Friday, January 9, 2015

Norway Winter 2011 - Introduction



Entry yang tertangguh-tangguh sejak dulu.  Bagi yang pernah baca, aku pernah tulis pasal Norway semasa summer.    Tak dapatlah nak ambik cuti dan berjalan-jalan luar dari bandar, tapi cukup untuk aku jatuh hati dengan negara matahari tengah malam ni.  Aku betul-betul jatuh hati.  Aku suka almost everything tentang Norway.  Aku tinggalkan banyak kawan yang aku anggap macam keluarga di Norway. 

First trip aku ke Norway pada tahun 2006.  Pergi secara solo atas urusan kerja selama 2 bulan. Experience aku sebenarnya memang tak seberapa sebab aku pergi atas urusan kerja.  Duduk di hotel tapi ok lah sebab masa tu bujang dan aku bukan jenis cerewet nak kena makan nasi hari-hari (kalau ada nasi aku gembira tapi kalau tak ada aku boleh bertahan lagi).  

Hidup beralaskan roti, vege pasta dan waffle selama dua bulan (sekali sekala pizza, fish burger & seafood pasta) sebab tak jumpa restoran halal.  Kadang-kadang bila rindukan nasi aku beli nasi putih kosong dari restoran vietnam dan makan dengan brahims yang aku bawak dengan kadar yang sangat berjimat cermat.  Nasib baik di 2/3 dari 2 bulan tu ada client aku dari Kuala Lumpur datang.  Beberapa orang ahli rombongan adalah melayu dan ada bawak bekal brahims.  Bila depa balik, depa ada brahims yang lebih makanya depa sedekahkan pada aku.  Aku menerima dengan tangan lebar & senyum sampai telinga.  

Semasa di Norway jugaklah kali pertama dalam hidup aku belajar makan sayur sebab terpaksa.  Mahunya tidak,  kantin ofis yang tak besar kadangnya cuma ada pilihan salad atau sandwich sayur atau makanan yang berasaskan meat yang tak halal untuk lunch break.  Waffle biasanya dianggap pencuci mulut.  Norwegian makan sangat ringan untuk lunch dan biasanya dinner dia orang berat.  Mahu atau tak, terpaksa aku makan makanan yang ada campur sayuran.  

Itulah cerita untuk 2006.

 


Post ni & maybe beberapa post akan datang tentang experince aku kali kedua di Norway.  Di penghujung autumn hingga pertengahan winter

Since, pengenalan serba sedikit mengenai Norway secara amnya dan Trondheim secara khusus aku dah pernah cerita di post  lepas (klik SINI untuk baca), makanya introduction kali ni ringkas aje and more pada prepation yang perlu untuk winter.


 
Autumn dan winter 2011/2012

Aku ke Norway antara November 2011 hinggalah February 2012. Total masa kat sana hampir 3 bulan.  Aku pergi atas tiket melancung sebab tu kena balik sebelum tamatnya 3 bulan.  Untuk apply work permit biasanya ambik masa 6 bulan jadinya aku pergi tanpa work permit.  Norway, sama seperti negara Europe lain tak perlu visa. Konsep touch and go sahaja.

Kalau ada yang tertanya, adakah bekerja di Norway ni pilihan aku atau atas arahan company?  Jawabnya pilihan aku.  Aku yang mintak di hantarkan dan bila dapat peluang pergi masa winter aku yang teruja walaupun aku tahu keadaan winter kat sana agak melampau. 

Aku berjaya pujuk Encik D ikut.  Aku kira bertuah sebab Encik D freelancer, so ini memudahkan travel plan. Since notis yang aku dapat terlalu singkat (1 minggu) terpaksalah bergelut cari baju winter (kitaorang belum ada baju winter).  Kering poket beli baju winter sebab tak sempat nak survey mana yang murah, mana yang mahal.  Nasib aku baik sebab company bagi aku allocation  untuk baju winter (bajet sesuka hati tapi tak kanlah aku nak berlaku tak jujur nak claim untuk semua). Untuk ke Trondheim, direct flight dari Asia memang tak ada sebab bandarnya bukanlah bandar besar.  Makanya  samada kena transit di Copenhagen, Oslo atau Amsterdam.  Biasanya kami pilih Amsterdam sebab mudah nak dapat tiket.   


