Tuesday, October 27, 2015

Paris - Spring 2015 - City (Part 1)



 


Memandangkan masa yang kitaorang ada tak berapa banyak, jadinya kitaorang cuma pilih-pilih monument yang penting sahaja.  CK's bucket list nak tengok Eiffel Tower.  Apapun kena tunaikan hajat dia dulu.




1.  Eiffel Tower

Kitaorang ke Eiffel Tower di sebelah petang hari kedua di Paris.  Dalam Hujan renyai-renyai dan kitaorang dah sememangnya dah agak basah hasil dari hujan sepanjang hari.  Baju, seluar dan kasut semua orang basah walaupun kitaorang dah pakai payung dan rain-coat sebelum tu.  Kasut bukan setakat basah tapi kotor sekali. 

Kitaorang ambik Metro untuk ke Eiffel Tower.  Aku nak ajar satu tips untuk ke Eiffel Tower yang sangat effective.  Jom kita tengok Metro map dulu.  Korang boleh download Metro map di website www.parisdelight.net
 


Korang perlu ambik Metro ke station Trocadéro (Metro line 6 atau 9).  Dari sini ikut je sign arah Eiffel Tower.  Keluar dari station, belok kiri dan korang akan nampak satu dataran yang namanya Place du Trocadéro.  Korang jangan rush pergi ke Eiffel Tower dulu tapi sebaliknya pergi ke dataran ni dulu.  Dari sini korang akan dapat pemandangan Eiffel Tower.  Compare dengan sudut-sudut lain, Place du Trocadéro menjanjikan pemandangan paling sempurna dan lengkap pada pendapat aku.


Eiffel Tower dari Place du Trocadéro


Dah selesai urusan di  Place du Trocadéro  bolehlah gerak ke arah Eiffel Tower.  Kita perlu turun tangga dan bagus juga singgah di fountain untuk ambik gambar. 


Di depan fountain. Gambar kurang ok sebab hujan kucing-anjing agak 
hebat masa ni.  Aku kelam kabut sebab takut camera masuk air

 

Jalan ke depan lagi dan seberang Seine River dan ada bridge betul-betul di antara keduanya.  Semuanya bersimetri (symmetrical).  Kalau ambik gambar di atas line putih pembahagi jalan atas jambatan kita akan dapat gambar tower di tengah-tengah (tapi dinasihatkan jangan atau berhati-hati kut-kut ada kereta lalu).  Makin dekat kita akan dapat rasa betapa besarnya Eiffel Tower.  Binaan besi yang paling famous di dunia ini sangat besar dan sangat hebat.  




 The giant steel monument dari dekat


By the time kitaorang sampai di bawah Eiffel Tower, hujan memang lebat.  Di tambah dengan angin yang menderu aku rasa macam nak beku.  Berulang kali aku tanya Baby SJ dan CK diaorang nak balik atau tak, diaorang kata diaorang masih ok. Travel partners yang gigih.  Kitaorang terserempak dengan sekumpulan mak datin dari Malaysia dan aku macam biasa buat muka tak malu menegur diaorang.  End-up salah seorang dari dia orang 'tumpang' kitaorang naik ke tower top sebab yang lainnya dah biasa naik,  

Aku dari mula dah dapat bayangkan yang pasti berkabus dan tak nampak apa kat atas tapi hati ni degil nak naik jugak sebab tahun 2012 hari tu aku tak dapat naik.  Makanya kitaorang dan mak datin beratur untuk beli tiket. Tiket untuk naik ke tower top ialah €14. Panjang jugak barisan.  Selepas dapat tiket sekali lagi beratur dalam hujan untuk tunggu turn naik naik lif.  

Tengah beratur datang segerombolan rombongan dari korea potong barisan.  Aku rasa sangat jengkel sebab bukan sorang bukan dua tapi satu bas.  Aku lantas menegur dia orang.  Mulanya dia orang tak nak beralah tapi aku pun tak nak mengalah sebab Baby SJ yang masih kecik pun terpaksa beratur dalam hujan.  Finally dia orang gave in & mohon maaf.  Aku agak mak datin tu mesti cuak hari tu.  Mesti dia ingat aku ni ganas sangat orangnya.  Security personnel sangat strict yang mana semua bag di selongkar. so avoid bawak benda yang nampak meragukan.  Nanti tak pasal-pasal masuk lokap. Agak aku diaorang takut ada terrorist menyamar dan bawak bom.  

