Tuesday, November 25, 2014

London_Autumn 2012_A goodbye

Entry London yang lepas   
London Intro       
London #2       
London #3   
London #4  
London #5    
London #6
London #7 
London #8


 22.11.2012 
 # Hari ke 10 & terakhir di London

 # Hari pertama di Brussels
 # Hari ke 17 overland Western Europe

 

Trip London aku dah sampai penghujung.  Sesambil aku tulis entry ni pun aku masih rindu London.  Aku suka sebab walaupun dia moden tapi dia jugak berjaya ciri-ciri asal dia.  Seimbang.  Aku jatuh hati pandang pertama.

Okeh, balik ke cerita last day.  Keretapi kitaorang ke Brussels pukul 2 petang dan kitaorang habiskan pack barang di rumah sebelah pagi & check out.  Selepas check out dalam pukul 11 pagi, kitaorang sekali lagi hilang 1500 kalori mengusung beg ke station.  Sempat stop lunch kat kedai nasi beriani kegemaran kitaorang depan station Barking.  Lepas lunch terus ambik train ke King Cross.  

Sampai King Cross aku tebus balik balance kad oyster kitaorang. Dapatlah £12 untuk 2 kad yang kitaorang tebus. Dah Rm60 tu.  Dapatlah beli roti buat bekal dalam train.  

Dari London kitaorang ambik eurostar ke Brussels.  Since aku beli sebulan awal, maka aku bertuah dapat tiket murah.  Aku cuma bayar £40  untuk sorang. Kalau beli last minute harga boleh mencecah 4 kali ganda. Ituah the rules of thumb kalu mahu berjimat di Europe. 


 London - Brussel - kekurangan gambar berkualiti. 

Perjalanan smooth dan kalau tak silap aku ambik masa dalam 3 jam.  Baby SJ ok je sepanjang perjalanan.  Aku hope dia tidur supaya aku pun boleh tidur tapi tak nak tidur juga dia.  Sampai Brussel dalam pukul 5.20 petang.  Train stop di station utama.  Aku nampak signboard Gare de Bruxelles Nord.  Panik aku sebab aku janji  owner rumah nak jumpa dia di Brussels Central Station. Yang aku tak tahu, central station dia ada macam-macam panggilan; Brussel Midi, Gare de Nord, Gare de Bruxelles Nord, Brussels Guid.  Bila aku tanya orang, semua pulak jawab dalam bahasa Perancis.  Di Belgium ada 2 bahasa.  Southern belgians cakap french & Northern cakap Dutch.  Dekat setengah jam baru kitaorang jumpa information centre dan kena beratur lama untuk tanya satu soalan sahaja iaitu Gare de Bruxelles Nord sama tak dengan Central Station. Orang di kaunterpun setakat lepas2 saja english dia.  Rupa-rupanya sama.  Tarik nafas lega kejap. 

Kemudian aku perasan yang owner (Philippe) baru hantar message mintak maaf sebab dia tersangkut traffik di Rotterdam (Belanda) on the way balik dari meeting dan dia tak sempat nak balik ke Brussel untuk jemput kitaorang. Dia direct kitaorang ambik train pergi sendiri ke rumah dia.   Terbanggak-banggak aku nak faham nak ambik train mana sebab message dari owner rumah ringkas sangat.  

Maka aku pun try selongkar bag nak cari kertas booking apartment untuk nak dapatkan alamat rumah.  Aku tak jumpa kertas yang aku cari.  Mungkin sebab panik atau mungkin aku terselit kat tempat lain masa kemas bag.  Kenalah pulak selongkar bag besar untuk cari 2nd copy, nasib baik ada. 

Dapat kertas alamat, sekali lagi kena beratur panjang kat information counter nak tanya platform mana nak ambik train.  Kitaorang tunjuk kertas yang menulis address dan di suruh naik upperground train. Kitaorang tunggu kat platform upperground train dekat setengah jam tak sampai-sampai train.  Baby SJ dah letih masa tu, kesian aku tengok dia.  Sedang aku diskas apa nak buat dengan Encik D, adalah seorang wanita tempatan local yang tahu berbahasa english menyapa.  Aku pun apa lagi, mintak lah nasihat dia.  Rupanya  sepatutnya kitaorang ambil Metro bukannya upperground. Rupanya orang dekat information counter silap.  Platform metro ada di wing lain dalam station yang sama.  Metro di Belgium adalah underground di London.  Sama konsep, nama aje lain. Perjalanan Metro dari central station ke penginapan cumalah 10 minit tetapi kitaorang spend lebih dari 2 jam mencari arah.

