Saturday, October 24, 2015

Spring 2015_Negara ke 4: France- Paris: Am




Dari Geneva kitaorang bergerak ke Paris dengan speed train SNCF .  Since kitaorang beli awal, dapatlah ticket murah - Adult €45 and kanak-kanak 4 tahun ke atas €35 (rugi sebab Baby SJ 4y4m masa travel).   

Tiket train.  Aku guna google translate dan Translate Apps fisrt time aku dapat tiket.  

 
 Pemandangan dari Geneva - Paris tak banyak beza dengan Montreux - Geneva (kecuali tak ada tasik besar seperti Tasik Geneva).  Aku banyak chilek kali ni.  Nak ambik gambar pun tak boleh sangat sebab train bergerak terlalu laju. Badan pun dah hampir pancit selepas 14 hari turun naik train.  Baby SJ pun nampak dah berkurangan tenaga dari biasa dan dia tertidur tak lama selepas train bergerak.

  Pemandangan rumah ladang di ambil dari train dari Geneva-Paris


Perjalanan ambik masa 3 jam 20 minit dan sebab terlalu bosan aku saja-saja berjalan ke train bar dan beli air.  Mahal ok.  Menyesal tak sudah kena bayar  CHF 4 untuk oren jus 350ml.  Kalau kat Geneva cuma dalam CHF 1 je agaknya.  Dahkan terorder maka terpaksa lah ambik.   
Tips:  Boleh guna kedua-dua currency Euros (€) ataupun Swiss Franc (CHF) di dalam train.



Route map Geneva-Paris.  Laluan kitaorang yang melalui 
Bourge-en-Bresse & Macon kalau tak silap 

Kitaorang sampai di station Paris Gare de Lyon station sebelum pukul 6 petang.  Paris Gare de Lyon salah satu dari 2 station utama train di Paris.  Kalau dari Switzerland, biasanya train akan berakhir di sini.  Jika dari London, train akan berakhir di Gare Du Nord station.  Kalau korang nak transit untuk train ke London atau CDG airport, korang boleh ambik connection metro terus ke Gare Du Nord.  Agak aku dalam 10 minit perjalanan aje.  Dan jika ada yang ter'konfius', Gare de Lyon ni bukan terletak di Lyon tapi masih di Paris.  So tak payah risau pasal jarak station ni dengan Paris city centre

Kata Google image Gare De Lyon ni cantik.  Hajat di hati dari mula memang nak ambik gambar dia sebelum ambik connection train ke accomodation tapi terpaksa kansel sebab semua orang dah letih tahap kain buruk.


 Gare de Lyon (photo credit - google image)


Based pada pengalaman trip lepas dan pelbagai cerita yang tersebar recently, aku memang sedikit cuak ke Paris dan aku tak putus berdoa semoga perjalanan dan pengembaraan kitaorang di Paris berjalan lancar.  Doa termakbul sepanjang di sana dan tak ada pengalaman buruk kecuali hampir di tipu oleh sindiket peras ugut mintak duit.

Next, cari train untuk ke penginapan Airbnb.  Aku ada dapat email cara nak pergi ke Apartment dia tapi emailnya sedikit confius.  Dahi memang berkerut setiap kali baca terutama tang "o" as a second letter.  Tak faham sampailah kitaorang experience sendiri.

Email dari host
From Gare de Lyon you take the métro 14 to bibliothèque François Mitterrand and then the RER C to ivry sur seine, the train name has to have a "o" as a second letter si its stop a ivry sur seine and then walk three minute to the apartment.  If you dont take a RER C With a second later "o" like Mona ROMI GOTA it dont stop at ivry sur seine

 
First aku cari mesin untuk beli tiket Metro dulu.  Aku jadi konfius sebab ada beberapa machine yang berlainan warna.  Jenuh cuba nak faham tapi tak faham sangat.  Tahun 2012 dulu aku bukan ambik port sangat hal-hal beli tiket sebab semuanya Encik D yang buat.  Kali ni doa aku untuk di permudahkan segala urusan terjawab.  Seorang pemuda menghampiri dan membantu kitaorang bila nampak kitaorang terkial-kial.  Alhamdulllillah. Dari situ kitaorang naik Metro no 14 ke station Bibliotheque Francois Mittereand.

