Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro
Netherlands - Intro
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem
Netherlands - Part2 - Amsterdam city
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2
Lucerne - Part1
Luzerce - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch
Hari ke 3 di Grindelwald kitaorang decide untuk ke Interlaken dan satu atau dua town berhampiran. Hari ke 3 kitaorang decide tak nak tunggu bas lagi sebab dah boleh agak bas mungkin kurang. Lagipun hari tu hari Ahad.
Sekali lagi berjalan ke city centre dari rumah. Kali ni aku check berkali-kali supaya tak lagi tertinggal Half Fare Card.
Bila tengok langit terang hari ni, suara-suara hantu mula berbisik, kenapalah tak pergi Jungfrau
hari ni. Aku dah terpikir semalam tapi tak nak ambik risiko hari minggu di Jungfrau.
hari ni. Aku dah terpikir semalam tapi tak nak ambik risiko hari minggu di Jungfrau.
Gerombolan kambing yang sama macam semalam. Semua pakai loceng besar penumbuk.
Dari tingkap train
Sampai di Interlaken OST, kitaorang baru perasan ada mini COOP di train station yang buka sampai pukul 9 malam even di hari minggu. Maknanya boleh beli barang sikit masa nak balik nanti.
Dalam pada tu kitaorang dengan seriusnya berbincang pasal kat mana bangku yang Remy Ishak (R.I) duduk masa berlakon drama Cinta Jangan Pergi (2013) di Interlaken. Point aku hari tu kenapa set pengambaran tu tak secantik Interlaken sebenar. Ada banyak pagi port yang cantik. Kitaorang selaku peminat dalam beras bertumpang sedih sebab Remy Ishak tak di bawa ke tempat lagi best. Apa yang aku tak tahu masa tu, set pengambaran sebenar drama tu sebenarnya bukan di Interlaken pun. Patutlah set dia macam biasa-biasa aje. Kesian betul dia.
Dalam pada tu kitaorang dengan seriusnya berbincang pasal kat mana bangku yang Remy Ishak (R.I) duduk masa berlakon drama Cinta Jangan Pergi (2013) di Interlaken. Point aku hari tu kenapa set pengambaran tu tak secantik Interlaken sebenar. Ada banyak pagi port yang cantik. Kitaorang selaku peminat dalam beras bertumpang sedih sebab Remy Ishak tak di bawa ke tempat lagi best. Apa yang aku tak tahu masa tu, set pengambaran sebenar drama tu sebenarnya bukan di Interlaken pun. Patutlah set dia macam biasa-biasa aje. Kesian betul dia.
Scenery sekitar main train dan funicular station.
Dari train station kitaorang jalan kaki ke funicular station untuk naik ke Harder Kulm. Nasib kitaorang baik sebab kebetulan hari tu ada promotion. Kitaorang sepatutnya dah dapat separuh harga (CHF15 untuk Half Fare Card) tapi hari tu bonus promotion ialah dia charge tiket pergi sahaja. Return tiket di beri percuma. Senyum simpul kitaorang dapat jimat duit.
Biar aku share info pasal Harder Kulm
The Harder Kulm is a 1,322 metres (4,337 ft) high summit in the Bernese Oberland region of Switzerland, overlooking the town of Interlaken. The summit is occupied by the castle like Bergrestaurant Harder Kulm and adjoining observation platform. The Harderbahn, a tourist funicular
railway, links Interlaken with an upper station some five minutes walk
from the restaurant. The funicular journey takes eight minutes.
Sumber: wikipedia
Sejujurnya bagi aku Harder Kulm biasa je. Kalau korang belum naik mana-mana gunung, maybe ok ke sini tapi kalau dah naik at least 1 mountain korang akan rasa tempat ni biasa je. Tapi aku dapat agak kalau datang masa autumn mesti best sebab lagi cantik. Bonus dia pemandangan Interlaken di himpit oleh dua tasik. By right, Harder Kulm ni lebih kurang sama ketinggiannya dengan Grindelwald so tak payah sediakan pakaian tebal ke sini
Tasik Brienz. Aku cukup kagum dengan kebiruan air dia
Viewing platform
Mascot Switzerland pakai loceng besar
Panorama Restaurant kat atas Harder Kulm. Makanan dia nampak macam
cukup memanggil. Terliur aku
Dari Funicular menghala turun
Turun dari Harder Kulm, kitaorang amik keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Interlaken. Bandar dia agak besar tapi taklah sebesar bandar-bandar kita. Banyak jugak terutama kedai jam, souvenier dan restoran yang buka di hari ahad. Ada ramai pelancong dari Mainland kat Interlaken.
Apapun yang nyatanya ekonomi pelancongan Switzerland sedikit sebanyak bergantung pada pelancong-pelancong dari Mainland walau apapun atitude yang diaorang ada. Dan yang nyatanya juga, orang-orang ni jugalah yang beli jam mewah di Switzerland seselamba orang macam aku beli lollipop kat 7-11. Banyak duit diaorang ni.
Sekitar City Centre.
Kitaorang kemudiannya decide untuk lunch di salah sebuah restoran middle east di Interlaken dan pikir ke mana destinasi selepas tu. Kat sini ada beberapa restoran middle east dan tak perlu risau pasal makanan jika ke Interlaken.
Untuk yang ada cita-cita ke Switzerland, aku syorkan Interlaken di masukkan dalam iternary korang. Cantik & worth di lawati. Ada banyak tempat sekitarnya yang aku teringin nak pergi tapi tak sempat nak pergi itu hari macam Brienz dan Thun. Sangat terkilan tak dapat pergi sebab dua-duanya cantik. Moga-moga ada rezeki di masa akan datang. Amin..
bersambung.....
salam budak kampung...inilah antara tempat2 yg menjadi impian JM...switzerland, new zealand...but its only dream...dalam keadaan mata wang sekarang huhuhhu
ReplyDeleteSalam JM.. Hee samalah kita. Teringin nak gi NZ. dah beberapa kali kansel sebab fund tak cukup. Harap2 one day lekatlah.
DeleteApa yang kita patut buat ialah set up kan tabung untuk NZ. Asingkan tabung utk Switzerland dengan destinasi lainAku teringin nak repeat kalau ada rezeki. Amin banyak2 :)
nanges tengok gambar2 ne semua, BK..haritu penah tgk di channel 707 asterok, derang hiking kat Interlaken, cun giler treknya..
ReplyDeleteSalam Zilla..
Deleteuntuk kaki hiking memang osem lah Switzerland. Mana2 boleh hiking. Aku siap terbeli boot hiking masa kat sana padahal stamina hampeh. Aku ituhari tengok chanel 728 asterok, cerita pasal Interlaken gak (host dia jason), rasa nak nangis gak tengok town yang kitaorang missed nak gi tu hari.
hahaha aku tau rasa tu..sebabnya kelmarin aku tgk rancangan masak2 nadia lim di nz pun aku boleh nanges tgk lokasi2 yang dia pergi..rindu giler ok.
DeleteKiki.. aku definetely akan mintak nasihat kau bila nak gi NZ esok2.. Bila tah tu.. tgh kumpul point enrich miles untul dapat 1 tiket free. Kos tiket untuk Family of 3 memang tahap makan pasir
Delete