Ada 2 view platforms kat sini.  Satu di level 2 dan satu lagi di level 63 kalau tak silap aku. Dengan tiket Tower top kitaorang layak untuk rasa dua-dua platform.  Hati-hati dengan beg duit sebab orang terlalu ramai dan memang ada banyak kes pick-pocket kat atas sana.  Seperti di jangka, memang berkabus.  Vision setakat 50% je tapi ok lah.  Itu dah rezeki aku hari tu.  Aku suka tengok half glass full rather than half glass empty.  At least aku dah boleh berlagak dengan Encik D kat rumah esok-esok.  Puas tengok, kitaorang ambik lift turun.  Orang ramai dan berhimpit-himpit.  




  Ini aje lah rezeki aku.  Janji Allah rezeki aku takat tu aje.

 
Sampai bawah,  kitaorang decide nak tunggu lampu lip lap Eiffel Tower start.  Rasa tak lengkap tak dapat tengok lampu lip lap.  Tak sampai sejam pun kena tunggu pertunjukan lampu pun start.  Aku tak pernah fail untuk enjoy ini.  


   Eiffel dari dekat.  Sementara menunggu pertunjukan lampu start (photo Credit: CK)







 Pertunjukan lampu (Photo & Video credit: CK)

Pengalaman Eiffel Tower pada 2012 di SINI dan juga SINI



2.  St.  Michel Area

Berlegar di sekitar St Mitchel jadi satu kemestian pada kitaorang.  Walaupun tempat ni bukanlah tempat prime Paris tapi aku rasa sangat selesa di sini.  Sementelah lagi dia adalah juntion pada banyak rangkaian metro dan RER (termasuklah RER C dari tempat kitaorang tinggal).  Selain itu senang nak dapat makanan halal kat sini.

 Photo Credit: CK

Selain jadi tempat kitaorang makan, St Michel juga jadi starting point kitaorang menapak sekitar bandaraya. 

 St. Michel yang tak pernah sunyi dengan manusia


Aku panggil ni Book Walks.  One of favorite spot aku sebab ada jual banyak second 
hand books.  Souvenier juga murah kat sini.  Ada banyak Book Walks kalau kita 
menyusuri Sungai Seine di sekitar Paris tapi yang di kawasan St. Michel 
& Notre Dame yang paling aku suka.  Photo Credit: CK


Homeless man yang aku tak pernah lupa. Fisrt time aku jumpa dia tahun 2012.  Masa tu dia bersama 4 ekor anak anjing.  Cara dia pandang aku memang aku tak dapat lupakan. Walaupun ada beratus-ratus homeless lagi yang aku pernah jumpa baik di Paris atau di mana-mana, tapi yang ini melekat di hati.  Aku cari dia bila aku ke Paris lagi dan aku jumpa.  Kali ni cuma 1 anjing yang tinggal (dah adult, dulu puppy lagi).  Don't ignore them because of their status.. hari ni hari dia susah, entah-entah esok hari kita. 


Boleh rujuk SINI untuk cerita dan gambar St.  Michel pada 2012.



3.  Notre Dame

Notre Dame letak dalam area St Michels.  Notre Dame tersohor sebagai the most famous Cathedral in the world.  Kitaorang tak pergi dekat pun.  Sekadar tengok dari jauh.  Pengalaman aku, pergi dekat tak berbaloi kecuali kalau nak masuk dalam yang mana kena beatur panjang.  

Notre Dame di consider sebagai Cathedral yang masih active untuk upacara keugamaan.  Aku memang tak tak ada plan nak masuk sebab aku ada plan nak masuk Catheral yang lagi satu iaitu The Chapel yang letak sekitar situ jugak.  The Chapel famous untuk interior yang cantik.  Aku nak masukpun sebab interior dia.  Teringin nak ambik gambar.  Tapi sayang bila pergi, The Chapel rupanya tutup hari tu (labour day - 1 May)



Boleh rujuk SINI untuk cerita dan gambar Notre Dame pada 2012.
 

