Sambungan dari entry lepas
3 Hari di Paris memanglah tak cukup (2 hari sebenarnya sebab hari pertama kitaorang sampai dah petang sangat dan memang tak kemana sebab dah letih). Aku memang dari awal cuba convince CK untuk stay lagi sehari atau 2 lebih tapi CK tak nak atas sebab-sebab tertentu. Aku bet CK mesti menyesal lepas tu sebab tak ikut cadangan aku. Heheh.
Kitaorang cuba menggunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk cover sebanyak mungkin tempat. Hari pertama basah lencun sampaikan kaki Baby SJ kecut macam kaki orang tua sebab satu hari terendam dengan air hujan. Hari kedua semua orang pakai kasut spare sebab kasut utama dah basah. Makanya berjalanlah kitaorang dalam bandar Paris samada dengan boot winter atau pun boot hiking yang kitaorang guna masa di switzerand bila naik gunung. Biarlah apa orang nak kata pun, aku tak peduli. Lagipun boot winter adalah weather proof dan bila hujan tak adalah kaki terendam lagi.
Ok sambungan apa yang sempat kitaorang cover dalam masa 2 hari;
** Note kaki - bagi yang dah baca Paris -Part 1, aku suggest korang check lagi sekali. Aku ada buat penambahan yang agak banyak pada post Paris - Part1
8. Arc De Triomphe
A giant monument di tengah-tengah jalanraya. Aku rasa dia sangat cantik dan di tambah lagi dengan saiz dia yang cukup exceptional, Arc De Triomphe memang pelengkap kota Paris.
The triumphal arch is in honor of those who fought for France, in particular, those who fought during the Napoleonic Wars. Engraved on the inside and at the top of the arch are all of the names of the generals and wars fought. There are inscriptions in the ground underneath the vault of the arch which include the Tomb of the Unknown Soldier from World War.
9. Ponts des Art bridge
Salah satu dari beberapa Lock bridge yang ada di Paris. Ramai orang lepak dan bersantai kat sini. Kalau korang berhajat nak tengok lock bridge jangan tunggu lama-lama sebab ada rumours kunci-kunci nak di buang atas sebab keselamatan jambatan dan juga Parisian dah benci dia.
Ponts des Art bridge. Salah satu Lock Bridge
10. Place de la Concorde
Tugu penghormatan untuk salah seorang raja French, Louis XV.
Place de la Concorde. Tugu yang bentuk dia macam pensil
11. Quai de la Megisserie
Jalan Quai de le Megisserie selari dengan Sungai Seine. Katanya dulu ada banyak butcherie kat sini tapi sekarang ni ada banyak deretan kedai-kedai bunga dan pets banyak di jalan Quai de le Megisserie. Selain itu ada banyak kedai Souvenier jugak.
Kedai bunga di Quai de la Megisserie.
Kedai Souvenier
Di sebelah tebing Sungai Seine pulak ada gerai buku second hand & souvenier. Cukup meriah. Ada banyak lukisan replika kalau nak. Harga pun agak berpatutan. Pendapat peribadi aku, cara yang terbaik untuk explore Paris ialah korang jalan kaki sebab dengan berjalan kakilah korang akan jumpa gerai-gerai macam bookwalks ni
Souvenier dan bookwalks di Quai de la Megisserie
12. Here and there
Lorong ke lorong (Photo Credit: CK)
13. Rue Marcadet
Kitaorang singgah ke Rue Marcadet, tempat aku pernah tinggal 3 tahun lepas. Aku miss tempat ni walaupun dia cuma setara Puchong, bukan KL Pavilion area. Jangan marah orang Puchong sebab aku pun orang Puchong. Apa yang aku paling miss ialah Butcherie, pasar & Turkish restaurant kat sini.
Marcadet Poisonnier station (Photo credit; CK)
Main reason kitaorang datang Rue Marcadet sebab nak makan kat kedai ni.
