Post ni adalah sambungan dari post lepas. Kalau belum baca post lepas, bolek klik SUBURBS_PART 1
Dan post-post yang sebelumnya dan berkaitan dengan winter di Trondheim
Norway_Winter_Intro
Trondheim-city-centre
Sambungan:
5. Tyholt tower
Tyholt Tower adalah tower berputar atau scenery tower. Sama konsep macam Menara KL tapi tak setinggi menara KL. Sekitar 7-8 tingkat aje. Tapi since dia memang dah duduk di tempat tinggi, pemandangan dari atas memang cantik. Aku memang suka ke sini. First time datang dengan miss A dan kemudiannya hampir dua minggu sekali kitaorang ke sana. Treat diri dengan pizza kekononnya. Yang bagus nak naik ke tower tak ada entrance fee dan kalau tak nak makan kat restoran berputarpun tak apa cuma tak dapatlah tengok scenery dari tingkat paling atas.
Untuk ke sini kena naik bas. Tak silap aku bas no 20 (kena ambik bas depan hypermarket Rema 1000 di city centre).
Tyholt Tower waktu siang
Tyholt waktu malam
Sorroundings
Pemandangan dari Tyholt Tower
6. Skistua
Aku rasa dari nama dia korang dah boleh agak tempat apa ni. Skistua adalah tempat orang main cross country ski. Lokasi dia dalam 20-30 minit naik bas dari city centre. Pengangkutan ke sini adalah bas dari city centre. Untuk yang nak buat reference, aku sebenarnya dah lupa nombor bas untuk pergi Skistua tapi seingat aku, kena naik setentang dengan pasaraya Rema1000.
Ada weekend-weekend tertentu ada kelas ski percuma (community project) untuk kanak-kanak so bagi yang berkeluarga atau rasa dia masih kanak-kanak boleh lah join. Kitaorang memang tak layaklah & baby SJ pun kecik sangat lagi, kalau besar sikit aku hantar je.
Sama macam Lian, di Skistua juga ada club house. Kalau sejuk sangat boleh lari masuk dalam club house. Tak nak minum pun orang tak marah. Sangat cosy, siap dengan sofa dan pendiang api. Untuk kanak-kanak, ada toys dan buku kanak-kanak yang banyak. Baby SJ sangat happy kalau ke sini sebab boleh main puas-puas. Macam yang aku pernah cakap, aku tak bawak banyak toys ke sini dan jugak tak mampu beli banyak-banyak sebab mahal. Jadinya setiap kali ke sini, dia mesti tak nak balik bila jumpa toys. Kesian jadi anak aku.

Depan Club house
Dalam Club house. Muka puas hati sebab ada banyak mainan
Ski slope. Aku tengok dari jauh ajelah. Kat tempat rata pun jatuh
tunggang langgang, inikan pulak tempat curam gitu. Mahu patah 20 tulang.
Semua yang ke sini pikul ski set. Kitaorang tak nak kalah, pikul lah jugak tunggang langgang, inikan pulak tempat curam gitu. Mahu patah 20 tulang.
walaupun main tah apa-apa. Gaya kena ada katanya.
Semua orang yang datang main kat sini, gaya semua pro. Kalu setakat newbie macam kitaorang ni buat kena langgar je. Route dia pun lebih mencabar compare dengan Lian. Skistua ni area jajahannya sebenarnya sangat besar, sebab tu sesuai untuk cross country ski. Biasanya orang akan naik bas ke peak Skistua (yang dalam gambar atas ni) dan ski menurun ke kaki bukit. Agak-agak aku adalah dalam 5 km route dia. Kalaulah aku pandai. Aku akan pikul baby SJ kat bahu sambil berski 5km. Hahah..tak salah berangan.
Tak pandaipun, kitaorang masih mengigihkan diri main kat area flat cuma taklah selama main kat Lian sebab kat sini public bus
yang paling last dalam pukul 4 petang, so kena make sure balik sebelum
pukul 4.
Aku
sebolehnya tak nak ambik trip yang paling akhir sebab orang akan
bersesak-sesak, so biasanya kitaorang pilih trip yang kedua terakhir. Kalau tertinggal bas, masak sikitlah sebab tempat ni remote sikit. Busuk-busuk, kena naik teksi yang pada jangkaan aku paling tidak, kenalah NOK500 untuk sampai town (rasanya lebih mahal sebab jarak ke town dalam 15 minit drive dan rate teksi untuk weekend lagi mahal dari hari biasa). Ataupun jalan kaki yang mananya tak mudah sebab tak ada bahu jalan dan maybe menganggu orang yang cross country menurun cerun. Di mana-mana orang akan berski kat sini. Dan kalau kita berjalan kaki, memang nampak awkward dan sedikit menganggu.
