Saturday, January 10, 2015

Norway Winter 2011_Trondheim city centre

Untuk baca post yang sebelum pasal winter di Trondheim, klik
Norway_Winter_Intro
 


Aku pernah tulis pasal Trondheim city semasa summer 2006.  Untuk baca post lepas, klik SINI. Tak banyak perubahan sejak aku tinggalkan Trondheim 5 tahun yang lalu.  Cuma ada beberapa bangunan baru termasuklah Rockheim Music museum.

Setiap weekend, walaupun cuaca yang tak berapa cerah dan sedikit lecak, aku, Encik D & baby SJ akan tetap keluar sekitar bandar ataupun jauh sikit.  Sejuk tak sejuk, inilah masa yang ada nak nikmati negara orang.

Antara tempat yang kitaorang jelajah

 

1.  Royal Palace

Suka atau tidak, once pergi city centre pasti jumpa ini.  Istana rasmi raja Norway.  Kebanyakan masa di tutup pada umum tapi tak silap setahun sekali di buka untuk public.  Kata orang sekali sekala ada lah peluang nampak muka raja kalau dia balik Trondheim. Masa lain tak silap dia duduk di bandar lain.


Bangunan oren itulah royal palace.  Sempoi kan.  Langsung tak ada pagar.  
Di belakang bangunan ada garden yang kita boleh masuk.  Aku pernah lalu 
tapi tak ada gambar


 Kanan; Royal palace.  Tengah; jalan.  Kiri; shoplots


2.   The Popular Nivelda River, Trondheim view



Encik D agak terkilan tak dapat ambik boat tour sebab boat tour cuma ada masa antara April hingga October sahaja. 


3.  Nidaros Cathedral

Church tertua di Trondheim, di bina pada 1070.  Tak lengkap ke Trondheim kalau tak tengok sendiri church yang famous ini.  Aku memang suka ke sini dari dulu dan juga menjenguk graveyard pahlawan-pahlawan viking di sebelah church

First time kitaorang pergi masa autumn, first weekend di Trondheim.  Agak sunyi compare dengan masa summer tapi aku memang tak jemu datang sini.  Aku suka dengan ukiran di bangunan.  Secara peribadi, aku rasa Nidaros Catheral ni adalah church paling cantik di Europe yang pernah aku tengok.


Walaupun tak semeriah summer dari jumlah bilangan pengunjung tapi masih menarik 
dan bila di gabungkan dengan pokok-pokok yang dah tak ada daun, sedikit menyeramkan.


Bagi aku ini seram sikit.  Ada kes aku jalan-jalan hingga ke hujung, tiba-tiba 
rasa meremang bulu roma.  Aku terus ajak Encik D blah.  Tapi aku ni kan memang 
penakut, so boleh lah kalau abaikan imiginasi aku


Second time pergi sini masa winter tapi tak dapat stay lama sebab sejuk dia lain macam,  Maybe sebab dah lewat petang.  Kitaorang lari masuk ke kedai souvenir dan kemudian balik ke arah city center.





4. Gamle Bybro (the old bridge)

Terletak di belakang Nidaros Cathedral.  Jambatan ni di tutup untuk sebarang kenderaan kecuali basikal. Basikal jarang aje lalu kat sini so kalau nak ambik gambar sambil baring atas jambatan pun masih selamat.


Kualiti gambar tak berapa baik. Sila rujuk google image atau post
summer aku untuk gambar yang elok sikit.


5.  Jule (Christmas market) di Trondheim Square

Orang Norway pangil Christmas market sebagai Jule market.  Sebetulnya aku tak ada banyak gambar yang boleh di kongsi tapi apa yang aku boleh cakap, ianya unik seperti di kebanyakan Negara Eropah lain.

Jule market biasanya start sebulan sebelum Krismas dan sangat meriah dengan orang tempatan.  Kebanyakan barang yang di jual barang persiapan krismas dan buatan tempatan. walaupun tak ada benda yang kitaorang boleh beli tapi best sampaikan hampir setiap weekend kitaorang pergi menyibuk kat situ.  Bukan setakat kitaorang, tapi Miss A dan anak-anak pun sama tumpang menyibuk macam kitaorang.




 Antara gerai di Jule Market.  Ada sekitar 20 buah gerai jual preparation untuk Krismas.  
Bila dah dekat dengan krismas, dia orang jugak start jual pokok krismas.

Antara yang di jual; hiasan untuk gantung kat pintu masa krismas


Aku rasa benda2 yang di buat dari jerami gandum ni ada kaitan dengan 
kepercayaan diaorang.  Apapun memang cantik.  


