Wednesday, July 15, 2015

Spring 2015_Negara ke 3: Switzerland: Pengenalan - Part2


Sambungan dari post Switzerland - Intro Part1

Post-post lain yang sepakej untuk trip Spring 2015 
Western Europe 2015-Intro  Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 
Munich - Part2

 


5. Accomodations

Sepanjang 8  hari di Switzerland, kitaorang menginap di  4 tempat yang berbeza.  Dari budget hotel hinggalah airbnb apartment.  

Di Lucerne, kitaorang pilih budget hostel Lion Lodge Luzern untuk dijadikan tempat kitaorang melabuhkan badan selama 2 malam.  Aku book guna www.booking.com.  Reason utama aku pilih Lion Lodge sebab dia paling murah compare dengan tempat-tempat lain.  Klik Lion Lodge Luzern untuk virtual tour.

Kitaorang bayar RM686 untuk bilik twin (shared bathroom) bagi 2 malam untuk 3 orang (dengan 2 single bed).  Agak mahal bagi aku sementelah lagi baby SJ di cas tapi tak di sediakan hatta tilam kecik. Overall, hostel ni bukanlah teruk mana cuma bukanlah yang terbaik aku pernah tinggal.  Dan apa yang best dengan hostel ni ialah dia terletak di main road dan senang untuk bergerak ke mana-mana.  So kalau korang tanya aku adakah worth untuk stay di sini, susah nak jawab sebab Lucerne adalah satu bandar yang mahal dan memang struggle nak cari accomodation yang murah dan selesa. 


Bilik kitaorang.  2 single beds


Apapun kitaorang dapat attached balkoni yang super besar.  Lebih besar
dari bilik sendiri.  Macam best nak lepak.  Sayang tak ada cukup masa
nak lepak kat bilik lama-lama



Dan ada secenery ni dari balkoni.  Street arts (Photo credit; CK)


Di Grindelwald yang mana kitaorang stay selama 3 malam, kitaorang pilih Airbnb.com apartment.  Kitaorang di sajikan oleh penginapan yang sangat baik di Grindelwald dengan bayaran RM894 untuk 3 malam yang awesome.  Aku suka apartment kitaorang.  Cantik dan lengkap (the only drawback dia tak ada washing machine).  Yang paling best, buka tingkap dan pintu rumah, terus nampak Eiger Mountain.   Klik SINI untuk virtual tour. 

Pendapat peribadi aku, inilah penginapan yang terbaik sepanjang aku guna Airbnb.com. Hospitality dan service yang cukup mantap.  Host jemput kitaorang dari train station di hari pertama dan juga hantar kitaorang ke train station di hari last.  Sesampai kitaorang di apartment, kitaorang di sambut oleh wife dia.  Bila wife dia nampak Baby SJ, dia balik ke rumah dan ambik extra toys kepunyaan cucu diaorang dan pinjamkan pada Baby SJ.  Senyum sampai telinga Baby SJ sepanjang 3 hari di sana.  Insyaallah aku akan stay sini lagi kalau ada rezeki ke Switzerland lagi.  


Airbnb Apartment.  Apartment kitaorang tingat bawah (warna putih)  


Jiran sementara kitaorang


Kawasan rumah .  Rasa macam tak percaya dapat tinggal di tempat macam ni. Sepanjang 
masa di jamukan Alps. Sebetulnya keaddan sebenar jauh dari cantik dari gambar ini.  

Mainan pinjam.  Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal.


** Bagi yang first time nak guna Airbnb.com, kalau nak aku introduce dan dapat sedikit diskaun bila guna untuk kali pertama, boleh klik SINI.




Dari Grindelwald, berpindah ke Lauterbrunnen untuk menikmati kecantikan Lauterbrunnen.   Di Lauterbrunnen kitaorang pilih hostel untuk stay satu malam.  Sekali lagi bernasib baik.  Hostel yang dipilih melalui www.booking.comValley Hostel sangat cemerlang.  Kitaorang cuma bayar RM289 untuk Double Room with shared bathroom.  Kedudukan dia yang tak jauh dari train station (kira-kira 150m) juga satu bonus.

Bilik kitaorang di tingkat 1 dan yang bestnya hostel ni ada beberapa pantry yang lengkap dan ini bermakna tak payah berebut nak masak dan makan.  Aku memang suka Valley Hostel dan aku seronok bila nampak diaorang pamerkan duit Malaysia di check in counter pemberian previous traveler.  Untuk yang berhajat nak ke Lauterbrunnen dan bajet kecik macam kitaorang, it's highly recomend untuk menginap di sini. 



 Entrance Valley Hostel


Bilik & balkoni kitaorang



Scenery dari balkoni bilik





Scenery dari tingkap belakang hostel. 




