Harap belum terlambat untuk aku ucap Selamat Tahun Baru 2017 pada semua. Aku macam biasalah, hilang rentak tak kira tahun baru atau pun tahun lama.
Mengimbas 2016; tahun yang penuh dengan warna warni untuk aku. 2016 adalah tahun di mana aku start beberapa episod baru dalam hidup. We gained, we lost, we cried and we laughed .
2017 di sambut macam biasa, penuh harapan & penuh dengan azam. Azam aku simple je.. stay survive. Untuk itu, aku perlu; Work hard, Pray hard & Redha. Caiyokk!
Ok, jom kita cakap topik yang sebenar.. cerita pasal Tokyo City
** Untuk post Pengenalan Pasal Tokyo sila klik SINI
Apa ada pada Bandaraya Tokyo. Adakah Tokyo sama macam bandaraya-bandaraya lain? Mesti kena tahu kan nak-nak jenis budak kampung macam aku yang tak suka hiruk pikuk dan tak suka orang ramai-ramai.
Luarannya Tokyo sama je dengan bandaraya-bandaraya besar di dunia. Sibuk, Pantas, Ramai, Padat, Metropolitan.. semuanya tentang Material. Korang ada meterial korang boleh hidup di bandaraya besar macam ni. Tapi, once bila korang berada di dalamnya dan berjalan selari dengan arus kesibukannya insyaallah korang jatuh hati dan selesa dengannya. Walaupun status korang sama macam aku - budak kampung yang anti sosial dan tak suka bahu bergesel dengan strangers.
Perkara pertama yang buat aku jatuh hati dengan Tokyo ialah orang-orangnya yang menyenangkan. Sopan santun dan rajin membantu.
Sebab kedua ialah keseimbangan bandaraya ni. Masih wujud nilai-nilai semulajadi di tengah hutan konkrit. Moden tapi alam semulajadi dipelihara. Bagi aku, diaorang tak tamak dalam membina sebuah bandaraya sehinggakan pembangunan jadi tak seimbang. Kita? Tengok sahajalah sekeliling KLCC sekarang. Tengok dan nilai.
Perkara ketiga yang aku suka tentang Jepun ialah kebersihannya
Based on aturan yang carca merba , aku listkan tempat-tempat yang aku sempat explore selama 8 hari di Tokyo
1. Meiji Shrine Garden
Kata wikipedia
Meiji Shrine (明治神宮 Meiji Jingū?), located in Shibuya, Tokyo, is the Shinto shrine that is dedicated to the deified spirits of Emperor Meiji and his wife, Empress Shōken. The shrine does not contain the emperor's grave, which is located at Fushimi-momoyama, south of Kyoto.
Jadi korang jangan risau tempat ni berhantu, sebabnya tak ada kubur pun kat sini. Dari segi lokasi, Meiji Shrine terletak qdalam kawasan hutan simpanan di tengah-tengah bandar Tokyo. Kalau nak bayangkan dari segi pokok-pokok, tempat ni seakan-akan kita punya Botanical Garden.
Kata wikipedia lagi
Meiji Shrine is located in a forest that covers an area of 70 hectares (170 acres). This area is covered by an evergreen forest that consists of 120,000 trees of 365 different species, which were donated by people from all parts of Japan when the shrine was established. The forest is visited by many as a recreation and relaxation area in the center of Tokyo. The shrine itself is composed of two major areas:
Naien
The Naien is the inner precinct, which is centered on the shrine buildings and includes a treasure museum that houses articles of the Emperor and Empress. The treasure museum is built in the Azekurazukuri style.Gaien
The Gaien is the outer precinct, which includes the Meiji Memorial Picture Gallery that houses a collection of 80 large murals illustrative of the events in the lives of the Emperor and his consort. It also includes a variety of sports facilities, including the National Stadium (Meiji Jingu Gaien Stadium and later, since 1956, on the same site, Tokyo Olympic Stadium), and the Meiji Memorial Hall (Meiji Kinenkan), which was originally used for governmental meetings, including discussions surrounding the drafting of the Meiji Constitution in the late 19th century. Today it is used for Shinto weddings as well as meeting rooms rent and restaurants services.Aku terjah tempat di hari pertama kitaorang di Tokyo. Aku pilih ke sana hari Ahad sebab hari Ahad ada banyak aktiviti kat situ. Sesetengah Ahad korang boleh nampak budak-budak yang berpakaian cosplay lalu lalang kat situ. Kitaorang kurang bernasib baik sebab minggu kitaorang kat sana bukan minggu budak-budak cosplay beraktiviti. Nampak sorang dua je.
