Monday, January 12, 2015

Norway Winter 2011_Trondheim suburbs part1




Untuk baca post yang sebelum pasal winter di Trondheim, klik
Norway_Winter_Intro
Trondheim-city-centre
 



Post sudah pasal sekitar city centre.  Berjalan di tengah bandar memang berjalan semata.  Tahap kesopanan agak terserlah.  Aksi-aski ketawa terbahak-bahak memang tak ada takut orang tuduh gila. 

Bila keluar dari city centre, gaya lebih bebas. Kitaorang spend kebanyakan masa di luar city centre sebab lebih cantik dan boleh main snow sepuas hati

Kita mulakan dari lokasi paling dekat dekat dengan tempat kitaorang tinggal


1.  Belakang rumah / Gardemoen gate

Ini lah lokasi yang paling selesa.  Belakang apartment ada padang yang masa summer di jadikan padang untuk main bola dan juga playground.  Masa baru-baru sampai masih ada budak-budak main kat situ dan bila dan masuk winter, cuma kitaorang yang biasa ke situ.  Aku syak sebab salji dia tak tebal sangat dan orang local yang berkenderaan suka keluar lebih jauh untuk main di tempat-tempat yang ada better facilities

Sini nak main ski pun tak boleh sebab padangnya kecik.  Toboggan setakat untuk baby dan toddler. Macam baby SJ sesuailah sebab slopenya pun cinonet.  Main ski memang tak boleh lah.  Salji pun takat-takat keting kat belakang rumah. Kadang-kadang selepas balik kerja kitaorang turun main sebelum makan malam.  Kadang-kadang bila snow turun kitaorang buat-buat nak pergi kedai beli barang sedangkan bukan perlu sangat pun.  Semuanya sebab ketagih.

Aktiviti ski selepas waktu kerja perkara biasa untuk orang sini sebab kebanyakan tempat main ski ada lampu.  Salji di sambut dengan gembira.  Aku jugak di ajak join tapi since aku tak ada skill, malu nak join.  Cukuplah aku main belakang-belakang pokok je.  Hairan jugak aku sebab dia orang ni macam tak cukup-cukup rasa sejuk.  


* Ski set kitaorang beli dari kedai second hand.  Beli 2 pasang, satu untuk Encik D dan satu untuk aku.  Kos dua pasang cuma dalam NOK500 berbanding kalau beli baru dalam NOK2000 sepasang paling murah.  Setnya bukanlah elok sangat tapi padanlah dengan harga yang aku bayar.  Lagipun kalau setakat nak main rebah bangun rebah bangun, beli set mahal pun tak ada guna.  Sebenarnya ada kawan office nak bagi pinjam dia punya tapi aku tak berani nak ambik, manalah tahu aku jatuh sampai patah set tu, mampus nak bayar.  Nasib baik ada kedai second hand.

Bahagian depan rumah


Kat padang di belakang rumah

Tobogganing


* Tobogganing adalah satu permainan macam tarik upih pinang kat tempat kita.  Kat sini dalam container plastik atau benda nipis khas macam tikar.  Duduk kat atas atau dalam tu dan boleh mengelungsur turun slope atau di tarik oleh orang lain.  Dia jugak di kenali sebagai Akke Bregg di Norway kalu tak silap aku.

   

2.  Lademoen park

Lademoen park ni tak  jauh dengan rumah (dalam 200 m) tapi bila ada salji tempat ni cantik sebab dia hilly sikit.  Tak pernah pergi untuk main tapi selalu singgah bila balik dari city centre atau balik dari kedai grocerries  untuk menikmati snow sebab dia bukan di laluan utama & jadinya dia lambat kotor.  Kat situ situ ada church kecik dan bangku kalau nak lepak.  Juga dekat dengan bus stop, makanya kadang-kadang sementara tunggu bas dan lah main dulu.


 Lademoen park masa autumn

masa winter

3.  Trodelag Folk museum

Ini satu kemestian untuk mulakan dengan museum koleksi gaya hidup orang Norway sejak zaman dulu.  Aku dah pernah ke sini masa summer dulu tapi since ini kali pertama Encik D sampai Norway, jadi kitaorang ke sini.  Kitaorang ke sini masa autumn lagi tapi masa tu dah start sejuk sangat.  Nasib baik sesetengah building boleh masuk dan ada beberapa tempat yang sediakan pemanas tangan.  Hari  kitaorang pergi ada extra show yang mana ada christmas carol so dapatlah tengok orang menyanyi lagu krismas dalam bahasa Norway.  Highly recommend untuk sesiapa yang visit Trondheim.


Kat dalam folk museum.  Bangunan2 sekeliling semuanya replika bangunan-bangunan atau rumah-rumah di Norway di zaman dulu.  A good way to learn about Norway


Meriah sebab kebetulannya ada christmas carol.


Ada di sediakan tempat nak panaskan tangan.  Sangat membantu


Cute benda alah ni.  Ni street performance zaman-zaman dulu.  
Buat aku rasa aku hidup zaman 1800 an.
 
Nak naik kereta kuda pun boleh.


