Itinerary keseluruhan
In total, hampir 3 bulan di Trondheim Norway. Weekday kerja dan weekend masa untuk berjimba acara bebas.
Aku tak boleh ambik cuti sebab aku di bayar daily allowance. Kalau nak mintak jugak bukanlah tak boleh sangat tapi sedikit kejilah. Aku cuma sekali ambik half day off iaitu di harijadi baby SJ (yang pertama so semestinya special) sebab hajatnya nak bawak dia naik kereta kuda (hanya ada di musim orang nak sambut krismas) tapi nasib tak baik, dia orang stop 2 hari sebelum birthday baby SJ.
Expenses
Bergantung kepada keadaan dan musim. Sebenarnya kalau kita tahu merancang, visit ke Norway is affordable. Bagi aku, terbaik sewa apartment ataupun hostel supaya boleh masak. Tapi nasihat aku juga, walau sekali kena cuba makanan local ataupun makanan yang dah di adapt oleh local. Favorite aku tapas, bacalao dan raw salmon. Ada sekali aku termakan daging whale masa bawak client ke fine dining. Kalau tahu itu daging whale, mesti aku tak makan sebab aku tak sampai hati. Jika plan nak masak, banyak barangan halal boleh di dapati di Coop (hypermarket di Norway) dan kedai-kedai Asia.
Aku tak tahu nak bagi exact figure untuk bajet tapi rasanya sekitar RM500 seorang sehari lebih dari cukup kalau plan nak masak (excluding transporation dan souvenier).
Dan untuk souvenier, aku bukanlah pembeli souvenier yang tegar dan pada pandangan aku, terbaik tak perlulah spend too much pada souvenier yang kat belakang dia ada cop Made in China. Contohnya sehelai T-shirt souvenier biasa-biasa kosnya adalah sekitar NOK200 (+- RM95) dan sebijik fridge magnet sekitar NOK50 (+- RM24). Aku lebih suka beli coklat buatan Norway. Rasanya cukup asyik.. dan sampai sekarang aku memang hantu coklat Norway. Harga 1 bar besar coklat baru NOK30 (RM14) dan aku rasa penerima akan lebih menghargai sebab rasa dia memang sedap. Aku bawak balik dalam 20 bar coklat setiap kali aku ke Norway.
Koleksi coklat Norway
Ini favourite aku.
Tips
Preparation winter untuk ke Norway sikit berbeza dengan negara lain sebab cuaca yang lebih extreme. Nasihat aku, preparation nak sediakan baju winter biarlah sederhana di Malaysia. Beli sehelai dua dan selebihnya baik beli di Norway. Aku spend sekitar RM4000 untuk kitaorang bertiga masa di KL untuk baju winter tapi sebahagiannya tak sesuai di pakai kat sana sebab penebatan haba kurang. Kering poket. Nak kata aku tersalah kedai, kebanyakannya aku beli di kedai Universal Traveller tapi masih tak cukup. Samalah dengan baby SJ, yang aku beli tak cukup untuk jadi penebat haba tapi yang di pinjamkan kawan-kawan yang lebih baik. Mungkin kena spend lebih sikit kalau beli di Norway tapi rasa aku, maybe jugak boleh consider beli di Schipol Airport (Amsterdam) yang pastinya lebih murah. Dan kalau tak kisah untuk pakai baju second hand boleh lah cari kat kedai second hand macam aku. Hypermarket seperi Coop jugak ada jual banyak pakaian winter yang harganya affordable. Gloves aku banyak beli balik dari Coop dan H&M Trondheim. Harga rasanya tak banyak beza dari Universal Traveller.
Untuk kasut, aku pakai kasut Timberland dan bila ke Norway aku tak gaduhlah beli kasut baru sebab daya tahan Timberland dah tinggi. Sehinggalah bila snow dah tebal maka aku terpaksa beli boot di Trondheim. Aku beli boot murah aje tapi berkesanlah jugak. Selepas balik ke Malaysia seorang kawan jual boot Timberland dia yang masih baru pada aku. Rugi aku tak dapat dari awal sebab pastinya selesa dengan boot Timberland.
