Tuesday, December 9, 2014

Amsterdam_Autumn 2012_Hari ke 2



Entry Amsterdam yang sebelum     
Journey to Amsterdam
Amsterdam_introduction
   
 

27.11.2012
 # Hari ke 2 di Amsterdam
 # Hari ke 22 overland Western Europe



Kitaorang cuma singgah 2 hari terakhir di Amsterdam sebelum balik ke Malaysia.  Hari kedua bangun mulanya lemau sikit sebab ketiga-tiga kitaorang dah selsema dan macam nak deman.  Kes kena hujan semalam lah.  Tapi lepas mandi bersiap, terus bertenaga nak meredah Amsterdam. Kitaorang breakfast di hotel & kemudian menapak sekitar Amsterdam Central.

First thing aku cari I Amsterdam logo tapi tak jumpa.  Aku ajak Encik D pergi ke tourist information centre tapi kata orang kat situ, I Amsterdam logo dah di pindahkan ke area museum, jauh sikit dari city centre.  Since masa tak banyak, kitaorang decide untuk fokus bandar dan bergerak Szaanse Schans kemudiaannya.  Tourism office betul-betul di depan bangunan Amsterdam central (stesen utama train).  Keluar je pintu Amsterdam Central, boleh nampak terus pondok tourism office.  Service superb.  Dia orang lah yang bagitau macamana nak pergi ke Szaanse Schans.


Terusan.  Ada boat tour tapi since kitaorang dah ambik 
boat tour di Bruges, kitaorang decide tak payah kali ni.  
Famously known as the canal city


Kalau tengok betul-betul akan nampak bangunan ni senget.  Reason senget 
sebab Amsterdam ni tanahnya lembut dan lama-kelamaan bangunan lama 
akan senget dengan sendirinya.


 Dam Square


Amsterdam Central





Selepas merayau bandar lebih kurang, kitaorang ambik bas ke Szaanse Schans.  Szaanse Schans famous dengan windmill and keju.  Kalau nak pergi naik train pun boleh tapi macam kena transit bas untuk ke situ.  Aku tak mau susah-susah so aku ambik bas.  Naik bas nombor 361 kat depan Amsterdam central dan bas akan berenti betul-betul depan gate Zaanse Schans.  Perjalanan ambik masa setengah jam dan tambang kalau tak silap aku kurang €4 untuk satu hala.


 



 Kitaorang di sambut dengan scenery yang cantik.  Jugak bau 
processed cheese yang menusuk hidung.  

Kat sini macam ada perkampungan, aku tak pasti pulak perkampungan real atau lakonan.  Ada tempat buat cheese & clog.


Kitaorang massuk ke workshop clog.  Ada beratus clogs.  Harga kat sini agak mahal so kalau nak shopping baik cari area amsterdam central atau Dam Square aje.  Maybe kat market.  Aku tak sure mana lagi murah tapi yang pasti ada kedai di Dam Square jual lagi murah dari sini.



  Kedai dan workshop terompah kayu. 


Bila singgah minum di kafe dalam perkampungan ni sempat bercerita mengenai Santa Claus Holland dengan waiter. Kata waiter, tarikh krismas di Netherland berbeza dengan negara-negara lain.  Tak silap aku, diaorang sambut di pertengahan November bukan 25 December. Lepas tu aku ada bercerita dengan kawan yang pernah duduk duduk sini.  Dia kata santa Claus diaorang adalah lelaki berkulit hitam. Tak pasti kesahihan cerita kawan aku tu sebab dia memang suka buat lawak.

Selepas beberapa jam kitaorang ambik bas balik ke city centre.  Perut pun dah lapar.  Nak makan kat cafe tadi Encik D ragu-ragu. 
Pemandangan semasa perjalanan balik.  Tak banyak gambar 
sebabnya baby SJ duduk di atas aku.
Kaitaorang sampai di city centre dah petang dan jumpa satu restoran Malaysia.  Tapi bila tengok harga nasi goreng, tak sampai hati nak makan (kira-kira RM 80 sepinggan).  Encik D cakap tak perlulah sebab besok dah nak balik ke Malaysia.  Then makan kat restoran Indonesian yang owner dia orang Islam.  Dapat makan nasi putih  dengan lauk tempe & sambal telur.  Kosnya RM80 untuk 2 orang.  Lepas makan balik berehat kat hotel dan malamnya keluar lagi.