Sampai-sampai di Apartment, ayah Phillipe sudah tunggu.  Rumah, kitaorang sewa melalui www.airbnb.com.  Rumah yang sangat cantik tapi maybe kali ni aku terlupa nak tanya, rumahnya di tingkat 4, tanpa lif.  Kesian Encik D kena mengangkut barang sebondong.  Ayah Phillipe offer nak tolong angkat sekali tapi kesian nak susahkan orang tua.  Tapi overall, aku sangat berpuas hati.  Klik SINI untuk explore apartment.

Kata ayah Phillipe, anak  dia suruh dia hantarkan kunci.  Baik orangnya walaupun cakap basic english.  Kitaorang di beritahu yang Phillipe kemalangan kecik dan ayah dia kena rush ke tempat kemalangan.  So dia terangkan sikit-sikt dan dia pergi.  Lepas tu baru kitaorang perasan yang heater & wifi tak berfungsi.  Nak tak nak terpaksalah aku call Philippe mohon dia datang selepas semua urusan kemalangan dia selesai.  Selepas sejam barulah Phillipe sampai.  Aku masa tu dah rasa macam nak beku sejuk. By the time dia balik kitaorang dah kebulur sebab dah pukul 9 malam kitaorang tak ada makan apa-apa sejak dari London.  






Makanan halal tak susah nak dapat di sekitar Brussels & ada beberapa kiosk kebab di sekitar apartment kami.  Sebenarnya masa di Brussels aku dah muak sangat dengan kebab tapi apakan daya, itulah makanan asasi aku sepanjang 3 minggu ni.

By the time dinner selesai hari dah lewat malam.  Kitaorang dah pancit tak ada fikir lain kecuali katil.  Balik, mandi, tengok TV sekejap & tidur.  Baby SJ kegirangan sebab ada banyak mainan.  Aku suka sebab tilam dia empuk sangat dan inilah rumah paling best sekali untuk trip kali ni.

Hari yang agak drama tapi ok lah, yang penting kitaorang selamat sampai & dapat tidur di tilam yang empuk.

Sunday, November 23, 2014

London_Autumn 2012_Hajat yang kesampaian

Keseluruhan entry London 
London Intro     
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge    
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square 
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5  - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey 
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street




21.11.2012 
 # Hari ke 9 di London
 # Hari ke 16 overland Western Europe



Hari kedua terakhir di London.  Esok kitaorang akan tinggalkan London, so hari ni kitaorang kena pulun habis-habisan.

Dulu masa buat iternari rasa macam cukup spend 10 hari di London.  Bila sampai hari terakhir rasa macam tak cukup.. rasa sedih pulak nak meninggalkan London.

Aku request nak gi Greenwich centre yang tak kesampaian beberapa hari lepas.  Encik D ok je.  Dia faham kenapa aku taksub sangat nak gi Greenwich ni.  Sebabnya ada kaitan dengan kerja aku. Hujan renyai2  semasa kami sampai.  Dahlah kena jalan agak jauh,  basah jugaklah baby SJ walaupun dah di bungkus.

Greenwich adalah pusat penentu masa standard seluruh dunia.  Asal-asal dulu banyak negara berebut nak jadi penentu masa standard dunia termasuklah France.  Cuma lewat 1800an, British berjaya dapat persetujuan dari international untuk jadi penentu masa standard melalui pusat Greenwich Mean Time ni.  Dari sinilah asalnya sistem GMT yang mana kat pusat ni adalah GMT zero.

Incase kalau nak rujuk  Wikipedia


 Keadaan autumn di Greenwich

 Greenwich centre.  Kena bayar £7 untuk masuk.

 Sebelah pintu ni GMT-, sebelah lagi GMT+



  Sebelah kaki di sebelah GMT-, sebelah lagi GMT+.  Perasaannya, 
pegh! bangga gila dapat letak kaki sebelah sebelah gitu.  Senyum seharian aku.



Paling best aku dapat sijil datang sini.  Tak ada lah apa, masukkan duit £1 dalam mesin printer maka dia print sijil bagitau kita dah sampai Greenwich Time Meridien tapi aku punya suka mengalahkan apa.  Sampai hari ni aku simpan lagi sijil tu.


 Bandaraya dari jauh



Dari Greenwich, kitaorang naik train ke Science Museum of London.  Aku kalah.  Aku nak gi shopping kasut, Encik D nak pergi museum sains ni. Tapi lepas masuk museum, aku dah hilang rasa ralat sebab best pulak.  Aku kasi 5 bintang lah.


Apa yang ada dalam Science Museum.  Keseluruhan ada 4 
tingkat tapi kitaorang tak pergi semua pun.



Virtual ripple.