Kebetulan masa kitaorang sampai di station Bibliotheque Francois Mittereand, time orang balik kerja.  Station dan train penuh sesak. Kitaorang di rempuh oleh beberapa orang local sampai Baby SJ hampir terjatuh di atas escalator (nota: kitaorang berdiri di laluan betul dan tak block laluan untuk mereka yang nak cepat).  Nasib baik aku sempat pegang dia dari tergolek jatuh tapi tayar stroller dia rosak teruk.  Walaupun stroller ni cumalah stroller murah tapi empunya badan cukup sayang dan terus menangis bila nampak condition stroller dia.  Dalam hati aku masa tu cuma berkata satu-  Welcome to Paris.  Ini pengalaman yang tak pelik di Paris.


Aku sekali lagi terkial-kial nak beli tiket RER (tiket Metro dan tiket RER berbeza yang mana kadar tiket RER mengikut distance sedangkan tiket metro harga tetap.  Akhirnya kitaorang menghampiri kaunter tiket dengan harapan dapat beli dari kaunter (kebanyakan kaunter tak menyediakan service menjual tiket).  Telahan aku betul.  Kaunter  untuk information semata dan tiada tiket di jual.  Pekerjanya menunjukkan aku machine yang boleh kitaorang guna untuk beli tiket ke Ivry sur seine station.  

Kebetulannya ticket machine tu cuma terima duit coin dan kitaorang sekali lagi terkial-kial nak beli tiket sebab kitaorang sudah kehabisan duit syiling.  Pekerja tadi perasan kitaorang struggle dan datang membantu dengan bawak kitaorang ke machine yang terima duit not yang mana kedudukannya agak tersorok.  Aku betul-betul terharu masa ni.  Dia sempat memperkenalkan dirinya sebagai Solehuddin yang berasal dari keluarga immigrant Algeria.  Dia betul-betul gembira dapat bertemu saudara satu agama dan banyak share tips dengan kitaorang termasuklah tidak boleh solat di kawasan terbuka di sini.   Dia jugak tak habis-habis memuji Malaysia yang terbuka pada kebebasan mengamalkan anutan masing-masing.  Kembang kempis hidung aku masa tu.

Aku ingatkan pertolongan cuma sampai di situ tapi Solehuddin beria nak hantar kitaorang sampai kitaorang dapat naik train sebab kata dia station situ agak berbahaya. Solehuddin cuma meninggalkan platform setelah kitaorang dapat naik train.  Aku betul-betul terharu dengan pertolongan Solehuddin dan jika aku ke Paris lagi di masa akan datang aku teringin nak cari Solehuddin lagi.  Aku teringin nak bagi ole-ole dari Malaysia pada dia.

Kitaorang selamat sampai di station Ivry sur seine kurang dari 10 minit kemudian.  Tapi yang paling siksa ialah mengangkat turun & mengangkat naik beg-beg di tangga RER station yang tinggi.  Sekali lagi ada HambaAllah tiba-tiba datang menolong. Alhamdullillah atas bantuan yang tak putus-putus.  Kitaorang akhirnya berjaya jumpa apartment setengah jam selepas tu (ada beberapa kepeningan berlaku padahal jarak rumah dengan train station cuma 200m).

Untuk panduan tentang macamana tiket train berfungsi boleh refer entry lama aku di SINI.  Di entry yang sama juga aku ada share info am mengenai Paris.  Dan memandangkan aku dah pernah tulis mengenai perkara-perkara am yang kita kena tahu mengenai Paris dulu, aku tak kan ulang lagi.  Cuma maybe aku boleh share sikit mengenai penginapan.


1. Penginapan

Sekali lagi kitaorang booked apartment AIRBNB.  Apartment 1 bilik dengan sofa yang boleh jadikan sofa bed. Kalau dulu aku tinggal di Rue Marcadet area, kali ni kitaorang try tempat lain pulak: di Quai d'Ivry.  Apartmentnya walaupun kecik dan nampak lusuh dari luar tapi interiornya sangat awesome (memang banyak building dari Paris yang nampak lusuh dari luar).  Aku dapat approval dari Baby SJ.  Suka betul dia dengan rumah ni sebab semua interiornya berwarna bright.  Satu-satu benda yang tak ada hanyalah drier tapi memandangkan kitaorang pun dah nak balik Malaysia makanya akupun tak gaduh sangat nak basuh baju. 

