Wednesday, October 14, 2015

Geneva




Post-post yang satu trip Spring 2015      
Western Europe 2015- Intro       
Netherlands - Intro    
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem         
Netherlands - Part2 - Amsterdam city    
Germany-Intro       
Germany-The Journey       
Heidelberg - Part1      
Heidelberg - Part2       
Munich - Part1       
Munich - Part2     
Switzerland - Intro Part1     
Switzerland - Intro Part2    
Lucerne - Part1    
Lucerne - Part2     
Grindelwald - Intro    
Grindelwald - Kleine Sheidegg   
Grindelwald - Jongfraujoch   
Interlaken  
Spiez  
Lauterbrunnen- Part1 
Lauterbrunnen - Part-2
panoramic-train-interlaken-montreux


Sambungan dari entry sebelum ni

Kitaorang cuma berada kurang 24 jam di Geneva.  Jadi sejujurnya kitaorang tak sempat nak cover banyak mana pun.  Kalau cukup masa teringin aku lari pergi Zermatt sekejap untuk menatap Matterhorn tapi hakikatnya bukan dekat; 3 jam perjalanan train.  Insyaallah satu hari.

 Kedudukan geografi Geneva

Sekilas pandang Geneva mengingatkan aku pada Paris.  Classy dan Fasionable.  Orang-orang Geneva stylish sama macam orang Paris.  Cara batuk pun lebih kurang.  Hehe.  Kat sini orang cakap French kerana sudah dekat dengan border Perancis.  Dan yang pastinya ada puluhan kalau tak ratusan kedai jam berjenama Switzerland kat Geneva.  Toleh kiri kedai jam, toleh kanan pun kedai jam.  

Kata orang Geneva bandar mahal.  Sejujurnya aku tak dapat mengiyakan mahupun menidakkan sebab aku langsung tak shopping selain dari beberapa ketul coklat untuk bawak balik dan juga untuk bekal Baby SJ dalam keretapi.   Selain dari harga hotel budget yang macam bedil dan juga harga locker di train station yang macam harga sewa locker emas, aku tak ada pengalaman lain yang boleh buat aku terangkat kening.   Jadi rasanya tak fairlah untuk aku bagi judgement aku walaupun kiri kanan jalan semua kedai barang berjenama.  Harga makanan kat sini bagi aku affordable dan tak ada beza dengan bandar-bandar lain di Switzerland.

Yang bagusnya kitaorang dapat voucher untuk naik public transport secara percuma dari hotel.  Voucher ni di edarkan oleh tourism Switzerland melalui hotel dan rasa aku semua visitors layak untuk dapat voucher ni.  Yang aku tak pasti durasi yang kita boleh naik secara percuma sebab aku cuma stay 1 malam.  


Geneva Map


Cuba korang cari bangunan kedai yang tak berjenama kat atas.  Tak ada kan.  
 Aku ni yang memang buta hal-hal shopping pun boleh cam. Mana yang
 susah nak sebut itulah kedai berjenama.


Rujuk entry SINI untuk general Switzerland. 

Petang pertama kitaorang sampai, kitaorang meredah je menapak ikut map dan ikut sedap kaki.  Dapatlah tengok iconic Geneva walaupun tak banyak.  Bangunan-bangunan kat sini pattern sama sana sini dan bahagian bumbung setiap bangunan mesti ada signboard barang berjenama.  Ada je signboard Rolex di mana-mana.  Kadang-kadang ada bangunan buruk yang ada terpampang Rolex.  Swiss sangat bangga dengan product diaorang.  


Menyusuri Pont Du Mont-Blanc Rd. 

Jet D'Eau
Jardin Arglais
 
Place du fusterie



Hari kedua dan terakhir di Geneva, kitaorang merayau sekitar hotel dan 2 jam terakhir di habiskan dengan shopping coklat di pasaraya Manor yang bersebelahan dengan hotel kitaorang duduk.  

Temple De Saint-Gervais 


 Batiment des forces Motrices


Rue des Corps-Saints


Food section di Pasaraya Manor.  Aku rambang mata tengok cheese

Selepas lunch, kitaorang bergerak ke Train station Gare Cornavin untuk naik train ke Paris pada pukul 2.30 petang.  Kitaorang ada masa yang ample tapi aku tak mahu ambik risiko sebarang masalah sementelah lagi kitaorang akan seberang border.  Nasib baik lancar tapi di station ada section untuk kastam buat spot check.  Kebetulan masa kitaorang masuk gate kastam tak ada so aku tak tahu betapa strictnya kastam kat sini.  Bayangkan kalau masa ngam-ngam , kena pulak tahan dengan kastam.  Mesti naya.

  Platform untuk train Geneva-Paris



The dark side of Geneva?  Dari platfrom.


Beg kitaorang.  Bayangkan backpack hitam itulah yang aku galas sambil berlari 
naik turun tangga berkejaran beli tiket Golden Pass di Interlaken. 


Keretapi datang dan bertolak tepat pada masanya.  Agak cemas sikit naik train Geneva-Paris sebab ada allocated seat, so kena make sure naik koc yang betul dari awal.  Seat kitaorang seat meja untuk 4 orang dan kebetulannya aku dan Baby SJ terpisah dengan CK. Aku cemas takut Baby SJ bising dan partner meja akan marah so aku try mintak tukar suka sama suka.  Berjaya.  Dan nasib baik juga Baby SJ tidur tak lama selepas train bergerak.

Apa perasaan aku meninggalkan Geneva dan Switzerland?  Sejujurnya aku rasa sedih sebab aku jatuh hati dengan Switzerland.  Sedih memikirkan akan adakah peluang lagi aku ke sini.  Experience yang aku dapat sepanjang di Switzerland cukup mahal dan cukup indah.  Kitaorang juga di rahmati dengan cuaca yang sangat baik dan hospitality yang sangat awesome. Bagi yang bercita-cita nak menerokai Europe di satu hari, Switzerland sangat awesome.

Lambaian selamat tinggal

Saturday, October 3, 2015

Panoramic train Interlaken-Montreux-Geneva




Post-post yang satu trip Spring 2015   
Western Europe 2015- Intro      
Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem      
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro      
Germany-The Journey      
Heidelberg - Part1     
Heidelberg - Part2      
Munich - Part1      
Munich - Part2    
Switzerland - Intro Part1    
Switzerland - Intro Part2   
Lucerne - Part1   
Lucerne - Part2    
Grindelwald - Intro   
Grindelwald - Kleine Sheidegg  
Grindelwald - Jongfraujoch  
Interlaken 
Spiez 
Lauterbrunnen- Part1
Lauterbrunnen - Part-2 



Hari ke 12.  

Bangun awal untuk ke destinasi seterusnya.  Destinasi kitaorang hari ni adalah Geneva.  Kitaorang akan ambik Golden Pass Panoramic train dari Interlaken ke Montreux dan sambung ke Geneva.  Satu perjalanan yang agak jauh dan akan penuh dengan transit.  Dalam hati ada sedikit gabra tapi redahkan lah juga.

Walaupun tak berapa ikhlas meninggalkan Lauterbrunnen tapi kena tinggalkan jugak.  Nasib tak berapa baik macam selalu.  Hari ni hujan.  First time hujan sejak kitaorang di Switzerland.  Otak ligat pikir macamana nak ke train station 

Seawal pukul 7.30 semua orang dah ready.  Kitaorang aim nak ambik Panoramic train pukul 9.05 pagi dari Interlaken, makanya sebaiknya kena ambik train pukul 8.00 a.m dari Lauterbrunnen ke Interlaken.  Kitaorang decide untuk berlari meredah hujan ke Lauterbrunnen Ost.  Bukan jauhpun, cuma sekitar 150m dari hostel tapi di sebabkan hujan agak lebat dan beg agak berat, pergerakan kitaorang jadi terlebih slow.  

Aku dan baby SJ sampai dulu di train station sekitar 10 minit sebelum train ke Interlaken berlepas.  CK pulak tertinggal sikit di belakang.  Aku berlari beli tiket sehala ke Interlaken untuk semua orang.  Keluar dari kaunter tiket aku tak nampak kelibat CK sedangkan train akan berlepas anytime.  Aku call CK tapi tak berjawab.  

Ngam-ngam CK muncul, train pun berlepas.  Rupanya CK tersalah ambik jalan.  Nak tak nak kitaorang terpaksa naik train pukul 8.30 a.m.  Sempatkah untuk naik Panoramic train pukul 9.05 a.m karang?  Kalau tertinggal train 9.05 a.m, kitaorang terpaksa ambik train yang pukul 11.30 a.m. Aku kalau boleh nak cuba elak dari sampai ke Geneva terlalu lambat. 

