Tuesday, December 30, 2014
QZ8501
I'm greatly saddened by the demised of Air Asia QZ8501 passengers and crews.
Deep condolences to the families and friends of those on board.
Saturday, December 27, 2014
Overland Separuh Thailand 2014 - Wrap up
Itinerary keseluruhan
Day 1 & 2: KL - Hatyai; KTMB Train - Masa: 10.00 pm - 12.00 pm (next day) - 1ST LEG
Day 3 : Hatyai to Bangkok; Thailand Train - Masa: 6.35 pm - 12.00 pm (next day) - 2ND LEG
Day 4 - 7 : Lokasi: Bangkok- THE CITY
Day 3 : Bangkok - KL; AirAsia - Masa: 7.10 a.m - 10.15 a.m
Expenses
Secara Kasar
1. KL - Hatyai; KTMB Train; Upper Berth ticket = RM54.00
2. Hatyai to Bangkok; Thailand Train, Lower Berth ticket + agent fee = approx. RM125
3. Bangkok to KL; AirAsia, AA sales ticket + meal + luggage + seat = approx. RM250
Secara keseluruhannya, tak termasuk shopping dan souvenier, expenses sekitar RM1000 - RM1200 seorang (adult) sudah mencukupi untuk 8D7N (2 malam tidur dalam train). Untuk Baby SJ, expenses cuma untuk tiket train dari KL ke Hatyai & tiket AirAsia balik ke KL.
Tips yang penting
1. Beli tiket Airasia masa sale :)
2. Tiket KTMB kena beli awal. Jualan start ngam-ngam sebulan sebelum tarikh perjalanan. Ingat, tak lebih dan tak kurang dari sebulan dari tarikh. Jangan tertipu macam aku, bila check website nampak belum jual. Akhirnya bila aku call KTMB pukul 11 pagi katanya tiket lower berth sold out. Pada aku yang terbaik, ngam-ngam pukul 8.30 pagi (office KTMB mula buka), korang call dan prebook tiket (aku belajar dari kesilapan). Then make sure pergi ambik tiket dan bayar dalam masa seminggu.
3. Tiket Thailand Train boleh di beli awal. Aku email agent dan arrange untuk tiket di hantar ke hotel di Hatyai. Tapi pada pengalaman aku kalau setakat upper berth tiket, kalau beli on the spot pun masih ada di hari perjalanan. But, it is about gamble. Kalau dah habis, nasib lah kena cari Plan B.
4. Better beli makanan bawak bekal dalam train dari Hatyai ke Bangkok sebab yang jual kat atas train tak sahih status halal. Aim untuk 2 kali makan. Maybe makanan berat untuk dinner & makanan ringan untuk breakfast. Dari KL ke Hatyai tak ada masalah sebab ada melayu jual makanan di atas train dan untuk breakfast boleh tunggu hingga sampai di Padang Besar. Boleh breakfast di kantin station.
5. Sediakan pen untuk isi borang immigration sebab pihak immigration padang besar tak bagi pinjam pen.
6. Barisan nak cop passport sangat panjang memandangkan semua orang dalam train nak cop. Makanya elok juga semasa orang lain beratur untuk cop, korang naik minum di kantin dulu dan bila semua orang sudah siap cop, korang barulah beratur. Anyway, train tak gerak so soon. Paling cepat pun sejam. Dalam kes kitaorang, dragged sehingga 2 jam.
7. Jangan sentap kalau immigration Thailand di Padang Besar garang. Hehe
8. Sediakan info yang cukup tentang mana nak dapat makanan halal. Nasihat aku, google atau print info dari travel blogger. Damage untuk street food antara BTH60 - BTH 80 dan damage untuk standard restaurant antara BTH150 - BTH400.
9. Kebanyakan BTS station cuma ada antara 2 hingga 4 ticket machines. Ada station yang boleh beli tiket di kaunter dan ada station yang cuma sediakan perkhidmatan tukar duit syiling di kaunter. Hendaklah bertabah beratur dan jangan aim nak beli tiket return sebab memang tak ada.
