Tuesday, September 2, 2014

Adelaide 2013 - Rahsia Adelaide Hills (day2)

Kalau korang belum baca entry hari yang sebelumnya, klik ini 


HARI KE 8 (24.12.2013)

Kitaorang balik lagi ke Adelaide Hills lagi hari ni.  Adelaide hills ni kawasan jajahannya agak besar. Kitaorang nak try cover sejauh mungkin, maybe separuh dari keseluruhan Adelaide Hills. Dari pekan ke pekan.  

So aku masak nasi dan bawak lauk yang aku dah tapau dr The Swingging Bowl semalamnya.  On the way ada banyak kereta keluar dari city.  Agak aku masing-masing nak  balik raya ke kampung masing-masing.  Kat pekan-pekan kat Adelaide Hills aku nampak agak sesak, agaknya last minute shopping untuk makan besar petang krismas.  Kitaorang menyibuk sekali. 

Kitorang ke Stirling dulu.  Just passed by je sebab tak nampak apa yang menarik selain kedai berderet. Pekan kecik je tapi tersusun cantik.  Orang ramai jugak di pekan, berduyun-duyunlah.  Lalu jugak pekan Aldgate.  Yang aku ingat pekan dia redup dan cantik.  Ada banyak pokok berjurai-jurai.  Dan ada anak sungai selari dengan jalan. Tapi tak stop, sekadar lalu.  Gambar pun tak ada. 

Stirling.  Gambar tak elok sebab tangkap dari kereta yang tengah bergerak.

Tempat kedua kitaorang pergi & yang pertama singgah adalah Bridgewater Mills yang letaknya kat Mt.  Barker Road.  Bridgewater Mills ni asalnya kilang tepung tapi sekarang dah jadi fine dining restaurant & wine cellar.  Kitaorang cuma berlegar-legar kat bawah.  Seganlah nak naik atas kat restoran sebab ramai orang. Kat bawah pun dfah cukup cantik.  Siap ada anak sungai kat depan building.  Ambik gambar & teruskan perjalanan.  Info lanjut korang klik sini.  


Dari situ  drive ke pekan Handorf.  Handorf ni pekan yang paling femes di Adelaide Hills atas tiket German's settlement tertua di Australia.  Kitaorang start dengan drive melalui wine farms di kawasan Handorf.  Saujana mata memandang jugak.  Masuk lorong keluar lorong.  Kereta pun tak banyak.  Best sebab ni kali pertama aku jumpa ladang anggur dalam hidup.  Memang jakun lah kiranya.  Aku sempat masuk ke tourism centre, diaorang masih bekerja .  So sempatlah aku dapatkan beberapa info.

 Sekitar wine farms.  Bawah kanan tu rasanya padang ragut.  Ada banyak lembu & kuda

Menghala ke masuk pekan Handorf

Pekan Handorf.  Apa yang aku boleh kata pekan ni comel. 
Aku rasa mesti best duk sini.  Mesti kita kenal semua orang.  
Meriah sebab aku rasa diaorang nak celebrate hari krismas.

 Kiri atas, clockwise; Pavlova (fisrt time aku tengok pesen keras), 
strawberri -Cehh.. strawberry sini lagi murah.  Aku tak beli sebab dah 
ada kat rumah yang aku beli semalam, pastries & sweets

Then kitaorang beredar sebab nak cari tempat untuk piknik.  Ada satu park tengah pekan tapi orang ramai so Encik D ajak gi jauh sikit.  So slowly gerak sambil sempat singgah kedai jual buah.  Aku cuba tak beli tapi tak silap ada gak aku beli berries sebab aku tak tahan tengok.

Dalam pada tu kereta menuju ke Lobethal.  Kitaorang sebenarnya melepasi pekan Woodsite jugak sebelum tu tapi aku tak perasan, maybe sebab dia kecik atau maybe sebab lapar sangat masa tu.  Akhirnya stop selepas setengah jam tinggalkan Handorf kat satu park ni. Best untuk piknik.  Siap ada meja piknik & tempat untuk cuci tangan.  Kitaorang makan dengan selera sebab dah lapar tahan gaban.  Selesai makan sambung ke pekan Lobethal.  Kecik je pekan dia, ada kurang dari 10 buah kedai. Pekan Lobethal lenggang masa kitaorang sampai, maybe semua dah balik rumah untuk krismas dinner.  

