Tuesday, May 23, 2017

Japan Summer 2016 - Tokyo City Part 3



4.  Sinjuku Gyoen Garden

Sinjuku Gyoen park yang paling popular di Tokyo.  Kenapa dia popular? Sebabnya dia cantik. Cubaan pertama ke Sinjuku Gyoen gagal sebab sesampainya kitaorang kat gate, rupanya dia tutup hari tu.  So lesson learned hari tu, park di Tokyo ni macam office.  Ada harinya tutup.  Kes Sinjuku Gyoen ni, dia ditutup pada setiap isnin.  Sebagai ganti, kitaorang piknik di public playground yang berdekatan.  Playground pun jadilah asalkan boleh makan.


Aku amat berterimakasih pada ketutupan Shinjuku Gyoen hari tu.  
Kalau tak kerana kes tutup maka tak ada lah aku terjumpa budak 
hensem ni.  Kelu lidah aku bila mata bertentang mata.

 

Untuk ke Shijuku Gyoen, ada beberapa cara
1.  Guna Oedo Line ke Shinjuku Gyoemmae Station dan dari situ kena berjalan dalam 5 minit ke arah Shinjuku Gate (keluar station, lintas jalan & masuk lorong setentang station kemudian belok  kiri)
2.  Guna Oedo Line ke Shinjuku Gyoemmae Station dan dari situ kena berjalan dalam 5 minit ke arah Okido Gate 
3. Chuo/Sobu Line ke JR Sendagaya Staton dan dari situ kena berjalan dalam 5 minit ke arah Sendagaya Gate 





So, cubaan kedua pun di buat selepas 2 hari cubaan pertama  gagal.  Tarra.. dapat masuk dengan bayaran 200 Yen sorang.  Patutlah diaorang ada gate sebab macam-macam benda ada kat dalam park ni.  Pertama sekali kami tuju Greenhouse.  Walaupun kecik tapi cantik dan tersusun.  Kebanyakan tumbuhan yang ada dalam Greenhouse pokok paku pakis tropika dan segala jenis teratai.  Semua di buat dan di olah dengan cukup sempurna.  Saiz dia memang kecik (maybe sebesar saiz rumah banglo 2 tingkat) tapi sangat kemas


Antara hidangan kat dalam Greenhouse

Keluar dari Greenhouse cepat-cepat kitaorang cari port untuk piknik.  Boleh je piknik merata tapi mesti nak cari tempat yang paling gah di mata.  Jumpa tempat yang gah, kitaorang bentang tikar dan makan. 

 Port piknik gorgeous kitaorang


Kalau dibandingkan dengan Yoyogi park, Shinjuku Gyoen lebih cantik pada mata aku.  



English Garden & French Garden.  Aku tak tahu yang mana satu English yang 
mana satu French.  Jemu dengan pemandangan macam ni? Aku tak jemu.  
Tips:  Cherry Blossom kat sini super awesome kata orang

Mungkin ini French Garden.  Aku main teka aje

 
Bagaimana orang-orang tempatan mengisi masa

Kalau korang google image Shinjuku Gyoen, mesti korang perasan ramai orang 
ambik gambar deretan pokok ni terutama masa musim autumn.  Aku kononnya nak 
trylah tiru.. hapah pun tak lawa.  Adakah musim yang salah atau skill aku.. kaka. 


Sebenarnya aku tak jalan rata hari tu.  Kami nak kejar masa tapi 2 jam yang kitaorang spend kat Shinjuku Gyoen adalah one of the best time di Tokyo.   Dalam perjalanan keluar dari park, kitaorang  singgah di Japanese Landscape Garden.  Walaupun tak seluas Garden yang lain tapi well planned.  Small pond, small jambatan.. sangat best mata memandang


Japanese Landscape Garden

Kitorang melangkah keluar dari Shinjuku Gyoen Gate dengan perasaan puas. Berbaloi walaupun kena 2 kali terjah.  A well spent day. Bagi yang akan ke Tokyo dan minat pokok, aku syorkan korang visit Shinjuku Gyoen walaupun sekejap. Aku hope di satu autumn aku akan berpeluang melawat tempat ni lagi.




5.  Tokyo City Hall Observation Floor

Aku jumpa tempat ni melalui japan-guide. Bila selidik kat tripadvisor, review macam best je.  Why not cuba, sementelah lagi dianya free.  Kadang-kadang Tokyo City Hall Observation Tower ni jugak di kenali Tokyo Metropolitan Goverment Building yang mana dia terletak di kawasan building-building pejabat kerajaan.  

Untuk ke City Hall building  korang boleh ambik Oedo Line ke Tocho-mae Station yang mana station ni betul-betul di bawah building dia. (kata japan-guide).   Tapi itu yang aku tak tahu itu hari. Kaka.  Maka, kitaorang berjalan kurang lebih 1km jugaklah dari Shinjuku Station.  Hala pergi ok lah lagi tapi hala balik ke Shinjuku, kitaorang dah sedikit pancit dan siap berhenti kat satu small park dan masing-masing tertidur sekitar 15 minit.

Sampai kat Tokyo City Hall Building ni, kitaorang mulanya meraba sikit tapi sebenarnya taklah susah mana nak cari kalau mata tak berpinar-pinar hari tu.  Ada je signboard tapi kitaorag yang tak nampak.


Tokyo Metropolitan Goverment Building

Bangunan-bangunan sekitar


Dari observation floor.  Kawasan hijau tu adalah Meiji Shrine 
yang aku ada cerita dalam beberapa post lepas


Observation floor.  Kalau nak minum-minum pun boleh.  Ada jugak kedai 
souvenier kalau nak beli apa-apa.

Dua ketul orang; kami


Ok.. panjang dah ni.  Sambung lagi next time. Terima kasih kerana menjenguk blog aku yang dah nak berkulat.