10. Bagi yang memerlukan internet line boleh beli simkad tempatan. Aku beli simcard nama Happy Tourist dari 7-Eleven dengan harga BTH299 bagi 1.5GB data dan penggunaan selama seminggu. Signal agak strong dan walaupun aku stay di tingkat 12, aku masih berjaya dapat line. Untuk penggunaan multi device, guna aje portable hotspot.
11. Jika berhajat bawa orang tua atau whell chair bound person ke Bangkok, hampir kesemua train station adalah disabled access friendly dan boleh dapat lift. Cuma maybe akan ada masalah untuk naik dari ground level ke lantai entrance BTS atau MRT atau Airport link sebab hanya escalator di sediakan. Tapi maybe aku terlepas pandang dalam kes ni.
12. Please expect sedikit ketidakselesaan dalam hospitality dari local. Sama macam tempat kita, ada orang yang mesra, ada orang yang sejuk. Bagi yang ada anak kecil, jangan sentap jika tiada siapa yang offer seat untuk anak korang bila naik train. Dalam kes aku, ada beberapa kali baby SJ terpaksa duduk atas lantai sebab terlalu letih tapi masih tak seorang pun orang offer seat sedangkan hampir semuanya muda belia. Cuma 2 kali orang tempatan offer seat dan ada beberapa kali mat salih yang offer seat.
13. Aim untuk melawat attractions di awal pagi sebab hampir kesemua tempat terlalu ramai manusia. Aku tersalah langkah.
Overland separuh Thailand 2014 - Jelajah Bangkok
Entry yang sebelum ni
Overland separuh Thailand - Introduction
Overland separuh Thailand - first leg
Overland separuh Thailand - second leg
14.12.2014 - 18.12.2014
# Bangkok day 1-5
# Ahad- Khamis
Antara attractions yang sempat aku cuba
1. Chatuchak weekend market
Kitaorang ambik Airportlink train dari station betul-betul tepi hotel (siap ada connecting escalator) ke Chatuchak Market pada hari pertama di Bangkok. Kena pergi hari tu jugak sebab menurut sumber market ni tutup di hari biasa. Total dua train (Airportlink ke Phaya Thai station dan connecting BTS train ke Mo Chit Station) , kitaorang sampai di Mo Chit station dan dari situ jalan 100m terus jumpa Chatuchak Market.
Boleh katakan a very brief visit sebab kekurangan masa dan keletihan travel dari Hatyai. Kitaorang sampai sanapun dah pukul 5 petang dan dari apa yang aku baca, market tu sepatutnya tutup pukul 6 petang. Aku mula-mula dah tak nak pergi sebab risau sampai-sampai je market dah tutup tapi rasa rugi pulak. Jadinya kitaorang gamble dan bila sampai nampak macam tak ada tanda nak tutup pun. Orang masih ramai dan kat situ siap ada bar & bistro so rasanya bukanlah tempat yang tutup awal. Rasa aku kalau betul-betul focus nak shopping mesti banyak barang boleh beli. Kitaorang cuma berlegar-legar je.
Antara kedai di Chatuchak market
Selepas lebih-kurang sejam di Chatucak, decide untuk balik sebab semua orang dah letih. On the way ke station sempat pit stop di Chatuchak Park sekejap. Chatucak park sangat cantik dan aku awalnya memasang angan nak kembali sebelum balik KL tapi sampai last tak pergi. Kemudian ambik train untuk balik ke hotel. Malam tu cuma makan maggi untuk alas perut sebab malas nak fikir mana nak cari makanan halal. Yang kitaorang check tengahari tadi, kedai halal yang dekat dengan hotel tutup hari tu sebab hari minggu.
Chatuchak Park
2. Chao Praya River dan bandaraya Bangkok
Hari ke 2 di Bangkok bermula dengan baik. Cuaca baik & makan pun dapat. Kitaorang decide nak naik gi river cruise, Grand Palace dan Wat Po temple hari tu. Semuanya ke laut kecuali river cruise. Dari hotel kena ambik 3 train dan ini memang melemahkan semangat aku sebab terlalu banyak kali naik turun station. Sampai ke station terakhir, Saphan Taksin station, ikut tanda arah menghala Central Pier (jeti tempat river cruise boat) yang cuma 20-30 m dari tangga station.
Beli tiket (BTH 40 sehala atau BTH150 untuk unlimited ride sehari) dan tunggu boat sampai. Boat sangat selesa & semua penumpang dapat tempat duduk kecuali memilih untuk berdiri di deck. Ada guide yang cerita pasal bangunan-bangunan di sepanjang sungai. Dengar dan focus sebab susah sikit nak faham apa yang dia cakap.
Rupa ginilah cruise boat kitaorang naik. Gambar sumber bangkokforvisitors.com
Antara yang dapat di tengok dari boat; shopping complex
Wat Arun temple
Yang ni aku tak tahu bangunan apa tapi nampak macam bangunan penting
Bumbung Grand Palace
Ini pun tak tahu bangunan apa tapi nampak macam penting
Untuk ke Grand Palace kena turun di Pier N9. Masa tu tengahari berdering kata orang kampung aku. Pijar mata. Masuk dalam kawasan istana, mak ai nampak orang beratus-ratus. Pelancong dari China aje 7 atau 8 group bas. Aku pandang Encik D, Encik D pandang aku. Seriously nak melangkah pun payah. Nak ambik gambar building pun kena beratur sebab orang China suka bergambar. Diskas punya diskas, kansel plan sebab rasa tak berbaloi nak bayar BTH500 untuk berasak-asak kat dalam. Ambik gambar istana dari luar lebih kurang & kitaorang cari tuk-tuk mintak di bawak ke Khaosan Road untuk makan. Kecewa memang lah kecewa tapi kena rasional lah jugak sebab aku dengar kat dalam istana cukup panas dan kalau orang ramai bayangkan sendiri lah. Padan muka aku, patutnya aku datang awal pagi.
Bahagian luar Grand Palace
Lepas makan, jam dah pukul 4 dan plan nak ke Wat Po temple pun kena kansel sebab hari dah petang dan aku rasa temple pun mesti dah tutup. Kitaorang cuba sewa tuk-tuk mintak hantar ke jeti ataupun station keretapi terdekat tapi rata-rata cas sampai BTH250-300. Memang tak masuk akal sebab google map tunjukkan kitaorang tak jauh dari jeti atau BTS station. Then ajak encik D jalan je, tak sampai 10 minit jalan jumpa pier yang kitaorang kena turun tengahari tadi. Encik D beratur beli tiket boat. Rupa-rupanya Encik D tersalah beli tiket common boat. Nak mintak dia belikan yang baru kesian tengok muka dia yang tercunggap-cunggap. Nak tak nak naik ajelah walaupun boat semakain sesak setiap kali ambik penumpang baru.
Choa Praya ni nama aje sungai tapi berombak macam laut. Bayangkan perasaannya bila boat asyik cross sungai nak ke tebing yang bertentangan nak ambik & turunkan penumpang. Aku gengam tangan baby SJ kuat-kuat. Syukur tak ada kejadian buruk. Aku bukanlah orangnya yang berani dengan air, inikan lagi ada baby SJ. Lagilah aku risaukan keselamatan dia.
By the time kitaorang sampai Central Pier, matahari dah start jatuh. Kitaorang tunggu beberapa minit dan menikmati sunset.
Sunset by the river.
Dari station BTS Shapan Taksin, kitaorang turun di station Siam sebab nak cari makan malam di MBK mall. Sempatlah kenal Siam Paragon Mall. Tak masukpun sebab nak cepat. Then jalan masuk Siam Centre dan nampak cafe yang di sebut-sebut Bibie Karim, Mr Jones Orphanage Cafe. Hendak jugaklah cuba sementelah lagi cafenya sangat cantik. So kitaorang minum petang (err malam) kat situ dan aku order kek Fudge Romantic dan smootie. Hmmm.. sedap sungguh dan baby SJ sangat gembira dapat tambah kandungan glukose dalam badan. Punyalah tamak padahal lepas tu dah nak makan malam.
Inilah akibatnya tak dapat banyak mainan masa kecik. Dah besar ni punyalah ketagih
Dari situ, berjalan cross Siam Centre ke Siam Tower kemudian cross ke MBK mall. Kitaorang dinner di Food Court di tingkat 5 sebelum ambik train balik ke hotel. Badan dah meronta-ronta mintak rehat. Kaki pun dah separuh haus.
