Sunday, June 28, 2015

48 jam di Munich - Part 2





Post sebelum ni yang sepakej untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015-Intro  Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2
Munich - Part1 


Part 2 akan aku kisahkan cerita kitaorang ke Füssen, satu bandar di SW dan 2 jam perjalanan train dari Munich. Füssen kiranya highlight trip Munich kitaorang.  Tujuan utama adalah nak tengok salah satu castle paling famous di Europe,  Neuschwanstein.   Tapi apa yang aku dapat dan apa yang aku paling enjoy hari tu ialah scenery berbanding castle.

Aku belanja Map


Kedudukan geografi  Füssen.  Arrow ialah rough sketch perjalanan Munich ke Fussen

Kitaorang ke Füssen dihari kedua di Munich.  Dari rumah, ambik train ke Munchen Hbf.  Kemudian beli tiket train untuk ke Füssen.  Tiket return untuk satu orang tak silap aku €15 sorang (kanak-kanak bawah 6 tahun percuma).  

 Masa beli kitaorang diberitahu yang train akan bergerak dalam masa 3 minit.  Aku dan travel partners berlari sekuat hati ke platform tapi bukan dekat-dekat anak rupanya.  Lagi 20m nak sampai platform aku nampak train gerak.  Ceh.. penat tak usah cerita.  Kesian jugak baby SJ terpinga-pinga sebab masa aku paksa dia berlari memang tak sempat nak cerita kat dia kenapa dia kena lari. 

Tiket di tangan dah ada chop masa departure.  Aku risau juga nanti tiket dah tak laku untuk train berikutnya.  Pergi ke kaunter yang terdekat dengan platform, orang kaunter punyalah garang.  Nasib baik ada customer yang kebetulan berurusan kat situ tolong cerita sikit-sikit dalam English slang Germans pada aku.  Dia kata aku boleh naik keretapi selepas tu (sejam dari keretapi yang aku tertinggal) tapi bukan direct train.  Aku kena tukar satu train lain di satu tempat.  Okeh.. aku mula mengelabah.  Tak puas hati aku berjalan balik ke tempat aku beli tiket tadi.  Akak yang jual tiket tadi bagi aku schedule dan platform baru.  Betullah kata orang tadi.  Kena transit dan next train sejam lagi.  Banyak masa terbuang tapi nasib baik tiket tadi masih valid. 

Tak nak tertinggal lagi, kitaorang tunggu aje di platform baru.  Bila train sampai, walaupun tak ada tulis perkataan Füssen.  Aku naik terus walaupun dalam hati ada gentar.  Trainnya baru dan syok.  Siap ada family section.  Baby SJ happy sebab koc family macam tadika.


2nd class Family coach

1st leg, banyak memalui perkampungan dan ladang kecik-kecik.  Tanah lebih rata.

1st leg

Dalam perjalanan tiba-tiba kitaorang di sapa satu chinese family dari Malaysia.  Seronok. Panjang kitaorang berborak dengar pengalaman dia orang yang dah 2 minggu di Europe.  Semangat 1Malaysia ada di mana-mana.  Kitaorang transit selepas satu jam perjalanan.  Cuma perlu turun platform dan tunggu keretapi lain di platform yang sama.  2nd leg perjalanan kitaorang dihidangkan dengan scenery yang sangat mantap. 

  
2nd leg dari jendela train.  Kitaorang mula di jamukan dengan gunung ganang.  To be exact, 
ini lah sebahagian dari Alps.  Lebih ke selatan, kita akan masuk border Austria.  
Hajat aku nak tengok sendiri Alps kesampaian.  Seeing is believing



Akhirnya keretapi sampai di station Füssen, iaitu station terakhir sebelah sini.  Jam lebih dari pukul 1p.m, dan kitaorang plan nak ambik train pukul 4 p.m untuk tak sampai terlalu lambat ke Munich.  Since ramai tourist yang nak pergi Neuschwestein, kitaorang ikut je semua orang.  Dari station semua orang tuju ke bus stop yang letak betul-betul sebelah train station. Naik bas dan bayar harga tiket pada driver bas.  Tak silap aku harga tiket ialah €2.40 (single/return?.. aku dah lupa sebab CK adalah bendahari, aku cuma bibik kelas 3)

Perjalanan bas pergi ke bawah kaki bukit Neuschwestein castle cuma makan masa dalam 10min dan stop terakhir bas adalah entrace castles area.  Dalam kawasan sini sahaja ada 2 castle yang masih gah berdiri; Neuschwestein dan Hohenschwangau.  Kalau nak visit dua-dua castle boleh beli tiket combo.   