Salah satu restoran Malaysian kat Amsterdam.  Kawan aku cakap ada beberapa.



Hotel yang kitaorang duduk

Trademark Amsterdam adalah canal, terompah kayu, basikal, poppy dan red district


canal
  
clogs

 basikal
Poppy yang sah di jual.  Siap ada gula-gula poopy. 


Nampak tak bangunan ni senget?  


 Dam Square

Dari situ call it a day.  Masa untuk balik dan esok pagi-pagi nak check out.



Amsterdam_Autumn 2012_Introduction


Aku cuma boleh share sikit pengalaman di Amsterdam, ibu negara Netherlands. Kitaorang cuma singgah 2 hari terakhir di Amsterdam sebelum balik ke Malaysia. Tak banyak yang dapat aku kutip untuk aku share kat sini.




 (Sumber dari bleedle.net)

Aku pilih Amsterdam sebab aku pernah transit di Schipol Airport 3 kali sebelum ni tapi tak pernah ada peluang nak explore Amsterdam city.  So, kali ni aku ambik peluang explore city sebelum bertolak balik ke KL. 


Macam selalu, kita start dengan map




Kedudukan geografi (dari utrechtsummerschoo.nl)


Political map (sumber platnetware.com)




1. Bahasa
 

Bahasa official adalah Dutch.  Selain dutch. ada beberapa lagi bahasa sampingan macam yang dia orang panggil west frisian, low saxon dan ada daerah guna English sebagai bahasa utama



2. Matawang
 
Matawang utama Euros (€). 




Gambar sumbangan ww.web-book.com



3.  Penginapan

Di Amsterdam kitaorang sewa hotel.   Aku dah lupa nama hotel tu tapi dari segi lokasi memang best sebab betul-betul di prime area.  Overall ok lah untuk short stay walaupun agak mahal untuk sebuah hotel yang kecik. .  As long as hotel dia bersih dan tengah city.   Satu lagi problem kat sini, tak ada wifi.  Masa booking katanya ada tapi sepanjang dua hari kat sana tak dapat connect wifi langsung.  So next time kena hati-hati


Jarak antara hotel & main train station cuma dalam 200m.  Kedai makan halal ada beberapa dalam 200 meter radius.   


4. Pengangkutan

Dari Brussels kitaorang ambik Intercity train.  Boleh baca cerita pasal journey aku dalam post yang sebelum ni (klik SINI untuk baca experince aku).  Kitaorang bayar €36 untuk sorang.  Selain intercity, boleh jugak naik speed train macam Thallys.  Kos untuk Thallys dari Brussels ke Amsterdam kalau book awal sekitar €50 tapi kalau beli on the spot  €100. 
 
Pengangkutan utama  masa katAmsterdam adalah bus, train (metro) dan tram. Sejujurnya kitaorang banyak berjalan kaki sebab sempat cover city centre aje. 

  
 Metro map (sumber www.amsterdam.info)

Info berkenaan tiket

There are 24-, 48-, 72-, 96-, 120-, 144- and 168- hour OV-chipcards, which allow for unlimited travel on all trams, buses, metros and night buses for the duration of the card and provide economical way for visitors to explore the city.
24-hour OV card is now € 7.50 and € 2.50 for children age 4-11. A one hour OV card can be purchased onboard from GVB drivers and conductors, however this is not recommended due the premium charged for this ticket: it costs € 2.80 for one hour unlimited travel on all busses and trains in the city, counted since the beginning of your first journey. This card is not valid on another day or longer than one hour, even if your actual first journey has been very short.

sumber: http://www.amsterdam.info/transport/

 


5.  Makanan halal

Makanan halal tak susah nak dapat di Amsterdam.  Ada banyak kedai kebab tapi aku nasihatkan baik tanya halal atau tidak.  Kat sini tak ada tanda halal dan pernah satu masa kitaorang tanya tapi rupanya kebab dia tak halal.  Juga ada beberapa kedai Indonesian tapi jugak perlu di tanya.  Kebanyakan Indonesian yang bukak kedai kat sini memang permanent resident & mungkin walaupun nampak muka macam muslim tapi sebenarnya bukan muslim dan serve pork.


Aku tak sempat nak cuba apa-apa makanan local so tak banyak yang aku dapat nasihat.

 
6.  Cuaca

Cuaca masa autumn macam biasa lah, mesti ada hujan.  Tapi tak seteruk Brussels.  Cuma terkena tempias di hari pertama.  Hari kedua dan ketiga kitaorang bernasib baik.  Cuaca yang cukup ngam untul enjoy Amsterdam.


