Sunday, June 28, 2015

48 jam di Munich - Part 2





Post sebelum ni yang sepakej untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015-Intro  Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 


Part 2 akan aku kisahkan cerita kitaorang ke Füssen, satu bandar di SW dan 2 jam perjalanan train dari Munich. Füssen kiranya highlight trip Munich kitaorang.  Tujuan utama adalah nak tengok salah satu castle paling famous di Europe,  Neuschwanstein.   Tapi apa yang aku dapat dan apa yang aku paling enjoy hari tu ialah scenery berbanding castle.

Aku belanja Map


Kedudukan geografi  Füssen.  Arrow ialah rough sketch perjalanan Munich ke Fussen

Kitaorang ke Füssen dihari kedua di Munich.  Dari rumah, ambik train ke Munchen Hbf.  Kemudian beli tiket train untuk ke Füssen.  Tiket return untuk satu orang tak silap aku €15 sorang (kanak-kanak bawah 6 tahun percuma).  

 Masa beli kitaorang diberitahu yang train akan bergerak dalam masa 3 minit.  Aku dan travel partners berlari sekuat hati ke platform tapi bukan dekat-dekat anak rupanya.  Lagi 20m nak sampai platform aku nampak train gerak.  Ceh.. penat tak usah cerita.  Kesian jugak baby SJ terpinga-pinga sebab masa aku paksa dia berlari memang tak sempat nak cerita kat dia kenapa dia kena lari. 

Tiket di tangan dah ada chop masa departure.  Aku risau juga nanti tiket dah tak laku untuk train berikutnya.  Pergi ke kaunter yang terdekat dengan platform, orang kaunter punyalah garang.  Nasib baik ada customer yang kebetulan berurusan kat situ tolong cerita sikit-sikit dalam English slang Germans pada aku.  Dia kata aku boleh naik keretapi selepas tu (sejam dari keretapi yang aku tertinggal) tapi bukan direct train.  Aku kena tukar satu train lain di satu tempat.  Okeh.. aku mula mengelabah.  Tak puas hati aku berjalan balik ke tempat aku beli tiket tadi.  Akak yang jual tiket tadi bagi aku schedule dan platform baru.  Betullah kata orang tadi.  Kena transit dan next train sejam lagi.  Banyak masa terbuang tapi nasib baik tiket tadi masih valid. 

Tak nak tertinggal lagi, kitaorang tunggu aje di platform baru.  Bila train sampai, walaupun tak ada tulis perkataan Füssen.  Aku naik terus walaupun dalam hati ada gentar.  Trainnya baru dan syok.  Siap ada family section.  Baby SJ happy sebab koc family macam tadika.


2nd class Family coach

1st leg, banyak memalui perkampungan dan ladang kecik-kecik.  Tanah lebih rata.

1st leg

Dalam perjalanan tiba-tiba kitaorang di sapa satu chinese family dari Malaysia.  Seronok. Panjang kitaorang berborak dengar pengalaman dia orang yang dah 2 minggu di Europe.  Semangat 1Malaysia ada di mana-mana.  Kitaorang transit selepas satu jam perjalanan.  Cuma perlu turun platform dan tunggu keretapi lain di platform yang sama.  2nd leg perjalanan kitaorang dihidangkan dengan scenery yang sangat mantap. 

  
2nd leg dari jendela train.  Kitaorang mula di jamukan dengan gunung ganang.  To be exact, 
ini lah sebahagian dari Alps.  Lebih ke selatan, kita akan masuk border Austria.  
Hajat aku nak tengok sendiri Alps kesampaian.  Seeing is believing