Indoor museum


satu lagi bahagian outdoor museum, part yang building agak recent


  
4.  Lian

Lian adalah satu area kat atas bukit dan boleh di access dengan tram.  Tiket tram termasuk dalam tiket public transport, so kalau ke Trondheim nak jalan-jalan, pastikan ke Lian.  Kata orang masa summer pun cantik.  Aku dulu tak tahu wujudnya tempat ni sampailah Miss A bagitau.  Maybe kawan-kawan opis ada pernah suggest tapi aku tak ambik port. 

Kitaorang ke Lian beberapa kali sepanjang di Trondheim dan aku memang suka tempat ni.  Untuk yang baru-baru nak cuba main ski macam kitaorang, Lian memang sesuai sebab sedikit hilly dan boleh sembunyi main celah-celah pokok kalau segan orang nampak kita jatuh. Haha.. itu yang aku buat sebenarnya.  Main ski perlukan banyak tenaga untuk ketawa jadi elok sangat ketawa sampai nganga mulut kat celah pokok.  Bunyi akan di serap oleh batang pokok.





Pemandangan on the way naik ke Lian.  Menara yang tinggi tu adalah Tyholt Tower.



Perjalanan naik ke Lian guna tram.  Perjalanan cuma ambik masa dalam 30 min.  Lian adalah stesen terakhir so tak payah risau terlajak.  


Tram stop yang cute gila.  Aku biasanya tinggalkan stroller dan bag kat situ.  Selamat aje.


Banyak benda boleh buat kat sini.  Ski, tobogganing, lepak-lepak menikmati tasik yang beku atau just sit quietly enjoy orang buat aktiviti.   Kat sini ada satu slope yang tinggi (dalam 30m) dan siapa yang berani tobogganing bolehlah turun ikut cerun.  Aku penakut so kitaorang cuma main kat slope yang rendah sikit.  Kalau sejuk atau lapar boleh rehat di club house kat atas bukit.  Setiap kali ke Lian, kitaorang  mesti ada break untuk panaskan badan sambil minum kopi O dan makan waffle  di club house.  


Lian.  Yang lapang kat tengah-tengah tu ialah tasik yang dah beku.  
Masa winter orang guna untuk main cross country ski.  

 Atas tu club house & bawah tu orang tengah tobogganing kat slope tinggi






 Menjelang sunset


 Rumah idaman.  Best semua putih tapi aku bajet harga rumah ni sekitar NOK 6 juta. 
Mati hidup balik pun aku tak mampu

Snowman yang tak berapa jadi. Cukup huduh. Snowman tu tengah cakap "Ooooo.."

 Encik D, 2 saat sebelum jatuh.. haha

Toboggan ni jugak berfungsi sebagai kereta labi-labi.

Menunggu tram untuk balik. Masa tu baju pun dah basah sebab lama sangat main 
 (nasib baik tak meresap ke dalam)
.


Post suburbs ni panjang sikit dan untuk elak korang bosan dengan cerita aku yang panjang ni, maka aku akan buat sambungan entry ni dalam part 2.


Bersambung..


6 comments:

  1. Replies
    1. Insyaalllah Encik Khairuddin. Tengah gigih nak siapkan next post.

      Delete
  2. Ya Allah bestnye! Part xde barang nak beli tapi kuar juga semata nak merasa snow...aku rasa aku pun join sekali buat keje gitu kalau kat sana. Something about winter yang aku jatuh hati. Melankoli sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. mengigihkan diri yang tah apa-apa Bie. Dengan anak kecik. Tapi yang best baby SJ suka snow. Kadang-kadang siap gelak-gelak bila snow jatuh atas dia. Personally, winter jatuh ranking kedua aku untuk travel selepas autumn.

      Delete
  3. saya plan nak gi Norway, dan sewa campervan.Time tu January. Saya tak ada experience drive kiri and dalam snow. Ada tak nasihat untuk saya. Bahaya tak saya drive time January. Kalau ikut itinerary saya..drive hampir 3000km. Mulai Tromso ke Oslo.
    Di harap dapat membantu. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      Soalan ni sebenarnya susah sikit nak jawab. Keberanian itu subjecktive. Cuma kalau saya berada di tempatencik saya prefer untuk travel menggunakan public transport. Atas beberapa sebab. Pertama, winter di norway agak extreme. Jan dan feb adalah bulan yang paling extreme. jalan mmg sangat licin dan perlukn kepakaran driver. Saya bukanlah candidate yang sesuai. Keduanya minyak dan toll di Norway sangat tinggi (even kepada orang norway dan atas sebab itulah ramai orang norway memilih untuk tidak membeli kenderaan). 1L petrol kosnya sekitar RM8-10. Ketiganya, melihat plan encik, kalau encik ambik kereta di Tromso dan pulangkan di Oslo, kosnya akan lebih tinggi dari encik pulangkan di Tromso. Better study dulu tapi jika mampu apa salahnya. ke emapat, saya tak pasti travel dengan campervan di musim sejuk adalah pilihan yang terbaik atau tidak. Bear in mind, suhunya boleh mencecah -30 degree. Most of the time, heater pun xmembantu sepenuhnya. Harap saya membantu

      Delete