Petanda winter belum sampai.  Dari flight ke Trondheim dari Amsterdam


1. Cuaca

Aku dapat peluang kali kedua ke Norway pada penghujung autumn  2011 (awal November) hingga pertengahan winter 2012 (awal February).  Pengalaman pertama aku dan family merasa winter.  Jakun katak jugaklah.

Mulanya risau juga nak bawak baby SJ menghadapi winter tapi aku tahu dia akan ok.  Sebelum aku sampai di Trondheim, kawan-kawan sana email aku bagitau diaorang akan pinjamkan barangan winter untuk baby SJ dan larang aku dari overspend buat preparation untuk baby SJ.  Alhamdullilah, banyak aku jimat.

First day aku sampai, aku dapat barang winter 2 atau 3 beg besar.  Dan seorang kawan pinjamkan stroller anak dia.  Lega sebab stroller biasa tak boleh guna masa winter.  Stroller kena balut dengan kain penebat haba dan di alas lagi dengan selimut bulu biri-biri di sekeliling dalamnya.  Bahagian kaki di balut dengan kain penebat juga dan di zip kemas-kemas.  Rasanya kalau aku kena sediakan sendiri, maybe aku kena spend sekurang-kurangnya RM2000 untuk stroller sahaja.  Manangis sebab bukannya sesuai di guna kat Malaysia balik.

Inilah rupanya stroller pinjam.  Ada 3 lapis penebat.  yang putih belakang tu bulu biri-biri,
pastu lapisan biru tua dan yang akhir kain kanvas kat luar tang boleh di zip

 
Aku sempat menikmati autumn dalam 3 minggu sebelum the real winter came.  Penghujung autumn di Norway bukanlah musim luruh yang terbaik.  Hampir setiap harinya hujan dan daun-daun semuanya dah gugur. Nak golek-golek, lambung-lambung tak dapat sebab daun lembap.  Tapi sebenarnya bukanlah teruk sangat.  Aku rasa ok aje dan kitaorang berjaya enjoy dengan weather yang tak menentu. Temparature semasa akhir autumn sekitar 2 hingga 5 degree. Dah sejuk.


 wajah-wajah autumn, sampai garveyard pun nampak eerie


Dalam proses menyesuaikan diri.  Bukan proses yang senang sebab even kat 
rumah kena pakai glove sebab lantai sejuk dan dia tengah merangkak



Kemudiannya transition antara autumn dengan winter.  Hari hari hujan dan bila snow start turun, esoknya mesti jadi ais licin.  Aku jatuh agak berkali-kalilah jugak.  Sakit gila sebab ais keras dan licin tapi itulah salah satu dalam pakej winter.  


Antara hujan dengan salji
Selepas hujan


Masuk winter yang betul-betul, semua orang menarik nafas lega.  Pengalaman pertama dengan snow memanglah jakun habis.  Kebetulannya hari minggu.  Berjam kitaorang perhati dari tingkap dan kemudiannya turun main.  Petangnya sikit kitaorang dapat jemputan dari kawan Malaysian yang aku terserempak dua minggu sebelum itu untuk kerumah dia.  Rumah dia snow lebih banyak & tebal, makanya lebih cantik.  Dahlah kawan aku hidang laksa utara panas hari tu.  Gila best.  


 Hari pertama snow turun. Tepi rumah kitaorang

Hari pertama snow turun. Kat rumah kawan

Kemudian stop beberapa hari.  Second time turun masa aku kat office.  Aku ingatkan aku sorang yang excited, rupa-rupanya kawan-kawan office semua pun excited.  Aku ingat lagi semua orang senyum lebar hari tu.

Menghampiri krismas, snow mula turun dengan teratur dan memang best.  Baru rasa berbaloi pakai baju tebal bila ada snow.  Bila ada je peluang kitaorang main snow walaupun cuma di belakang rumah. Temparature biasa sekitar  0 hingga -10 degree.  Paling extreme yang aku hadapi -16 degree.  Kata kawan, aku bernasib baik sebab tahun sebelumnya suhu mencecah sehingga -30 degree dan seorang kawan share ada tempat 2 jam dari Norway, suhu mencecah sehingga -40 degree dan minyak kereta keluarga dia beku dan perlu di panaskan sebelum kereta dapat bergerak.  