Penginapan terakhir kitaorang di Switzerland adalah di Geneva. Kitaorang cuma stay satu malam di Geneva dan memang jenuh nak cari hostel atau pun budget hotel yang betul-betul murah. Akhirnya kitaorang jumpa budget hotel Hotel St Gervais melalui Booking.com dengan rate RM449 satu malam (datang dengan free breakfast).  Nak tak nak itulah pilihan yang kitaorang ada sebab hostel fully book sejak 3 bulan sebelumnya lagi.  Walaupun basic; (shared bathroom) dan bilik sangat kecik tapi aku puas hati jugaklah.  Breakfast dia pun sedap.  Aku terlupa nak ambik gambar bilik tapi korang boleh virtual tour Hotel St Gervais.

Apa yang aku suka hotel ni mengingatkan aku pada apartment yang aku pernah stay di Paris pada 2012 sebab saiz lif dia yang super kecik.  Lif dia cuma muat 1 orang dewasa dan satu orang kanak-kanak at one time.  First time sampai, terpaksa berulang alik berkali-kali nak bawak beg-beg naik.  Sempoi sebab bukak & tutup lif pun secara manual.  So, kalau korang ke Geneva dan tak gayat dengan lif simple, maka bolehlah consider hotel ni.  Paling best hotel ni betul-betul di city centre dan kitaorang dapat free public transport card, makanya tak perlu keluarkan duit untuk naik public transport di Geneva.  Seperkara lagi, shopping mall betul-betul di tepi hotel.   

Memandangkan Geneva adalah bandar terakhir kitaorang di Switzerland, aku dari awal plan nak shopping Swiss chocolate di Geneva dan sebenarnya itu bukanlah keputusan yang teruk sebab harga coklat kat sini masih murah macam bandar-bandar Swistzerland yang lain.


 Hotel St Gervais


 Depan Hotel


6.  Makanan halal


Makanan halal di Switzerland juga tak susah mana nak dapat.  Kitaorang kurang makan luar di Switzerland sebab tinggal di hostel dan apartment.  Biasanya masak nasi, maggi atau spagetti untuk alas perut. Aku bawak serunding bilis, ayam & daging jadi makan bukanlah masalah besar untuk kitaorang.  

Di Switzerland, untuk dapatkan barangan mentah agak mudah.  Di mana-mana ada COOP (macam Giant kat tempat kita).  Harga barang kat sini agak berpatutan.  Ini kira aktiviti favourite aku di masa lapang.  Sementelah lah lagi baby SJ.  Cukup suka dia ajak ke COOP sebab dia suka makan satu aiskrim ada di jual di sini, aiskrim Rocket (selevel dengan Mat Cool bukan Haagen Dazs).  Ada satu kali baby SJ makan 3 batang aiskrim Rocket sekali gus.  Aku heran jugak tapi bila aku try memang sedap.  Untuk yang nak ke sana boleh cuba.  Opening hours sehingga pukul 7 p.m di hari biasa, pukul5 p.m pada Sabtu dan tutup pada Ahad.  Aku terkena sekali semasa weekend di Grindelwald yang mana kitaorang hampir kehabisan stock barang mentah dan nasib baik apartment kitaorang ada spagetti kering tinggalan previous tenant.  

 Siap ada jual nasi goreng instant di COOP.  Tapi sayang kita tak 
boleh makan sebab ada ayam (poulet)


Di Lucerne, kitaorang pernah makan nasi di restoran Lebanese (letak dia di depan hostel Lion Lodge).   Harga macam mahal sikit compare dengan negara-negara lain tapi mungkin juga ini isolated case bagi restoran tu.  Makanan dia sangat ok dan Baby SJ di hadiahkan smootie free.  Damaged CHF 20 satu orang.   Untuk ke restoran ni, dari city naik bas #1 atau #19 dan turun di Wesemlinrain bus stop (cuma 5 minit dari city centre) and kedai Lebanese tu betul-betul depan bus stop.

Restoran Lebanese.  Owner dia macam artis sikit-sikit,  Hehe

Kitaorang juga makan MCDonald di Lucerne.  Kedai dia bersebelahan dengan Lucerne Banhorf (station keretapi).  Harga MCDonald di Switzerland ternyata lebih mahal dr Germany.  Harga satu set meal Filet O Fish sekitar CHF12.   Filet O Fish Ala carte sekitar CHF 6.  Ini idea kalau nak kontrol bajet.

 

Di Grindelwald aku tak nampak sebabarang restoran halal.  Tapi since aku tinggal apartment, maka aku tak heran sangat.  Yang penting dia ada COOP untuk aku beli barang mentah.  Hari pertama sampai, turun aje dari train, aku pergi beli barang mentah dulu di COOP sebelum di jemput host.  Makanya malam tu dapatlah kitaorang makan yang proper.  Paling proper sejak kitaorang travel.  Tomyam sup dan ikan goreng.  Malam kedua ikan masak kicap dan telur dadar.  Malam ketiga cuma spagetti kicap dengan sambal ikan bilis sebab dah tak ada stock.

 Hidangan paling lengkap sepanjang travel; tomyam, ikan goreng dan telur dadar.  
Dan semestinya makan dengan nasi panas sama Nescafe 3 in 1
 

 Bangunan COOP yang oren tu.  Dalam 100m dari train station.