Keluar dari Science museum, Encik D agaknya kesian tengok muka aku ajak aku pergi Oxford street. Ada 3 jam aje masa untuk aku shopping.  Kalau kat KL aku biasanya shopping setengah jam ke sejam je sebab aku dah tahu nak masuk kedai mana untuk beli apa.  Ini kat Oxford sepanjang jalannya kedai, mana aku tahu nak masuk mana.  Last-last kasut tah kemana.  Aku cuma sempat beli baju selai dua untuk baby SJ & sling bag untuk aku dan CK.  Encik D tak beli apa.


Bila kedai start tutup kitaorang merayau2 sekitar city sebelum bertolak balik ke Barking untuk pack luggage untuk destinasi seterusnya.

Aku jatuh hati dengan London (siapa yang tidak?).  Kalau ada rezeki aku akan ke sini lagi insyaallah. Next time nak stay london 2,3 hari pastu nak drive jelajah UK.  Mungkin juga jumpa kawan-kawan kucing aku yang ramai kat sini.  Insyaallah.









Friday, November 21, 2014

London_Autumn 2012_Hari ke 8


Keseluruhan entry London 
London Intro     
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge    
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square 
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5  - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey 
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street




20.11.2012 
 # Hari ke 8 di London
 # Hari ke 15 overland Western Europe



  Hari ini adalah hari khas untuk Baby SJ.  Kesian dia trip kali ni sebab takde trip pergi zoo.  Sudahlah aku tak bawak dia pergi Disneyland Paris.  Siang-siang masa tengah buat iternary, Encik SOB nasihatkan aku tak payah pergi Disneyland sebab Baby SJ kecik sangat nak enjoy. Pegh, aku pun apa lagi, dah dapat jimat duit.

Dari Barking station kitaorang berhenti di Wensminster station.  Menapak kira-kira 200m, sampailah  di London Sea Life Aquarium.  Ticket masuk Aquarium mahal sikit (£ 23/adult) tapi nasib baik aku dah print  2in1 voucher siap-siap, makanya dapatlah aku 2 tiket dengan 1 harga.

 Bangunan London sea life aquarium; tak jauh dari eyes of London. 
 
Parliament building & Big Ben waktu siang
  

Dalam Aquarium.

Keluar dari Aquarium kitaorang bergelut mencari makanan halal kawasan sekitar tapi apa malang hari ni, tak jumpa.  Ada subway dekat-dekat situ tapi takde pulak logo halal.  Last-last end up makan sandwich telur dari convenience store.

Selesai lunch, kitaorang naik underground pergi ke Museum of London.  Turun kat station St Paul, jalan sikit dalam 200m ke arah utara jumpalah museumnya. Sesuai untuk bawak anak-anak kat sini.  Aku personalnya lebih suka museum ni dari Bristish museum.  Since kitaorang sampai dah petang sikit, kitaorang kena bergegas sebab museum nak nak tutup dalam sejam je.  Aku rasa ralat sikit sebab tak dan nak enjoy betul-betul.


 Antara isi dalam


 I like :)


 Sesapa yang bawak anak yang dah tahu membaca, sila tutup mata depa

St. Paul church yang tak jauh dari museum of London



Dari st. Paul station, kitaorang pergi Oxford street.  Sempat meninjau kawasan sekitar yang meriah sebab christmas dah nak dekat.  Barang-barang souvenier aku dah beli sikit-sikit selama ni so aku tak gaduh dah nak cari souvenier. Bila aku cakap kat Encik D nak ajak dia datang balik hari last esok nak cari kasut, Encik D gitau aku beg dah penuh.  Dalam makna tu.  Sib baik aku tak kisah mana. Haha.




Berakhir hari ke 8 kitaorang.  Rata juga kami berjalan hari ini tapi tak ada seharipun hari di London yang aku tak enjoy.  Malam tu  sambil berjalan balik ke rumah aku cuma pikir katil dan mesin urut kaki aje.




Sunday, November 16, 2014

London_Autumn 2012_Encik SOB & stadiums_Hari ke 7

Keseluruhan entry London 
London Intro     
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge    
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square 
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5  - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey 
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
 
 


19.11.2012 
 # Hari ke7 di London
 # Hari ke 14 overland Western Europe




Sepatutnya hari ni kitaorang ambik train ke Birmingham dan  bermalam kat rumah Encik SOB & isteri tetapi selepas di timbal2, kitaorang batalkan plan. Aku sebenarnya segan sebab sebenarnya aku tak kenal lagi wife dia, alih-alih nak tidur kat rumah dia. Aku tahu encik D lagi segan sebab Encik SOB tu kawan aku bukan kawan dia.  Lagipun banyak lagi tempat yang aku tak pergi di London.  Kitaorang kansel plan tu malam sebelumnya tu dan dapatlah aku dengar semangkuk dua Encik SOB membebel.  Aku janji sama Encik SOB yang aku akan pos barang-barang dia sebelum kitaorang tinggalkan London.  Esok pagi buta aku dapat call dari Encik SOB yang dia akan ambik train ke London untuk jumpa aku.  Aku rasa bersalah sangat tapi Encik SOB kata dia tak kisah sebab dia memang sentiasa travel Birmingham - London setiap minggu.

