Tuesday, January 27, 2015

Norway Winter 2011 _ 48 jam di Oslo (d2)




Post sebelum ni pasal Oslo klik  
Oslo introduction
Oslo day1 

48 jam di Oslo - Hari kedua

Hari kedua ialah hari last kitaorang di Oslo.  Flight balik ke Trondheim malam, jadi ada ample time nak heret kaki ke sana-sini.  Kitaorang check-out dari hostel selepas breakfast dan hostel bagi permission untuk simpan bag di locker hostel.  

Lepas simpan bag, ambik tram ke Vigeland Park (aka Vigelandsparken Sculpture Park).  Klik SINI untuk website rasmi.  Untuk ke sini boleh ambik bas nombor 20 atau tram nombor 12 dari city centre.  Untuk masuk, tak ada entrance fee di kenakan dan di buka 24 jam.  Keluasan park sangat besar dan saujana mata memandang.  Bagi kitaorang, kaki berdenyut-denyut sementara nak habiskan semua.  Ada masa aku sampai menjinjit kaki nak hilangkan sejuk.

Vigeland Park adalah Scuplture park dan mungkin bagi sesetengah orang mungkin akan sikit tergganggu sebab kebanyakan sculpture kat sini tak pakai baju.  Pandang aje semua ni sebagai hasil seni.  Untuk faham setiap sculpture di park ni, ada satu blog yang korang boleh rujuk - vigelandscupturepark.blogspot.com


The most photographed sculpture tapi kata blog tadi 
tak ada siapa tahu kenapa budak tu menangis

A father and son

Brothers?












Bagi yang tak suka sculpture, boleh jalan cepat-cepat melintasi segala patung ni untuk enjoy keindahan taman.  Walaupun sejuk tapi cuaca hari tu sangat baik.  Mata kitaorang di jamukan dengan keindahan Oslo




















Inilah kerja kitaorang di antaranya.  Masuk cafe dan order Kopi O untuk panaskan badan.

secangkir coffee & sebiji muffin untuk melawan kesejukan

Keluar dari Vigeand Park tengahari dah menghala ke petang.  Kitaorang ambik tram ke arah Borgatta dan makan.  Selesai makan bila tengok jam, masih sempat untuk ke satu lagi tempat iconic Oslo.  Kitaorang ambik subway (train) ke Holmenkollen Oslo Ski Jump.  Ski jump ni letaknya jauh keluar dari city.  

Bila sampai di station yang sepatutnya, kitaorang tak nampak orang.  Cuak jugak sebab macam tak ada rupa jump area je.  Tak lama lepas tu ada lah nampak ada orang pikul ski set, baru rasa sedap hati cuma aku tertanya jugak dalam hati kenapalah orangnya 2,3 kerat aje.  

Berjalan punya jalan tak jumpa sampailah lastnya nampak lah structurenya.  Rupanya kitaorang turun di stesen yang salah iaitu di kaki jump area di tambah lagi tempat tu dah tutup.  Maybe hari ahad, dia tutup awal.  Nasib baik nampak juga structurenya jadi tak lah ralat sangat.  Tinggi gila slope ski jump ni.  Tengok aje pun dah rasa gayat. 

Ambik sekeping dua gambar, kitaorang berlari turun ke station sebab dah tak tahan sejuk. 


Holmenkollen Oslo Ski Jump


Dari station, kitaorang ambik subway balik ke city centre sebelum ambik tram balik ke hostel untuk ambik bag dan  naik bas ke airport.  

Flight balik ke Trondheim on time.  Aku sebenarnya agak risau sebab aku cuma ada masa yang singkat untuk kejar bas airport transfer yang paling last.  Keluar dari arrival hall, jam dah pukul 12 lebih malam, kitaorang berlari pergi ke arah bas.  Sempat-sempat aje naik last bas sebelum bas berjalan.  Tak boleh bayangkan kalau kena tidur di airport malam tu sebab mesti sejuk gila.

Kesimpulan dari trip ni, walaupun trip ni sangat singkat tapi aku rasa berbaloi.  Aku dah boleh ingat aku dah pernah sampai salah satu bandaraya termahal dalam dunia.  Alhamdullilah survive.








4 comments:

  1. Replies
    1. Cantik jugak, tapi agaknya bila malam mesti seram sikit park ni. Dahlah banyak patung, ada banyak pokok botak lagi

      Delete