Thursday, August 13, 2015

Grindelwald - Part1



Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro 
Netherlands - Intro 
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem
Netherlands - Part2 - Amsterdam city
Germany-Intro 
Germany-The Journey 
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2
Lucerne - Part1
Luzerce - Part2  


Keretapi bergerak meninggalkan Lucerne pada pukul 2.30 p.m, 24 April 2015.  Kitaorang antara yang terawal naik train.  Kesnya nak chop tempat best.  Aku belajar dari trip Amsterdam - Heidelberg lepas yang mana aku tersalah ambik seat yang belah bukit.  50 peratus view aku masa tu mengadap dinding bukit aje.  Masa tu stress gila bila tengok tingkap sebelah satu lagi mengadap sungai yang cantik.  

Memandangkan kitaorang antara yang pertama naik train, makanya agak rambang mata nak pilih koc yang mana. Thanks pada John ( blog kakiberangan) yang ada tulis secara detail mengenai Golden Pass Panoramic Train,  kitaorang decide nak duduk seat di sebelah kanan.  Pemandangan memang best tapi yang buat kurang best silau matahari.  So nasihat aku bagi yang plan nak ambik perjalanan sama macam kitaorang, try avoid journey di sebelah petang.

Harga tiket Golden Pass Panoramic train dari Lucerne ke Interlaken ialah CHF16 dengan Half Fare Swiss Pass.  Tanpa Swiss Pass ialah CHF32 dan dengan Swiss Travel Pass adalah free.   


 Route kitaorang dari Lucerne ke Grindelwald


 Koc 2nd class, Golden Pass Panoramic Train


 Tak silap aku ni Sarnersee Lake.  Silhouette effect dari silau matahari


Pekan kecik yang aku tak ingat nama



Padang ragut.  Patutlah lembu dia gemuk dan sihat.  Makanan cukup 
dan fresh.  Di tambah lagi dengan bekalan udara yang segar


Empangan atau fort atau tandas terapung? :)


Tasik kecik


Nampak simple lifestyle diaorang kan


 Lake Brientz


Kitaorang sampai ke destinasi, Interlaken OST pada pukul 5.30 p.m.  Interlaken hanya bandar transit, sebelum ambik train ke Grindelwald.  Kemudian beli tiket Interlaken - Grindelwald.  Train ke Grindelwald setiap setengah jam sekali so tak risau kalau tertinggal train. 


Interlaken Ost station.  Station ni konsider station utama Interlaken.  Korang ingat tak 
cerita Cinta Jangan Pergi - Hero dia, Remy Ishak pujaan hati.  Katanya pengambaran 
di Interlaken train station.  Tapi tak sama pun.  Rupanya bukan di Interlaken.  
Dengar cerita pengambaran di UK.  Baru nak start jiwang-jiwang.


Itulah keretapi Golden Pass Panoramic Train yang 
kitaorang naik dari Luzern ke Interlaken

 

Secara peribadinya, aku rasa perjalanan train dari Interlaken-Grindelwald lebih panoramic dari Lucerne-Interlaken.  Menghampiri Grindelwald, pemandangan semakin cantik dan semakin menjurus kepada persekitaran gunung dan kampung.  Aku berpeluang menikmati bunga-bunga rumput yang menghampari bumi dan jugak pokok-pokok gunung yang bertona warna. Hati terus terdetik kalau nak pindah Switzerland, aku nak duduk di Grindelwald. Aku dah jatuh cinta tempat pada tempat ni, kata orang ibarat cinta pandang pertama.

Aku share sikit info mengenai Grindelwald

Grindelwald is a village and municipality in the Interlaken-Oberhasli administrative district in the canton of Bern in Switzerland.  The municipality is quite large and is divided into seven mountain communities. However the municipality is dominated by the large tourist center of Grindelwald. The village is surrounded by the mountains of the Faulhorn, Schwarzhorn, Wellhorn, Wetterhorn, Schreckhorn, Lauteraarhorn, Agassizhorn, Fiescherhorn, Mönch, Eiger, Lauberhorn and Männlichen, all of which are either within or on the border of the municipality.

 The tourism industry began in Grindelwald in the late 18th century as foreigners discovered the scenic town. Pictures of the vistas were widely reprinted, quickly making the village internationally famous. In the 19th century many Englishmen came to the village to climb the alpine peaks around the valley. The Finsteraarhorn (4,274 m [14,022 ft]), the Wetterhorn (3,692 m [12,113 ft]), the Eiger (3,970 m [13,020 ft]), the Schreckhorn (4,078 m [13,379 ft]) and the Gross Fiescherhorn (4,049 m [13,284 ft]) were all climbed during the 19th century. The Grindelwald road was built in 1860–72, and the Bernese Oberland railway reached the village in 1890, both of which transformed an arduous journey into a simple trip and allowed tourists to flood into the village. The first resort opened in 1888, there were 10 hotels in 1889, and by 1914 there were 33 in Grindelwald. A rack railway was built to Kleine Scheidegg in 1893, and it was expanded to the Jungfraujoch in 1912. Numerous ski lifts, cable cars, hiking trails and alpine huts were built in the late 19th and 20th centuries to allow tourists to explore the mountains. Today, almost the entire economy of Grindelwald is based on tourism.