Train Phase 1:  Lauterbrunnen - Interlaken


Perjalanan dari Lauterbrunnen ke Interlaken
 
Selamat tinggal Lauterbrunnen

Train dari Lauterbrunnen ke Interlaken ambik masa 30 minit.  Train sampai di Interlaken lagi 2 minit ke pukul 9 a.m.  Aku suruh CK dan baby SJ terus ke platform Panoramic train sementara aku berlari naik tangga ke kaunter ticket; ye, dengan backpack kira-kira 15kg bersangkut di bahu.  7 minit  di gunakan sepenuhnya untuk beli tiket dan berlari ke platform Panoramic train- .  Sampai di platform ngam-ngam sebelum train berlepas.  Mereka berdua dah ready tunggu aku dan kitaorang terus naik train dan sejurus kemudian train berlepas meninggalkan Interlaken.  Penat tak usah cerita lah tapi yang penting kitaorang berjaya naik train 9.05 a.m.  Train yang kitaorang naik buat masa ni adalah intercity train, belum lagi panoramic train.

Dari Interlaken, train menuju ke Spiez untuk transit.   Kalau dua hari sebelum tu kitaorang naik bas ke Spiez, kali ni kitaorang naik train.  Dalam kalut dan panik, sempatlah juga menikmati pemandangan Interlaken dan Tasik Thun buat kali terakhir.  Gap masa untuk transit di Spiez tak lama.  Tak silap 20 minit untuk tunggu train ke  Zweisimmen.  Sampai train yang tulis perkataan Zweisimmen kitaorang terus lompat naik dan tak lama kemudian train bergerak meninggalkan station Spiez.  Aku dah mula rasa macam dalam cerita Charlie Chaplin.  Semuanya zup zap zup zap.  Train yang kitaorang naik masih lagi train Intercity.  Dalam hati tertanya-tanya jugaklah, mana dia train Golden Pass Panoramic train yang di sebut-sebut ni.  

 Train Phase 2:  Interlaken - Spiez - Zweisimmen - Montreux


Koc 2nd class.  Lenggang sebab pagi belum ramai penumpang.  
Untung boleh tukar2 seat untuk ambik gambar 


Kalau korang transit di Spiez, hati-hati supaya tak terambik train yang salah.  Station Spiez ni agak sibuk dan kebanyakan intercity train  samada ke Bern atau Basel menggunakan platform yang sama dengan train ke Zweisimmen.  Satu lagi jangan melengah-lengah naik train bila train sampai sebab train tak stop lama.  Hanya seminit dua untuk ambik dan turunkan penumpang sahaja.   



Walaupun kena naik train intercity, sebenarnya sepanjang dari Interlaken ke Zweisimmen
dah termasuk dalalm laluan panaramic route.  Pemandangan cantik di kiri kanan train.  
Kalau orang tak ramai boleh tukar-tukar seat untuk ambik gambar


Aku ingat transit Spiez-Zweisimmen dah cukup cemas,  rupanya transit selepas tu lagilah.  Gap untuk transit untuk naik panoramic train cumalah 5 minit.  Lompat turun dari Intercity train, kitaorang tengok train ke Montreux dah tunggu.  Kali ni barulah train yang ada tulis Golden Pass Panoramic train dan train yang tunggu kitaorang train panoramic yang klasik.  Tak semua panoramic train akan dapat classic train dan kitaorang consider sangat bertuah hari tu dapat merasa duduk di classic koc.   


Panoramic classic train yang kitaorang naik.  Gambar ni cuma dapat ambik bila dah sampai Montreux.  Masa nak naik apa pun tak sempat nak ambik sebab takut tertinggal train

Kitaorang lompat je koc yang terdekat dengan tempat kitaorang turun train tadi untuk make sure berjaya naik train. Dah berjaya naik barulah fikir betul ke naik ke koc yang betul.  Nasib baik dah ternaik 2nd class and tiket kitaorang free seating.  Orang pulak tak ramai dan itulah untungnya naik train di awal pagi.  Boleh pilih mana nak duduk sesuka hati (sama kelas lah, jangan pulak pergi duduk 1st class seat kalau dah beli 2nd class seat).  Dah start duduk barulah perasan koc 2nd class sebelah cantik tak macam koc kitaorang yang hodoh.  Makanya gigihlah menyeberang koc masa train tengah bergerak semata nak duduk koc yang ada meja lampu hijau.  Seriau jugak sebab boleh nampak landasan masa menyeberang koc.  

 Koc kerusi hijau
Beberapa kali berselisih dengan Panoramic modern coach train dari Montreux 
menghala ke Interlaken.  Kembang kempis hidung aku bila nampak penumpang 
train sebelah macam dengki aje kitaorang dapat classic train.