 Neuschwestein castle dari bawah


Hohenschwangau castle

Disebabkan kekurangan masa, kitaorang decide untuk ke Neuschwestein sahaja dan cukup sekadar menikmati castle dari luar.  Ini jugak bermakna, kitaorang tak akan menikuti castle tour.  Dan tak perlu bayar apa-apa entrance fee.


 Sekitar entrance area.  Timbul sesal dalam hati kenapa tak bermalam kat Füssen aje

 Aku suka woods sekitar castle.  Walaupun sisa winter masih ada yang mana banyak pokok masih belum berdaun, tapi pada mata aku, tetap cantik.  



Kitaorang menapak mendaki bukit.  Dari bawah nampak macam senang.  Tapi bila dah start menapak baru rasa mengah.  Ada servis kereta kuda kalau tak larat.  Aku nyaris nak naik tapi bendahari paksa aku jalan.  


 Kereta kuda

40 minit jugaklah menapak dari bawah.  Baby SJ beberapa kali mintak nak rehat dan akhirnya berjaya sampai selepas aku sogok dia dengan aiskrim.  Satu yang aku perasan tentang harga makanan dan barang-barang di semua tourist attractions di Germany; harganya tetap sama dengan tempat-tempat lain.  Aku cukup kagum tang ini sebab kebanyakan tempat especially tempat kita pasti naikkan harga makanan dan minuman berganda-ganda.  


The castle.  Cantik kan.. sayang tak cukup masa nak join tour masuk dalam castle



Birdview kawasan sekitar


Then tiba-tiba perasan yang jam dah pukul 3 lebih.  Train pulak pukul 4.  Lunch pun belum.  Kitaorang bergegas turun ke main area.  Kalau naik 40 minit, turun dalam 20 minit dah sampai.  Itupun kitaorang cuba jaya cuba short cut sendiri ikut woods.  Sampai bawah beratur untuk naik bas lama jugak dan selamat sampai ke city centre 15 minit sebelum train bertolak.  

Kitaorang jumpa grocery store dan sempat grab roti dan buah buat alas perut dalam train sebab nak makan tengahari yang proper memang tak kan sempat.   

Pekan Füssen.  Sebenarnya pekan dia lebih cantik dari ini tapi aku tak sempat 
nak capture sebab memang rushing gila.  Kalau korang berniat nak ke  
Neuschwestein bolehlah consider bermalam satu dua malam di sini. 


Kitaorang meninggalkan Füssen dengan sedikit kekesalan sebab banyak yang tak sempat di terokai.  Kalaulah kitaorang tak tertinggal train, banyak lah sikit masa kat sini.  Next time, kalau lah ada rezeki ke sini lagi, aku rasanya pasti akan bermalam semalam dua di Füssen sebab banyak benda yang boleh di buat kat sini.  

Selain dari meneroka castle yang banyak kat area sini, kita juga boleh sewa basikal dan berbasikal sekitar sini dan mungkin hiking untuk cari satu spot yang cantik untuk menikmati Alps.   Dan.. aku teringin untuk repeat pada musim autumn.. musim favourite aku

Nature & Füssen memang serasi.. itu yang buat aku rindu pada pekan kecik ni








Sunday, June 21, 2015

48 jam di Munich-Part1




Post sebelum ni yang sepakej untuk trip Spring 2015
Western Europe 2015-Intro  Netherlands - Intro   
Netherlands - Part1- Keukenhof & Haarlem   
Netherlands - Part2 - Amsterdam city   
Germany-Intro
Germany-The Journey
Heidelberg - Part1
Heidelberg - Part2  


Munich atau dengan nama lain Munchen adalah ibu negeri Bavaria.  Bavaria adalah satu jajahan di sebelah barat Germany.  Walaupun dia bukanlah ibu negara Germany tapi dari segi ekonomi, dia adalah salah satu bandar terpenting di Germany.

