Tuesday, April 26, 2016

Seoul City semasa Autumn_Part 2




Mohon maaf lama ambik masa nak sambung ke Part 2. 


Okeh sambung kepada cerita attraction di dalam Seoul City.  Sebelum ni aku ada mention pasal 3 tempat iaitu Myeongdong, Namsam Park, Namsangol Hanok Village. so post ni aku akan sebut mana2 kawasan yang aku pijak kaki tu hari

(Nota kaki: Maybe korang perasan tulisan aku dalam part1  lepas ada besar ada kecik, rasanya template blog aku ada bugs.. aku try betulkan tapi sampai sekarang xdapat2.  Besabar aje lah ok


4. Insadong

Insadong adalah pekan kecik yang mana korang boleh dapat barang-barangan cultural.  Konsep lebih kurang sama macam Central Market kita cuma yang bezanya satu pekan tu mmg jual barang2 cultural, dari hujung jalan sini sampailah hujung jalan sana.  Untuk pemburu souvenier, selain dari Namdaemong korang boleh jugak survey sini.  Mana murah, mana mahal aku tak pasti.  Aku cuma beli beberapa keping souvenier di Insadong dan aku pun lupa nak compare dengan Namdaemun.  

Macamana nakgi Insadong?  Dari hasil google:

To get to Insadong, get off at Anguk Subway Station (orange line 3) exit 6. 
You will walk right up onto the main street, Insadong-gil.

Kitaorang selamat menjejakkan kaki ke sana dengan memasang niat serampang dua mata.  Nak menjamu mata dengan kawasan ni dan nak makan Sujebi yang di sebut-sebut orang.

Apa tu Sujebi?  Sejenis makanan korea yang di buat dengan tepung gandum (lebih kurang bubur gandum orang Malaysia).  Aku pun tak tahu sangat pasal makanan korea cuma seminggu sebelum pergi aku ada terbaca dan terus pasang niat nak cuba.  Halalkah?  Insyaallah sebab semua ingredient nya semua dari tumbuhan.  Berapa Harga?  Antara KWon 6000 - 11,000 kalau tak silap.  Sangat berbaloi pada aku.  Dapat semangkuk besar.  Kitaorang tak dapat habiskan sebab banyak sangat.  Kitaorang order 2 mangkuk yang berbeza dan dapatlah rasa yang lain-lain.  Macamana tahu nak order yang mana?  Aku tanya je waitress yang mana dia recommend.  Yang penting kita cuba.  Sedap jugaklah sampaikan ke hari ni aku ngigau nak makan lagi.  Sesuai kah untuk kanak-kanak.  Ok je rasa aku tapi Baby SJ tak  suka sebab dia memang jenis tak makan bubur.  So kitaorang sumbat dia makan pisang sambil kitaorang makan Sujebi (Pisang adalah senjata penting kalau bawak anak travel)

 Banyak gerai2 rupa ini kat Insadong..amoi2 kedai pun peramah

Dalam kedai Sujebi.  Makan ala-ala bersila jadi elakkan dari pakai 
skirt ketat kalau datang sini, nanti korang tak boleh duduk.


Ini lah hidangan sujebi.  Banyak gila.  Mana kedai pergi pun mesti dapat 
kimci sebab rasa aku depa ni makan kimci dengan apa sahaja makanan depa

Okeh.. macamana nak gi kedai sujebi tu.  Kedai dia celah lorong sikit, tapi kalau betul2 ikut direction mmg boleh jumpa.

MRC Insadong Sujebi Restaurant

Insadong

Ni aku copy paste dr satu blog (minta maaf tuan blog sebab aku tak boleh nak bagi kredit kat tuan blog kat sini sbb aku betul2 lupa blog mana)
Anguk station exit 6 ... jalan straight sampai jumpe entrance Insadong on your left ...  masuk dalam area Insadong tu ...jalan terus sampai jumpe lorong Insadong 10-gil sebelah kiri ... masuk lorong tu and jalan terus sampai jumpe satu lorong kecik sebelah kanan ... lorong ni kat sebelah Woolim Gallery (bangunan kaler cekelat) ... masuk lorong kecik tu then jalan je sampai jumpe satu lagik lorong kecik belah kiri menghala ke depan pintu kedai

Category:  Korean HALAL

 MRC Restoran.  Tersorok sikit tapi usaha demi kejayaan mesti boleh


 Landmark sebelum masuk kelorong sempit menghala ke kedai Sujebi MRC.  
Woolin Gallery yang sebelah kiri dalam gambar ni
 
Bagi yang nak try,good luck.  Berbaloi sangat



5. The War Memorial of Korea

Travel partners  memilih nak gi ke sini (boys will always be boys).  Tempat ni tak ada dalam iternari asal tapi kitaorang pergi atas suggestion satu singaporean family yang tinggal sama hotel dengan kitaorang.  