Trondheim masa winter


Hujung minggu


2. Siang yang pendek

Masa baru sampai, siang start dari pukul 9.30 a.m dan pukul 4.30 a.m masuk maghrib and slowly siang semakin pendek.  Sebelum krismas, siang bermula pukul 10.30 a.m dan  pukul 3.30 p.m dah masuk maghrib.  Aku menghadapi masalah untuk solat dan inilah satu-satunya benda yang aku ralat dan aku akui aku banyak kena baiki dari segi ni.

Kata kawan-kawan aku di masa winter, suisidal rate di Norway lebih tinggi berbanding masa lain sebab ramai yan depressed dengan suasana gelap.

Apapun ini lah pengalaman baru untuk aku.  Sekurang-kurangnya Trondheim masih mempunyai siang.  Satu bandar di utara Norway, Tromso lansung tak ada peluang nak tengok matahari sepanjang winter.  Lagi depressed kalau jadi aku.


 Hari pertama sampai, dari tingkap apartment; Pukul 2.30 p.m
 Pukul 3.23 p.m


Pukul 4.14 p.m


3. Penginapan 

Kali ni aku request untuk tinggal di rented apartment dari company di area Gardemoend gate.  Susah kalau hotel sebab lebih senang memasak kalau nak jimat kalau dah bertiga.  Headquaters tolong carikan apartment yang dekat dengan office dan jauh dari bunyi bising.  Superb.  Rasa macam VIP malaupun aku hanyalah macai.  Inilah faktor utama kenapa aku suka Norway dan masih bertahan bekerja di company yang sama selepas hampir 9 tahun berkhidmat.  Semua orang di layan dengan baik walau apapun jawatan kita dalam company.  Hatta CEO company sendiri pun boleh bergurau senda dengan rakyat marhain seperti aku.  Sangat humble untuk seorang manusia yang ada 200 - 300 pekerja di bawah dia.

Service apartment satu bilik kitaorang lengkap.  Baby SJ ada baby cot sendiri.  Sebijik rasa macam kat rumah sendiri.  3 kali seminggu cleaner datang cuci rumah dan tukar cadar.  Selain dari miss kucing-kucing aku yang di jaga oleh helper dan di supervised oleh CK, tak ada apa yang aku miss sangat sepanjang 3 bulan kat sana.

Klik Trondheim Apartment Hotel untuk detail tempat tinggal aku selama 3 bulan.  Highly recommend kalau korang ke Trondheim. 


Main door


 Ruang untuk parking kereta

Aku tak ada banyak gambar di dalam rumah yang boleh di share.  
Cuma gambar kitchen area ini ajelah.


4. Transportation

Journey dari KL ke Trondheim ambik masa dalam 17 jam.  Baby SJ keletihan tapi tak meragam.  Singgah makan di foodcourt sekejap sebelum check in.  Aku bawak bekal yogurt Heinz untuk baby SJ so senang aje.

Schipol Airport

Seperti biasa check in di Amsterdam ambik masa dan bukanlah senang bila ada anak kecik, baju kena buka, stroller kena check dan hatta botol air susu pun kena check.  End up, ambik masa yang sangat lama nak buka dan simpan balik semua barang.  So nasihat aku bagi yang ada anak kecik dan travel ke oversea, budgetlah masa lebih sikit dari biasa.

Sampai di airport Trondheim, kitaorang terpaksa ambik teksi sebab barang terlalu banyak.  Nak tak nak terpaksa pejam mata bayar NOK700 untuk perjalanan tak sampai setengah jam.  Nasib boleh claim dengan company. 

 Sepanjang  ni di Trondheim kitaorang plan bagaimana nak gunakan public transport secara bijak.  Kebiasaannya, di hari kurang sejuk terutama semasa autumn masih ada (suhu sekitar 2-5 degree) kitaorang cuba berjalan di sekitar Trondheim. Hypermarket cuma 10 minit berjalan dari rumah jadinya berjalan bukanlah perkara yang sangat susah kecuali bila suhu mula menurun bawah dari -5 degree.  

