Tuesday, January 20, 2015

Weekend trip ke Oslo - Introduction



Kitaorang berkesempatan melawat salah 1 bandaraya termahal di dunia selama 2 hari 2 malam.  Keputusan yang spontan.  

Mulanya terfikir pasal train tapi risau baby SJ tak selesa. Maka aku check ticket flight, jumpa tiket murah, aku pun terus beli.   Kemudian start menyesal sebab bila baca forum dan di beritahu oleh Miss A yang train ada family koc.  Selesa dan memang best.  Harga mahal sikit dari tiket flight tapi sebenarnya kalau di kira sekali dengan airport transfer  plus extra 1 malam kat hostel di Oslo, memang lebih berbaloi naik train.  Aku telan air liur sebab tiket dah beli dan kalau aku cancel refund pun ciput aje.  Menyesal tau sebab kalau ambik train memang hidup aku mudah.  Depan rumah aku ada train station kecik so ada gaya door to door service gitu.

So end up naik flight juga ke Oslo.  Flight ke Oslo jumaat malam dan flight return Ahad malam.   

Ok pengenalan serba sedikit tentang Oslo.  Oslo adalah ibu negara Norway & letak di Southeastern Norway.  Kata wikipedia, Oslo was ranked number one in terms of quality of life among European large cities in the European Cities of the Future 2012 report by fDi magazineKata aku, mari cuba.  At least once in a lifetime walaupun agak ketar dengan kos ke sana.  

Kedudukan geografi Oslo


1. Pengangkutan

     Flight, Bas, Tram(trikk) & subway

  • Dari Trondheim kitaorang ambil flight yang memakan masa sejam.  Airport transfer untuk round trip dalam 220 NOK sorang.  Aku tang ni lah yang ralat gi ambik flight.
  • Dari Oslo Gardemoen airport (ingat betul-betul nama airport kalau ke Oslo kerana Oslo sebenarnya mempunyai 3 airports), kitaorang naik bas untuk ke city centre.  Koyak poket dengan kos airport transfer; 265 NOK seorang untuk round trip. Tapi untuk future reference,  lepas tu aku dapat tahu sebenarnya lebih jimat kalau ambil keretapi nsb.no dari airport ke city centre (ini bukannya keretapi airport tapi keretapi biasa). Harga tiket keretapi khas untuk airport adalah lebih kurang atau sedikit mahal dari tiket bas.
  • Pengangkutan di dalam bandar yang terbaik pada aku adalah Tram. Mudah untuk kemana-mana.  Pengangkutan awam jugak bukan sesuatu yang murah di Oslo tetapi untuk jimat kitaorang beli Oslo pass.  
  • Terdapat 3 jenis pass iaitu 24 jam, 48 jam & 72 jam.  Dengan Oslo pass, kita akan dapat menaiki public transports di dalam bandar dan entrance bagi kebanyakan muzium secara percuma .  Kitaorang pilih  Oslo pass 72 jam walaupun kitaorang cuma stay 2 hari di Oslo.  Reason dia, hanya dengan pass 72 jam dapat tiket hop on hop off boat ride percuma (kalau beli asing 190 NOK sorang untuk hop on hop off).  Harga untuk package 72 jam ialah 430 NOK seorang.  Beza antara package 48 jam dan 72 jam adalah 90 NOK
Tram
  • Public transport di Oslo sangat cemerlang dan bersih.  Antara yang terbersih yang pernah aku naik.  
  
2.  Penginapan

Kawan Norwegian aku yang based di Oslo ada offer kitaorang penginapan percuma di rumah dia (kebetulannya dia akan out station maka katanya mesti aku selesa sebab dia tak ada) tapi Encik D keberatan sebab segan.  Baik gila walaupun aku bukannya kenal rapat sangat dengan dia.  Aku mulanya contact dia untuk dapat maklumat pasal Oslo dan terus dia offer aku rumah dia.  Itulah level hospitality orang Norway.

Maka kitaorang pilih hostel.  Harga hotel di Oslo sangat mahal dan hostel sahajalah yang kitaorang mampu.  Nasib baik salah satu hostel terima budak iaitu Haraldsheim hostel melalui hostelbookers.com. Kitaorang terpaksa ambik private room ( 2 pasang katil bertingkat) dengan harga 1260 NOK untuk 2 malam.  Rugi sebab kitaorang cuma guna 2 katil tapi since budak juga di kira satu kepala, terpaksa juga lah.  Yang bestnya, hostel ni dekat dengan mana-mana pengangkutan awam termasuk tram, subway, bas mahupun dalam laluan airport transfer.
 

Satu-satunya challenge kalu ada ialah hostel ni duduk kat atas bukit jadinya kitaorang struggle dari kali pertama sampai bila heret beg besar berserta dengan stroller.  Bukan ketinggian bukit yang jadi ukuran sebenarnya tapi kelicinan jalan naik sebab berais sikit. 


Haraldsheim hostel.  Tak mudah nak heret bag ke sini.  Bas stop dengan hotel dalam 300m.


3.  Cuaca

Keadaan winter di Oslo tak sehebat Trondheim di sebabkan kedudukan geology dia tapi -6 degree di Oslo adalah lebih sejuk dari -6 degree di Trondheim.  Snow masih kurang masa aku pergi (hujung December), seolah-olah di penghujung autumn tapi permukaan tanah berais.  Lebih siksa berbanding dengan snow. 
Kata seorang kawan, biasanya bila kita berada semakin inland sejuknya semakin terasa berbanding kalau kita di coastal area.  Betullah aku rasa sebab aku rasa walaupun termometer tunjuk suhu taklah serendah mana compare dengan Trondheim tapi sejuk dia lain macam.  Kaki aku berdenyut-denyut pinjak tanah yang berais.
Paling terasa sejuk masa aku ambik  hop-on/hop-off boat dan masa pergi ke Vigeland Park.  Masa tu glove selapis rasa macam rasa tak cukup-cukup.  Kitaorang banyak ngopi untuk panaskan badan.  Nasib baik cafe ada di mana-mana.

 Saljinya nipis tapi sejuknya lebih-lebih


4.  Makanan halal

Makanan halal tak susah nak dapat di Oslo sebab dia consider bandar International.  Kat sini nampak ramai orang arab.  Kalau nak senang naik aje tram ke Borgatta area.  Kat situ banyak restoran orang arab dan juga groceries barang halal.  Boleh makan kebab atau beriani.  Aku ada makan luar dan ada jugak masak di hostel.

Harga makanan di Oslo masih consider sangat tinggi compare negara lain tapi murah sikit berbanding harga makanan di Trondheim.  Damage untuk sepinggan nasi arab dalam 110 - 130 NOK, dan kebab sekitar 80-90 NOK.  70-80% berbanding harga makanan di Trondheim.

Pendek kata, nak dapat makan halal amat mudah di Oslo, cuma kena tahan dengan harga makanan dia. 


5.  Lain-lain


Untuk yang ada hajat nak berkunjung ke Norway, aku rekomen korang masukkan Oslo ke dalam list tapi jangan spend lama sangat masa di sini sebab Norway offer lebih dari sebuah bandaraya yang besar.  Bagi aku, 3 hari sudah cukup untuk explore Oslo dan selebihnya maybe korang boleh travel ke bandar Kristiansand, Stavanger dan Bergen (antara bandar-bandar yang letak di bahagian selatan Norway).  

Bajet kasar yang aku spend termasuk tiket flight untuk 2 hari 2 malam ke Oslo dalam 2500-2800 NOK untuk seorang.  Agak mahal untuk trip yang singkat tapi aku rasa puas hati dengan apa yang aku experience sepanjang trip.



16 comments:

  1. Very informative tips about oslo.... memang mahal..mahal..mahal.. but when reading all yr posts, my heart opens up to visit this country... ntah kan mampu ntah kan tidak nak jejak kaki...huhuhu... penggunaan pass tu mmg banyak jimat ya kalau ke oslo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Farikica, Aku cuma share apa yang aku ingat je. Mudah-mudahan dapat membantu untuk yang berhajat. Dapat pahala :). baguslah kalau ada niat ke sana.. aku rekomen sangat2 at least sekali seumur hidup pergi Norway. Amazing country and amazing people. Tapi nasihat aku cuba pergi antara spring - autumn dulu. Winter payah sikit, selain cuaca, cepat gelap. Kedai, museum tutup super awal. Dan suka hujan terutama selatan Norway

      Delete
  2. Replies
    1. Thank you Encik Din. Saya cuma share apa yang ingat je. Banyak lagi dah lupa :)

      Delete
  3. Best baca blog ni. Banyak maklumat berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thamks Siti. Aku masih belajar, sangat banyak kekurangan

      Delete
  4. Like seriously, dari dulu nak gi Norway but since baca entries ko...rasa membuak tu xdapat dibendung. Aku nak tanam pokok duit. Bye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanamkan 2 pokok Bie. Aku nak sepokok :)

      Delete
  5. Plan nak ke norway & sweden next year. Tapi tengok bajet dia fulamakk haha plan nak tgk fjords kat norway, mungkin stay di oslo dalam 2 hari. Thanks for the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT30,
      Kena ada konsep ada kemahuan disitu ada jalan. Sebenarnya kalau well plan, Scandinavian is afforable. Rasanya kalau pergi dm Mar-Apr dan Aug-Sep lebih murah dari pergi masa peak summer. fjords trip adalah kemestian. Aku sendiri masih belum berkemampuan tapi dengar cerita pasal fjords meleleh air liur.

      Delete
  6. Jom exchange link dgn blog kami :) ada post pasal south island nz tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Menarik South island tu. Insyaaallah masuk dalam 2016 plan.

      Delete
  7. sgt membantu...nak g bulan 9 ni...mmg kadang2 ade skit cam menyesal bila kata mahal...tp demi pengalaman ....gagahkan jugak leee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ija..

      Menyesal is not a correct word for Oslo. Percaya lah, awak akan enjoy Norway. Cuma, dont spend too long in Oslo.. it just another big city. Keluar dari city and you definetely fall in love with Norway. I love that country so much and wish to move there. Hehe

      Delete
  8. wowwww...move to norway?...ohsem gilaaa...skrg ni sy tgh try cari sebanyak info...baca dari blog ni sgt membantu untuk trip nanti ....tq....

    ReplyDelete