6.  Olaf Tryggvason monument

  
Warrior dan raja Norway di kurun ke 10.  Letak betul-betul di tengah-tengah bandar yang di kenali square market (tang mana square aku tak tahu).  Kalau tak jumpa Encik Olaf ni maknanya kita belum sampai betul-betul tengah bandar.  


6.  Kristiansten Fortress

Kitaorang ambik bas ke sini sebab tak larat nak jalan sambil tolak stroller dalam sejuk (summer 2006 aku cuma kayuh basikal ke sini sebab kedudukan dia sebenarnya tak jauh dari city centre).  Hari paling sejuk sepanjang aku di Trondheim yang mana suhu jatuh pada -16 degree.  Dari bus stop kitaorang terpaksa cross padang bola (used to be padang bola masa summer tapi jangan tak tahu aku pernah nampak budak sini main bola dalam salji) dan panjat bukit sikit.  

Belum sampai ke fortress, kaki dah berdenyut-denyut. Pemandangan dia memang cantik sebab semuanya putih.  Dari tanah hinggalah bangunan.  Pemandangan sekeliling pun cantik dari sini dan walaupun kaki berdenyut-denyut rasa tak rugi datang sini.  Rasa tenang dan rasa sayu pun ada.

Tempat sunyi sebab tak ada orang kecuali kitaorang.  Cafe kecik yang ada atas bukit ni tutup masa winter, kalau tak, boleh jugak stop makan waffle sambil panaskan badan.  Kitaorang kemudian lari ke 7-Eleven kat dekat-dekat situ dan order kopi O.  Lepas kaki dah ok sikit barulah kitaorang naik bas ke destinasi berikutnya

Fortress dari sudut berbeza

Pemandangan yang boleh dapat dari Fortress.  Sangat berbaloi mendaki 
naik sampai nak kena hypothermia (ye, aku exagerrate).



7.  Lorong-lorong

Aku suka keluar masuk lorong-lorong kecik setiap kali datang sini.  Rasa damai.  Paling aku suka ke Nedre Bakklandet area (maksud dia Lower Bakklandet).  Kat sini ada banyak cafe dan butik-butik kecik.  Ada je masa lapang, kitaorang pasti merayau.





Bila dekat dengan krismas, semua orang gembira dan tak pelik tiba-tiba ada street performance atau christmas carol di tengah-tengah jalan.  Krismas kat sini adalah event yang sangat besar.  Selain dari few weeks vacations, dua kali setahun Norwegian ambik cuti untuk perayaan besar iaitu easter dan krismas.  Aku mulanya tak sangka sangat besar tu maksudnya SANGAT besar sampailah krismas datang.
  
Since krismas adalah satu event yang sangat private (for family members sahaja), makanya aku malas nak ganggu kawan-kawan semasa krismas.  Kitaorang banyak spend masa di rumah dan selebihnya merayau di sekitar bandar.  Aku tak nampak langsung manusia dan semua kedai tutup (tapi tak perasan pulak 7-Eleven).

Kitaorang sebenarnya hampir kehabisan bekalan makanan sebab tak sangka hypermarket pun di tutup lama.  Nasib baik sehari sebelum krismas aku teringat nak beli beras yang kebetulannya hampir habis.  Nyaris.  2 hari selepas krismas, nasib baik kedai African mula buka maka dapatlah beli barangan frozen.  Tapi hypermarket dan semua kedai lain di buka hampir seminggu selepas krismas.  Satu pengalaman baru untuk aku.


City center dua hari selepas krismas.  Macam di langgar garuda atau dalam cerita zombie




8.  Rockheim Museum

Rockheim museum adalah Muzium Musik.  Satu meseum yang sangat berbaloi pergi kalo korang peminat muzik.  Bahan-bahan pameran termasuklah alat-alat musik yang dari dulu sampai sekarang, sejarah perkembangan musik di Norway dan bilik2 nak test skill bagi yang berminat


Bangunan Rockheim museum.  Seluruh bangunan (4 tingkat semuanya) adalah museum


Rockheim museum letak dekat Trondheim port.  Dari jauh nampak Munkolment 
Island (aku ada tulis pasal pulau ni dalam entry summer aku)

Semua jenis alat hiburan ada kat sini

Studio pun ada dan bagi sesapa yang ada cita-cita nak jadi retis, boleh praktis sini.  
Aku dapat tengok macam-macam ragam orang


Ruang pameran

Apa yang aku boleh kata, Encik D memang enjoy habis hari tu.  Walaupun entrance fee dia mahal sikit (NOK200) tapi bagi peminat muzik, tempat ni sangat berbaloi.  Jauh lebih hebat dari British Music meseum di London.



