Thursday, August 20, 2015

Grindelwald - Part2: Kleine Sheidegg




Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro  
Netherlands - Intro  
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem  
Netherlands - Part2 - Amsterdam city 
Germany-Intro  
Germany-The Journey  
Heidelberg - Part1 
Heidelberg - Part2  
Munich - Part1  
Munich - Part2  
Switzerland - Intro Part1  
Switzerland - Intro Part2 
Lucerne - Part1 
Luzerce - Part2
Grindelwald - Part1 


Malam pertama di Grindelwald, kitaorang tido berdindingkan gunung Eiger dan berbungkuskan selimut yang tebal.  Aku jaga dua tiga kali sebab sejuk bedi.  Baby SJ yang awalnya tidur di atas tilam dia sendiri, merangkak masuk ke dalam selimut aku dan tidur menghimpit aku.  Seawal 5 pagi aku dah jaga.  CK rupanya dah lama jaga.  Hari yang kitaorang tunggu-tunggu.  Hari ni kitaorang akan dapat peluang sentuh puncak Alps.  Aku memang excited gila sebab inilah cita-cita aku. 

Pukul 8.00 a.m semua orang dah ready.  Cuaca nampak macam ok tapi gunung masih berkabus.  Aku bersangka baik yang kabus tu sebab hari masa pagi.  Hati ada sikit tak sedap tapi kitaorang buat keputusan untuk proceed plan asal untuk naik ke Jongfrauhoch hari ni.  


Eiger yang berkabus.  Aku bersangka baik yang kabus tu sebab hari masih pagi.

 

Berbekalkan info dari host semalamnya, aku seorang dulu berjalan turun cerun bukit rumah kitaorang untuk cek jadual bas awam.  Host ada bagitau yang jadual bas semasa musim spring tak sekerap musim lain sebab tourist kurang tapi dia tak tahu sekurang mana bus operator mengurangkan trip.  Jadual di bus stop pulaknya jadual untuk normal season.  

Aku main tibai aim nak naik bus pukul 8.30 atau 9.00 pagi.  Makanya gigihlah memanjat bukit panggil diaorang yang tunggu kat rumah.  Tak lama lepas tu terpacang kitaorang tunggu bas di bus stop.  Semalam masa check in, host kitaorang dah serahkan pass percuma untuk naik public transport.  Semua tourist di beri pass percuma samada dari host ataupun semasa check in di hotel.  Sangat jimat sebab tambang bas pun mahal lah jugak. 


 Dari bus stop.  Yang sayup atas bukit tu rumah yang kitaorang tinggal.  
Bukit belakang rumah adalah tempat orang main ski masa winter & 
tak jauh dari Grindelwald First (famous for ski sport)


Dari bus stop, jalan itulah yang kitorang guna menapak ke City Centre


Tunggu punya tunggu bas tak datang.  Dah lebih setengah jam. Memandangkan host ada cakap, kalau jalan kaki, route dia dekat aje sekitar 15 minit nak sampai City centre.  Dan dia jugak ada mention pemandangan dia cantik.  Kitaorang buat keputusan nak menapak pergi city centre.  Berpandukan map dan apa yang host cakap semalam, kitaorang mulalah menapak.  Memang betul kata host, tak rugi melebamkan kaki menapak hari tu.  Scenery yang dapat memang terbaik dari ladang. Cuma bab 15 minit tu tak berapa tepat. 15 minit tu kalau kaki mat salih.  Kalau setakat kaki kitaorang sekali dengan berenti ambik gambar rasanya dalam 45 minit baru sampai ciy centre.  Apapun, aku langsung tak ralat.  Agaknya ralat kalau naik bas dan tak berpeluang nak menikmati apa yang kitaorang nikmati hari tu.






Sajian mata untuk aku hari tu.  Mampu ke nak merungut kena menapak 2km?


