Saturday, November 25, 2017

Japan Summer 2016 - Tokyo City Part 4



Nak sambung cite Japan ni sebenarnya aku segan.  Sebabnya dah terlampau lama tangguh. Tapi, kita kena habiskan apa yang kita mulakan.. kan.  Oleh itu aku cuba selesaikan apa yang patut.  Harap-harap aku masih ingat


6.  Shibuya

Korang mesti pernah dengar nama Shibuya walaupun belum pernah sampai Japan.  Di katakan persimpangan yang paling sibuk dalam dunia.  Tapi hebat sangat ke Shibuya sampai kena visit dia kalau ke Tokyo? 

Kalau tanya aku, rupa dia sama macam simpang empat Bukit Bintang aje.  Nothing special except hundreds of peoples crossing the road at the same time in every few minutes.  Cuma aku agak suka Shibuya sebab dia macam centre of Tokyo. 

Sebenarnya kalau korang memang plan nak guna public transport di Tokyo, tak payah masukkan Shibuya kedalam itinery pun tak apa.  Tak perlu cari Shibuya sebab Shibuya akan cari korang.  Macamana korang cubak mengelak untuk ke Shibuya pun, pasti korang ke sini walaupun sekali sebab bagi train system, Shibuya sama macam KL Sentral.  Bagi bus system, Shibuya sama macam station Pudu. 

Dan bagi shoppers, Shibuya sama macam Bukit Bintang area.  Pilih nak high-range atau mid-range brand, insyallah korang balik hotel dengan bag penuh di tangan.  Cuma nasihat aku, hati-hati bila berbelanja.  Tak semua barang lebih murah dari Malaysia.  Kesnya aku ke kedai Adi*** sebab tiba-tiba Baby SJ merunggut dia sakit kaki sebab kasut dia kecik, aku perati harga kasut yang sama model sedikit mahal berbanding di KL.  Aku terserempak dengan satu group Malaysian yang memang memborong macam nak buka kedai di Malaysia, teringin nak bagitau yang kebanyakannya ada jual di Malaysia dan harganya pun lebih murah tapi tak semua orang Malaysia yang kita jumpa di oversea ni suka bila nampak ada orang Malaysia.  Heheh.  Moralnya, aku tak jadi beli kat kedai Adi*** sebab mahal untuk poket nipis aku.  Maka terpaksalah Baby SJ pakai kasut ketat sampailah jumpa yang kitaorang mampu beli. 

Ok berbalik pada Shibuya,  selain dari simpang 4, station keretapi, station bus apa lagi yang ada kat situ.  Yang ada; Tourism Centre yang sangat comel (bus lama di jadikan pejabat tourism), ada statue Hachiko (bagi peminat haiwan mesti tahu siapa Hachiko), ada kedai Big Camera yang bukan setakat jual camera tapi jual tiket package public transport (1/3/7 hari).  Selain dari tu kalau korang nak beli souvenier sini pun ada jual.  Mahal murah aku tak pasti tapi nampak ok lah.. Juga ada banyak bank bagi sesiapa yang poket dah kering. Bagi yang mencari makanan halal, tak silap aku ada satu restoran Malaysian yang halal sekitar sini tapi aku tak cari hari tu. 

Shibuya Junction

 Sekitar Shibuya


Hachiko Statue


7.  Shinjuku 

Shinjuku dalam kata mudahnya ialah KL Sentral di campur dengan KLCC kita.  Station keretapi utama JR lines dan segala intercity train.  Selain itu, banyak shopping mall di sekitar sini.  Kalau korang kaki shopping aku rasa satu hari pun tak cukup nak cover area ni.  Kitaorang beberapa kali terjebak di area Shinjuku (barangkali setiap 2 hari sekali).  Kitaorang travel keluar dari Tokyo sebanyak 3 kali dan 1 kalinya dari Station keretapi Shinjuku.  Selain dari itu,kadang2 melintas area sini untuk ke tempat yang kitaorang nak pergi. Agak kerap sampai Baby J dah hafal mana dia kedai aiskrim. Seronok jugak cuci mata sebenarnya cuma orang yang anti sosial macam aku cepat rasa rimas bila nampak terlalu ramai orang.