Ok, siapakah Encik SOB? Encik SOB adalah kawan ketat aku & CK.  Kitaorang berempat (termasuk Encik D) pernah kerja satu company tapi Encik D & Encik SOB kurang kenal & sebab itulah tak rapat.  Kitaorang yang bertiga lagi memang sangat rapat dan sampailah ke hari ni kitaorang masih rapat walaupun dah lama masing-masing bawak haluan.


Encik SOB (kes nak kena bunuh kalau Encik SOB tahu aku post gambar dia kat sini).  
Siapa pernah jumpa dia sila angkat tangan! Kalau jumpa dia jangan bagi salam tau 
sebab dia ni bukannya melayu.  Seorang kawan yang comel & kepoh.

 

Berbalik kepada cerita Encik SOB naik ke London.  Kitaorang jumpa di station Bayswater underground.  Lega rasanya dapat pass barang-barang kiriman dia dari London.  Semua yang di kirim makanan & bukannya ringan.  Dari situ Encik SOB bawak kitaorang ke Malaysian Hall dan lunch kat sana.  Aku kan tak faham sangat pasal Malaysian Hall ni.  Aku confused samada Malaysian Hall ni sama dengan Bangunan Mara.  Encik SOB pun tak membantu sebab dia pun sama confused.  Katanya kalau hari raya (walaupun dia tak sambut) biasanya dia menyibuk kat Malaysian embassy aje.  Kalau ada antara korang yang tahu tolonglah komen sikit.  Anyway, nikmat sungguh hari tu makan lauk pauk melayu selepas dua minggu jumpa kebab & nasi beriani arab je.  Harga dia taklah semurah nasi arab.  Harga sepingan nasi 2 lauk dalam £7-8

Encik SOB sambil-sambil membebel sebab aku kansel plan, jadi jugak tour guide kitaorang.  Tapi kena tahan telingalah sepanjang hari. Sebab kitaorang tak berjaya pergi ke Anfield stadium (Liverpool FC untuk aku) & Old Trafford (MU FC untuk Encik D), dia volunteer bawak kitaorang pergi ke 2 stadium yang letak kat dalam London sendiri; Stamford bridge stadium (Chelsea FC) & Craven Cottage stadium (Fulham FC).  Musuh ketat team aku tapi hentamlah.  Stamford bridge kitaorang tak masuk sebab kena bayar tapi Craven Cottage kitaorang dapat masuk free.  Aku perasan orang Malaysia kalu pergi UK mesti nak pergi stadium.  Termasuklah aku sebab itu antara benda yang terasa dekat dengan hati.  Kalau kat Malaysia boleh tengok kat TV aje  sambil-sambil pakai jersi tiruan setiap kali team bola pilihan ada match.

Dan first time sejak travel kitaorang dapat amik gambar bertiga sebab Encik SOB jugak memerangkap photographer kitaorang hari tu walaupun bila check kemudiannya banyak gambar hancur sebab bergegar.  Haha

 Stamford Bridge stadium; luar stadium & barisan pemain 2011
Craven Cottage stadium; luar & dalam stadium

Dari satu tempat ke satu tempat kitaorang naik train.  Untuk ke Stamford bridge, turun di Fullham Broadway underground, jalan ke kiri dalam 100m terus jumpa. Untuk ke Craven Cottage, turun kat Putney Bridge station dan jalan 500m ke arah utara & perlu cross Bishop park untuk ke Craven Cottage.  Tak terasapun 500m sebab Bishop park ni lawa & kitaorang menyusuri sungai Thames.  Kat Bishop Park ni jugak ada church & bekas kediaman rasmi Bishop of London. 


Bishop park

Ni kes fefeeling autumn lah ni

Kemudiannya kitaorang naik bas (first time naik bas sejak di London) ke Hammersmith Station.  Ni bukan station terdekat tapi Encik SOB bawak kitaorang sebab dia ada pekan.  Kitaorang ambik train ke Euston station sebab Encik SOB nak kejar train balik ke Birmingham.  Sementara nak tunggu train dia boarding, kitaorang makan fish & chip kat situ.  Boleh tahan sedap.  Then, dia pun naik train balik Birmigham.  Seharian bersama Encik SOB, cukup puas aku gelak. Bagi aku, encik SOB ni antara kawan yang tak boleh bertukar ganti.