 Haiwan ternakan.  Aku rasa kalau tak biri-biri, mesti llama.  Sekali pandang 
macam tapir pun ada sebab ada belang hitam putih.

Kambing ternakan.  Aku tak jakun tengok kambing sebab masa kecik dulu, kambing 
kawan sepermainan aku.  Tapi aku jakun tengok loceng dia besar.  Sedap pulak tu bunyi.  
Aku perasan sini memang semua haiwan ternakan ada pakai loceng besar.

Main bus station.  Memang koboi gila


Grindelwald train station

 
Nak jadi cerita, sampai di train station masa nak beli tiket train ke Kleine Scheidegg** aku tak jumpa cari Swiss Half Fare Card kitaorang.  Jenuh aku selongkar bag tapi tak jumpa.  Akhirnya aku mintak CK dan baby SJ tunggu di city centre dan aku menapak balik ke rumah.  

Menapak ke  rumah memang siksa sebab aku kena mendaki bukit dan demi tak nak buang masa aku terpaksa berlari part2 yang tak curam sangat.  Sesampai di rumah, bila cari Half Fare Pass, aku masih tak jumpa.  Bila selongkar bag lagi sekali aku jumpa pass elok-elok duduk dalam daypack. Haha.. dah nak terkena.  Bila dah terdesak, 45 minit aku dah sampai balik ke train station.  Siap berpeluh dalam cuaca yang sejuk.    

** The Kleine Scheidegg is a mountain pass at an elevation of 2,061 m, situated below and between the Eiger and Lauberhorn peaks in the Bernese Oberland region of Switzerland.
Sumber wikipedia


Dapat beli tiket train ke Kleine Scheidegg separuh harga (CHF 15 sehala dengan Half Fare Swiss card) kitaorang terus ambik trainJourney Grindelwald ke Kleine Scheidegg makan masa dalam setengah jam dan menaik slope yang tinggi.  Pemandangan memang cantik dan ais masih belum cair dan sangat sesuai untuk tobogganing atau ski. Dari Kleine Sheidegg kitaorang akan ambik train ke Jungfraujoch***

***The Jungfraujoch - Top of Europe is the highlight of any Swiss holiday. The highest railway station in Europe is located 3,454 metres above sea level.

Sumber  www.jungfrau.ch



 Gridnelwald ke Kleine Scheidegg

Keretapinya

Scenery dari Grindelwald ke Kleine Scheidegg. 

Sampai di Kleine Scheidegg, baby SJ beria-ria ajak main snow.  Aku terpaksa biarkan keretapi yang dah nak bertolak ke Jungfraujoch berlepas.  


 700m lebih tinggi dari Grindelwald

 Dari Kleine Scheidegg

 Di belakang tu Jungfrau yang ditelan kabus.  Frust?  Tak usah ceritalah, 
tapi berkabus atau tak, inilah harinya.  Dah tertulis dalam buku hidup aku.

Station keretapi Kleine Sheidegg


Aku syak walaupun baby SJ tak boleh ingat pengalaman dia di Norway 
tapi seperti deja vu, dia sangat selesa dengan snow.



Melihatkan puncak gunung di kiri kanan berkabus aku dapat agak peluang untuk dapat cuaca baik di atas Jungfraujoch agak suram.  Tapi kitaorang sepakat akan redah jugak walaupun aku rasa sedikit ralat.  Sementara tu, aku biarkan baby SJ main sepuas-puasnya


Bersambung....





4 comments:

  1. gambar baby SJ tgh terpukau dengan gunung ganang tu amat comelll! hehehe sy pn tak pegi sini dulu. swiss ni setiap celah pn mmg lawa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom John.. repeat. Akak ada plan nak repeat 2017 esok.

      Delete
  2. nice blog travel... boleh share link nii... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azhar.. silakan. Tujuan utama dia pun untuk share info bagi yang ada cita-cita nak travel. Lagi banyak orang dapat manfaat, Alhamdullilah aku dapat pahala

      Delete