Wednesday, August 5, 2015

48 jam di Lucerne a.k.a Luzern - Part 2



Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015 
Western Europe 2015- Intro  
Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2 
Lucerne - Part1 


Part 2 akan fokus pada trip kitaorang naik ke Rigi Mountain. Rigi adalah salah satu gunung yang terkenal dalam Lucerne region. Mountain lain yang famous Mt. Pilatus (1 jam dengan train dan cable car) & Mt.  Titlis (1 jam 30 min dengan train & cable car). Hati sedikit berbelah bahagi samada nak pergi ke Rigi atau Titlis tapi sebab kitaorang nak merasa naik boat di Lake Lucerne, maka akhirnya kitaorang pilih Rigi.  Kata orang Titlis lagi cantik tapi aku tak kesal pilih Rigi sebab Rigi pun sangat cantik.

Secara teknikalnya, Rigi bukanlah sebahagian dari banjaran Alps.  Sebaliknya dia duduk dalam group Swiss Plateau dimana dari segi geologinya gunungnya di bentuk dari batuan yang berbeza berbanding Alps.  


The Rigi (or Mount Rigi; also known as Queen of the Mountains) is a mountain and massif of the Alps, located in Central Switzerland. The whole massif is almost entirely surrounded by the water of three different water bodies: Lake Lucerne, Lake Zug and Lake Lauerz. The range is split between the cantons of Schwyz and Lucerne, although the main summit, named Rigi Kulm, at 1,798 meters above sea level, lies within the canton of Schwyz.

sumber  wikipedia


Pengangkutan ke Rigi ada beberapa pilihan, samada train, boat dan cogwheel.  Kitaorang pilih untuk guna boat dan cogwheel train pergi dan balik.  Laluan cogwheel train (aku tak tahu apa beza cable car dengan cogwheel sebab aku nampak rupa cogwheel sama macam cable car ).  Cogwheel train Rigi di sohorkan sebagai yang pertama di Europe.  So perasaan kembang kempis tu ada lah sikit bila naik cogwheel ni, padahal rasa dia sama macam yang kita naik di Bukit Bendera.  

Jika kita terlebih tenaga boleh juga hiking dari bawah.  Aku memang tak ada kederat (walaupun tanpa baby SJ) tapi pada pandangan mata kasar aku, hiking route dia bukanlah super mencabar (sekurang-kurangnya semasa Spring.  Winter kiranya cerita lain).  Tak super mencabar pun kena panjat tinggi jugak, maybe  untuk yang bertaraf pro akan ambik masa beberapa jam.  Untuk yang bertaraf amatur mungkin sehari suntuk.  Taraf yang tak ada level macam aku, entahlah.. seminggu dua agaknya.. ntah-ntah tak sampai dah patah balik.

First part journey kitaorang bermula dengan boat dari jeti di Lucerne.  Lokasi jeti berdepan dengan main train station.  Mudah nak cam, nampak train station, nampak Sungai Reuss dan nampak boat berderet pergi lah.  Tiket kitaorang beli di kaunter.  Tunjuk kad Swiss Half Fare dapat separuh harga iaitu CHF57 untuk 2nd class return ticket (termasuk untuk tiket cogwheel).  Sekiranya kita ambik Swiss Travel Pass, kita tak perlu bayar apa2 untuk naik ke Rigi.  Semuanya di cover dalam tiket Swiss Pass.

Boat (photo credit: CK)


 Onboard (2nd class).  First Class kat bahagian atas


Dari jeti Lucerne, boat bawa kitaorang ke Vitznau.  Kita boleh pilih untuk ho-on hop-off kalau ada masa.  Kitaorang mengejar masa makanya terus ke Vitznau.  Lecerne - Vitznau ambik masa 1 jam tapi tak sempat nak boring sangat pun sebab pemandangan di kiri kanan memang cantik.

Pemandangan sepanjang perjalanan boat.  Tak sempat bosan

 
Sampai di Vitznau, turun aje boat dah betul-betul cogwheel station.  Kitaorang bernasib baik sebab train dah siap menunggu.  Naik je terus jalan.   Agak aku kalau datang masa summer mesti kena menunggu lama sikit sebab orang mesti ramai yang amat.  


 Vitzau cogwheel station


Cogwheel 

Pemandang sepanjang menaik gunung sangat cantik.   Dari sayup boleh nampak tasik dan lain-lain gunung terbentang luas.  Seingat aku ini pengalaman pertama aku naik gunung. Dalam perjalanan boleh juga nampak saki baki snow (atau orang panggil ais kah?) yang belum cair.  Nasib baik kitaorang dah prepare dengan baju sejuk siap-siap.  Baby SJ excited gila dapat naik cogwheel

 Keadaan kat dalam cogwheel


Pemandangan sepanjang perjalanan

 
Sepanjang perjalanan, cogwheel berenti di beberapa stop kecik.  Rupanya kat atas sini ada banyak hotel.  Tak terpikir pulak hari tu.  Fikir-fikirkan balik, memanglah logik sebab tempat ni cantik.  lebih kurang setengah jam perjalanan dari Vitznau station, kitaorang sampai di Rigi station

Antara hotel / motel

Rigi Station.  Station dia koboi je tapi ada toilet, ada sebuah hotel besar 
(tutup masa kitaorang datang) & sebuah restoran



 Dari Rigi station pada ketinggian sekitar 1800m dari paras laut

Pemandangan dari atas puncak Rigi

Inilah batuan yang membentuk Mount Rigi.  Yang ini batu apa aku tak pasti tapi ada 
kala bila cogwheel lalu dekat dengan gunung, aku boleh nampak batuan 
conglomerat dengan jelas.


It is mostly composed of molasse (The term "molasse" refers to the sandstones, shales and conglomerates formed as terrestrial or shallow marine deposits in front of rising mountain chains) and other conglomerate, as opposed to the Bündner schist and flysch of the Alps.

sumber: wikipedia 
 

Selepas berlegar sejam dua, kitaorang pun ambik cogwheel untuk turun ke Vitznau balik.  Dan dari Vitznau, sekali lagi kitaorang naik boat ke Lucerne.  

 Padang ragut

So apa pendapat aku tentang Rigi?  Peluang bertemu queen of mountain adalah sangat best.  Sedikit sayu bila mampu berdiri di celah-celah gunung ganang buat pertama kali.  Apapun aku tak menyesal pilih Rigi hari tu.
   
Sehingga kita berjumpa kembali.  Aku harap baby SJ mampu 
mengingati ini semua bila dia besar nanti

Tamat


 

3 comments:

  1. John - http://kakiberangan.blogspot.com/

    Terdelete pulak comment - Hehe. Kitaorang memang nasib sangat baik hari tu, cuaca cerah. yelah, akak masih ingat cerita John naik Rigi hanya untuk kencing sebab cuaca buruk sangat. Mesti air dalam toilet pun sejuk gila dak :)

    ReplyDelete
  2. Cantik nya pemandangan dia. Bila la nak pergi. Sekarang ni pergi yang belah2 asia dulu. Hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weirdofgreenish..

      Insyaallah boleh kalau ada cita-cita. If there is a will, there is a way. Jelajah Asia pun apa kurangnya. Aku sendiri pun banyak lagi belum teroka.

      Delete