Long famed as a winter tourist destination with slopes for beginners, intermediates and the challenges of the Eiger glacier for the experienced, there are activities for the non-skiers, from tobogganing to groomed winter hiking tracks. It is the usual starting point for ascents of the Eiger and the Wetterhorn. Nowadays Grindelwald is also a popular summer activity resort with many miles of hiking trails across the Alps.

Sumber: wikipedia





Train menuju ke Grindelwald



Interlaken - Grindelwald


Setengah jam selepas meninggalkan Interlaken, kitaorang sampai ke stesen keretapi Grindelwald.  Orang tak berapa ramai, mungkin sebab dah petang dan di tambah juga sekarang off-peak season.  Bandar ni akan kembali sibuk mulai Jun.  



Stesen Grindlewald


Bandar Grindelwald dari stesen train


Owner apartment dah janji nak ambik kitaorang di station.  Aku tinggalkan CK dan Baby SJ di station sekejap dan pergi beli grocery di COOP yang letaknya dalam 100m dari station.  Selesai membeli baru aku text owner apartment dan kurang setengah jam kemudian, kitaorang dah selamat sampai di penginapan untuk 3 malam akan datang.

Host sangat peramah dan walaupun selama ni aku cuma berurusan dengan menantunya, tapi aku rasa seolah-olah macam dah lama kenal.  Host brief serba sedikit mengenai Grindelwald dan public transport.  Kata host, jarak apartment dengan bandar kalau jalan kaki tak jauh mana cuma dengan kereta jauh sikit sebab jalan berliku-liku. 

Perjalanan ke apartment mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan SUV beliau.  Hati aku ooh ahh sepanjang perjalanan.  Buat-buat fokus pada apa host cakap tapi seriously aku tak boleh fokus sebab terlalu banyak yang aku nak tengok di kiri kanan.  


Penginapan kitaorang untuk 3 malam.  Apartment kitaorang yang warna putih tu.


Living + bedroom.  Konsep studio


Dari tingkap apartment.  Belakang Eiger Mountain


Dari pintu apartment


Review aku tentang apartment kitaorang duduk, boleh refer SINI.  Area yang kitaorang duduk ni consider kampung lah jugak. Terletak kira-kira 1.5 - 2 km dari bandar Grindelwald.  Sunyi dan aman damai.  Aku kemudiannya dapat tahu yang kedudukan altidude apartment sekitar 1300m dari paras laut.  Patutlah rasa sejuk semacam.  Bilik tingkap apartment mengadap ke Eiger Mountain iaitu antara mountain terkenal di Switzerland.  


 Grindelwald adalah arrow merah.  Photo Credit grindelwald.ch

Selesai urusan check in dan host balik ke rumah dia yang cuma sebelah rumah kitaorang, kitaorang mulalah meneroka sekitar apartment sebelum ambik keputusan untuk masak dinner.


Hidangan dinner.  Makan sambil senyum sebab lama tak makan yang proper


By the time habis makan, hari dah malam dan dan dah malas nak keluar sebab sejuk.  Suhu di waktu malam jatuh bawah dari 10 celcius.  So kitaorang call it a day. Kena simpan tenaga untuk esok sebab esok nak guna banyak tenaga.


 

Wednesday, August 5, 2015

48 jam di Lucerne a.k.a Luzern - Part 2



Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015 
Western Europe 2015- Intro  
Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2 
Lucerne - Part1 


Part 2 akan fokus pada trip kitaorang naik ke Rigi Mountain. Rigi adalah salah satu gunung yang terkenal dalam Lucerne region. Mountain lain yang famous Mt. Pilatus (1 jam dengan train dan cable car) & Mt.  Titlis (1 jam 30 min dengan train & cable car). Hati sedikit berbelah bahagi samada nak pergi ke Rigi atau Titlis tapi sebab kitaorang nak merasa naik boat di Lake Lucerne, maka akhirnya kitaorang pilih Rigi.  Kata orang Titlis lagi cantik tapi aku tak kesal pilih Rigi sebab Rigi pun sangat cantik.

Secara teknikalnya, Rigi bukanlah sebahagian dari banjaran Alps.  Sebaliknya dia duduk dalam group Swiss Plateau dimana dari segi geologinya gunungnya di bentuk dari batuan yang berbeza berbanding Alps.  