Ada beberapa halal butcheriekat sini. Buka sampai lewat malam
Local market & mamat handsome (Photo Credit; CK)
14. Pere Lachaice Cemetry
Cerita aku sengaja tinggal paling last. Ye.. aku pergi perkuburan. Ini antara yang dah lama di idamkan dan baru trip sekali ni aku berjaya, Dulu tak pergi sebab Encik D tak minat dan Baby SJ terlalu kecik. Kali ini, memandangkan Encik D tak ada & Baby SJ dah agak besar, CK dan aku ambik keputusan nak pergi ke perkuburan terbesar dan terfamous di Paris. Kenapa dia famous? Sebab dia agak lama dan jugak merupakan tempat persemadian orang-orang terkenal (dan juga orang kebiasaan) termasuklah beberapa presiden Perancis.
Tanah perkuburan Pere Lachaise masih di gunakan untuk perkebumian sampai hari ini dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk di kebumikan kat situ dengan syarat bayar sewa tanah (10/30/50 tahun tenancy based) dan jika keluarga si mati tak bayar selepas tamat tempah, kubur akan di kosongkan dan di beri ruang kepada 'tenant' baru. Yang aku baca orang muslim (atau sekurang-kurang bernama seolah-olah seorang muslim) pun ada di kebumi kat sini. Aku pun tak faham konsep dia tapi apa yang membawa aku ke sana adalah fotografi. Aku memang suka ambik gambar kubur.
Yang jadi masalahnya walaupun aku tak bagitau Baby SJ yang kitaorang nak pergi tanah perkuburan tapi dia dapat rasa. Dia tak nak masuk sebab dia kata dia takut. So, aku dan CK terpaksa bergilir-gilir masuk untuk temankan Baby SJ kat luar gate. Makanya masa yang dapat spend agak pendek berbanding kalau dua-dua masuk sekali. Tambah pulak hujan renyai-renya masa tu dan pergerakan jadi agak terbatas. Frust juga sebab tak sempat nak cari kubur Jim Morisson. Tapi aku bersyukur sebab sekali lagi aku dapat half glass full.
Direction to Pere Lachaise: To stop at
Pere Lachaise Metro station
Main entrance
Memorial to the dead
Laluan di celah-celah tombstone
Kebiasaannya satu tombstone untuk 1 family tapi sesetengahnya untuk 1 individu
Laluan di celah-celah tombstone
Kebiasaannya satu tombstone untuk 1 family tapi sesetengahnya untuk 1 individu
Tak silap aku Albert Lambert ni seorang actor di kurun ke 18
creative
Cool tombstones. Antara berpuluh yang aku dapat capture tu hari. Memang best
Yang ni buat aku seriau sebab keranda dia atas dari level tanah.
Bayangkan apa yang ada dalam keranda tu
Rasa seram pun ada bila tengok ada tombstone yang ternganga sebab dah lama terbiar
Tak ada sebarang kejadian pelik masa kat situ tapi sebulan selepas balik, masa aku nak start filter gambar yang mana patut di simpan dan yang mana patut di buang, aku ada ternampak benda yang pelik dalam salah satu gambar. Seriau jugak tapi tak apa lah, aku dah beribu kilometer dari Pere Laichaise Cemetry :)
Untuk tatapan korang sebagai pencuci mulut :). Tolong katakan yang aku salah
nampak apa yang ada dalam tombstone paling kiri dan tengah tu. Aku harap
aku salah. Gambar asal aku terdelete. Yang ini cuma gambar yang aku
capture dengan handphone pada screen laptop sebelum aku delete
gambar asal.
Dengan hidangan pencuci mulut kat atas, aku nak tutup cerita bandaraya Paris. Next post aku cerita bahagian luar Paris yang sempat kitaorang pergi.
Post-post yang satu trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro
Netherlands - Intro
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem
Netherlands - Part2 - Amsterdam city
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2
Lucerne - Part1
Lucerne - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch
Interlaken
Spiez
Lauterbrunnen- Part1
Lauterbrunnen - Part-2
Panoramic-train-interlaken-montreux
Geneva
Paris - Intro
Paris City - Part 1
The Garden sangat cantik
ReplyDeletecantik dan rasa segar semuanya hijau.
Delete