Kebiasaanya kalau terlalu banyak groceries yang di beli barulah kitaorang naik bas untuk balik (one way bus ticket, family package adalah NOK 50 @ RM30).  Kemudiannya kitaorang mula belajar trick baru iaitu shopping groceries  pada jumaat malam. Jika ambik 24 hours family tiket kos dia adalah NOK200 @ RM 120.  Sekurang-kurangnya aku dapat guna lagi tiket esoknya disepanjang hari sabtu.  In between, kalau kehabisan barang kitaorang cuma pergi ke kedai African yang dekat dengan rumah dan walaupun barang yang ada agak terhad tapi memadai untuk survive ke hujung minggu. 

Selain bus, kitaorang ada travel beberapa kali keluar dari Trondheim menggunakan intercity Train.  Agak mudah dan boleh beli online.  Sesetengah tempat boleh beli dengan tiket promo.  Train service dia memang punctual dan awesome.

Dan ada sekali kitaorang ambik cheap fligt ke Oslo. Dapat tiket promo (sekitar NOK 700 untuk return) tapi kemudiannya baru aku sedar yang aku banyak rugi dari segi airport transfer.  Kitaorang terpaksa spend sekitar NOK500 seorang untuk airport transfer.  Aku rasa sangat menyesal sebab mulanya nak ambik night train ke Oslo tapi bimbang baby SJ letih di dalam train tapi sebenarnya kata kawan aku sleeper train dia sangat selesa di mana kita boleh pilih family koc.  Rugi besar. 

Trondheim Airport Transfer untuk round trip ialah NOK220 @ vaernesekspressen.no
Oslo Airport Transfer untuk round trip ialah NOK265 @ www.flybussen.no



5. Makanan halal

Aku banyak masak.  Satu sebab susah nak cari makanan halal.  Kedua sebab tempat kitaorang tinggal agak jauh dari kedai-kedai dan tak mudah nak keluar makan macam di KL bila cuaca yang tak tentu.  Ketiga, kitaorang cuba sedaya upaya untuk berjimat tak belanja lebih dari working allowance yang aku dapat. 

Aku banyak bawak rempah dari Malaysia dan itu lah keputusan yang terbaik sebab rempah kalau ada kat sana pun lain rasa.  Tapi kalau nak dapatkan kiub tomyam ada aje, cuma agak mahallah.  Kalau nak cari makanan asia pergi aje ke kedai Vietnam. Serai, petai hatta jering pun aku pernah jumpa.  Kalau nak cari rempah kari pergi ke kedai arab yang letaknya d bandar Trondheim.  Tapi apa yang aku try rasa rempah kari tapi dia tak best.  Ayam halal boleh dibeli di Hypermarket (nama hypermarket yang jual ayam halal ialah Coop - yang dekat dengan rumah aku tu) dan juga kedai groceries arab.  Daging halal jugak di kedai arab.  Cili, bawang, udang, sesetengah ikan frozen dari kedai African. 

Secara purata kitaorang spend sekitar NOK800-1000 seminggu untuk groceries.  Benda yang wajib dalam kena ada dalam fridge aku ayam, ikan, udang, sayur untuk Encik D, buah dan barang-barang frozen macam pizza, kentang & garlic bread.  Life is simpler compare first time datang. Untuk baby SJ, dia makan apa yang kitaorang makan disamping makanan botol Heinz (ada yang sama macam kat Malaysia tapi lebih sedap; aku selalu pau makanan dia), carbonara dan cereal.  

Susu baby SJ aku bawak dari Malaysia sebab bimbang dia tak suka susu di Norway.  Aku bawak sedozen packed formula 1.3kg tapi rupanya cuma bertahan 2 bulan lebih sikit.  Beberapa minggu terakhir aku terpaksa beli dari sana dan nasib baik dia terima.  Di Europe, formula yang ada tak banyak jenama.  Yang aku ingat cuma brand NAN dan itulah yang kitaorang guna untuk beberapa minggu terakhir kat sana.
 
