (CHF 15 untuk Half Fare)


Panoramic Train Interlaken - Montreux (CHF 26 untuk Half Fare).  
Gambar atas adalah koc kitaorang duduk; classic coach.  Awesome

Nasihat aku termasuklah kepada diri aku sendiri; for future used, setiap kali nak pergi Switzerland dan plan nak guna sebarang Swiss Pass lebih baik study sebab cerita sekarang bukan semestinya sesuai untuk masa depan.  Semuanya bergantung kepada berapa hari yang kita nak spend di sana dan juga berapa extensive yang kita akan menggunakan public transport.  Aku pernah baca Malaysian forum, seorang kakak ni dah dah beberapa kali pergi Switzerland cuma bayar point to point ticket kerana bagi dia itu lagi menjimatkan bagi dia.  Mungkin itu juga applies pada kita suatu hari nanti.

Bagi yang nak buat calculation dan malas nak buat excel spead sheet dari scratch, boleh email aku untuk dapatkan template yang aku pernah sediakan.

Tips:  Make sure tiket and pass sentiasa ready sebab anytime akan ada orang datang check tiket.


Pengangkutan di Lucerne

Pengangkutan intracity di Lucerne lain style sikit dari bandar-bandar lain sebab diaorang ada sistem pengangkutan diaorang sendiri.  

Lucerne’s public transport network includes buses and local trains. The ticket system is fairly simple: Lucerne’s regional network is divided into zones. You don’t buy tickets for a trip, but rather for a zone. Lucerne city is zone number 10

Tickets are valid in the chosen zones on buses and local trains. As a visitor zone 10 is most probably all you'll need, as all the sights and even the bus ride to the valley station of the cable car to popular Mount Pilatus is within this zone. A day pass for zone 10 valid for a calendar day costs 8Sfr (half-fare 6Sfr), a single ticket valid for 1 hour 4Sfr. Children under 6 travel for free, 6 - 16 year-olds pay the so-called half-fare (which actually is 3Sfr). Short distance tickets for up to 6 stops wihtin half an hour are 2.50 (no half-fare). All these tickets can be purchased with cash or credit cards at the ticket machines you find at almost every stop (switch to English on the first screen). You can also purchase tickets via an App for your smartphne called ÖV-Ticket (available for iPhones and Androids). It's simple to use and available in English. If you get caught without a valid ticket, it’s 90Sfr. For all questions about public transport, get advice at the Lucerne City Transport (VBL) sales points at the main train station (in the underground shopping area) or at the bus stop Schwanenplatz.

City transport in Lucerne runs roughly from 05:00 - 00:30. There are night buses called nachtstern (www.nachtstern.ch) in the nights Fri/Sat and Sat/Sun to the surroundings (like Kriens or Littau) which leave at the main train station. The tickets for 7Sfr or 10Sfr can be bought from the driver only. Day passes and any other tickets aren't valid. 


sumber www.inyourpocket.com 

** Sfr = CHF 

Apa yang kitaorang buat, sesampai di Lucerne, first thing beli Half Fare card dari kaunter SBB.  Dan sebab kurang berfikir kitaorang beli day pass tiket kat vending machine.  Vending machine tak ade option untuk half fare makanya kitaorang rugi CHF4.  Dan nak jadi cerita, aku boleh lupa yang aku dah baca day pass cuma valid sampai pukul 12 malam.  Kitaorang since dah beli makanya lenjanlah tiket yang sama sampai ke petang esoknya sebelum beli another day pass (kali ni kat kounter di Lucerne Bahnhorf) untuk dapat half price.  Nasib baik tak kena spot check sebab seharian naik bas free.  

Untuk ke hostel yang kitaorang duduk cuma 1 bas dengan 3 atau 4 stops.  Dan bas dia sangat kerap. So tak perlu risau kalau tertinggal bas.  Lagipun bila di pikir balik, jalan kaki pun boleh sampai.  Tapi dengan backpack aku yang seberat kayu balak tu memanglah tak masuk akal nak berjalan 1 km. 

Dengan half fare card jugalah aku beli tiket naik ke Rigi Mountain dengan separuh harga.  Aku cuma bayar CHF 57 instead of CHF 114.  Jimattt.  

Bayar CHF 57 untuk return ticket naik boat ni dari Lucerne ke Vitznau

 Dan kemudian naik ni untuk naik ke atas mountain

Tapi aku kena tekankan lagi kat sini, study betul-betul sebab kes aku mungkin tak sama kes korang

 

Pengangkutan di Geneva

Sama seperti Lucerne, Geneva pun ada sistem pengangkutan dia sendiri.  Yang yang lagi best, kitaorang dapat free transportation coupon (percuma untuk tourist untuk 24 jam pertama tak silap dan di distribute oleh pihak hotel).  Tak payah keluarkan duit kecuali masa first time sampai dari Gare Cornavin ke hotel kitaorang.  Sila take note yang nama train station dia seolah-olah di France.  Sebabnya bahasa pertuturan di Geneva ialah French.


Geneva Public Transport network is named UNIRESO. It is an interconnected system of trams, buses (TPG), mouettes (yello transport boats) and trains (CFF) in a city of Geneva. The whole system use the same tickets.

By staying in hotel, youth hostel or at a campsite, you are entitled to receive a personal and non transferable Geneva Transport Card for free, which will allow you to use the whole public transportation system of Geneva for the length of Your stay for free. This includes buses, trams, trains, and yellow taxi-boats - Mouettes. Just ask for it upon arrival on the reception.  

To get from the Geneva Airport to Your place of stay, use Free 80 minute ticket given freely to any passanger at the airport. 

Tapi kalau tak stay di hotel atau hostel, ini cerita macamana nak beli tiket

 The one and the same UNIRESO ticket is valid for bus, tram, boat and local tram falling within given Unireso zone. Tickets are to be bought at the ticket machines (coins, no credit cards), located at every bus or tram stop in the city and inside the buses going outside of the city. As there are no ticket machines in the city buses, you are supposed to buy your ticket at the station before the vehicle comes. There is a date and time printed on the purchased ticket in a moment it's printed, so always buy only one ticket - the one that you are going to use!


Tram di Geneva.  Kitaorang bayar CHF 1.40 kalau tak silap masa first time dari 
Gare Cornavin ke hotel.  Sebenarnya jarak antara Gare Cornavin dengan hotel 
dalam 400m sahaja tapi sebab beg berat aku tak mampu nak galas sejauh tu


Rasanya aku dah share semua yang aku tahu pasal transporation.  Di sebabkan post ni dah terlalu panjang, beberapa lagi topik basic akan di tulis dalam post Part 2. Insyaallah.
 
bersambung..