Dinner. Ada tom yum goong kat sini & segala nasi arab.
Kitaorang sampai di Victory Monument station dalam pukul 7 lebih dan terus ambik train balik ke area hotel. Had a huge dinner malam tu sebab balas dendam siang tak dapat makan.
3. Antara tandas
Hari last mood nak pergi ke attractions agak kelaut. Satu-satunya plan adalah nak ambik night river cruise sebab nak ambik gambar temple Wat Arun waktu malam. So siangnya aktiviti free and easy. Naik train baru fikir. Teringat Bibie Karim pernah post gambar toilet kat Terminal 21. Aku pun ajak Encik D tapi dia memang tak tahu menahu yang aku bukannya nak pergi shopping tapi nak pergi tengok toilet. Untuk ke Terminal 21 kena stop kat BTS Asok station dan Terminal 21 cuma sebelah station, ada skybridge siap.
Encik D berkerut-kerut bila aku bagitau aku nak tengok toilet. Memang betul kata Bibir Err, toilet dia memang cantik. Sudahlah cantik, bersih dan free pulak tu (tapi semua public toilet yang aku masuk di Thailand memang bersih, hatta yang dalam keretapi sekali pun). Dari satu floor ke satu floor kitaorang teroka. Baby SJ asyik cakap "toilet lagi?" tapi dialah yang tak pernah failed basuh tangan di setiap toilet.
Kitaorang jugak sempat beli Souvenier Tshirt kat Terminal 21 ni.
Dari situ kitaorang naik train ke Siam station dan jalan lagi sekali ke MBK mall untuk lunch. Kali ni makan di Yana Restoran di tingkat 5. Ada pekerja dia datang dari Malaysia, oleh itu memang selesalah makan kat sini. MBK mall ni jugak ada surau so memang mudahlah urusan.
Selepas makan dan kekononnya nak tunggu petang sikit nak pergi naik boat Encik D ajak aku shopping. Encik D borong Tshirt beberapa helai untuk dia dan souvenier, manakala aku jugak jumpa satu benda yang memang aku cari selama ni. Masing-masing puas hati. Tengok-tengok jam rupanya kitaorang dah terlepas sunset. Masa tu pun dah letih sikit so atas kata sepakat, akhirnya kitaorang ambik train balik ke hotel. Makan di kedai arab dekat hotel lagi dan balik bilik untuk pack barang sebab flight balik KL subuh buta esoknya.
Kitaorang selamat sampai di KL pukul 10 pagi esoknya dan aku kira aku sangat bernasib baik sebab hampir sangat tertinggal flight kali ni. Kitaorang tersangkut di kastam & aku tersalah bajet masa. Kitaorang orang terakhir masuk pesawat dan selepas aje selesai simpan hand luggage, kapalterbang terus jalan.
Tamat sudah overland trip ke Bangkok aku. Satu pengalaman yang manis dan bagi yang teringin mencari kelainan dalam travel, amatlah di galakkan. Dari awal aku aim nak cari pengalaman tapi aku tak pernah jangka aku akan betul-betul enjoy. Walaupun banyak tempat aku tak sempat pergi tapi overall aku gembira sangat dengan apa yang aku achieve. As I said before, kali ni aku belajar tentang kehidupan & aku belajar tentang lebih bersyukur.
3. Ayutthaya
Bangun pagi aku suggest pergi ke Ayutthaya dan Encik D setuju sahaja. Ayutthaya sebelum ni hanyalah Plan B kitaorang sebab mengenangkan masa di Bangkok cuma 4 hari dan seeloknya fokus pada bandaraya sahaja tapi aku memang teringin nak tengok Unesco Heritage temples dan kepala Buddha kat pokok Banyan. Ayutthaya adalah antara tamadun terawal Siam dan merata tempat ada tinggalan sejarah
Kitaorang ambik minivan dari station BTS Victory monument ke Ayutthaya. Perjalan pergi lama sikit, almost 2 jam sebab ada kemalangan kat Highway tapi perjalanan balik makan masa 1 1/2 jam aje. Minivan ni kira pengangkutan awam yang agak famous untuk ke Ayutthaya dan tambang dia hanyalah BTH60. Service sangat superb (kecuali agen tiket tu garang sikit). Semua orang terlelap dalam perjalanan di hembus air-cond van yang nyaman.