Kali ni agak bertuah bila dapat tahu dari seorang kawan yang ada satu kedai kebab yang jual kebab halal.  Dengan syarat order doner kebab sahaja.  Nama kedai kebab tu 1001 Night, letak di tengah-tengah bandar Trondheim.  Aku tak faham kenapa tapi since kitaorang dapat nasihat dari pakar, aku memang tak ada rasa was-was.  Encik D yang memang sangat was-was pun ok,  Makanya setiap minggu biasanya sekali atau kadangnya 2 kali kitaorang keluar makan di luar.  Kadang-kadang ada jumpa Indonesian student makan kat 1001 Night. Norway banyak sponsor Indonesian student dan juga student dari 3rd world country lain untuk sambung belajar di sini.  Norway jugak banyak menerima refuge dari United Nation.

Any special event kitaorang biasanya ke Tyholt Tower makan Seafood Pizza di restoran berputar.  Selain dari itu aku banyak beli frozen food dan boleh di bake bila rasa malas masak. Untuk panduan harga makanan di Norway, boleh baca post lepas (klik SINI)


Pizza di Tyholt Tower.  Sedap gila cuma tak tahan sikit dengan harganya, masa tu NOK330 sebiji.
  

Aku jugak mula bawak bekal ke ofis untuk lunch dari leftover semalam atau dari breakfast.  Di sini bawak bekal bukanlah perkara pelik.  Cukup ramai kawan-kawan lelaki bawa bekal, tapi bekal dia orang cukup mudah, biasanya sandwich apa-apa dengan sedikit salad ataupun buah.  Bila aku bawak nasi goreng, kawan-kawan mula terjenguk-jenguk makanan aku.  Haha.  Mesti dia kata aku kuat melantak walaupun badan kecik.  Sejak tu, even bila dah balik Malaysia aku dah tak segan nak bawak bekal datang kerja. 



6. Lain-lain

Aku sangat seronok trip kali ni.  Aku ada family bersama, dapat jumpa kawan-kawan lama, dapat kawan baru dan dapat pengalaman baru.  3 bulan berlalu dengan cepat dan sedar tak sedar dah sampai  masa untuk balik.  Kalau tak kerana tiket melancung punya hal, aku rasa nak sambung lagi sebulan kerja ke sana sebab selain dari working environment yang cukup best, aku jugak seronok dapat spend quality time dengan family.  Something yang aku barely boleh buat di KL on weekdays sebab travelling sahaja dah buang at least 3 jam sehari.  

Kebiasaannya di KL paling awal aku sampai di rumah pukul 7 p.m, kadang-kadang pukul 8 p.m dari office.  Tapi di Norway, kita tak perlu rasa guilty untuk balik  pukul 5 p.m atau pun pukul 4.30 p.m sebab itu gaya hidup orang Norway;  career always in second place and family will be in the top place.  Semua orang faham termasuk bos.   Di Trondheim, perjalanan balik ke rumah cuma ambik masa 5 minit dan paling lambat aku akan sampai di rumah pukul 5.10 p.m. 

Trip kali ni aku juga bertemu secara tak sengaja dengan seorang Malaysian, Mrs A yang datang sambung PHD di sebuah universiti kat sini.  Bertemu semasa merayau di city centre dan aku gagahkan diri menyapa dia walaupun aku tak pasti dia adalah Indonesian atau Malaysian.  Mrs A, jemput kitaorang makan di rumahnya beberapa kali dan kitorang pun jemput dia sekeluarga makan di rumah.  Since dia dah duduk sini 4 tahun, dia dah banyak pengalaman dan dialah banyak ajar kitaorang macamana nak berbelanja murah.  Dia bawa kitaorang pergi ke kedai second hand dan dari situ kitaorang ada beli beberapa barang termasuk toys untuk baby SJ (aku cuma bawak 1 toy untuk dia dari KL sebab beg dah penuh) dan 2 ski sets.  