4. Tebing Sungai Seine
 
Sungai Seine adalah sungai utama di tengah-tengah bandaraya Paris.  Antara tarikan utama Paris.  Korang boleh ambik river cruise kalau nak.  Aku berangan nak naik dari dulu tapi akibat dari kekangan masa dan juga bajet, masih tak berjaya.  Sebagai ganti kitaorang berjalan menyusuri Sungai Seine.  Rasa aku , ini aktiviti wajib semua traveller kalau ke Paris.  Seronok berjalan sebab cuaca mengizin kan ( sepanjang masa kitaorang kat sana, hujan kucing-anjing tapi kira ok lah).  Hari ke3 kat sana, cuaca lebih banyak mendung berbanding hujan.

Dulu kata Encik D dia bau 'sesuatu' dengan air sungai Seine tapi aku yang hidung tak peka ni sampai ke hari ni tak ada bau apa.  


Pemandangan semasa kitaorang menyusuri sungai Seine dari St. Michel menghala ke Louvre

 

5. Louvre & musee

The Louvre adalah tempat di mana potrait Monalisa bersemadi.  Ada beberapa museum kat dalam kawasan The Louvre dan kalau nak masuk semua seeloknya ambik tiket combo.  

Direction to the Louvre:  Berjalan kaki macam kitaorang atau naik metro dan stop di Chatelet Station atau Palais Royal-Musee de Louvre Station
 


The Louvre (Photo credit; CK)

  Cerita tahun 2012, boleh refer SINI

 

6.  The Carre Court

Carre Court letak bersebelahan dengan The Louvre.  Kat sini pun ada museum jugak.  Apa yang menarik perhatian aku, ukiran kat bangunan dia sangat cantik.  Orang sangat ramai kat sini sebab menumpang berteduh dari angin sejuk, termasuklah kitaorang.  Hati-hati dengan geng-geng scam kat area sini.  Ada banyak. CK nyaris terkena tapi nasib baik dapat menyelamatkan diri.







 Interior

Exterior

ukiran

Pintu.  Salah satu subjek kegemaran aku

 
7.  Jardin de Tuileries
 
Antara public garden yang epik di Paris.  Garden ni buat aku gembira.  Apa aje pokok di tengah bangunan memang mampu buat aku gembira.  Kitaorang tak mampu nak lepak hari tu sebab semua pangkin basah di tambah pulak dengan rushing nak pergi banyak tempat.

Direction to Jardin:  Kalau dari The Louvre, jalan kaki aku sebab letak dia betul-betul sebelah Louvre.  Kalau nak naik metro guna stop yang sama macam ke The Louvre; Chatelet Station atau Palais Royal-Musee de Louvre Station

 





 Pintu gerbang Jardin De Tuileries

Ada banyak statue pahlawan kat sini (Photo Credit; CK)


 Flora.  Summer mesti penuh orang lepak kat sini

Anda terasa lapar & dahaga?
Boleh cuba ini.  Rasa waffle pun boleh tahan.  Aiskrim aku tak sempat rasa. 
Mereka berdua dah makan dengan lahapnya sebab katanya terlampau sedap.


Cerita Jardin de Tuileries tahun 2012, boleh rujuk SINI


Sebab post ni dah panjang, kita sambung di entry akan datang lah..




Post-post yang satu trip Spring 2015    
Western Europe 2015- Intro     
Netherlands - Intro  
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem       
Netherlands - Part2 - Amsterdam city  
Germany-Intro     
Germany-The Journey     
Heidelberg - Part1    
Heidelberg - Part2     
Munich - Part1     
Munich - Part2   
Switzerland - Intro Part1   
Switzerland - Intro Part2  
Lucerne - Part1  
Lucerne - Part2   
Grindelwald - Intro  
Grindelwald - Kleine Sheidegg 
Grindelwald - Jongfraujoch 
Interlaken
Spiez
Lauterbrunnen- Part1
Lauterbrunnen - Part-2
Panoramic-train-interlaken-montreux
Geneva

Paris - Intro 



Saturday, October 24, 2015

Spring 2015_Negara ke 4: France- Paris: Am




Dari Geneva kitaorang bergerak ke Paris dengan speed train SNCF .  Since kitaorang beli awal, dapatlah ticket murah - Adult €45 and kanak-kanak 4 tahun ke atas €35 (rugi sebab Baby SJ 4y4m masa travel).   

