Monday, July 27, 2015

48 jam di Lucerne a.k.a Luzern - Part 1


Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015 
Western Europe 2015-Intro  Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 
Munich - Part2
Switzerland - Intro Part1
Switzerland - Intro Part2 



Meninggalkan Germany pada petang 20 April 2015, kitaorang di sajikan dengan pemandangan Alps terutama bila merentasi bumi Austria buat seketika.  Menyaksikan Alps (dan Himalaya) adalah cita-cita setiap geologist macam aku dan  tanpa gunung dan ganang maka tiada lah pekerjaan kami. Cita-cita dan niat aku untuk bertemu dengan tulang belakang bumi termakbul kali ni dan satu perkataan berulang-ulang aku ucap hari tu; Alhamdullillah. 

Bas dari Munich membawa kitaorang ke Zurich.  Sesampai di station bas di Zurich, aku tengok jam.  Kitaorang cuma ada kurang dari 10 minit untuk kejar train ke Lucerne.  Lucerne adalah bandar pertama yang kitaorang akan singgah bermalam di Switzerland. Dari bus station, macam orang gila kitaorang berlari ke train station yang letak dalam 300m dari bus station.   Aku kesian dengan baby SJ sebab  walaupun dia tak bawa beg dia sendiri tapi di bahu dia tersandang juga backpack 10L yang berisi 1-2kg mainan dia.  Train station Zurich tersangat besar dan Allah menolong kitaorang hari tu.  Akhirnya, kitaorang sempat juga naik train kurang dari 5 minit sebelum train berlepas.  

Perjalanan Zurich-Lucerne ambik masa setengah jam. 2/3 perjalanan kitaorang di jamu dengan Lake Zurich.  Aku decide untuk letak kamera di tepi dan menikmati pemandangan dengan naked eyes kerana sebahagian dari diri aku masih rasa macam tak percaya yang kitaorang dah berjaya jejakkan kaki ke Switzerland.  Cukup lama aku menyimpan angan-angan dan hari ni Allah makbulkan.  



Sikit information untuk Lucerne.  The City.  The Lake.  The Mountain.  Tiada apa lagi yang lebih tepat untuk mengambarkan Lucerne selain dari 3 perkataan di atas.  Itulah yang menarik berjuta traveller ke situ sepanjang tahun.    



Kedudukan geografi Lucerne a.k.a Luzern (source www.wordtravel.com)



The City.  The Lake.  The Mountain (map sumber www.switzerland-trips.com)


Ringkasan mengenai Lucerne yang aku ambik dari beberapa website;

Lucerne, a compact city in central Switzerland, sits amid snowcapped mountains on the north end of Lake Lucerne. With its colorful Altstadt (Old Town) and 14th-century Museggmauer city walls, covered bridges including the iconic Kapellbrücke and spired, turreted buildings, it's the storybook image of a Swiss town. It’s also gateway to hiking and skiing destinations in the nearby Rigi and Pilatus mountains and the Alps.

The official language of Lucerne is (the Swiss variety of Standard) German, but the main spoken language is the local variant of the Alemannic Swiss German dialect.
 

Kitaorang menjejakkan kaki di Lucerne Bahnhof (main train station) sekitar 7 malam.  Perkara pertama yang aku buat adalah beli Swiss Half Fare Card dengan harga CHF120 seorang (baby SJ dan kanak-kanak berumur 6 yo ke bawah tak perlu bayar tiket).  Tiket boleh di beli dari pejabat SBB yang terletak di tingkat bawah train station.  Tak silap aku, pejabat SBB hanya tutup pukul 8 p.m.  Selepas itu korang boleh beli tiket dari machine.  Tapi take note yang Swiss Pass perlu di beli dari kaunter.  Dengan Swiss Half Fare card, kitaorang layak dapat semua tiket pengangkutan awam 50% dari harga sebenar.  Klik SINI untuk detail mengenai public transport di Switzerland.


 Pintu gerbang berhampiran Lucerne Bahnhof. 

Dari Lucerne bahnhorf kitaorang naik bas ke Lion Lodge hostel.  Perjalanan cuma ambik masa 5 minit dari city centre. 

Lucerne Part1 akan focus pada attractions di sekitar city centre yang sempat aku cover sepanjang lebih kurang 43 jam di sana.  