Tapi maaflah, aku dah sangat lupa macamana nak ke sini.  Yang aku tahu dia ada 2 gate.  1 gate dekat dengan Itaewon, yang kami ambik gate yang lagi satu yang mana jarak antara station keretapi dengan gate tu cuma dalam 20m.  

Aku mulanya culas jugak nak ikut tapi bila sampai situ menyesal pulak kitaorang datang dah lambat, masa tu kira-kiranya sejam lagi Indoor muzeum nak tutup.  Kitaorang cuma sempat round outdoor area je dan Encik D sampai ke hari ni tak habis lagi ralat.  Very informative dan banyak gila real size model jet perang.   Encik D dah jadi macam budak-budak keseronokan.   So bagi yang suka main game perang, korang sangatlah di galakkan ke sini. Mesti korang boleh spend 4-5 jam kat sini.  




Apa perasaan aku masa ni.  Kagum sebab aku sebenarnya tak tahu kapal terbang 
perang ada sampai berpuluh-puluh jenis.



6. Naksan & Ihwa Maeul Mural Village


Kalau korang peminat street arts,This is the place. Idea nak ke sini datang datang kawan-kawan blogger.  Gambar-gambar diaorang memang memanggil.  Aku dah decide by hook or by crook aku akan cuba ke sini.  Tah macamana, plan hampir terkubur sebelum akhirnya berjaya jugak.


Untuk ke Mural village ni tak susah.  Cuma ambik subway ke Hyehwa Station (Line 4) dan keluar ikut exit no 2.  Pastu kena jalan ikut celah2 bangunan kedai (ada signboard so tak perlu risau).  Naik bukit sikit dan dalam 500m dari station, korang akan mula nampak streets arts  nya. Aku mula2 agak lost sikit sebab tiba-tiba signboard Mural Village terus hilang.  Kemudiannya, aku sampai ke Naksan Park. Memandangkan Baby SJ tak sihat hari tu, makanya Encik D dan Baby SJ decide nak tunggu di kaki bukit aje.  Maka aku pun naik bukit Naksan sorang-sorang.  Tengok2 lebih kurang, aku pun turun.  No a bad park cuma aku lebih suka Namsan dari Naksan. Agaknya sebab aku pergi secara tergesa-gesa. 
    



Korang akan nampak ni lepas keluar dari train station.  Jalan je ikut signboard

Pizza place.  Sekitar area sini

Naksan Park

 Seoul dari Naksan


Di kaki bukit Naksan ada tourist information centre.  Aku masuk tanya mana hala nak ke Mural Village.  Dalam kepayahan pakcik tu cuba bagitau aku tapi since dalam 100% korean, aku tak faham apa.  Nasib baik tiba-tiba keluarga singaporean tu muncul sebab diaorang pun nak ke tempat sama.  Then dia orang tanya pakcik tu lagi soalan sama dan tah macamana dia orang faham bahasa korea. One of them bagitau aku yang pakcik tu kata Mural Village tutup sebab under renovation.  Ternganga mulut aku kejap sebab frust. Kitaorang kemudianya decide nak jalan balik ke station ikut arah lain.  Yang hairannya, tiba2 jumpa je streets art merata-rata. Tapi mungkinlah ada sebahagian yang betul-betul tutup.  Ok lah.. dapatlah tengok jugak

Antara yang aku dapat hari tu

Ini pun cantik dan creative.  Terus rasa balik nanti nak buat benda macam ni.  
Rasa aje lah. Tak buat pun sampai hari ni. Tanam menanam aku dah lupakan 
buat sementara waktu selepas kucing aku makan pokok salad aku dulu

Apa yang aku boleh kata, Mural Village ni memang cozy.  Aku kalau boleh nak spend lama sikit kat situ tapi Encik D selaku bukan peminat tegar street arts dah mula jeling-jeling aku sebab katanya dia lapar.  Ok, project akan datang, aku kena datang seoul sorang-sorang.  Set!



Aku akan sambung beberapa tempat menarik lagi di post akan datang.  Harap korang bersabar.  

Thank you