Tiket train.  Aku guna google translate dan Translate Apps fisrt time aku dapat tiket.  

 
 Pemandangan dari Geneva - Paris tak banyak beza dengan Montreux - Geneva (kecuali tak ada tasik besar seperti Tasik Geneva).  Aku banyak chilek kali ni.  Nak ambik gambar pun tak boleh sangat sebab train bergerak terlalu laju. Badan pun dah hampir pancit selepas 14 hari turun naik train.  Baby SJ pun nampak dah berkurangan tenaga dari biasa dan dia tertidur tak lama selepas train bergerak.

  Pemandangan rumah ladang di ambil dari train dari Geneva-Paris


Perjalanan ambik masa 3 jam 20 minit dan sebab terlalu bosan aku saja-saja berjalan ke train bar dan beli air.  Mahal ok.  Menyesal tak sudah kena bayar  CHF 4 untuk oren jus 350ml.  Kalau kat Geneva cuma dalam CHF 1 je agaknya.  Dahkan terorder maka terpaksa lah ambik.   
Tips:  Boleh guna kedua-dua currency Euros (€) ataupun Swiss Franc (CHF) di dalam train.



Route map Geneva-Paris.  Laluan kitaorang yang melalui 
Bourge-en-Bresse & Macon kalau tak silap 

Kitaorang sampai di station Paris Gare de Lyon station sebelum pukul 6 petang.  Paris Gare de Lyon salah satu dari 2 station utama train di Paris.  Kalau dari Switzerland, biasanya train akan berakhir di sini.  Jika dari London, train akan berakhir di Gare Du Nord station.  Kalau korang nak transit untuk train ke London atau CDG airport, korang boleh ambik connection metro terus ke Gare Du Nord.  Agak aku dalam 10 minit perjalanan aje.  Dan jika ada yang ter'konfius', Gare de Lyon ni bukan terletak di Lyon tapi masih di Paris.  So tak payah risau pasal jarak station ni dengan Paris city centre

Kata Google image Gare De Lyon ni cantik.  Hajat di hati dari mula memang nak ambik gambar dia sebelum ambik connection train ke accomodation tapi terpaksa kansel sebab semua orang dah letih tahap kain buruk.


 Gare de Lyon (photo credit - google image)


Based pada pengalaman trip lepas dan pelbagai cerita yang tersebar recently, aku memang sedikit cuak ke Paris dan aku tak putus berdoa semoga perjalanan dan pengembaraan kitaorang di Paris berjalan lancar.  Doa termakbul sepanjang di sana dan tak ada pengalaman buruk kecuali hampir di tipu oleh sindiket peras ugut mintak duit.

Next, cari train untuk ke penginapan Airbnb.  Aku ada dapat email cara nak pergi ke Apartment dia tapi emailnya sedikit confius.  Dahi memang berkerut setiap kali baca terutama tang "o" as a second letter.  Tak faham sampailah kitaorang experience sendiri.

Email dari host
From Gare de Lyon you take the métro 14 to bibliothèque François Mitterrand and then the RER C to ivry sur seine, the train name has to have a "o" as a second letter si its stop a ivry sur seine and then walk three minute to the apartment.  If you dont take a RER C With a second later "o" like Mona ROMI GOTA it dont stop at ivry sur seine

 
First aku cari mesin untuk beli tiket Metro dulu.  Aku jadi konfius sebab ada beberapa machine yang berlainan warna.  Jenuh cuba nak faham tapi tak faham sangat.  Tahun 2012 dulu aku bukan ambik port sangat hal-hal beli tiket sebab semuanya Encik D yang buat.  Kali ni doa aku untuk di permudahkan segala urusan terjawab.  Seorang pemuda menghampiri dan membantu kitaorang bila nampak kitaorang terkial-kial.  Alhamdulllillah. Dari situ kitaorang naik Metro no 14 ke station Bibliotheque Francois Mittereand.