Selain dari tu, kalau bernasib baik boleh tengok wedding ceremony orang jepun (pengantin betul-betul bukan main-main). Kalau korang nak kawin kat sana pun boleh. Aku rasa kena tempah dan bawaklah tok kadi dari sini. Aku rasa kalu aku mesti darah gemuruh sampai ke tanah. Semua tourist keliling hangpa ambik gambar. Tapi pengantin2 dia memang cool je, siap boleh buat sign peace lagi kat kitaorang. Aku balas buat sign congratulation lagi.
Nak ke sana, kitaorang ambik train ke Station Meiji Jingumae. Keluar dari train station, jalan ke arah belakang dan terus jumpa torii gate (pintu gerbang lambang negara Japan). Jalan je, tanpa arah tuju macam kitaorang pun takpe. Memang best tempat ni
Torii Gate Meiji Shrine
Pameran Tong-Tong sake lama yang pernah dihadiahkan kepada Maharaja
Dari dekat.
Cerita tentang tong sake kalu nak baca
Tempat nak buat wish. Ala-ala style ambik wuduk gitu
Upacara perarakan pengantin. Yang ikut kat belakang tu keluarga pengantin
Pengantin. Korang nampak tak persamaan dengan pengantin kita? Ada payung :)
Ini macam upacara perasmian perkahwinan oleh monk aku rasa
Persediaan nak ambik gambar keluarga. Nice kan
Sesi ambik gambar kahwin. Sanggup tak korang kalau ada
beratus-ratus photographer ambik gambar korang
Pengantin & mak andam
Just Married. Sebak aku kejap bila pengantin lambai kat aku sebab ni first time
dalam hidup aku dapat lambaian pengantin. Terasa di hargai pulak. Heheh
Kalau ada hajat, silakan. Untuk yang beragama bukan islam sahaja
2. Yoyogi Park
Yoyogi Park letak dia bersebelahan dengan Meiji Shrine. Lebih kurang 5-10 min berjalan kaki melalui pokok-pokok yang cantik. Kitaorang ke Yoyogi Park sebab kitaorang memang suka park dan untuk piknik. Acara mengunjungi park dan piknik memang acara wajib kalau aku travel.
Walaupun masa summer park tak secantik masa winter (dari google image) tapi at least aku boleh bentang tikar piknik dan makan. Bila tengok ramai orang tidur terlentang-lentang kitaorang pun apa lagi, join sekaki menghilangkan lenguh kaki yang dah jauh berjalan. Gila best tidur berbumbungkan langit biru. Aku harap aku tak berdengkur masa tu.
Ayah ke anak yang comel. Aku bagi korang pilih :)
On the way keluar ari Yoyogi park kitaorang jumpa jambatan merentasi anak sungai.
Dalam sungai tu ada beratus-ratus ekor kura-kura. Seronok pun ada, geli pun ada
Dalam sungai tu ada beratus-ratus ekor kura-kura. Seronok pun ada, geli pun ada
Datang kitaorang bersambutkan torii gate, balik
kitaorang pun di hantarkan torii gate. Simbolik betul
Acara balik agak lucu, kitaorang tersesat barat sampai tah mana-mana. Sedar-tak sedar kitaorang dah sampai Shinjuku padahal kitaorang nak ke Shibuya sebenarnya dan menurut map Shibuya cuma sepelaung. Haus tapak kaki aku hari tu.
Shinjuku, tempat shopping dan main station untuk JR line
Bersambung.. Tokyo City part 2..
wahhh , teknik cerita yang sangat santai dan menghiburkan kan ;)
ReplyDeleteSalam Nay,
DeleteTerima kasih. aku tak pandai menulis tu yang menulis gaya orang bercakap :)
Terima Kasih encik Din
ReplyDelete