Shinjuku

   
8.  Asakusa

Kalau nak merasa Japan macam cerita-cerita Japan masa sebelum WWII boleh consider Asakusa.  Atmosphere zaman dulu masih ada sikit2.  Rumah2 kedai masih ada yang berpintu kayu dan masih boleh nampak kereta beca di gunakan kat sini, mostly untuk bawak pelancong ronda.




Di Asakusa juga ada temple yang paling famous di Tokyo yang jugak di kenali Sensoji atau Asakusa Kannon Temple.  Masa sampai di Asakusa Station, tergamam aku kejap sebab orang sangat ramai.  Rasanya sama macam kita pergi ke Petaling Street masa nak CNY.  Kitaorang mulakan dengan makan tengahari yang mana ada kedai kebab di seberang jalan. Kemudian baru ronda sekitar dan kemudian kami ke temple.

Semasa perjalanan ke temple kita akan jumpa banyak gerai-gerai barang souvenier. Tepuk dada tanya selera nak apa.  Pedang dan uniform ninja pun ada. 


Crowds menghala ke Temple.  Aku terserempak dengan rombongan 
orang Malaysia. Makcik dalam gambar tu salah satu ahli rombongan

 Quality barang souvenier kat sini adalah quality made in Japan.  Kebanyakannya nampak 
macam local made.  Tapi mainan kanak-kanak tetap buatan Mainland.  Kami terjebak 
beli sebab baby SJ dah start buat mata gaya Puss in Boots untuk tambah 
koleksi miniature train beliau




 Overal, kunjungan ke Asakusa consider ok. 

Kunjungan ke Senjoji Temple satu benda yang korang tak patut miss.  Pada amatan aku temple org Jepun unik.  Inilah masanya nak kenal budaya mereka.  Dari deretan kedai souvenier di Asakusa korang jalan aje terus sampai belakang.  Tak sesat punya.  Nampak aje tanglung sebesar kereta kebal iyelah tu. Orang ramai so kalau korang teringin nak ambik gambar tanpa ada orang lain, maybe try datang selepas solat subuh.  Aku rasa masa tu mungkin lenggang

Tanglung sebesar kereta kebal.  Cuba korang imagine, sebesar mana batang 
lilin yang diperlukan.  Mahu sebesar pemeluk pokok kelapa

Nona jepun yang manis


9.  Tokyo Tower

Kitaorang singgah ke Tokyo Tower dalam perjalanan balik ke rumah dari Asakusa. Tokyo Tower dalam ertikata mudah macam Eiffel Tower. Kemungkinan Tokyo Tower lebih tinggi dan dengan facilities lebih baik.  Ada 2 Level yang boleh naik.  Main Observatory (150m tinggi) dan Special Observatory (250m).  Masa aku gi dulu both level buka untuk public cuma kami naik sampai main obsevatory je. Mahal dan kitaorang rasa cukuplah tengok bawah dr 150m tinggi aje.  Itupun kereta pun nampak macam batang mancis dah.  Entrance fee untuk Main Observatory ialah 900 yen dan 400 yen untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.  


 Sayang aku tak jumpa angle yang cantik untuk ambik gambar Tower dari bawah
Bird view

  
10.  Local Mosque

Kitaorang pilih satu masjid Tokyo Camii Turkish Mosque untuk solat jumaat.  Nak ke sini naik metro  ke Yoyogi Euhara station dan dari situ menapak dalam 200m.  Masjidnya tak besar tapi cantik. Interior masjid ikut cara orang Turki dan kakitangan masjid pun aku nampak banyak orang2 arab.  Kutbah di sampaikan dalam bahasa English dan selesai solat kitaorang disajikan lunch.  Percuma.  Jimat duit hari tu.

Tokyo Camii Turkish Mosque - Exterior and Interior


Aku rasa aku dah cover semua tempat dalam Tokyo yang kitaorang pegi hari tu.  8 hari sebetulnya tak cukup nak cover bandaraya gah seperti Tokyo tapi masa kami banyak jugak terselamat sebab kami tak spend masa untuk shopping.  Kalau shopping lagilah kurang masa yang boleh di gunakan untuk explore.

Next post aku akan cerita serba sedikit mana tempat yang aku pergi bila keluar dari bandaraya Tokyo

Till next time