Sunset dari Skistua
Ini adalah post terakhir tentang Trondheim, Norway. Bandar favourite aku. Aku doa satu hari aku berpeluang balik ke sini lagi. Sesuka mana aku di mana-mana bandar di negara-negara yang aku pernah sampai (kecuali Malaysialah, negara tanah tumpah darah), aku tak rasa sama dengan sukanya aku dengan Trondheim. Untuk yang sukakan bandar kecik macam aku, pasti korang pun jatuh hati dengan Trondheim.
Aku sebenarnya pernah mintak di tukarkan ke sini tapi since tak ada kekosongan, aku hanya berjaya dapat tempat di satu bandar di selatan Norway iaitu Stavanger. Bagaimanapun selepas di timbal-timbal, aku terpaksa tolak offer. Sampai sekarang aku sebenarnya tak pasti aku dah buat keputusan yang betul atau tak tapi apa yang aku tahu kalau aku dapat tempat di Trondheim aku tak kan teragak-agak terima offer tadi. Ini bermakna aku kena fikir macamana nak angkut 7 ekor kucing aku ke sini.
Post akan datang aku akan share pengalaman aku travel keluar dari Trondheim ke Oslo,
Rorøs dan Are.
Apapun, Skistua memang antara tempat yang terbaik untuk kaki ski. Suka atau tidak dengan aktiviti ni, yang pasti banyak yang kita boleh enjoy. Aku memang sangat suka tempat ni. Mesti korang cakap, semua tempatpun aku suka kan. Tapi itulah hakikatnnya. Maybe sebab aku pegang pada konsep When in Rome, do as the romans do DAN expect the unexpected. Everything will fall into place.
7. Brundalen
Brudalen
ni area penempatan semata. Biasanya budak-budak universiti duduk area
sini sebab dia tak jauh dari NTNU (Norwegian University of Science and
Techcnology). Aku ke sini beberapa kali sebab melawat Miss A. Ok
jugalah tempat ni sebab snow kat sini memang tebal dan ada tempat untuk
main. Lagipun orang tak ramai. Masa aku main tu, satu bukit tu cuma
kitaorang je (family aku & famaly Miss A)
Tobogganing.. mula-mula gelungsur, ni part paling best. Yang tua lebih-lebih.
Dah sampai bawah
Pemandu muda
Dah sampai bawah
Pemandu muda
Part yang semua orang tak suka. heret balik benda tu naik atas slope
Ini adalah post terakhir tentang Trondheim, Norway. Bandar favourite aku. Aku doa satu hari aku berpeluang balik ke sini lagi. Sesuka mana aku di mana-mana bandar di negara-negara yang aku pernah sampai (kecuali Malaysialah, negara tanah tumpah darah), aku tak rasa sama dengan sukanya aku dengan Trondheim. Untuk yang sukakan bandar kecik macam aku, pasti korang pun jatuh hati dengan Trondheim.
Aku sebenarnya pernah mintak di tukarkan ke sini tapi since tak ada kekosongan, aku hanya berjaya dapat tempat di satu bandar di selatan Norway iaitu Stavanger. Bagaimanapun selepas di timbal-timbal, aku terpaksa tolak offer. Sampai sekarang aku sebenarnya tak pasti aku dah buat keputusan yang betul atau tak tapi apa yang aku tahu kalau aku dapat tempat di Trondheim aku tak kan teragak-agak terima offer tadi. Ini bermakna aku kena fikir macamana nak angkut 7 ekor kucing aku ke sini.
Post akan datang aku akan share pengalaman aku travel keluar dari Trondheim ke Oslo,
Rorøs dan Are.
Aku harap korang enjoy baca pengalaman aku dan boleh jadikan pengalaman aku sebagai panduan kalau berhajat ke Norway satu hari nanti. Enjoy sebagaimana kami enjoy.
Untuk baca post penuh Trondheim ketika summer boleh klik link-link di bawah:
Aku suka snow despite orang duk kait white environ with gloomy mood. Lantak. Yang penting aku memang gila snow. Haha so bila baca entry ko ni hati aku memang membuak jeles. Everywhere pun putih je, memang bagi aku sangat tenang!
ReplyDeleteLantak kan. Sama lah kita. Biar nak kena hypotermia pun aku sanggup.
ReplyDelete