Munich is home to many national and international authorities, major universities, major museums and theaters. Its numerous architectural attractions, international sports events, exhibitions, conferences and Octoberfest attract considerable tourism.  It is a centre of finance, publishing and advanced technologies. - sumber wikipedia


Kalau ada yang tertanya kenapa aku pilih Munich tak bandar lain.  Main reason sebab aku nak tengok satu castle lama yang tak jauh dari Munich.  Yang kedua sebab dia adalah bandar di mana asalnya kelab bola Bayern Munich - Tapi sampai sudahnya tak sempat nak gi Allianz Arena - antara stadium bola yang paling gah di dunia.  Reason ketiga adalah selepas ni kitaorang akan menuju ke masuk Switzerland dan Munich adalah terletak di lokasi yang selesa untuk travel ke border. 

Train meninggalkan Heidelberg tepat pukul 1.15 petang.  Journey kali ni smooth tak sepertimana journey dari Dusseldorf ke Heidelberg.  Mungkin sebab aku dah belajar trick untuk tak pilih seat yang terbalik.  Mungkin jugak sebab train kali ni train agak baru.



Jadual train kitaorang yang paling bawah tu.  Panik jugak asalnya sebab tak ada tulis 
Munchen tapi bila kitaorang tanya di information kaunter sahlah dia pergi Munich.



 Tips untuk parents of young children.  Sila bawa 'senjata' yang secukupnya bila travel 
sebab kanak-kanak cepat bosan.  Modal bawah RM20 tapi kepuasannya adalah mutlak.  Senjata 
aku; color pencil, pensil, pemadam, colouring book, story books, exercise books, cards dan leapfrog.


 Perjalanan ke Munich ambik masa lebih kurang 3 jam.  Tak sempat nak kelip mata lebih dari 10 kali, kitaorang dah sampai ke Munich main train station; Munchen Hbf.  Train tak penuh makanya aku siap dapat tukar seat (kes sampai satu bandar, train berjalan mengundur untuk ke track lain dan aku kena make sure aku duduk di seat yang mengadap ke depan.  Train selamat berlabuh dalam pukul 4.30 p.m.
 
Di Munchen Hbf, selepas dapatkan nasihat dari tourist information centre, kitaorang beli 3 days partner ticket untuk naik segala public transports di bandaraya ni.  Kemudian ambik U-bahn (underground train) untuk check-in di private room yang terletak kurang 10 minit train ride dari city centre.  Tapi dengan segala process menanya di tourist infomation kaunter, mencari dan menggalas beg yang ya rabbi beratnya, makanya dalam sejam jugalah baru kitaorang dapat check-in. Berehat sekejap kitaorang ambik train ke city centre balik untuk merayau dan makan malam.  Masa adalah terhad, so kena pandai plan.

Details mengenai pengangkutan dan accomodation yang aku guna di Munich, boleh baca SINI

Sistem pengangkutan awam di Munich di sohorkan antara yang terbaik didunia.   Pengalaman 3 hari di sana memang mengagumkan.  Di Munchen Hbf sahaja aku nampak ada berpuluh-puluh landasan yang selari dan bersimpang siur.  Berbagai jenis keretapi keluar masuk Hbf dengan penuh sistematik.  Aku betul-betul kagum dengan sistem pengangkutan di sini.  Antara yang terbaik yang aku pernah experience.

For its urban population of 2.6 million people, Munich and its closest suburbs have one of the most comprehensive and punctual systems in the world, incorporating the system is supervised by the Munich Transport and Tarfiff Association. The Munich tramway the oldest existing public transportation system in the city, which has been in operation since 1876. Munich also has an extensive network of bus lines.- sumber wikipedia

The best way to travel around Munich - without using your own feet - is the public transportation system consisting of suburban trains (S-Bahn), underground trains (U-Bahn), streetcars (Tram), and buses. There is only one ticket system, called MVV, which means you can use all modes of transportation with the same ticket. You can get individual, group, daily, weekly and monthly tickets. The underground stations, i.e. U-Bahn, are marked with a white capital "U" on blue quadratic ground. The suburban train stations, i.e. S-Bahn, are marked with a white "S" on green circular ground. All S-Bahn lines traverse the city in a single tunnel (Stammstrecke) between stations Donnersbergerbrücke and Ostbahnhof.- sumber wikitravel



Munich Part1 akan focus pada attractions di sekitar Munich city centre yang sempat aku cover sepanjang lebih kurang 45 jam di Munich.  Terus-terang aku agak kecewa dengan diri sendiri semasa di Munich.  Terasa macam kurang preparation compare bandar-bandar lain.  Banyak tempat yang kitaorang plan nak pergi tah macamana tak terpergi. Ada jugak yang pergi tapi mood macam ke laut sikit.  Maybe sebab aku kurang suka bandar metropolitan.  Aku share mana yang aku sempat pergi



1. Biegarten Viktualienmark

Tempat ni sebenarnya terletak di area Viktuakienmarkt atau Munich Farmer market.  Kita orang redah ke sana pada sebelah petang hari pertama sampai Munich.  Biegarten Viktualienmark adalah lebih di kenali beer garden tapi aku bukan ke sini untuk minum beer.  Lebih kepada terjah nak cari makan malam pada petang pertama kitaorang di Munich.  

Untuk ke Viktuakienmarkt & Biegarten Viktualienmark boleh naik U-bahn turun di Marienplatz station dan jalan ke arah selatan kira-kira 400m.  Kes kitaorang, lebih kepada get lost in big city.  Dari rumah kitaorang ambik U-bahn dan turun di station Fraunhoferstraße. Dari situ jalan 50m ke arah SE dan belok kiri ke arah jalan Reichenbachstraße, jalan terus sehingga jumpa round-about, Ambik 3rd exit (masih di jalam Reichenbachstraß) dan dalam 400 m dari situ jumpa Biegarten Viktualienmark.  Satu kepuasan hari tu bila nampak Biegarten Viktualienmark sebab perut dah menyanyi.

 Reichenbachstraße

 Persimpangan antara jalan Reichenbachstraße dengan Rumfordstraße.  Tak ada 
apa yang interesting sangat kecuali bagi yang berhajat nak shopping dan ngopi

Di Biegarten Viktualienmar ramai locals lepak dan minum beer selepas office hours dan kitaorang pun menumpang bangku sebab kat sini ada Nordsee, kedai fish & chip yang famous.  Tak ada apa yang perlu di risaukan, semua orang yang minum untuk social bukan jenis yang mabuk tunggang terbalik (maybe itu cerita pada malam minggu).  Selesai makan dan tengok gelagat orang kitaorang pun blah ke arah Marienplatz sambil promise untuk balik ke sini di hari last untuk enjoy farmer market dia.  Janji yang lebur


Biegarten Viktualienmar

 Tapak Viktuakienmarkt. Viktuakienmarkt cuma di buka sebelah pagi

 

2. Marienplatz

Marienplatz ni consider tempat yang kita tak boleh tak pergi kalau ke Munich.  Boleh kata icon bandaraya inilah.  Apa yang ada di sini?

Marienplatz (Mary's Square or Old lady Square) is a central squarein the city centre of Munich, Germany. It has been the city's main square since 1158.

In the Middle Ages markets and tournaments were held in this city square. Marienplatz was named after the Mariensäule, a Mariam column erected in its centre in 1638 to celebrate the end of Swedish occupation. Today the Marienplatz is dominated by the New City Hall (Neues Rathaus) on the north side. The Glockenspiel in the tower of the new city hall was inspired by these tournaments, and draws millions of tourists a year. At the east side Munich's Old City Hall (Altes Rathaus) is located. It's a gothic council hall and ballroom and tower, which have been reconstructed.

The pedestrian zone between Karlsplatz and Marienplatz is a crowded area with numerous shops and restaurants - Sumber Wikipedia

 Gothic style new city hall (Photos credit; CK)


 Old city hall yang pada mata aku nampak lebih baru dari New city Hall


 Sekitar Marienplatz

Station U-Bahn Marienplatz.  Station S-Bahn pun ada di area ini.


3. Olympiapark

Olympiapark di gunakan sebagai stadium olimpik untuk tahun 1972.  Walaupun tu dah lebih 40 lepas, tapi tempatnya masih terjaga rapi dan di sinilah letaknya Sea Life Munchen.  Kitaorang kesana petang kedua di Munich.  Aku nak kata sampai betul-betul taklah.  Kitaorang cuma berjalan separuh jalan ke arah dia then decide untuk tengok dari jauh sebab dah masuk malam. 

Kawasan park dia sangat besar dan ramai orang jadikan tempat jogging selepas balik kerja.  Dalam park ni jugaklah ada museum BMW, di kenali BMW Welt.  Since kitaorang beyond opening hours, cuma tengok museumnya dari luar sahaja.  Aku pun sebenarnya bukanlah peminat kereta mahal (sebenarnya kemampuan ke arah tu memang tak ada jadi perasaan teruja tu kurang).  Bagi yang berminat, opening hours dari pukul 9 a.m ke pukul 6 p.m.  Entrance fee €10.

Rasanya kalau datang ke sini dengan Encik D, ini mungkin jadi antara agenda utama kitaorang sebab buat sehingga hujung tahun ni ada pameran music (Rockmuseum) di Olimpic Tower (Olympiaturm) 


1972 Olympik stadium.  Sikit2 macam stadium Bukit Jalil kita


 Olympiaturm- fungsi sama macam KL Tower.  Juga ada spinning restaurant kat atas dia


 Kiri- BMW Welt, kanan - BWM Headquaters (Photo credit: CK)


Baby SJ cukup seronok dapat pijak wild flower.  
Aktiviti yang boleh di consider kejam. 

4. Bavarian state library

Ini satu benda yang aku tak tahu untung ke rugi aku plan.  Kerana dia juga, aku gagal ke Alianz Arena.  Since bas kitaorang akan bertolak ke Zurich pukul 2.30 p.m, makanya pagi tu kitaorang ada ample time untuk buat at least satu aktiviti.  Ada 3 pilihan; samada Alianz Arena atau  Viktuakienmarkt (Munich Farmer market) atau Bavarian state library.  
Atas hasutan google image, aku tak dapat nak tolak keinginan nak tengok dengan mata sendiri rupa library.  Bila aku discuss dengan tuan rumah, dia nampak surprise dengan hajat kitaorang dan katanya dia tak pasti samada non-members boleh masuk library atau tak.  Aku degil.  Nak jugak perginya sampai sanggup ketepikan hajat hati nak tengok stadium bola idaman hati selama ni.  CK neutral dan serahkan pada aku untuk buat keputusan.  Kitaorang ambik U-bahn ke Universitat station.  Keluar dari station, kitaorang nampak pintu gerbang Siegestor


The Siegestor is a three-arched triumphal arch crowned with a statue of Bavaria with a lion-quadriga. The Siegestor is 21 meters high, 24 m wide, and 12 m deep.
 
The gate was originally dedicated to the glory of the Bavarian army (dem bayerischen Heere zum Ruhme). Today, the Siegestor is a monument and reminder to peace. After sustaining heavy damage in World War II, the gate was reconstructed and restored only partially.  Only in the early 21st century, the remaining statues were meticulously cleaned and restored.
It was featured in The Amazing Race 9 as a pit-stop - Sumber wikipedia

Siegestor

The Ludwig Maximillian University


 Salah satu building university (Photo credit; CK)

 St Ludwig Munchen church. 

Aku melilau tanya arah library dan lepas tanya orang makanya jumpa.  Since kanak-kanak tak di benarkan masuk, aku dan CK ambik keputusan bergilir jaga baby SJ di luar.  
 
Di entrance library. Macam kenal pakcik ni.  Socrates ke.. tah aku tak ingat (Photo credit; CK)

Basikal student. Basikaa masih merupakan kenderaan penting di sini (Photo credit; CK)

Kaunter pelawat suruh aku tinggalkan jaket & kamera.  Aku seludup masuk phone.  Bila masuk dalam apa yang aku jumpa betul-betul normal library dan ramai student universiti tengah study.  Mungkin ada department yang aku missed tu hari tapi selepas berlegar 20 minit dan turun naik tangga aku akhirnya give up.  Haha.. turun bawah, ambik jaket & kamera dari locker room dan blah.  CK ambik keputusan untuk tak nak masuk langsung. 

 Maksudnya: where are you? (Photo credit; CK )

Tengok jam, kitaorang agak kalau nak ke Viktuakienmarkt pun mesti rushing sebab bag masih di rumah.  Then kitaorang decide untuk terus balik ke rumah dan merayau sekitar kawasan yang kitaorang tinggal sebelum say bye to owner's cat (owner rumah kerja, so tinggalkan rumah tanpa berkunci.. kelas kan)
Kitaorang kemudiannya naik U-bahn ke Munchen Hbf sebelum tukar S-bahn ke Munchen ZOB untuk naik bas ke destinasi berikutnya, Zurich.
 
Petang terakhir di Munich.  Travel partners had their sweet time baring & duduk 
atas rumput di Olympiapark sambil menikmati udara petang (Photo credit; CK)