Sampai di Ayutthaya, kitaorang di sapa oleh driver tuk-tuk. Dia offer package temple tour. 2 jam dengan bayaran BTH600 atau 3 jam dengan bayaran BTH900. Kitaorang ambik pilihan yang pertama sebab masa pun dah pukul 2 petang masa tu dan nak kena rushing balik Bangkok hari sama. Last minivan pukul 6 petang. Aim aku, at least dapat pergi 3 atau 4 temple utama sebab sebenarnya ada cukup banyak temple kat sini. Semuanya menarik. Aku betul-betul jatuh hati dengan tempat ni. Sementara tu aku jugak mengintai tempat-tempat makan halal tapi tak nampak pun. Terpaksa berlapar. Sebagai backup, kitaorang beli buah dan air isotonik. Baby SJ cuma makan sebungkus biskut Loacker yang ada dalam beg. Kesian dia.
* Tips: Kalau datang sini awal pagi dan ada sehari suntuk nak ronda, maybe cara terbaik hitch tuk-tuk dari satu tempat ke satu tempat. Aku agak mesti lagi murah dan tuk-tuk senang nak dapat kat sini. Aku rasa kitaorang bayar agak mahal sebab semua tempat tu within 5km daripada bandar.
Kitaorang terus ke temple yang pertama, Wat Yai Chaimongkhon Temple. Entrace fee sepatutnya BTH20 tapi entah kenapa, kitaorang dapat masuk free. Temple ni consider temple yang hidup sebab masih ada orang beribadat kat sini.
Since masa yang ada memang terhad, kitaorang bajet seetengah jam untuk satu temple. Keluar dari
Wat Yai Chaimongkhon, tuk-tuk bawa ke temple kedua yang consider temple paling penting di Ayutthaya. Wat Maha Tat Temple. Entrance fee adalah BTH50 dan kata signboard kat situ, candi-candi kat sini mula di bina dari tahun 1374 dan yang interestingnya, hampir 90-95% Buddha kat sini tanpa kepala. Tak silap aku sebab masa peperangan antara Ayutthaya dengan Burma, patung-patung kat sini di pancung kepala oleh tentera Burma. Aku memang kagum sebab patung-patung di buat dari batu granite & aku tak boleh imagine macamana dia orang pancung kepala Buddha.
Tak puas kat sini tapi kena bijak bahagikan masa. Tuk-tuk kemudiannya bawak kami ke temple ke 3, di panggil Ayutthaya Historical Park. Lagi sekali kena bayar BTH50. Aku rasa yang ni paling cantik antara yang sempat aku pergi hari tu.
Meninggalkan Ayutthaya dengan seribu kenangan termasuklah bateri kamera habis dan jugak perut yang lembik. Personally, aku rasa mungkin ada tempat jual makanan halal cuma kitaorang tak jumpa dalam-dalam kalut nak kejar masa. Aku janji pada diri sendiri yang satu hari aku akan balik ke sini sebab aku dah jatuh hati pada tempat ni. Maybe bermalam dan sewa motor untuk berjalan. Ayutthaya banyak mengingatkan aku pada tempat favorite aku iaitu Bali.
Kitaorang ambik minivan dari station BTS Victory monument ke Ayutthaya. Perjalan pergi lama sikit, almost 2 jam sebab ada kemalangan kat Highway tapi perjalanan balik makan masa 1 1/2 jam aje. Minivan ni kira pengangkutan awam yang agak famous untuk ke Ayutthaya dan tambang dia hanyalah BTH60. Service sangat superb (kecuali agen tiket tu garang sikit). Semua orang terlelap dalam perjalanan di hembus air-cond van yang nyaman.