Maybe aku salah, tapi aku rasa yang penting stokin mesti yang sesuai. Aku guna stokin winter Timberland dan dia adalah penebat haba yang baik. Since aku tak ada banyak stokin brand ni sebab aku underestimate weather di Norway masa aku shopping, so aku make sure aku pakai stokin yang elok di hari kalau aku outting lama. Di hari kerja, aku cuma pakai stokin biasa (tapi tebal dari normal socks).
Nasihat dari kawan yang ahli, katanya winter adalah bukan mengenai betapa tebal baju yang di pakai di luar tapi yang penting biar ada beberapa lapis yang nipis sebab udara di antaranya yang membantu memanaskan badan. Tapi sebolehnya yang di luar biarlah tebal sikit, wind proof dan berkualiti.
Aku perasan ramai orang concern dengan long john. Long John memang bagus tapi masalah utamanya adalah harga. Kalau di KL, sehelai long john berharga RM150 ke atas sehelai dan sekurang-kurangnya kena ada 2 pasang. Pendapat aku, bagi yang melancung, sehelai sudah cukup. Cara lain untuk replace long john terutama bagi yang cuma nak melancung sekejap, korang boleh replace dengan 2 helai T-shirt cotton lengan panjang, kemudian sweater (fleece atau lebih baik wool) dan paling luar jacket winter. Untuk seluar, guna normal legging dan jeans tebal di luar.
Untuk bermain salji yang tergolek-golek, boleh beli seluar winter pants (boleh beli dari Kedai Winter Time). Jeans maybe kurang selesa kalau nak bergolek satu hari dalam snow sebab kadang-kadang dia melekat di seluar dan bila kita masuk ke kawasan yang ada heater untuk memanaskan badan, snow akan cair dan jeans akan basah.
Baju winter yang terbaik yang aku beli dan masih jadi favorite sampai ke hari ni adalah wind proof jacket dari kedai second hand di Trondheim. Ramai kawan yang aku pinjamkan jacket ni puji dia best.
Penutupnya, nasihat aku, kalau ke tempat weather yang extreme macam ni, terbaik adalah bawa sehelai dua dari Malaysia dan selebihnya beli di sana. Kalau Korea atau Jepun aku tak pasti macamana sebab aku tak pernah sampai ke Korea dan Jepun lagi, sementelah pulak di musim sejuk.
Lain-lain
Tak banyak nasihat yang aku boleh hulurkan kecuali kalau korang suka travel, simpanlah niat ke Norway satu hari.. as I said before, Norway is awesome. Bagi aku setakat ni, Norway masih berada di ranking paling atas. Belanja besar? Simpan duit dari sekarang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Insyaallah.
Bagos semua tips ni... esp preperation 4 winter tu...i stuju ban sewa apt.. mmg sngt jimat coz blh msk2... and blh dok rmai. Tp if rm500 per day is way out of my budget's reach...huhuhu. ..mahainyerr.... BK
ReplyDeleteFarikica.. aku pun tak tahu betul tak bajet aku tapi agak2nya betullah kut. Paling banyak pergi ke accomodation. Salah satu cara lagi contact Malaysian yang duduk sana, maybe dia orang boleh sewakan bilik kat tempat dia orang. kos dia memeang terasa sikit compare negara lain tapi insyaallah boleh. Aku nak sedapkan hati aku jugak sebab aku plan satu hari nak balik ke sana & explore Norway as traveller
ReplyDeleteomg mahal sangat single room kat oslo and bergen ... nyesal tak book awal2 T_T
ReplyDeletenak mintak email add boleh? ade menda sket nak tanye pasal oslo .. plan nak pi sane in may .. tapi satu hapah pun tak buat lagik .. ni baru terhegeh2 nak book bilik
Salam Azra,
DeleteBergen? woooo.. best gila tuh. Aku tak tersampai2 lagi. Dalam bucket list aku gak tu. Email aku tummybird13@gmail.com.