Aku tak jumpa host sepanjang kitaorang kat sana dan kunci di tinggalkan kat bawah karpet lap kaki depan pintu apartment.  Aku share link apartment AIRBNB yang kitaorang ambik tu kalau ada yang teringin nak book tempat yang sama. 

Station RER C yang terdekat ialah Ivry sur Seine.  Jarak rumah dengan station cuma 200m.   Kalau dah tahu jalan, memang senang aje nak cari rumah.  Cuma kali pertama kitaorang tersalah faham yang sebabkan setengah jam terbazir.


Apartment  AIRBNB tempat kitaorang berteduh untuk 3 malam

Selain tak berapa jauh dengan RER station, apartment ni jugak tak jauh dari grocery store; kurang dari 100m.  Walaupun grocery store tak besar sangat tapi agak lengkap sampaikan ada jual bacon yang halal.  Kebetulannya pulak pekerjanya muslim, dan sekali lagi pertolongan sampai tanpa di minta.  Pekerja yang sama tolong kitaorang pick barang yang halal. Baby SJ seperti biasa jatuh hati dengan aiskrim (macam aiskrim batang tapi rasanya sangat sedap, maka kitaorang end up beli 10 batang)

Pengangkutan walaupun mahal sikit compare kalau duduk di area Metro tapi bagi aku masih berbaloi sebab aku cuma bayar penginapan €49 untuk satu malam.  Untuk transportation aku bayar sekitar €4 sehala ke city centre (iaitu hampir €3 untuk RER C dan €1.20 untuk naik metro yang menghubungkan kebanyakan tempat).

Mungkin ada satu kekurangan kalau nak di bandingkan dengan area Rue Marcadet.  Kat sini aku tak nampak ada kedai makan Muslim.  Maybe ada tapi aku tak nampak sebab aku nampak macam ada ramai muslim tinggal kat sini.  Jadi secara logiknya mesti ada kedai makan muslim.  Since tak jumpa kitaorang masak di hari pertama dan kedua dan makan siap-siap sebelum balik ke area rumah di hari terakhir.



2. Lain-lain

Kitaorang di uji dengan cuaca yang kurang baik sepanjang di Paris.  Sehari sebelumnya cuaca sangat elok.  Kitaorang decide untuk redahkan juga hujan sebab masa memang suntuk.  Sedikit basah terutama di hari kedua tapi as long as Baby SJ boleh tahan aku bersyukur.  Walaupun hujan dan mendung  tapi Paris tetap best.  

Walaupun Paris di gambarkan sebagai bandaraya yang ada sedikit sentimen keagamaan (aku ke sana 3 bulan selepas kes kartonis anti-islam di bunuh) tetapi aku di rahmati dengan Parisian yang baik hati. Rasa aku, sebagai traveller tak ada apa perlu di takutkan. Yang penting berhati-hati dan serahkan pada Allah keselamatan kita.

Walau pun imej Paris juga sedikit tercalar dengan criminal rate yang tinggi dan masalah pick pocket yang berleluasa, tapi bagi aku Paris is a pleasant city.  Dan walaupun di kabarkan Parisian benci** tourist tetapi tanpa tourist Paris pasti akan hilang seri.

** Aku ada tengok dokumentari bertajuk The Parisian kat Astro Channel 728 baru-baru ni dan memang Parisian mengaku yang mereka benci tourist.  Hehe

Aku mengaku yang Paris bukan favourite city aku tapi aku tetap suka bandaraya ni dan tak mustahil kembali satu hari jika ada rezeki.

   
bersambung..




Post-post yang satu trip Spring 2015      
Western Europe 2015- Intro       
Netherlands - Intro    
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem         
Netherlands - Part2 - Amsterdam city    
Germany-Intro       
Germany-The Journey       
Heidelberg - Part1      
Heidelberg - Part2       
Munich - Part1       
Munich - Part2     
Switzerland - Intro Part1     
Switzerland - Intro Part2    
Lucerne - Part1    
Lucerne - Part2     
Grindelwald - Intro    
Grindelwald - Kleine Sheidegg   
Grindelwald - Jongfraujoch   
Interlaken  
Spiez  
Lauterbrunnen- Part1 
Lauterbrunnen - Part-2 
Panoramic-train-interlaken-montreux
Geneva


1 comment: