Friday, June 24, 2016

Seoul Outing - Garden of Morning Calm




Kena habiskan cerita Korea cepat-cepat.  Aku dah terlewat 3 musim dan Autumn lain pulak nak sampai

Ok.. di pendekkan cerita kitaorang day trip keluar dari Seoul ke 2 tempat di hari yang sama.  Since masa tak banyak, jadiknya memang kena pilih-pilih.  Akhirnya kita orang pilih Garden of Morning Calm dan Pulau Nami.  Maka Post ni aku akan fokus pada Garden of Morning Calm (GOMC) dulu.

GOMC
Aku perasan GOMC tak berapa famous sangat compare dengan dengan Pulau Nami.  Hanya 1 blog bercerita tentang dia.  Tapi tah camana hati aku tersangkut bila tengok gambar2 google image.  Aku find out sebenarnya dia tak jauh dari Pulau Nami (dalam sejam perjalanan bas).  Bestnya lagi ada satu company bus buat route boleh ke Garden of Morning Calm dari Pulau Nami ataupun vice versa dengan satu price. 

Ok.. cerita dari website rasmi pasal GOMC lebih kurang gini
The Garden of Morning Calm, a 30,000m garden, is open year-round and is a great spot to visit for families, couples, and photographers alike. The garden was conceptualized by Professor Han Sang-kyung (Gardening Department, Sahmyook University) while he was serving as an exchange professor in America. His vision was to create a garden that would become world-famous and spread the concept of Korean beauty throughout the world. The inspiration for the garden stemmed from a poem written by Sir Tagore, a great Indian poet, who described Korea during the Joseon Dynasty as "The Land of the Morning Calm."  - Klik SINI untuk maklumat detail



Camana nak pergi - di bawah details yang aku guna tu hari. 

Myeondong station Subway Line 4 ⇒ Sinyongsang station ⇒ walk to Yongsan station

Train 13min

Walk:  few minutes

Latest from hotel 0745 hrs



Yongsan Station Station   ( ITX 청춘 Train)    Cheongpyeong station [50 minutes] – Exit 2

0830 – 0920 hrs

  
Cheongpyeong station (Exit 2)   Gapyeong of City Bus tour / Gapyeong Bus Shuttle    Garden of morning Calm [30 minutes]

0930 – 1000 hrs
(Signboard at the boarding area will written as Shuttle bus for Gapyeong Tour)


Note* - ITX train dari Yongsan Station aku beli online.  Untuk beli boleh klik SINI.  Kemudian bawak slip, sampai di Yongsan dapatkan tiket train dari kaunter.  Kitaorang tu hari hampir terlepas train sebab tersalah beratur di kaunter untuk beli tiket secara manual yang barisannya sangat panjang dan sangat slow.  Rupanya ada satu kaunter paling hujung yang khas  untuk collect tiket sahaja.  Kalau lewat 5 minit mesti terlepas train.  Nasihat aku book awal sebab walaupun trainnya setiap 30 minit tapi train yang waktu-waktu puncak (pagi dan petang) sentiasa full.  Takkan korang nak gerak dari Seoul pukul 2 petang, sampai sana terus kena balik sebab dah nak senja

Harga Train Tiket: 4800 KRW
Harga Gapyeong Bus 6000 KRW, satu tiket korang boleh hop on hop off ke Petite France & Nami Island.  Tiket beli dr driver bas je.



Ok.. sampai GOMC kena beli tiket masuk so jangan terpa je masuk walaupun takde proper ticket gate Entrace fee 7000 KRW. 

Ok,jom aku belanja gambar


Gapyeong Train station.  Dari tempat tunggu bas.  Bas dia setiap30 minit
so tak payah kalut tak apa




 Jalan masuk

Nampak kelibat orang korea tgh buat wedding photoshot.  Kat GOMC ni 
memang lebih ramai orang korea dari pelancung. Itu yang best


 Antara sajian mata hari tu.  Ada banyak lagi sebab kawasan dia besar.

Aku harap ada antara korang yang pilih tempat ni kalau ke korea. Bagi aku berbaloi dan apa yang aku buat aku lebih enjoy ialah crowd dia tak seramai Nami.  Rasa setenang air di kali.  Udara pun bersih.  

*Hint - Google image cakap masa winter tempat ni sangat cantik.  Tak caya cuba google. 






4 comments:

  1. Saya pi sini masa winter time. Penuh dengan hiasan lampu warna warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik MKL,
      Saya nampak gambar dalam google image masa winter mmg cantik. Ada light festival ye

      Delete
  2. Memang yang ni akan tetap masuk list aku trip autumn nanti! Haritu aku terlepas sebab spent lama sangat kat Namiseom. Kali ni memang kena tunaikan wish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegh pegi seoul lagi. Kali ke berapa ni Bibie? Tanah tumpah darah. Gi la, aku rasa mesti kau akan buat adegan cite Hindustan kat sana. A very nice place pada aku

      Delete