7.  Lain-lain
Amsterdam consider bandar yang besar.  Walaupun pun besar bandar dia cukup teratur dan tak de pencemaran.  Banyak bangunan yang cantik dan sejujurnya aku rasa tak puas nak explore.  Aku suka suburbs Amsterdam, bersih dan teratur.  Aku suka canal.  Insyaallah kalau tak ada aral, next year aku akan kembali ke Amsterdam dan insyaallah aku akan kongsi lagi. 




Monday, December 8, 2014

Brussels_Autumn 2012_A goodbye




Entry Brussels yang lepas    
Belgium_Intro    
Brussels #1  
Brussels #2   
Bruges #3 
Brussels #4   

    


26.11.2012 
 # Hari ke 5 dan terakhir di Brussels

 # Hari pertama di Amsterdam
 # Hari ke 21 overland Western Europe




Hari tiba untuk berangkat menuju ke destinasi terakhir iaitu Amsterdam.  Sedih jugak nak tinggalkan Brussels.  Satu bandaraya yang menarik di duduki, cuma kena belajar cakap French atau dutch.  Terus terang aku rasakan masa kat sini tak rasa di pandang semacam.  Maybe sebab masyarakat sini menerima muslim sebagai sebahagian dari mereka.  Mungkin jugak sebab mengikut pengalaman aku, kawan Belgian aku begitu hormat ugama dan budaya kita.  Aku harap aku berpeluang balik ke Belgium lagi satu hari nanti.  Terlalu banyak list dalam otak; Bruges lagi, Tin Tin murals, Antwrep, Mini Europe, Gravensteen Gent, Halle Gate.  Insyaallah kalau ada rezeki.  Berangan sangat penting


Train pukul 2 p.m tapi kitaorang habiskan sepanjang pagi kemas barang. Malas nak rush.  Check out pukul 11 pagi dan makan tengahari sebelum ambik train pergi ke Brussel Nord.  Pukul 1 tengahari, kitaorang dah terpacak di Brussel Nord.  
 
Sebab nak jimat & kurang pengetahuan sekalilah, aku beli tiket intercity ke Amsterdam tapi sebenarnya aku rasa menyesal sikit sebab journey dia tak smooth.  Aku tak tahu ada speed train.  Satunya Thallys yang datang dari Paris. Intercity asyik berenti-henti untuk ambik penumpang sampai aku rasa nak muntah.  Tapi intercity train harga dia dalam €36, Thallys kalau beli awal boleh lah dapat €50 tapi kalu beli on the spot dalam €100.   Patutnya aku ambik bas aje.  Tapi intercity train ada setiap sejam sekali so tak payahlah risau takut termiss train.

Hari tu train delayed.  Katanya ada kemalangan kecik kat satu tempat.  Dekat pukul 3 barulah boleh jalan.  Itupun jalan tak berapa full speed. Itu sebablah kut aku rasa nak muntah. Orang turun & orang naik di setiap perhentian.  

Train warden (iye ke ada jawatan macam gini?, aku reka je nama post ni) buat annoucement mintak maaf sebab lambat.  Susah nak faham sebab slang dutch pekat sangat tapi kalau fokus betul-betul bolehlah faham secara kasar. Aku cuba tidur sebab dengan harapan bila sampai Amsterdam kitaorang ada lagi tenaga nak terus keluar pusing-pusing.  Aku cuma ada 2 hari di Amsterdam sebelum balik KL so kena bijak guna masa.

Kira-kira dua pertiga perjalanan warden membuat pengumuman lagi. Apa yang kitaorang dengar dia cakap yang train tak stop di station Schipol (airport) tetapi akan terus ke Amsterdam Central.  Reasonnya sebab train dah lambat dan train nak kena patah balik ke Brussels. Kitaorang pun rileklah sebab memang nak pergi Amsterdam Central. Penumpang2 lain ada yang bercakap2 dan aku dengar satu couple dari Norway (agak berusia) bagitau yang diaorang nak catch flight untuk balik ke Norway dalam masa 2 jam lagi.  Aku nampak diaorang macam panik.  Mahu tidak, kalau aku pun panik.

Kemudian ada orang yang nampak macam biasa dengan Amsterdam suggest couple tadi turun kat Rotterdam dan naik keretapi lain dari Rotterdam ke Schipol.  Aku yang memang buta geografi ni cuma pasangkan telinga ajelah.  Sampai Rotterdam , couple ni turun.  Aku doa supaya diaorang tak terlepas flight.  Cuba lagi untuk tidur lepas annoucement tu.

Kira-kira 20 minit selepas Rotterdam, ada satu lagi annoucement dari warden.  Dia mintak semua passenger turun di station berikutnya & tunggu di platform yang sama untuk ke Amsterdam Central.  Aik, tadi kata akan ke Amsterdam Central?  Semua penumpang kelam kabut seba short notice.  Pulaknya early winter, semua orang kena mengenakan baju yang berlapis sebelum turun termasuklah kitaorang.  Aku kelam kabut pakaikan baju kat baby SJ dulu dan aku sendiri tak sempat nak pakai jaket masa train stop kat Schipol airport.   

Train stop, semua orang rushing ambik barang sebab warden tadi dah bagitau siap-siap yang dia cuma bagi masa beberapa minit sebelum dia nak patah balik ke Brussels.  Cepat-cepat kitaorang turunkan baby SJ dan stroller ke platform sebelum Encik D melompat masuk ke train balik untuk ambik luggage.

Aku memang tak mampu nak tolong Encik D ambik barang sebab aku tak akan tinggalkan baby SJ sorang-sorang.  Nak tak nak Encik D kena buat sorang-sorang dan kena tunggu giliran nak ambik beg. Aku  memang berdebar2 takut tak sempat.  Dalam Encik D bertungkus lumus menurunkan 3 beg besar kami, datang hambaallah tolong Encik D.  Nasib baik di Amsterdam, kalau di Paris memang masak.  Tak sampai seminit Encik D turun, pintuk gerabak tutup dan train terus jalan.  Aku harap orang2 dari gerabak lain tak ada lah yang tak sempat.  Agak tak proper sebab warden tak ada turun check keadaan penumpang.  Terus jalan je.  

Lepas tu aku sambil pakai jaket sambil cari nama station yang kami berhenti.  APA???  Kami di turunkan di station Schipol.  Terus teringat old norwegian couple tadi.  Kesian gila.  Dalam masa yang sama memang kelakar gila. 

Kami kemudiannya naik train ke Amsterdam Central yang letaknya cuma dalam 10 min dari Airport.  Sesampai di Amsterdam Cental, orang sangat ramai & hujan pun tersangat lebat.  Sepatutnya kitaorang sampai Amsterdam pukul 5 petang tapi sebab  banyak halangan kitaorang sampai dekat pukul 7.  Kitaorang tunggu dalam station dalam setengah jam tapi hujan tak reda dan orang makin ramai. Kalau ikut hotel booking confirmation aku, hotel cuma 200m dari station jadi kitaorang pun decide nak redah cari hotel. Payung yang beli kat Brussels dah hilang entah kemana so memang redah buta namanya.  Pusing punya pusing tak jumpa.  Berhenti bertanya orang untuk tanya arah tak jumpa jugak.  Baby SJ dah basah kuyup & mengigil.  Akhirnya kitaorang jumpa lepas setengah jam bermandi hujan.  Kesian sungguh kat baby SJ.  Kalau tahu macam tu gayanya, aku mesti tunggu sampai hujan stop.

Selepas check-in dan mandi kemudian rehat sementara nak tunggu hujan stop.  Bilik hotel sangat sempit walaupun ini lah kiranya accomodation yang termahal sepanjang journey kali ni.  Hujan stop baru kami keluar untuk dinner.  Terjumpa satu restoran Indonesian restoran tapi bila check ada jual oink-oink. End up dengan kebab lagi. Selesai makan jalan2 sekejap sebelum berlabuh.

Hari yang panjang, penuh dengan drama & cukup letih. Tapi in general consider hari bertuah kitaorang sebab berjaya sampai jugak.  Kitaorang kemudiannya dapat tahu dari berita TV ada tunjuk perasaan di Brussel sehari selepas kami berangkat ke Amsterdam.  


Sunday, December 7, 2014

Last day in Brussels - Day #4


Entry Brussels yang lepas   
Belgium_Intro   
Brussels #1
Brussels #2 
Bruges #3   

  

25.11.2012 
 # Hari ke 4 di Brussels
 # Hari ke 20 overland Western Europe



Rezeki dari Allah.  Hari ni matahari memancar.  Hari terakhir kitaorang di Brussels.