Sampai di Ayutthaya, kitaorang di sapa oleh driver tuk-tuk. Dia offer package temple tour. 2 jam dengan bayaran BTH600 atau 3 jam dengan bayaran BTH900. Kitaorang ambik pilihan yang pertama sebab masa pun dah pukul 2 petang masa tu dan nak kena rushing balik Bangkok hari sama. Last minivan pukul 6 petang. Aim aku, at least dapat pergi 3 atau 4 temple utama sebab sebenarnya ada cukup banyak temple kat sini. Semuanya menarik. Aku betul-betul jatuh hati dengan tempat ni. Sementara tu aku jugak mengintai tempat-tempat makan halal tapi tak nampak pun. Terpaksa berlapar. Sebagai backup, kitaorang beli buah dan air isotonik. Baby SJ cuma makan sebungkus biskut Loacker yang ada dalam beg. Kesian dia.
* Tips: Kalau datang sini awal pagi dan ada sehari suntuk nak ronda, maybe cara terbaik hitch tuk-tuk dari satu tempat ke satu tempat. Aku agak mesti lagi murah dan tuk-tuk senang nak dapat kat sini. Aku rasa kitaorang bayar agak mahal sebab semua tempat tu within 5km daripada bandar.
Kitaorang terus ke temple yang pertama, Wat Yai Chaimongkhon Temple. Entrace fee sepatutnya BTH20 tapi entah kenapa, kitaorang dapat masuk free. Temple ni consider temple yang hidup sebab masih ada orang beribadat kat sini.
Reclining buddha
Patung buddha yang beratus-ratus biji
The main temple. Kitaorang naik sampai atas tapi atas dia tak ada apa kecuali scenery sekitar
Dari puncak temple utama
Since masa yang ada memang terhad, kitaorang bajet seetengah jam untuk satu temple. Keluar dari
Wat Yai Chaimongkhon, tuk-tuk bawa ke temple kedua yang consider temple paling penting di Ayutthaya. Wat Maha Tat Temple. Entrance fee adalah BTH50 dan kata signboard kat situ, candi-candi kat sini mula di bina dari tahun 1374 dan yang interestingnya, hampir 90-95% Buddha kat sini tanpa kepala. Tak silap aku sebab masa peperangan antara Ayutthaya dengan Burma, patung-patung kat sini di pancung kepala oleh tentera Burma. Aku memang kagum sebab patung-patung di buat dari batu granite & aku tak boleh imagine macamana dia orang pancung kepala Buddha.
Sekitar temple Wat Maha Tat. Sangat Cantik
The leaning tower, tak payah pegi Italy
Inilah yang aku mengigau-ngigau nak tengok selama ni. Fuhh, berjaya jugak. Alhamdullillah
Singgahsana Buddha. Setting sama macam dewan mengadap raja
dalam cerita melayu zaman dulu-dulu. Buddha besar tu antara satu yang
berkepala lengkap. Tak silap aku cuma ada 2 atau 3 aje yang berkepala
berkepala lengkap. Tak silap aku cuma ada 2 atau 3 aje yang berkepala
Bangunan utama agaknya. Agak aku zaman dulu-dulu tempat ni mesti elit.
Tak puas kat sini tapi kena bijak bahagikan masa. Tuk-tuk kemudiannya bawak kami ke temple ke 3, di panggil Ayutthaya Historical Park. Lagi sekali kena bayar BTH50. Aku rasa yang ni paling cantik antara yang sempat aku pergi hari tu.
Ada 3 candi utama kat sini dan di kelilingi dengan banyak candi kecik.
Asalnya candi kat sini warna putih bukan batu bata macam yang lain-lain.
Dari sudut lain
Candi-candi kecik di sekitar
Ini macam bangunan utama
Keluar dari situ jam dah lebih pukul 5 petang. Sepatutnya ada lagi satu temple yang nak lawat. Temple yang ada famous leaning buddha tapi risaukan takut kena tinggal minivan terakhir kitaorang decide untuk kansel dan minta driver hantar ke station minivan. Keseluruhannya 2 1/2 jam dan kitaorang expect driver akan mintak extra charge tapi rupanya tak. Kitaorang berjaya ambik minivan kedua terakhir ke Bangkok. Meninggalkan Ayutthaya dengan seribu kenangan termasuklah bateri kamera habis dan jugak perut yang lembik. Personally, aku rasa mungkin ada tempat jual makanan halal cuma kitaorang tak jumpa dalam-dalam kalut nak kejar masa. Aku janji pada diri sendiri yang satu hari aku akan balik ke sini sebab aku dah jatuh hati pada tempat ni. Maybe bermalam dan sewa motor untuk berjalan. Ayutthaya banyak mengingatkan aku pada tempat favorite aku iaitu Bali.