Perjalanan dari Zweisimmen ke Montreux cukup best.  Melalui beberapa perkampungan yang cukup famous terutama masa winter.  Aku boleh bayangkan masa winter cukup ramai orang-orang kaya datang bercuti ataupun balik ke holiday home kat sini.  Kalaulah aku di kalangan mereka :)




Walaupun berkabus, semangat aku tak pudar.  Apapun aku bersyukur lah 
jugak sebab hujan hanya terjadi di hari aku transit.


Dalam perjalanan ke Montreux jugalah kitaorang bertemu dengan wanita Singaporean yang menetap di UK.  Cukup seronok dia bila nampak muka kitaorang.  Berborak panjang lah.

Selepas lebih tiga jam meninggalkan Interlaken, kitaorang akhirnya sampai di Montreux.  Plan asal nak berjalan-jalan di Montreux sejam dua sebelum beli tiket ke Geneva tapi sayang duit syiling kitaorang kena telan kat luggage locker.  Sempat menelan beberapa CHF untuk try beberapa locker yang masih available tapi tak satu pun berfungsi.  Aku buntu sebab nak bawak beg tak mampulah sebab beg terlalu berat.  Akhirnya selepas mesyuarat tingkap, kitaorang decide untuk teruskan perjalanan ke Geneva.

 Montreux

The town of Montreux nestles in a sheltered Lake Geneva bay, surrounded by vineyards and against the breathtaking backdrop of snow-covered Alps. The Montreux Jazz Festival, which takes place in June/July and features concerts on a variety of stages and parks is very famous.



Montreux yang sempat di intai


Dari Montreux station

Perjalanan Montreux ke Geneva mengambil masa dalam sejam. Train melalui tasik Geneva, Canola fields, bandar-bandar besar sebelum akhirnya menjejak kaki Geneva sekitar pukul 4 petang.  

 Train Phase 3:  Montreux - Geneva

Satu bandar  yang berlatar belakangkan tasik Geneva ( aku dah lupa nama dia)



Ladang Canola

Plan asal adalah simpan beg di locker room di train station (Gare Cornavin station) dan cuma ambik selai dua baju untuk pakai sehingga esoknya kerana esoknya kitaorang akan cross border masuk ke France.  Punyalah gigih selongkar backpack untuk keluarkan mana barang yang kitaorang perlu bawak.  Tapi kemudian bila nak nak masukkan beg ke dalam locker baru kitaorang perasaan yang charge dia setiap 6 jam.  Kalau tak silap CHF9 untuk 6 jam pertama dan certain amount untuk setiap 6 jam.  Bila aku kira, memang tak masuk akal kos yang kitaorang kena tanggung untuk simpan dalam 20 jam.  Kitaorang sepakat pikul beg ke hotel.  

CK menanya sana sini tentang public transport untuk untuk ke hotel.  Akhirnya ada yang sudi membantu dan kitaorang berjaya naik tram di luar train station (ada beberapa tram station dan korang kena tahu mana nak naik).  So, kitaorang naik tram (CHF 1.40 sorang) dan turun di stop pertama dengan bantuan seorang wanita Indonesia yang menetap di Geneva.  Dekat aje sebenarnya hotel dengan train station, kurang dari 400m.  Haha.  Nasib baik tak simpan beg kat locker.

Check in dan benda pertama yang kitaorang buat selepas check in ialah makan bekal yang kitaorang bawak dari Lauterbrunnen.  Lapar tahap gajah. 


Geneva

Geneva is the second most populous city in Switzerland (after Zürich) and is the most populous city of Romandy, the French-speaking part of Switzerland. Situated where the Rhône exits Lake Geneva, it is the capital of the Republic and Canton of Geneva.

Geneva is a global city, a financial center, and worldwide center for diplomacy due to the presence of numerous international organizations, including the headquarters of many of the agencies of the United Nations and the Red Cross.  

Geneva is the city that hosts the highest number of international organizations in the world. It is also the place where the Geneva Conventions were signed, which chiefly concern the treatment of wartime non-combatants and prisoners of war.

Geneva was ranked as the world's ninth most important financial centre for competitiveness by the Global Financial Centres Index, ahead of Frankfurt, and third in Europe behind London and Zurich. A 2009 survey by Mercer found that Geneva has the third-highest quality of life of any city in the world (behind Vienna and Zurich for expatriates; it is narrowly outranked by Zurich).  The city has been referred to as the world's most compact metropolis and the "Peace Capital". In 2009 and 2011, Geneva was ranked as, respectively, the fourth and fifth most expensive city in the world.

Sumber: wikipedia




Bersambung..