Mrs A datang ke Norway dengan  anak kecik, antara 9 tahun dan 3 tahun (yang kecik lahirkan di Norway) dan semuanya tahu bercakap Norway.  Aku cukup respek sebab dia berjaya mengharungi hidup seorang diri dengan 4 anak yang masih mentah.  Miss A kenalkan aku dengan seorang lagi fellow Malaysian yang kebetulannya dia terjumpa secara tak sengaja setahun sebelum tu. Kata Mrs A, diaorang lah the only Malaysian  yang menetap di Trondheim.  Miss A tamat PHD sebulan selepas kitaorang berjumpa dan balik ke Malaysia di hujung 2011.  

Sampai sekarang aku di Miss A masih berkawan baik.  Semasa aku tulis ni, yang aku tahu dari Miss A, buat masa sekarang cuma ada 1 Malaysian yang baru datang menyambung study di Trondheim dan kalau aku berpeluang pergi lagi, aku pasti contact dia (walaupun aku tak kenal orang ni) dan bawa buah tangan dari Malaysia sebab aku tahu perasaannya duduk di tempat langsung tak ada kawan senegara.

Bagi rakan-rakan traveller, apa yang aku boleh katakan Norway memang awesome.  Insyaallah aku akan kembali sebagai traveler satu masa akan datang.  Aku mahu teroka Norway. Datang atas pakej pekerja aku tak boleh sesuka hati ambik cuti sebab aku di bayar daily allowance.  Norway memang unik dan aku pasti korang pun pasti jatuh hati dengan negara matahari tengah malam ni. 

Selebihnya, enjoy the weather and the country
 









 
Untuk baca post Trondheim ketika summer boleh klik link-link di bawah:
Norway-summer-2006-Pengenalan 
Norway-summer-2006-Panduan bajet ke Norway 
Norway-summer-2006-sekitar-bandar
Norway-summer-2006-suburbs-part1 
Norway-summer-2006-suburbs-part2 
Norway-summer-2006-Best 20





 

9 comments:

  1. Salam perkenalan, found yr blog dkt blog MKL...Terlopong baca cerita u, x berkelip... best ya dapat kerja kat luar negara... mcm saya ni asik la lepak tempat yg sama..nk ke luar negara, sendirian bhd aja la... tp cost of living tinggi ya... naik bas p kedai pon mahal.... cantik area tmpt u all tinggal..tngk dari gmbr pon mcam very relaxing and stress-free, yelah 5 minit dah sampai rumah..best tu... kat KL, kite bergelut dgn jam sesaje..huhuhu... sambung la cerita lagi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica,
      Salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi melawat blog budak kampung. Trondheim ni memang special sikit di hati aku. Bandar kecik, aman damai. Yelah, Norway memang antara living cost paling tinggi dalam dunia tapi sangat cantik dan orang-orangnya sangat baik. Kumpul lah duit, Norway memang berbaloi di lawati. Aku akan sambung cerita lagi, tunggu ye :). Sekali lagi Thanks

      Delete
  2. Anak yang comel itu mesti dah besar...cuba tunjuk gambar anak yang comel itu sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Khairuddin,
      Budak kecik ni tak dah berapa kecik :). Dah banyak akai kalau travel. Sekali sekala teraksa masukkan muka dia sebab dah tak ada gambar lain

      Delete
  3. customs kat airport tu strict tak? kalau bawak makanan dalam tin mcm tuna, sardin, pastu brahims segera mcm nasik goreng semua tu, kene declare ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra, Airport dia memang sempoi. Langsung tak strict. Bawak aje makanan, declare aje kalau risau. Kitaorang bawak sekotak besar susu (dalam 10 kg berat keseluruhan) tapi lupa nak declare. selamat aje.

      Delete
  4. Wei, best gila. Dapat peluang kerja kat sana, dah serupa macam buat short sem. Aku ada angan2 gak ni nak jejak Norway tapi ntah bila terlaksana. Insha Allah, one day. Memang kena usaha keras ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Bie. Aku doakan Allah izinkan aku balik ke Norway satu hari. Aku nak teroka Norway dan mencari seseorang di Tromso ;).. haha.

      Delete
  5. Hi...maybe someday awak datang travel ke Romania...

    ReplyDelete