Kitaorang sampai di Victory Monument station dalam pukul 7 lebih dan terus ambik train balik ke area hotel. Had a huge dinner malam tu sebab balas dendam siang tak dapat makan.
Victory monument waktu malam. Monument bagi mengenangkan
jasa askar-askar Thailand mempertahankan negara
3. Antara tandas
Hari last mood nak pergi ke attractions agak kelaut. Satu-satunya plan adalah nak ambik night river cruise sebab nak ambik gambar temple Wat Arun waktu malam. So siangnya aktiviti free and easy. Naik train baru fikir. Teringat Bibie Karim pernah post gambar toilet kat Terminal 21. Aku pun ajak Encik D tapi dia memang tak tahu menahu yang aku bukannya nak pergi shopping tapi nak pergi tengok toilet. Untuk ke Terminal 21 kena stop kat BTS Asok station dan Terminal 21 cuma sebelah station, ada skybridge siap.
Encik D berkerut-kerut bila aku bagitau aku nak tengok toilet. Memang betul kata Bibir Err, toilet dia memang cantik. Sudahlah cantik, bersih dan free pulak tu (tapi semua public toilet yang aku masuk di Thailand memang bersih, hatta yang dalam keretapi sekali pun). Dari satu floor ke satu floor kitaorang teroka. Baby SJ asyik cakap "toilet lagi?" tapi dialah yang tak pernah failed basuh tangan di setiap toilet.
Kedai kat Terminal 21
Toilet konsep Turkey
London underground
San Francisco
Japan
CDG airport, Paris
Rome
Kitaorang jugak sempat beli Souvenier Tshirt kat Terminal 21 ni.
Kedai Tshirt tu sebelah kiri. Highly recommended kalau nak cari Tshirt buat souvenier
cuma careful dalam memilih size. Kitaorang bila balik hotel baru perasan size di Thailand lebih
kecik dari size standard Malaysia.
Dari situ kitaorang naik train ke Siam station dan jalan lagi sekali ke MBK mall untuk lunch. Kali ni makan di Yana Restoran di tingkat 5. Ada pekerja dia datang dari Malaysia, oleh itu memang selesalah makan kat sini. MBK mall ni jugak ada surau so memang mudahlah urusan.
Selepas makan dan kekononnya nak tunggu petang sikit nak pergi naik boat Encik D ajak aku shopping. Encik D borong Tshirt beberapa helai untuk dia dan souvenier, manakala aku jugak jumpa satu benda yang memang aku cari selama ni. Masing-masing puas hati. Tengok-tengok jam rupanya kitaorang dah terlepas sunset. Masa tu pun dah letih sikit so atas kata sepakat, akhirnya kitaorang ambik train balik ke hotel. Makan di kedai arab dekat hotel lagi dan balik bilik untuk pack barang sebab flight balik KL subuh buta esoknya.
Kitaorang selamat sampai di KL pukul 10 pagi esoknya dan aku kira aku sangat bernasib baik sebab hampir sangat tertinggal flight kali ni. Kitaorang tersangkut di kastam & aku tersalah bajet masa. Kitaorang orang terakhir masuk pesawat dan selepas aje selesai simpan hand luggage, kapalterbang terus jalan.
Tamat sudah overland trip ke Bangkok aku. Satu pengalaman yang manis dan bagi yang teringin mencari kelainan dalam travel, amatlah di galakkan. Dari awal aku aim nak cari pengalaman tapi aku tak pernah jangka aku akan betul-betul enjoy. Walaupun banyak tempat aku tak sempat pergi tapi overall aku gembira sangat dengan apa yang aku achieve. As I said before, kali ni aku belajar tentang kehidupan & aku belajar tentang lebih bersyukur.
Subscribe to:
Posts (Atom)