Hari pertama sampai gagal ke mana-mana tapi semasa dalam bas dalam perjalanan ke hostel, hati dah cukup berbunga-bunga melihatkan bandar Lucerne mula di limpahi dengan cahaya lampu.  Hajat di hati cukup tinggi.  Mahu keluar meronda selepas makan malam.  Maklumlah tiket 24 jam dah ada di tangan.  Selesai check in, aku masak makan malam sementara CK tolong baby SJ mandi.  Selesai makan dan mandi, kitaorang tersandar dan dah terlalu penat untuk keluar ronda.  Kata sepakat, kitaorang decide untuk berlabuh. Baby SJ yang pertama terbongkang.  Letih agaknya berlari kejar train di Zurich petang tadi.  

Hari kedua bermula awal.  Selesai breakfast, kitaorang mengorak langkah. Naik bas ke city centre dan ambik keputusan untuk stick pada plan asal ke Mount Rigi.  Aku akan cerita pasal trip ke mount Rigi pada entry akan datang.  


The City.  First glimpse

  The Lake and inhabitants.

The mountain


Balik dari Mount Rigi, kitaorang sempat berlegar-legar di city centre sekejap.  Lepak di tepi tasik sambil melayan swan.  Memang leka, sedar-sedar jam dah pukul 4 petang dan perut mula menyanyi mintak diisi.  


 Orang ramai.  Ada yang bersantai sambil membaca, ada yang bermadu kasih 
dan paling menarik ada yang melukis


 Makhluk Allah yang sangat cantik sehinggakan banyak puisi dicipta khas mengangkat 
 kecantikan angsa.  Angsa adalah kebanggaan Lucerne dan boleh kata mascot bandaraya ni.  
Take note betapa clearnya air tasik.  Kalau jatuh pin tudung pun agaknya masih boleh nampak.. faktanya semua tasik di Switzerland sangat jernih dan sangat bersih.  Aku sangat kagum.

 Selain angsa.  Sejinak angsa.

Kalau malas nak bergerak sendiri, korang boleh ambik tour macam gini.  
Aku terserempak dengan bas ni tak jauh dari hostel aku tinggal


Kitaorang ambik bas balik ke arah hostel untuk makan tengahari di restoran Lebanese berdekatan hostel.  Siap makan, balik solat sebelum keluar balik. Kitaorang singgah di Lion Monument sebelum naik bas ke city centre.  Lion monument letaknya dekat sangat dengan hostel (dalam 50m).  Orang terlalu ramai (pelancung China baru sampai beberapa buah bas) & lightingpun kurang best.  So kitaorang decide nak datang balik pagi esoknya.

Kemudian kitaorang ambik bas ke City centre.  Berlegar sejam dua sebelum patah balik ke hostel untuk berehat.  Aku tinggalkan mereka berdua seketika sebab lense kamera aku rosak dan ambik bas ke city centre untuk cari kedai kamera.  Settle problem dan terbang duit beberapa ratus , aku bergegas balik sebab risau baby SJ menangis cari aku.  Sampai di hostel, elok aje baby SJ tersengih-sengih.  


 Lucerne di waktu senja


Selesai makan malam, sekali lagi kitaorang decide untuk menewaskan diri dan berlabuh tanpa keluar balik.  Sebahagian diri aku menyesal tak keluar malam tu untuk enjoy Lucerne di waktu malam tapi sebahagian lagi tahu kemampuan diri kitaorang.  Aku kena berpada-pada dari segi mengagihkan tenaga dalam trip kali ni sebab trip kali ni boleh lah di katakan trip on the run dan aku tak mampu untuk jatuh sakit.

Misi bersambung di hari terakhir di Lucerne.  Pagi-pagi kitaorang menjengah Lion monument sekali lagi sebelum meninggalkan area Wesemlinrain.   Kali ni orang masih belum ramai dan lighting lebih baik dari semalamnya.  


 Macam Aslan dalam cerita Narnia sikit-sikit pun ada.  Aku setuju dengan statement 
Mark Train - this is the most mournful stone in the world


The Lion Monument (German: Löwendenkmal), or the Lion of Lucerne, is a sculpture in Lucerne, Switzerland, designed by Bertel Thorvaldsen and hewn in 1820–21 by Lukas Ahorn. It commemorates the Swiss Guards who were massacred in 1792 during the French Revolution, when revolutionaries stormed the Tuileries Palace in Paris, France. Mark Twain praised the sculpture of a mortally-wounded lion as "the most mournful and moving piece of stone in the world.

Sumber wikipedia 


Kemudian checkout dari hostel dan simpan beg di locker di train station.  Rate untuk locker bersaiz XL ialah CHF9.  Seterusnya beli tiket Panoramic train ke Interlaken.  Kitaorang ambik train pukul 2.30  p.m sebab nak ronda Lucerne dulu di sebelah paginya.  Baki masa 4 jam yang ada di gunakan sepenuhnya.  