Pekan ni sebenarnya tak adalah kosong sangat.  Setiap tahun, dua minggu sebelum krismas dia orang ada festival yang dia orang panggil The Light of Lobethal.  Ada parade kereta berhias & rumah-rumah di pasang lampu.  Macam aku masa kecik pasang pelita malam tujuh likur masa kecik-kecik dulu agaknya.  Event ni sangat famous dan jadi tarikan seluruh Adelaide . Rata-rata link yang aku refer semua highlight event ni.  Klik sini kalau nak plan pergi Adelaide masa festival The Light of Lobethal. Masa aku pergi tu tak ada apa yang tinggal, aku ambik sekeping dua gambar & sambung journey.

Tah kenapa, tapi aku suka ni.  Dinding sebuah kedai.

Map pekan

Dari Lobethal kitaorang gerak terus ke pekan Gumeraca untuk pergi ke toys factory.  Aku bajet mesti babj SJ suka.  Dalam perjalanan jumpa hays yang di tuai buat pertama kalinya.  Fuhh.. ini yang aku cari-cari.  Aku siap mintak Encik D patah balik sebab dah terlepas simpang untuk tengok dari dekat.

 Mula-mula patah balik ke simpang lorong ni

Lepas tu dah nampak, pergi lagi dekat.  Merangkak-merangkak aku panjat bukit kecik.

Tarra.. inilah yang aku cari-cari.  Puas hati

Jangan jemu.  Akan ada banyak lagi benda ni update 
akan datang. Aku memang obsess dengan hays

Sampai  di pekan Gumeraca, Toys factory dah tutup.  Masa tu tak lewat sangat pun, dalam pukul 4.  Aku agak hal krismas lagi.  Nasib baby SJ tak tahu menahu yang tu kilang mainan. Kitaorang just dapat jengok-jengol dari luar pagar factory.  Dapatlah tengok kuda kayu giant yang jadi trademark pekan ni.

Kuda kayu ni tersangat besar.  Scalenya cuba tengok bangku sebelah kanan tu.

Gumeraca; jalan & ladang anggur

Lain-lain benda yang menarik perhatian aku

Dari situ kitaorang patah balik ke arah city.  Plan asal nak naik sikit lagi ke arah Mt Torrents sebab MT. Torrents ni cantik tapi hari dah petang dan kitaorang risau nak turun dari Hills nanti susah sebab jalan dia berliku-liku dan tak ada lampu jalan. So kitaorang decide patah balik ke arah city melalui Inglewood. 

Panoroma semasa patah balik memang cantik tapi tak boleh stop tepi jalan.  Jalan terlalu berliku dan tempat yang cantik mesti tak ada bahu jalan.  Tambah lagi, ada je kereta kat belakang, nak slow pun tak boleh.  Nak bagi dia lepas pun tak boleh sebab jalan 2 lane.  Ralat aku.

Ini je yang aku sempat ambik dari tingkap kereta yang tengah bergerak.  
Wish aku boleh buat lebih lagi sebab scenery di sepanjang jalan sangat cantik.

Pit stop terakhir kitaorang adalah Inglewood. Di Inglewood ada monument kat tengah2 padang.  Cantik jugak cuma aku tak tahulah apa simboliknya.

 Monument kah?

Dari situ kitaorang sambung journey turun bukit, lalu penempatan-penampatan sebelum sampai di city.
 Dari perjalanan yang selebihnya

Memang penat sebab kami travel lebih dari 100km dan cuma stop sekejap-sekejap tapi hari ni hari yang membuka mata aku.  Aku berjaya pergi ke tempat-tempat 'common' yang luar biasa.   Yang paling kelakar bila balik ke KL aku dapat tahu salah sorang colleague aku kat opis rupanya di besarkan di Adelaide Hills.  

Untuk sajian tambahan, cuba perhatikan gambar ni,

Ni masa kat Handorf, aku nak ambik gambar biri-biri tu,  Asalnya diaorang tengah 
berehat, tapi kalu korang perhatikan dari atas kiri, biri-biri tu naik cuak dengan 
kitaorang sampai last sekali lari. Mesti sebab dia tak pernah jumpa 
orang jakun macam kitaorang.  Sorry, kualiti gambar ni tak elok.

Ringkasan untuk hari ini,


No comments:

Post a Comment