Kitaorang tak buang masa.  Bersiap, breakfast & cabut dari rumah.  Aim utama aku nak pergi ke Cinquantenaire Park dan Tin-Tin murals.  Satu berjaya cari satu lagi aku tak jumpa cari.  Bukan rezeki aku.

Kitaorang ambik metro pergi ke city centre.  Bandar sunyi sikit sebabkan hari ni hari minggu. Mula-mula jumpa bangunan parlimen Belgium dulu dan kemudian cross Park De Bruxelles ke arah Roral palace.  Park ni di apit oleh bangunan parlimen dan Royal Palace tapi sayang sikit tak terjaga walaupun duduk kat prime area.  Maybe sebab autumn kot.  Summer maybe cantik kot sebab bila aku check google image macam marvelous je.


 Bangunan parlimen. 

 Park De Bruxelles.  Aku xfaham apa motipnya kobis tu. 
Royal palace.  Well maintened dan yang bagusnya tak adapun pagar yang 
berlapis-lapis macam kat tempat kita.  Besar gila. Kalau setakat ada
anak 100 orang tak ada masalahlah nak duduk sini.


Kitaorang sebenarnya tak de concrete iternary,  konon-konon nak cari Tin Tin murals tapi tak jumpa.  Bila fikir-fikir balik rasanya sepatutnya pergi ke brussels yang belah lagi satu.  Kat sini semua bangunan-bangunan serius, mana lah logic nak ada Tin Tin murals.   So jalan aje lah, jumpa macam-macam jugaklah walaupun tak jumpa murals.  Tapi sesungguhnya jauh di sudut hati, aku pegang tisu sambil menyeka air mata.


 In the building of the Royal Museums for Fine Arts of Belgium, visitors will be 
able to discover the world's largest collection of René Magritte's works 

 Place Royal


 Jardin du Mont des Arts


Dari situ kitaorang menapak ke Cinquantenaire Park.  Park terbesar & terfamous di Brussels. Tengok map macam dekat tapi berjalan punya jalan, ada la 3 km agaknya baru sampai.  Nak patah kaki rasanya.  Menyesal tak sudah tak ambik metro padahal kitaorang ambik day fare.


 Apa-apa makan ni dulu,  Dah jadi kemestian kena makan beberapa 
kali sehari.  Sebenarnya kitaorang tak jumpa makanan lain sebab 
kebanyakan kedai tutup so alas perut makanlah waffle dulu.


Sampai kat Cinquantenaire Park, kitaorang cari masjid yang letak dalam park ni.  Masjid ni lengkap & terbesar di Brussels.   Masa sampai, ada satu group sedang belajar kelas agama.  

 Entrance Cinquantenaire Park


Masjid Brussels

Lepas tu baru merayau di dalam Park.  Perasaan aku adalah perasaan dalam hati ada taman.  Aku suka sangat taman ni. Sangat-sangat.  Tak sia-sia kaki aku nak patah jalan ke sini.

Taman


 Bordiau Hall

 Arch.  Nampak simple tapi memang best.  Kadang-kadang kita tak perlukan 
structure yang besar untuk lengkapkan satu-satu tempat.  Bagi aku inilah pelengkap  
Cinquantenaire Park

 Triumpal arch bagi mengenangkan askar-askar Belgium  Sama macam Arc de Triompe di Paris. 
statues atas Triumpal arch

 Pondok jaga kutnya.. hehe



Locals

Kita decide nak patah balik ke Grand Place sebab tempat tu happening dan jugak sebab nak cari tempat makan.  So ambik metro ke Grand Place.  Sampai ke Grand Place, first thing makan dulu,  Lepas tu baru ronda.  Rupanya kat sini hari minggu orang tetap ramai.  Kedai kebanyakkannya pun buka. tak macam kat prime area tadi.

Hasil hari ni.

2,3 jam jugaklah ronda sekitar sebelum kitaorang balik  Bockstael.  Hari yang boleh tahan penat.  Walaupun aku tak jumpa Tin Tin mural tapi aku overall aku sangat puas hati dengan apa yang aku dapat dari Belgium.  Satu pengalaman yang cukup aku hargai.  Maybe satu hari aku akan datang balik ke Belgium sebab list aku untuk Belgium masih bertimbun termasuk nak tengok Bruges masa winter.

Tamat sudah misi Belgium 2012.  Esok aku akan travel ke destinasi terakhir overland Western Europe 2012.