Akhirnya keretapi sampai di station Füssen, iaitu station terakhir sebelah sini.  Jam lebih dari pukul 1p.m, dan kitaorang plan nak ambik train pukul 4 p.m untuk tak sampai terlalu lambat ke Munich.  Since ramai tourist yang nak pergi Neuschwestein, kitaorang ikut je semua orang.  Dari station semua orang tuju ke bus stop yang letak betul-betul sebelah train station. Naik bas dan bayar harga tiket pada driver bas.  Tak silap aku harga tiket ialah €2.40 (single/return?.. aku dah lupa sebab CK adalah bendahari, aku cuma bibik kelas 3)

Perjalanan bas pergi ke bawah kaki bukit Neuschwestein castle cuma makan masa dalam 10min dan stop terakhir bas adalah entrace castles area.  Dalam kawasan sini sahaja ada 2 castle yang masih gah berdiri; Neuschwestein dan Hohenschwangau.  Kalau nak visit dua-dua castle boleh beli tiket combo.   


 Neuschwestein castle dari bawah


Hohenschwangau castle

Disebabkan kekurangan masa, kitaorang decide untuk ke Neuschwestein sahaja dan cukup sekadar menikmati castle dari luar.  Ini jugak bermakna, kitaorang tak akan menikuti castle tour.  Dan tak perlu bayar apa-apa entrance fee.


 Sekitar entrance area.  Timbul sesal dalam hati kenapa tak bermalam kat Füssen aje

 Aku suka woods sekitar castle.  Walaupun sisa winter masih ada yang mana banyak pokok masih belum berdaun, tapi pada mata aku, tetap cantik.  



Kitaorang menapak mendaki bukit.  Dari bawah nampak macam senang.  Tapi bila dah start menapak baru rasa mengah.  Ada servis kereta kuda kalau tak larat.  Aku nyaris nak naik tapi bendahari paksa aku jalan.  


 Kereta kuda

40 minit jugaklah menapak dari bawah.  Baby SJ beberapa kali mintak nak rehat dan akhirnya berjaya sampai selepas aku sogok dia dengan aiskrim.  Satu yang aku perasan tentang harga makanan dan barang-barang di semua tourist attractions di Germany; harganya tetap sama dengan tempat-tempat lain.  Aku cukup kagum tang ini sebab kebanyakan tempat especially tempat kita pasti naikkan harga makanan dan minuman berganda-ganda.  


The castle.  Cantik kan.. sayang tak cukup masa nak join tour masuk dalam castle



Birdview kawasan sekitar


Then tiba-tiba perasan yang jam dah pukul 3 lebih.  Train pulak pukul 4.  Lunch pun belum.  Kitaorang bergegas turun ke main area.  Kalau naik 40 minit, turun dalam 20 minit dah sampai.  Itupun kitaorang cuba jaya cuba short cut sendiri ikut woods.  Sampai bawah beratur untuk naik bas lama jugak dan selamat sampai ke city centre 15 minit sebelum train bertolak.  

Kitaorang jumpa grocery store dan sempat grab roti dan buah buat alas perut dalam train sebab nak makan tengahari yang proper memang tak kan sempat.   

Pekan Füssen.  Sebenarnya pekan dia lebih cantik dari ini tapi aku tak sempat 
nak capture sebab memang rushing gila.  Kalau korang berniat nak ke  
Neuschwestein bolehlah consider bermalam satu dua malam di sini. 


Kitaorang meninggalkan Füssen dengan sedikit kekesalan sebab banyak yang tak sempat di terokai.  Kalaulah kitaorang tak tertinggal train, banyak lah sikit masa kat sini.  Next time, kalau lah ada rezeki ke sini lagi, aku rasanya pasti akan bermalam semalam dua di Füssen sebab banyak benda yang boleh di buat kat sini.  

Selain dari meneroka castle yang banyak kat area sini, kita juga boleh sewa basikal dan berbasikal sekitar sini dan mungkin hiking untuk cari satu spot yang cantik untuk menikmati Alps.   Dan.. aku teringin untuk repeat pada musim autumn.. musim favourite aku

Nature & Füssen memang serasi.. itu yang buat aku rindu pada pekan kecik ni








No comments:

Post a Comment