Kebetulan masa kitaorang sampai di station Bibliotheque Francois Mittereand, time orang balik kerja.  Station dan train penuh sesak. Kitaorang di rempuh oleh beberapa orang local sampai Baby SJ hampir terjatuh di atas escalator (nota: kitaorang berdiri di laluan betul dan tak block laluan untuk mereka yang nak cepat).  Nasib baik aku sempat pegang dia dari tergolek jatuh tapi tayar stroller dia rosak teruk.  Walaupun stroller ni cumalah stroller murah tapi empunya badan cukup sayang dan terus menangis bila nampak condition stroller dia.  Dalam hati aku masa tu cuma berkata satu-  Welcome to Paris.  Ini pengalaman yang tak pelik di Paris.


Aku sekali lagi terkial-kial nak beli tiket RER (tiket Metro dan tiket RER berbeza yang mana kadar tiket RER mengikut distance sedangkan tiket metro harga tetap.  Akhirnya kitaorang menghampiri kaunter tiket dengan harapan dapat beli dari kaunter (kebanyakan kaunter tak menyediakan service menjual tiket).  Telahan aku betul.  Kaunter  untuk information semata dan tiada tiket di jual.  Pekerjanya menunjukkan aku machine yang boleh kitaorang guna untuk beli tiket ke Ivry sur seine station.  

Kebetulannya ticket machine tu cuma terima duit coin dan kitaorang sekali lagi terkial-kial nak beli tiket sebab kitaorang sudah kehabisan duit syiling.  Pekerja tadi perasan kitaorang struggle dan datang membantu dengan bawak kitaorang ke machine yang terima duit not yang mana kedudukannya agak tersorok.  Aku betul-betul terharu masa ni.  Dia sempat memperkenalkan dirinya sebagai Solehuddin yang berasal dari keluarga immigrant Algeria.  Dia betul-betul gembira dapat bertemu saudara satu agama dan banyak share tips dengan kitaorang termasuklah tidak boleh solat di kawasan terbuka di sini.   Dia jugak tak habis-habis memuji Malaysia yang terbuka pada kebebasan mengamalkan anutan masing-masing.  Kembang kempis hidung aku masa tu.

Aku ingatkan pertolongan cuma sampai di situ tapi Solehuddin beria nak hantar kitaorang sampai kitaorang dapat naik train sebab kata dia station situ agak berbahaya. Solehuddin cuma meninggalkan platform setelah kitaorang dapat naik train.  Aku betul-betul terharu dengan pertolongan Solehuddin dan jika aku ke Paris lagi di masa akan datang aku teringin nak cari Solehuddin lagi.  Aku teringin nak bagi ole-ole dari Malaysia pada dia.

Kitaorang selamat sampai di station Ivry sur seine kurang dari 10 minit kemudian.  Tapi yang paling siksa ialah mengangkat turun & mengangkat naik beg-beg di tangga RER station yang tinggi.  Sekali lagi ada HambaAllah tiba-tiba datang menolong. Alhamdullillah atas bantuan yang tak putus-putus.  Kitaorang akhirnya berjaya jumpa apartment setengah jam selepas tu (ada beberapa kepeningan berlaku padahal jarak rumah dengan train station cuma 200m).

Untuk panduan tentang macamana tiket train berfungsi boleh refer entry lama aku di SINI.  Di entry yang sama juga aku ada share info am mengenai Paris.  Dan memandangkan aku dah pernah tulis mengenai perkara-perkara am yang kita kena tahu mengenai Paris dulu, aku tak kan ulang lagi.  Cuma maybe aku boleh share sikit mengenai penginapan.


1. Penginapan

Sekali lagi kitaorang booked apartment AIRBNB.  Apartment 1 bilik dengan sofa yang boleh jadikan sofa bed. Kalau dulu aku tinggal di Rue Marcadet area, kali ni kitaorang try tempat lain pulak: di Quai d'Ivry.  Apartmentnya walaupun kecik dan nampak lusuh dari luar tapi interiornya sangat awesome (memang banyak building dari Paris yang nampak lusuh dari luar).  Aku dapat approval dari Baby SJ.  Suka betul dia dengan rumah ni sebab semua interiornya berwarna bright.  Satu-satu benda yang tak ada hanyalah drier tapi memandangkan kitaorang pun dah nak balik Malaysia makanya akupun tak gaduh sangat nak basuh baju. 