Aku kemudiannya ajak Encik D singgah di Angel station sebab sekali lagi aku nak cari author buku Bob The Streets Cat tu.  Selain Convent Garden, Angel Station antara tempat yang selalu dia lepak dulu.  Hampa lagi.  Aku siap tanya orang-orang yang berniaga kat situ.  Kata dia orang dia dah lama tak datang Angel station.  Nampak gayanya aku bawak balik buku tak bersign lah ni. Lepas tu ambik train balik ke Barking.





A good day to remember.

Thursday, November 13, 2014

London_Autumn 2012_Hari ke 6_Shoreditch High Street market

Keseluruhan entry London 
London Intro     
London #2 - London Bridge, Borough Market, Tower Bridge    
London #3 - Green Park, Buckingham Palace, St. James Park, Trafalgar Square, Paddington, Leceister Square 
London #4 - British Museum, Canary Wharf, Greenwich
London #5  - Emirates Cable Car, O2 Arena, British Music Experience Museum, Big Ben, Westmister Abbey 
London #6 - Shoreditch weekend market, Hyde Park, Harolds, James Street
London #7- Arsenal & Fulham Stadiums, Bishop Park
London #8 - Big Ben, London Sealife Aquarium, Musuem of London, Oxford Street
London #9 - Greenwich, , Science Musuem of London, Oxford Street
 

18.11.2012 
 # Hari ke 6 di London
 # Hari ke 13 overland Western Europe



Hari ke 6 start dengan aktiviti yang aku sangat suka.  Malam sebelumnya tu aku berborak panjang dengan Encik SOB.  Dia suggest kitaorang pergi ke pasar minggu di Brick Lane.  Cuaca hari tu memang best, jadi kitaorang ambik train turun kat station Shoreditch overground kalu aku tak silap.  Pasar minggu ni namanya Shoreditch High Street market.  Memandangkan hari ni hari minggu, orang sangat ramai.  Nak melangkah pun payah.  Aku tak sempat ambik banyak gambar sebab manusia ramai sangat.  Ada beratus gerai jual macam-macam. 



antara gerai-gerai yang ada

Penat round tempat2 orang jual, kitaorang singgah di Bricklane foodcourt.  Aku nampak ada gerai Malaysian jual apam balik (rebranded as Malaysian Pancake).  Teringin nak tegur tapi segan takut menganggu.  Aku tak beli apam balik sebab aku bukannya lama benor tinggalkan Malaysia.  Apa pun aku bangga tengok anak Malaysia berniaga kat sini.  Kitaorang try benda lain hari tu.


Gerai apam balik

Ada banyak gerai-gerai.  Memang meriah.  Kitaorang cuba makanan dari beberapa gerai.

Kitaorang makan tengahari kat area sini sebab ada banyak halal restoran.  Selepas tu barulah naik underground dari Liverpool street underground  dan turun kat Hyde Park station.


Destinasi berikutnya adalah Hyde Park.  Selain dapat tengok park yang cantik, dapat tengok gelagat orang bagi speech on apa saja topik yang diaorang pilih.  Aku dapat dengar ada speaker yang kutuk Queen openly.  Macam-macam gelagat orang di Hyde Park's speaker corner. Kebebasan bercakap katanya.  Ketip sini untuk information mengenai speaker corner - Hyde park's speaker corner.



Kitaorang kemudiannya berjalan melintasi Hyde park. Harolds tak jauh dari situ. Makin dekat dengan Harolds makin ramai nampak orang berjalan sambil bawak paper bag Harolds.  Ada banyai tupai jugak kat Hyde Park ni.  Best betul melayan gelagat tupai.


Pemandangan di Hyde Park
Tupai ni mula-mula tak nak kawan

Jek sikit baru nak kawan

Sampai area Harolds tengok sangat meriah kat sini.  Orang dalam Harolds memang terlampau ramai.  Maybe sebab hari minggu dan dekat Krismas.  



Dari Harolds kitaorang ambik underground (Knightsbridge station) pergi ke James street.  James Street ni satu lagi shopping district.  Saja nak habiskan masa sebelum balik.  Sempat meninjau-nijau kawasan ni kemudiannya ambik underground balik ke Barking.

 James st

Haus tapak kaki aku hari ni.  Turun dari Barking station menapak balik kerumah kaki dah berdenyut-denyut.