First sekali kaki membawa kitaorang lagi sekali ke Old Bridge a.k.a Kapellbrücke.  Walaupun dah datang semalam tapi rasa macam tak puas sebab terlalu cantik.  Kitaorang sekali lagi merentasi Sungai Reuss menggunakan bridge ni.  Di bahagian dalam bumbung bridge ada banyak lukisan-lukisan yang menceritakan sejarah Lucerne.  Aku ada baca sikit-sikit tapi bukan keseluruhannya.

The Kapellbrücke (literally, Chapel Bridge) is a covered wooden footbridge spanning diagonally across the Reuss River in the city of Lucerne in central Switzerland. Named after the nearby St. Peter's Chapel, the bridge is unique since it contains a number of interior paintings dating back to the 17th century, although many of them were destroyed along with most of the centuries-old bridge in a 1993 fire. Subsequently restored, the Kapellbrücke is the oldest wooden covered bridge in Europe, as well as the world's oldest surviving truss bridge. It serves as the city's symbol and as one of Switzerland's main tourist attractions.

Sumber wikipedia
 

The old bridge atau Kapellbrücke. 

Paintings pada bumbung Kapellbrücke



Jesuitenkirche Church.  Katanya interiornya sangat cantik tapi kitaorang tak masuk.  
Aku pun tak tahu dia buka untuk bukan penganut atau tak


Museggmauer.  Aku tak tahu apa fungsi menara ni.  Bila google pun tak berjaya dapat info.  
Mungkin sejenis fort di masa dulu-dulu

The Spreuer Bridge (German: Spreuerbrücke, formerly also Mühlenbrücke) is one of two 
extant covered wooden footbridges in the city of Lucerne, Switzerland.  Asalnya jambatan 
ni juga dijadikan terusan.  Walaupun terusan ni masih wujud hingga ke hari ni aku tak 
pasti samada dia masih berfungsi atau sebaliknya.

Terusan dari dekat


The first bridge was constructed in the 13th century to connect the Mühlenplatz (Mill Place) on the right bank of the Reuss river with the mills in the middle of the river. The extension of the bridge to the left bank was completed only in 1408. This was the only bridge in Lucerne where it was allowed to dump chaff (in German: Spreu, therefore the name Spreuerbrücke) and leaves into the river, as it was the bridge farthest downriver. The bridge was destroyed by a flood in 1566 and then rebuilt, together with a granary as the bridge head, called the Herrenkeller.

Sumber wikipedia
 
 
Spreuerbrücke dari dekat
 
The pediments of the Spreuer Bridge contain paintings in the interior triangular frames, which is a feature unique to the wooden bridges of Lucerne. In the case of the Spreuer Bridge, the paintings form a Danse Macabre, known as Totentanz in German, which was created from 1616 to 1637 under the direction of painter Kaspar Meglinger. It is the largest known example of a Totentanz cycle. Of the 67 original paintings, 45 are still in existence. Most of the paintings contain the coat of arms of the donor in the lower left corner and to the right the coat of arms of the donor's wife. The black wooden frames bear explanations in verse and the names of the donors. The paintings also contain portraits of the donors and other exponents of Lucerne society. The painters of Lucerne knew the woodcuts by Hans Holbein the Younger but were more advanced in their painting technique. The images and texts of the Lucerne Danse Macabre are intended to highlight that there's no place in the city, in the country or at sea where death isn't present.

Sumber wikipedia



Jesuitenkirche Church dari atas jambatan Sprenuer.  Kelihatan terusan kecik yang masih berfungsi


Kramgasse Brucke


Seebrucke.  Jambatan utama bagi kenderaan menyeberangi Sungai Reuss


Pfisfergasse


Rathausquai. Lorong yang berdepan dengan Sungai Reuss.  Ada banyak deretan restoran. 


Bruggligasse.  Selain cafe, juga banyak butik berselang seli dengan hotel di kawasan ni


Kramgassebrucke


 Alleys
        
Gerai buah di Muhlenplatz. 


Somewhere in the city


Gelato. Habuan untuk mereka berdua yang hantu aiskrim

Habuan untuk aku.  CHF 3.90 untuk 500gram.  Sedap gila 

Kitaorang meninggalkan Lucerne dengan hati yang berat.  Aku pasti merindui bandar yang di bina dengan 3 perkataan ni - The City. The Lake. The Mountain.  Bagi yang berhajat melawat Switzerland satu hari, it's highly recommend to visit this city.