Aku tak jumpa host sepanjang kitaorang kat sana dan kunci di tinggalkan kat bawah karpet lap kaki depan pintu apartment.  Aku share link apartment AIRBNB yang kitaorang ambik tu kalau ada yang teringin nak book tempat yang sama. 

Station RER C yang terdekat ialah Ivry sur Seine.  Jarak rumah dengan station cuma 200m.   Kalau dah tahu jalan, memang senang aje nak cari rumah.  Cuma kali pertama kitaorang tersalah faham yang sebabkan setengah jam terbazir.


Apartment  AIRBNB tempat kitaorang berteduh untuk 3 malam

Selain tak berapa jauh dengan RER station, apartment ni jugak tak jauh dari grocery store; kurang dari 100m.  Walaupun grocery store tak besar sangat tapi agak lengkap sampaikan ada jual bacon yang halal.  Kebetulannya pulak pekerjanya muslim, dan sekali lagi pertolongan sampai tanpa di minta.  Pekerja yang sama tolong kitaorang pick barang yang halal. Baby SJ seperti biasa jatuh hati dengan aiskrim (macam aiskrim batang tapi rasanya sangat sedap, maka kitaorang end up beli 10 batang)

Pengangkutan walaupun mahal sikit compare kalau duduk di area Metro tapi bagi aku masih berbaloi sebab aku cuma bayar penginapan €49 untuk satu malam.  Untuk transportation aku bayar sekitar €4 sehala ke city centre (iaitu hampir €3 untuk RER C dan €1.20 untuk naik metro yang menghubungkan kebanyakan tempat).

Mungkin ada satu kekurangan kalau nak di bandingkan dengan area Rue Marcadet.  Kat sini aku tak nampak ada kedai makan Muslim.  Maybe ada tapi aku tak nampak sebab aku nampak macam ada ramai muslim tinggal kat sini.  Jadi secara logiknya mesti ada kedai makan muslim.  Since tak jumpa kitaorang masak di hari pertama dan kedua dan makan siap-siap sebelum balik ke area rumah di hari terakhir.



2. Lain-lain

Kitaorang di uji dengan cuaca yang kurang baik sepanjang di Paris.  Sehari sebelumnya cuaca sangat elok.  Kitaorang decide untuk redahkan juga hujan sebab masa memang suntuk.  Sedikit basah terutama di hari kedua tapi as long as Baby SJ boleh tahan aku bersyukur.  Walaupun hujan dan mendung  tapi Paris tetap best.  

Walaupun Paris di gambarkan sebagai bandaraya yang ada sedikit sentimen keagamaan (aku ke sana 3 bulan selepas kes kartonis anti-islam di bunuh) tetapi aku di rahmati dengan Parisian yang baik hati. Rasa aku, sebagai traveller tak ada apa perlu di takutkan. Yang penting berhati-hati dan serahkan pada Allah keselamatan kita.

Walau pun imej Paris juga sedikit tercalar dengan criminal rate yang tinggi dan masalah pick pocket yang berleluasa, tapi bagi aku Paris is a pleasant city.  Dan walaupun di kabarkan Parisian benci** tourist tetapi tanpa tourist Paris pasti akan hilang seri.

** Aku ada tengok dokumentari bertajuk The Parisian kat Astro Channel 728 baru-baru ni dan memang Parisian mengaku yang mereka benci tourist.  Hehe

Aku mengaku yang Paris bukan favourite city aku tapi aku tetap suka bandaraya ni dan tak mustahil kembali satu hari jika ada rezeki.

   
bersambung..




Post-post yang satu trip Spring 2015      
Western Europe 2015- Intro       
Netherlands - Intro    
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem         
Netherlands - Part2 - Amsterdam city    
Germany-Intro       
Germany-The Journey       
Heidelberg - Part1      
Heidelberg - Part2       
Munich - Part1       
Munich - Part2     
Switzerland - Intro Part1     
Switzerland - Intro Part2    
Lucerne - Part1    
Lucerne - Part2     
Grindelwald - Intro    
Grindelwald - Kleine Sheidegg   
Grindelwald - Jongfraujoch   
Interlaken  
Spiez  
Lauterbrunnen- Part1 
Lauterbrunnen - Part-2 
Panoramic-train-interlaken-montreux
Geneva