9. Bicycle lift

Di area Nedre (tak jauh dari Gamle Brybo) ada lift basikal.  Saru-satunya lift untuk bawak naik basikal ke puncak bukit di dalam dunia.  Rasanya musim autumn dan winterlah paling berguna lift ni sebab jalan licin.  Kalo korang perhatikan bahagian kanan jalan tu ada benda macam batang besi, itulah lift.  Masukkan tayar basikal ke dalam laluan besi tu, bayar duit dan tekan button start. Lift akan gerak tapi dalam pada tu aku rasa kita yang pegang basikal ni kenalah melangkah macam jalan naik bukit.  Aku pernah tengok tapi aku dah lupa* apa tuan basikal tu buat masa lift bawak basikal dia naik ( * Baca; masalah di makan usia)





10.  Trondheim jetty

Jeti ni terletak betul-betul dalam bandar dan antara bulan april hingga oktober setiap tahun kita boleh naik tour boat dari sini.  Berdepan dengan jeti adalah depot keretapi dan di sebelah jeti ada wet market jual hasil tangkapan laut (buka masa musim panas tapi seingat aku dia tutup masa winter).  Kalau ke sini korang boleh try seafood pasta dia.  Sangat sedap 




 Monument nelayan.  atau viking barangkali?




11.  Sana sini dalam bandar

Kalau tak ada plan, jangan risau.  Buat aje aktiviti merayau kat area city centre, aku janji pasti ada benda yang cantik untuk di enjoy. 




Aku tertanya-tanya tak sejuk ke burung-burung merpati tu.  Tak kut kan.  





Inilah antara yang aku buat semasa winter di kawasan bandar.  Ada a few tempat menarik lagi tapi aku tak ada gambar yang sesuai nak share.  Masa tu aku belum terpikir nak tulis blog macam aku buat sekarang so banyak yang aku miss nak ambik gambar yang proper.  Sebab itu jugaklah banyak gambar ada muka baby SJ sebab aku memang tak ada gambar lain untuk di ganti.

Bersambung..




Untuk baca post penuh Trondheim ketika summer boleh klik link-link di bawah:
Norway-summer-2006-Pengenalan 
Norway-summer-2006-Panduan bajet ke Norway 
Norway-summer-2006-sekitar-bandar
Norway-summer-2006-suburbs-part1 
Norway-summer-2006-suburbs-part2 
Norway-summer-2006-Best 20





10 comments:

  1. bestnyaaa snow akak! saya ada sorang kawan kat sini. tak tau sempat ke tak nak pegi melawat dia. ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah senang John. Accomodation dah selamat. Pergilah kalau ada kesempatan. Winter is better than summer agaknya. Tapi compare dengan aurora yang John experience hari tu tak tahulah kan. Kata orang Trondheim kadang2 ada tempias aurora tapi kitaorang tak bernasib baik. Agakknya kena duduk kampung sikut spy gelap baru nampak kut

      Delete
  2. waaahhh, cantik giler all the pics...paling cun yang last tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Zilla.. sebenarnya di luar lagi cantik.

      Delete
  3. Replies
    1. Thanks Encik Khairuddin. Jepun sudah. Europe Next Encik? Hehe

      Delete
  4. sana-sini salji memutih.... Warna2 bangunan di sana memang mcm tu ya...? colourful...

    ReplyDelete
  5. Farikica.. Bila winter dah mood baik dapat banyak salji tapi bila mood tak baik, lecak ajelah. Kitaorang jugak merasa pengalaman ribut salji.. takut jugak sebab memang dasyat. rasa bergoyang nuilding kitaorang duduk tu. Dengarnya banyak rumah tepi pantai hilang bumbung. Bangunan kat sana memang banyak kaler.. tu yang best nak mabik gambar :)

    ReplyDelete
  6. Lama xsinggah aku miss few entries. Ko tau kan aku suka giler baca travel experiences ko. Hihi. Bak kata ko, kalau dah rasa xde apa nak buat...merayap jelah kat city center. Mesti akan ada benda nak dibuat. I agree. Jalan2 sesaja without proper planning pun best. Kalau sesat pun lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Bila sesat tu lah jumpa benda yang tak di sangka-sangka. Kitaorang selalu sesat. sangat selalu. Hehe

      Delete