Di Interlaken, ada beberapa halal Restoran.  Kitaorang makan di Turkish Restaurant yang paling dekat dengan train station.  Lokasi dia, kira-kira 150m dari train station iaitu berdepan denagn youth hostel.  Damage sekitar CHF 9-13 untuk seorang dewasa.  Jika korang terhabis bekalan di hari minggu, di Interlaken station ada satu mini COOP (aku lupa dah dia orang panggil apa) yang buka sampai pukul 9 p.m di hari minggu.  Stock barang kat sini cukup makan aje tapi bolehlah untuk korang hidup satu malam lagi.  Di depan station ada juga COOP yang biasa tapinya operate with normal opening hours.


Restoran Turkish (?) di  depan Youth Hostel di Interlaken.   Makanan dia sangat sedap


Di Lauterbrunnen aku juga tak nampak sebabarang restoran halal.  Mungkin ada sebab aku pernah terbaca yang Lauterbrunnen ada muslim comunity.   Kitaorang masak di masa Lauterbrunnen  (hari pertama makan nasi goreng yang kitaorang dah sediakan siap-siap sebelum check out dari Grindelwald).  Disebelah malam masak nasi dan makan dengan fish nugget dan telur dadar.  Pagi esoknya makan nasi goreng untuk breakfast sebelum bertolak ke Geneva.


Di destinasi terakhir, Geneva, kitaorang makan kebab di jalan Rue Chantepoulet di hari pertama.  Untuk ke sini boleh jalan kaki dari Gare Carnavin (main train station) atau naik samada tram #6, #8, #9 atau #25 dan berenti di stop pertama (Chantepoulet).  

Breakfast di sediakan oleh hotel secara ala-carte tapi lengkap dan banyak so dapatlah makan yang proper.  Sangat sedap.  Even baby SJ pun dapat bahagian dia sendiri.  
 

 Breakfast


Tengahari hari kedua sebelum bertolak ke destinasi terakhir, sekali lagi kitaorang makan kebab.  Kali ni di kedai kebab di bahagian luar shopping Mall berdekatan hotel, Manor Genf ( address Rue de Cornavin 6, 1211 Genève).  Boleh jalan kaki dari Gare Carnavin (main train station) atau naik tram #14 atau #18 dan berenti di stop pertama (Countance).  Apa yang aku ingat kedai ni tak ada logo halal tapi aku ambik keputusan untuk bertanya, dan katanya halal.

Tapi kalau korang tak lalu nak makan kebab, boleh masuk ke dalam Monor genf and turun ke LG level, bahagian makanan.  Ada berbagai kiosk dan mungkin boleh pilih vegetarian food.  Salah satu kiosk ialah Thailand selection.  Memang cair air liur hari tu bila nampak Thai Green Curry.  Even kalau tak ada apa nak beli memang worth spend masa sekejap kat sini.   Aku memang species cepat tertawan dengan food selection di mana-mana supermarket di negara mat salleh. Hari tu, memang terpanggil nak beli makanan kat sini tapi since kitaorang mood karnivor makanya kitaorang ambik keputusan untuk pilih kedai kebab.  Di sini jugalah kitaorang beli coklat untuk di bawa balik sebagai souvenier.  Ada banyak pilihan dan harga masih berpatutan.

Food department di Manor Genf

Rambang mata.  Nak nak masa tengah kebulur.

  7.  Lain-lain


Switzerland memang best.  Sangat-sangat best.  Dan memang betul kata orang, Swizterland adalah syurga dunia dari segi keindahan.  Favourite list aku dah berubah sejak aku ke sini.    Aku suka everything di sini and the top in the list ialah Alps.   

Apa yang aku boleh yakinkan korang kat sini, pemandang sebenar jauh lebih cantik dari apa yang dapat rakamkan sepanjang kat sana.  Selain dari taraf amatur dari segi mengambik gambar, aku juga terpaksa resize resolution gambar yang aku ambik untuk elakkan downloading time yang lama bila pembaca buka post.  Kualiti gambar dah banyak kurang berbanding gambar asal.

Ada masa aku memang terdiam memikirkan bertapa bertuahnya aku mendapat peluang melihat kebesaran Allah di muka bumi.  Jika inilah beginilah cantiknya di dunia yang ibarat cuma setitik dari air laut, bayangkan lah syurga Allah kelak.  

Sejak balik CK bersungguh-sungguh melobi aku untuk migrate ke Switzerland satu hari nanti dan buka restoran melayu.  Cadangan yang baik cuma perlukan perlaksanaan yang bersungguh termasuklah belajar maemasak secara profesional.  Hahaha. Tapi apa yang aku boleh janji pada diri aku dan baby SJ buat masa sekarang, Insyaallah kitaorang akan balik ke sana satu hari.  Bersama Encik D.  Insyaallah.  Kena penuhkan tabung buluh dulu.

 

2 comments:

  1. Best.. sy pun ada ke sana selama sebulan lebih..

    ReplyDelete
  2. hehe senyum sorang baca cerita yang menarik, telus dan lucu. Insyaallah tahun depan ke sana ala ala warga emas honeymoon!

    ReplyDelete