Wednesday, September 9, 2015

Spiez



 

Post-post yang seangkatan untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015- Intro  
Netherlands - Intro  
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem  
Netherlands - Part2 - Amsterdam city 
Germany-Intro  
Germany-The Journey  
Heidelberg - Part1 
Heidelberg - Part2  
Munich - Part1  
Munich - Part2  
Switzerland - Intro Part1  
Switzerland - Intro Part2 
Lucerne - Part1 
Luzerce - Part2
Grindelwald - Intro
Grindelwald - Kleine Sheidegg
Grindelwald - Jongfraujoch
Interlaken 


Sambungan dari entry Interlaken.


Semasa lunch di Interlaken, aku & CK berdiskas untuk destinasi selepas lunch.  Kitaorang decide untuk tak nak balik ke Grindelwald lambat sangat.  Sama ada ambik Interlaken Cruise ataupun naik train ke samada Brienz atau ke Spiez.  Tah macamana Spiez jadi pilihan hari tu.  Mungkin sebab kitaorang kejar masa untuk balik ke Grindelwald dan jarak Interlaken-Spiez lebih dekat dengan Interlaken-Brienz.

Lepas makan kitaorang kemudiannya ke Interlaken Ost untuk beli tiket train.  Rupanya train 
menghala ke arah barat (kedudukan Spiez adalah kearah barat dari Interlaken) tergendala dengan kerja-kerja maintenance track tapi diaorang sediakan bas untuk ke Spiez.  

Kitaorang naik bas ke Spiez dan selamat sampai di Spiez setengah jam kemudiannya.  Secara amnya, Spiez cuma pekan kecik.  Tak banyak benda yang boleh buat kat sini kecuali melawat istana ataupun medieval church.  Kitaorang cuma aim nak merayau aimlessly.  Dalam kata lain, cuba mengenali local and cultural diaorang.  

Turun dari bas, nampak marina dan menara church yang jadi ikon Spiez.  Kitaorang menapak ke sana.  Nak lebam jugalah kaki menurun bukit.  


Spiez is located on the south shore of Lake Thun, stretching along a ridge that separates the lake front from the Kander that runs parallel and to the south. From its lowest point on the lake, at 558 m (1,831 ft) above sea level, it reaches a height of 852 m (2,795 ft) on the ridge at Hondrichhügel.

Sumber: wikipedia



Nestled between hills and vineyards and dominated by a magnificent castle, Spiez on Lake Thun is an inviting destination indeed. Above the lake the Niederhorn Range stretches as far as the Bernese Alps and forms a magnificent panorama. With a high quality of life induced by the mild climate and abundance of sunny days, Spiez is an ideal starting point for exploring a wide range of popular destinations in the Bernese Oberland and the Valais.




 Kedudukan geografi Spiez (anak panah Merah)



Menara yang tinggi tu menara istana Spiez dan yang rendah sikit menara church.  
Kedua-duanya berusia sekitar 1000 tahun.  Paling kanan ialah kawasan marina.


 Sebahagian dari pekan Spiez


 Penempatan.  Hebat scenery dari tingkap rumah.



 Menunju ke marina, main attraction di Spiez

Kawasan marina adalah tumpuan utama pelancung dan orang tempatan.  Semetelahkan hari minggu, makanya cukup ramai orang tempatan beriadah dan ambik angin kat sini.  Kitaorang tumpang sekali buat-buat sibuk.  Duduk-duduk perhati gelagat orang.  Ada yang bawa anak ke playgroud, ada yang bermain skateboard, main golf (ye, diaorang ada mini golf course sendiri yang nampaknya percuma untuk di guna oleh sesiapa), main perahu layar, sembang-sembang sama kawan-kawan.  Leka tengok semua ni.  



 Kawasan marina yang mana tempat orang berkumpul di hujung minggu.  Cantik dan sangat bersih.

Cara orang tempatan habiskan hujung minggu.  Nampak tak Baby SJ tumpang sekaki.
Buat macam kampung dia


Dari kamera CK


Maybe apa yang nak cuba di sampaikan di sini, anjing tak di benarkan
golek-golek.  Gaya lain mungkin boleh. Heheh


 Bagi aku, ini satu lagi ikon Switzerland.  Banyak rumah ada kolah kecik macam ni
Penempatan 
Kawasan marina

Selepas lebih dua jam, kitaorang menapak balik ke train station untuk ambik bas ganti ke Interlaken.  Dari kawasan marina (lowland) ke train station (di puncak bukit) memang lebam aku.  Baby SJ yang tadi main tak sedar diri dah letih nak berjalan.  Separuh nyawa aku dukung dia.  

Sampai di Interlaken kitaorang beli sikit barang (termasuklah beberapa batang aiskrim Rocket untuk Baby SJ) di COOP mini sebelum ambik train balik ke Grindelwald.   Aku tak putus berdoa mintak ada bas dari town Grindelwald ke rumah kitaorang.  Kalu tak ada, masak aku nak kena dukung baby SJ lagi.  Doa terjawab, sekali lagi kitaorang bernasib baik dapat naik bas yang last.  Alhamdullillah.  Tidak kalu, mahu aku merangkak sambil ditunggang baby SJ untuk balik ke rumah. Itulah akibatnya bila berjalan tak sedar diri

Sesampai di rumah, siang masih ada dan memandangkan itu malam terakhir kitaorang akan spend di Grindelwald, kitaorang decide untuk merayau di sekitar rumah kitaorang tinggal.  



 Yang pastinya tak ada tanaman yang tak boleh hidup subur kat sini.  Photo Credit; CK


Sekitar rumah kitaorang tinggal
Panorama di petang terakhir
Photo Credit; CK


Esok pagi kitaorang akan meninggalkan Grindelwald menuju ke destinasi berikutnya.  Sejujurnya aku rasa sedih nak tinggalkan Grindelwald dan yang pastinya aku pasti akan merindui tempat ni.  Grindelwald tersemat sebagai persinggahan favourite aku untuk trip kali ni. 





6 comments:

  1. suka gmbr 2nd last tu...kalau dpt rumah sebiji kat sini...emm *tutup mata dan start berangan :D

    ReplyDelete
  2. Zilla,

    Aku tak dapat rumah orang, duduk kat rumah angsa pun boleh. Kiki

    ReplyDelete
  3. salam..


    sukanya tengok pics here.. dream place is Switzerland.. ntah dapat pegi ntah tidak.. tapi dpt tgk kat sini pun macam best sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azian..

      Insyaallah boleh kalau ada keinginan. Satu satu hari aku akan share style akan buat budget untuk travel. Dah lama rasa nak tulis tapi takut bila orang baca orang kata lain pulak.

      Delete
  4. Salam tuan..
    saya tau ni entry dah lama dah..tapi ini la purpose this blog kan..as future references to others...:)
    tuan, nak tanya, saya akan travel ke swiss with my wife n a 11 yo doter...better travel guna train atau kereta eh ke seleuruh swiss ni? mana berbaloi economically antara guna kereta or swiss half pass?
    saya ada email tuan minta iti, mungkin tuan sibuk..kalau tuan terbaca ni..harap dapatlah email kat saya iti tuan di joesh@rocketmail.com
    ...
    tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Tuan,

      Mohon sejuja maaf atas delay. Rasanya mungkin tuan dah tak check comment ni makan saya dah hantar email ke pada tuan untukjawab pertanyaan tuan

      Delete