The Rigi (or Mount Rigi; also known as Queen of the Mountains) is a mountain and massif of the Alps, located in Central Switzerland. The whole massif is almost entirely surrounded by the water of three different water bodies: Lake Lucerne, Lake Zug and Lake Lauerz. The range is split between the cantons of Schwyz and Lucerne, although the main summit, named Rigi Kulm, at 1,798 meters above sea level, lies within the canton of Schwyz.

sumber  wikipedia


Pengangkutan ke Rigi ada beberapa pilihan, samada train, boat dan cogwheel.  Kitaorang pilih untuk guna boat dan cogwheel train pergi dan balik.  Laluan cogwheel train (aku tak tahu apa beza cable car dengan cogwheel sebab aku nampak rupa cogwheel sama macam cable car ).  Cogwheel train Rigi di sohorkan sebagai yang pertama di Europe.  So perasaan kembang kempis tu ada lah sikit bila naik cogwheel ni, padahal rasa dia sama macam yang kita naik di Bukit Bendera.  

Jika kita terlebih tenaga boleh juga hiking dari bawah.  Aku memang tak ada kederat (walaupun tanpa baby SJ) tapi pada pandangan mata kasar aku, hiking route dia bukanlah super mencabar (sekurang-kurangnya semasa Spring.  Winter kiranya cerita lain).  Tak super mencabar pun kena panjat tinggi jugak, maybe  untuk yang bertaraf pro akan ambik masa beberapa jam.  Untuk yang bertaraf amatur mungkin sehari suntuk.  Taraf yang tak ada level macam aku, entahlah.. seminggu dua agaknya.. ntah-ntah tak sampai dah patah balik.

First part journey kitaorang bermula dengan boat dari jeti di Lucerne.  Lokasi jeti berdepan dengan main train station.  Mudah nak cam, nampak train station, nampak Sungai Reuss dan nampak boat berderet pergi lah.  Tiket kitaorang beli di kaunter.  Tunjuk kad Swiss Half Fare dapat separuh harga iaitu CHF57 untuk 2nd class return ticket (termasuk untuk tiket cogwheel).  Sekiranya kita ambik Swiss Travel Pass, kita tak perlu bayar apa2 untuk naik ke Rigi.  Semuanya di cover dalam tiket Swiss Pass.

Boat (photo credit: CK)


 Onboard (2nd class).  First Class kat bahagian atas


Dari jeti Lucerne, boat bawa kitaorang ke Vitznau.  Kita boleh pilih untuk ho-on hop-off kalau ada masa.  Kitaorang mengejar masa makanya terus ke Vitznau.  Lecerne - Vitznau ambik masa 1 jam tapi tak sempat nak boring sangat pun sebab pemandangan di kiri kanan memang cantik.

Pemandangan sepanjang perjalanan boat.  Tak sempat bosan

 
Sampai di Vitznau, turun aje boat dah betul-betul cogwheel station.  Kitaorang bernasib baik sebab train dah siap menunggu.  Naik je terus jalan.   Agak aku kalau datang masa summer mesti kena menunggu lama sikit sebab orang mesti ramai yang amat.  


 Vitzau cogwheel station


Cogwheel 

Pemandang sepanjang menaik gunung sangat cantik.   Dari sayup boleh nampak tasik dan lain-lain gunung terbentang luas.  Seingat aku ini pengalaman pertama aku naik gunung. Dalam perjalanan boleh juga nampak saki baki snow (atau orang panggil ais kah?) yang belum cair.  Nasib baik kitaorang dah prepare dengan baju sejuk siap-siap.  Baby SJ excited gila dapat naik cogwheel

 Keadaan kat dalam cogwheel


Pemandangan sepanjang perjalanan

 
Sepanjang perjalanan, cogwheel berenti di beberapa stop kecik.  Rupanya kat atas sini ada banyak hotel.  Tak terpikir pulak hari tu.  Fikir-fikirkan balik, memanglah logik sebab tempat ni cantik.  lebih kurang setengah jam perjalanan dari Vitznau station, kitaorang sampai di Rigi station

Antara hotel / motel

Rigi Station.  Station dia koboi je tapi ada toilet, ada sebuah hotel besar 
(tutup masa kitaorang datang) & sebuah restoran



 Dari Rigi station pada ketinggian sekitar 1800m dari paras laut

Pemandangan dari atas puncak Rigi

Inilah batuan yang membentuk Mount Rigi.  Yang ini batu apa aku tak pasti tapi ada 
kala bila cogwheel lalu dekat dengan gunung, aku boleh nampak batuan 
conglomerat dengan jelas.


It is mostly composed of molasse (The term "molasse" refers to the sandstones, shales and conglomerates formed as terrestrial or shallow marine deposits in front of rising mountain chains) and other conglomerate, as opposed to the Bündner schist and flysch of the Alps.

sumber: wikipedia 
 

Selepas berlegar sejam dua, kitaorang pun ambik cogwheel untuk turun ke Vitznau balik.  Dan dari Vitznau, sekali lagi kitaorang naik boat ke Lucerne.  

 Padang ragut

So apa pendapat aku tentang Rigi?  Peluang bertemu queen of mountain adalah sangat best.  Sedikit sayu bila mampu berdiri di celah-celah gunung ganang buat pertama kali.  Apapun aku tak menyesal pilih Rigi hari tu.
   
Sehingga kita berjumpa kembali.  Aku harap baby SJ mampu 
mengingati ini semua bila dia besar nanti

Tamat